nuffnang Ads

.

2017/06/17

3 SYARIKAT CHINA SEDANG MERISIK UTK BELI SAHAM FGV...

3 syarikat dari China sedang merisik untuk beli share FGV sebagaimana kes Proton & Lotus. Terlepas saja pegangan Felda ini kepada China, maka segala anak syarikat bawahnya yg punyai gula, perhotelan, plant minyak, perladangan, kilang baja, logistic & transportation secara automatik akan jadi milik China sekaligus.

Tahniah warga Felda... :) akhirnya makcik pakcik berasa nikmat Felda akan jadi lebih maju jika pegangan saham FGV ini terlepas.

Ingat lagi posting GM kata China nak dapatkan share Proton tapi ada suara penyokong berkata China hanya beli kilang di gurun saja & GM dikata fitnah sengaja mereka cerita ?

Akhirnya................... Proton hilang 49.9% kepada Geely, Lotus di bawah kawalan Proton pun hilang 51% kepada Geely dari China.

Apakah kali ini suara ketuanan itu akan kata China hanya berminat beli FGV saja tapi bukan Felda & tanah Felda ?

Haha... rasakanlah wahai peneroka sekalian. Tanah kalian bakal menjadi milik asing hanya melalui pegangan saham yg di jual sebahagiannya. Bukankah Ploton sudah ada contoh utk makcik pakcik & anak muda faham ?

Kami bising kerna isu penggadaian harta negara seperti ini.
Tapi kamu kata kami ini jeles & pengikut cina DAP ?
Usah ambil berat, posting ini fitnah belaka buat mereka. Bukankah dulu mereka kata GM fitnah Proton ? ;)

Tak apa... tanah makcik pakcik felda tak hilang berpindah ke China lagi. Dulu ada seorang menteri kata tanah kem askar sg besi tidak berpindah ke negara China & masih ada di KL lagi, masih ingat ?

Maka, usahlah risau... tanah Felda masih ada di muka bumi Malaysia lagi. Kelak kuasa berada di tangan asing, warga Felda di halau dari atas tanah pada tuntutan pampasan yg tidak seberapa untuk mereka bina bandar termoden di asia lengkap bersama jaringan penerbangan di atas tanah sejarah tinggalan pakcik makcik itu sendiri.

Bukankah begitu ? ;)
Usah risau... Malaysia masih aman lagi.. :)
Usah juga risau....anggap saja posting ini fitnah belaka, stay cool!!!! dah terjadi, sendiri tahulah... haha

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.