MUNGKIN RAMAI YANG TIDAK TAHU TUN MAHATHIR MINAT DALAM BIDANG UNDANG - UNDANG.
Jika bukan kerana Haji Mohamad Sheriff mungkin kita tidak punya " DR " Mahathir.
_____________
Haji Mohamad Sheriff merupakan setiausaha kerajaan negeri Kedah sebelum di lantik ke jawatan Menteri Besar.
Selepas keluarnya keputusan SENIOR CAMBRIDGE Haji Mohamad Sheriff telah memanggil kesemua pelajar yang lulus untuk di tawarkan biasiswa kerajaan negeri Kedah,salah seorang daripada nya ialah Mahathir b Mohamad.
Haji Mohamad Sheriff telah membuat keputusan untuk pelajar-pelajar tersebut dalam bidang apa yang mereka harus melanjutkan pelajaran.
Ada yang di hantar ke England dan ada yang di hantar ke Singapura.
Menurut Dato JF Augustine guru Dr Mahathir..sebenarnya Mahathir berminat dalam bidang undang-undang tetapi seperti biasa Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah ,Haji Sheriff telah menyuruh Dr Mahathir ke Singapura untuk mengambil jurusan perubatan kerana di Kedah waktu itu kekurangan doktor perubatan anak tempatan.
_________
Mungkin jika Haji Sheriff tidak berbuat demikian rakyat tidak akan kenal siapa yang di gelar " DOKTOR UMNO"
- PenaUtara
#BiarJasaJadiKenangan