nuffnang Ads

.

2017/06/08

KENYATAAN MEDIA ARMADA PPBM NEGERI JOHOR

*
*

1. Pihak Armada PPBM Johor memandang Sarawak Report bahawa Dato' Seri Najib, yang telah memindahkan sejumlah Wang ke akaun peribadi Pendakwaraya khas kes Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Tan Seri Shafee Abdullah adalah satu tuduhan yang berat dan tidak boleh dipandang ringan

2. Tuduhan tersebut telah nenggambarkan kredibiliti pentadbiran negara yang buruk dan korup. Ia bukan sahaja memalukan penama (Dato' Seri Najib Tun Razak) sahaja,malah memalukan seluruh rakyat negara ini.

3. Atas kecintaan terhadap negara dan sama-sama turut merasa terhina atas tuduhan tersebut, Armada PPBM Johor, tampil membuat satu laporan polis bagi mendesak agar satu siasatan yang terperinci dibuat ke atas Sarawak Report berhubung perkara ini. Selain itu, turut mendesak agar pihak Peguam Negara dan Bank Negara Malaysia mengambil tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report berhubung tuduhan yang dilemparkan kepada Dato' Seri Najib.

4. Laporan polis yang kami buat hari ini adalah satu bukti bahawa kami mengamalkan politik matang dan satu isyarat kepada rakyat, bahawa kami berjuang untuk rakyat. Oleh sebab itu,laporan polis hari ini adalah untuk menyiasat adakah benar dakwaan Sarawak Report tersebut, dan jika terbukti bahawa tuduhan Sarawak Report tersebut palsu serta berniat jahat, tindakan undang-undang diambil ke atas portal tersebut.

5. Dato' Seri Najib juga diharap tidak lagi berdiam diri atau memberi reaksi berdolak dalik terhadap dakwaan Sarawak Report ini dan kami mahukan satu tindakan yang berani dibuat oleh beliau selaku Perdana Menteri dengan mengheret Sarawak Report ke Mahkamah untuk diambil tindakan seaajarnya atas tuduhan tersebut.

6. Tindakan Armada PPBM Johor bukan bertujuan kerana kepentingan parti kami semata-mata, tetapi adalah sebagai rakyat yang juga mewakili rakyat demi menjaga nama baik negara.

7. Sepatutnya pihak Barisan Nasional khususnya UMNO juga turut tampil membuat laporan polis atau sebarang tindakan agar perkara ini disiasat dengan terperinci sekaligus mengheret Sarawak Report ke Mahkamah.

8. Jika perlu, mungkin panglima-panglima UMNO boleh mengadakan protes unik seperti yang pernah berlaku sebelum ini dengan demo " orang kebal " atau "bertuala mandi didepan Pejabat" demi mempertahankan nama naik pemimpin mereka. Dicadangkan agar tindakan yang sama juga boleh dibuat kali ini bagi memberi tekanan kepada pihak Sarawak Report.

Armada PPBM Negeri Johor
9 Jun 2017