1. Umumnya di Malaysia, mazhab yang digunakan dalam negara kita adalah mazhab syafie. Majoriti rakyat Malaysia bertaqlid dengan mazhab ini.
2. Kini di Malaysia, terbahagi pula kepada dua golongan. Golongan pertama mereka yang bermazhab syafie, manakala golongan kedua ialah mereka yang bermazhab syafie tetapi tidak terikat 100% secara total dengan pandangan muktamad mazhab. Golongan kedua ini dikenali sebagai ittiba sunnah mengikut method Imam syaukani dan ibn taimiyah.
3. Golongan pertama dimonopoli oleh golongan tradisional daripada pondok. Mereka mempelajari kitab-kitab jawi karangan ilmuwan nusantara. Antaranya furu masail, bughatul thulab, munyatul musolli dan sebaganya dalam feqah syafie.
4. Manakala golongan kedua pula, mereka juga bermazhab syafie. Akan tetapi mereka mengikut method Imam Syaukani dan Imam Ibn Taimiyah yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab secara total dan menyeluruh.
5. Benarkah dakwaan bahawa golongan pertama yang mengikut mazhab syaafie itu taksub? Tidak tepat jika kita hendak pukul rata sebegitu. Jika seseorang bermazhab kita tidak boleh mengatakan taksub. Imam Ramli, Imam Ibn Hajar Haitsami, Imam Ghazali kesemuanya bermazhab syafie dan mereka ulamak yang alim dalam feqah. Boleh rujuk kitab al-wasith, al-wajiz dan al-basith. Ini semua feqah syafie oleh imam ghazali.
6. Akan tetapi sekiranya seseorang yang bermazhab syaafie, kemudian menafikan pandangan orang lain, dan mengatakan pandangan mazhab syafie lah paling kuat dalam kesemua aspek dan permasalahan, serta mendakwa tidak boleh ambil pandangan mazhab lain, itu baru dikatakan taksub. Demikian juga kepada golongan bersama pihak kedua.
7. Yang menjadi permasalahan sekarang, orang awam dari kedua-dua golongan, iaitu golongan pertama yang bermazhab syafie dan golongan kedua mengikut method syaukani, mereka cuba berbicara isu yang besar dan berlaku perli memerli.
8. Ada juga insan yang bermazhab syafie, tetapi tidak talaqi dan tidak belajar kitab feqah mazhab, hanya sekadar pergi tadah telinga di kuliah maghrib atau membaca fiqh mazhab syafie terjemahan sahaja. Yang mengejutkan ialah sudah berani mengaku alim fiqh syafie dan menuduh orang yang berbeza dengan mereka sebagai wahabi.
9. Terbaru mufti wilayah iaitu Tg Dr Zulkifli al-Bakri dan Maulana Asri dilabel sebagai wahabi oleh sesetengah orang yang bermazhab syafie. Hanya kerana dua ilmuwan ini membawa kepelbagaian pandangan yang lain dan tidak terikat dengan pandangan mazhab syafie 100%. Walhal tuan mufti wilayah dan Maulana Asri sudah khatam dan talaqi banyak kitab feqah mazhab syafie. Kita pula yang melabel bagaimana? Apa kitab syafieyah kita khatam?
10. Demikian juga dengan orang awam yang mengikut method tarjih Imam Syaukani dan Imam Ibn Taimiyah, janganlah kita terlalu mudah mengatakan pandangan mazhab syafie jumud. Contohnya dalam isu sentuh isteri bataal wuduk atau tidak. Saya bersama pandangan mengatakan tidak batal. Tetapi tidak bermakna kita perlu memerli pandangan mazhab syafie.
11. Adakah boleh untuk kita ikut pandangan mazhab lain? Ataupun sekiranya kita hendak mengikut pandangan mazhab lain, kita perlu tahu semua rukun dan syarat sah, batal dari kssemua sudut dari mazhab tersebut baru boleh ikut? Masih khilaf dalam isu ini. Nanti saya tulis berkenaan perkara itu jika berkesempatan.
[Muhammad Sufian]