(Kenyataan Media) :
1. Dalam keadaan bebanan kos sara hidup semasa yang sebegitu tinggi terpaksa ditanggung oleh rakyat, dengan harga barang yang saban hari semakin mahal difaktorkan antaranya nilai matawang negara yang menyusut oleh kerana sentimen pelabur yang semakin rendah keyakinan akan kepimpinan Bapa Perasuah Negara, Najib Razak yang terpalit dengan pelbagai salah-laku dan skandal. Rakyat nyata makin tertekan sedang Najib-Rosmah dan konco-konconya senang lenang diulit intan permata dan segenap kekayaan sepertimana yang dilaporkan Department of Justice (DoJ) di Amerika Syarikat.
2. Sedang rakyat (apatah lagi yang miskin) dicukai dengan GST, dengan keuntungan bersih mencecah hampir RM40bilion dengan hasil keuntungan yang tidak tahu dibelanjakan kemana untuk manfaat rakyat, dalam pada masa cukai pendapatan yang sudahpun melepasi 45% hasil negara (masih ditambah GST!!!), derita rakyat masih berlegar dengan isu sebegini;
-PENGANGGURAN ANAK MUDA MASIH ISU!
-GAJI MINIMA MASIH RENDAH!
-WARGA ASING MASIH MENGAMBIL PEKERJAAN ANAK TEMPATAN! (Kerajaan masih galakkan pengambilan warga asing!)
-PELUANG PEKERJAAN BAHARU MASIH TIADA!
-JENIS PELUANG PEKERJAAN MASIH BERGANTUNG PADA TENAGA BURUH!
-GOLONGAN PERTENGAHAN TETAP MENDERITA TIADA SIMPANAN!
-CARUMAN TETAP TAK MAMPU TANGGUNG KEHIDUPAN TAMAT PEKERJAAN!
-BELANJA KESIHATAN SEMAKIN MELAMBUNG!
-BAJET PENDIDIKAN SEMAKIN BERKURANG!
-BIASISWA JPA TETAP DITARIK!
-MARA TETAP KEHILANGAN DUIT!
-FELDA SEMAKIN RUGI! (Simpanan RM4.6Bilion tinggal kira-kira RM200juta)
-JURANG KEMISKINAN ANTARA KAUM SEMAKIN MELEBAR!
-BARANG KEPERLUAN SEMAKIN MAHAL!
Dan banyak lagi contoh derita rakyat, namun tiap derita rakyat itu nyata sekadar bahan jenaka buat penyangak dan pendokong rasuah dalam UMNO apatah lagi dari LAPORAN DoJ menjelaskan dengan ketara kehidupan Bapa Perasuah Negara, MO1 dan isteri yang mengkhianati kepercayaan rakyat dan negara dengan merompak dan mengakibatkan derita rakyat!
3. Saya selaku Exco ARMADA Nasional (ARMADA PPBM Pusat), mengutuk sekerasnya perlakuan sepertimana yang dituduh oleh DoJ Amerika Syarikat atas jenayah rasuah dan penipuan berbilion ringgit malah hasil negara yang digelapkan dan dikaitkan dengan MO1 melalui syarikat 1MDB yang akhirnya memberi kesan dan impak kepada rakyat Malaysia yang cukup terkesan dan hidup bersusah payah atas kerakusan dan ketamakan Najib sekeluarga.
4. Sepertimana laporan terbaharu DoJ, telah menunjukkan bahawa penipuan besar telah dilakukan MO1 dan konco-konconya dalam UMNO termasuk individu yang dikenali sebagai Jho Low berkaitan isu derma RM2.6bilion. Menurut Zahid Hamidi sepertimana yang dilaporkan media sekitar tahun lalu, beliau bertegas bahawa baki wang RM2.6bilion telahpun diserahkan kembali kepada 'penderma'.
5. Bercanggah dengan bukti yang didapati melalui siasatan DoJ telah menunjukkan bahawa baki wang dianggarkan AS$620 tersebut telah digelapkan melalui 1MDB ke akaun MO1 yang dipercayai melibatkan dana awam rupanya telah digunakan untuk membeli rantai 'Merah Jambu' 22 karat kepada ISTERI MO1 pada harga AS$27.3 juta oleh 'mastermind' Jho Low.
6. Selebihnya juga digunakan lagi untuk menghadiahkan ISTERI MO1 dengan 27 bentuk rantai dan gelas 18 karat yang keseluruhannya bernilai AS$1.3 juta. Jho Low juga dikatakan membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood Leonardo DiCaprio selain gambar (fotografi) bernilai AS750,000 yang didakwa disalurkan daripada akaun Tanore kepada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
7. Dalam kesengsaraan rakyat yang begitu ketara, bagaimana Najib Razak yang dikaitkan sebagai MO1 oleh DoJ dan Rosmah sanggup berpijak dan bersenang-lenang atas hasil usaha perit jerih rakyat? Pembaziran wang yang terpaksa ditanggung atas hutang-hutang tidak terbayar sehingga rakyat yang susah turut dicukai dan dibebani sedang isteri MO1 boleh senang lenang membeli rantai permata untuk kepuasan nafsu sendiri!
8. Lebih menyedihkan, bayangkan masih ada rakyat yang terpaksa minum dalam gelas sumbing ataupun hanya gelas plastik yang sudah 'berkarah', tetapi ISTERI MO1 bersenang lenang dapat minum membeli gelas 18 karat pada harga jutaan ringgit dengan wang yang terpaksa ditanggung oleh rakyat!
9. ARMADA juga ingin menyelar dakwaan Peguam Negara Mohamed Apandi Ali bahawa isu penyelewengan 1MDB ini menurut beliau tiada bukti yang kukuh! Bagaimana untuk ada bukti yang kukuh sedang badan yang menyiasat 1MDB hampir kesemuanya adalah merupakan badan kerajaan yang tiada pemisahan kuasa atau pengaruh? Manakala hasil siasatan kononnya badan bi-partisan seperti PAC dan juga laporan audit diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)! Bagaimana ingin dikatakan tiada bukti yang kukuh?
10. Malah banyak pihak yang dikaitkan dengan skandal 1MDB di luar negara telahpun dihukum atau dikenakan tindakan! Bagaimana 1MDB yang merupakan punca masih lagi Apandi Ali katakan sebagai tiada bukti!? Sehubungan itu ARMADA ingin mendesak agar ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat dakwaan DoJ dan isu berkaitan 1MDB! Malah jika Apandi Ali telus, dia sendiri boleh mencadangkan usul ini kepada kerajaan.
11. Dalam pada itu, ARMADA juga menggesa untuk Najib Razak tampil menjawab segala hal atas isu yang dikaitkan dengan beliau dan kerajaan kleptokrasi-rasuah UMNO-BN pimpinan beliau. Najib Razak boleh melakukan hal demikian segera dan ARMADA sarankan untuk pihak Najib Razak mengambil tindakan undang-undang ke atas DoJ sekiranya hasil siasatan DoJ adalah suatu fitnah!
12. Tidak lupa Najib Razak boleh menjawab segala hal ini pada program 'NOTHING TO HIDE 2.0' yang bakal dianjurkan ARMADA yang turut akan menjemput ahli-ahli UMNO dan rakyat Malaysia umumnya yang sudah pasti ingin mendengar jawapan yang ikhlas lagi jujur dari Bapa Perasuah Negara, Najib Razak sendiri secara 'LIVE'. Nantikan program 'NOTHING TO HIDE 2.0'!
16 JUN 2017
MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR.
Exco ARMADA Nasional PPBM
Pegawai Perhubungan ARMADA Malaysia PPBM