nuffnang Ads

.

2017/06/08

FELDA KE FGV



Tun Razak terkenal dengan jolokan "Bapa Pembangunan" dan ia ilhamkan tubuh FELDA bantu penduduk miskin di berbagai negeri di Malaysia.

Kini berjuta peneroka dengan keluarga mereka mempunyai tanah, tempat tinggal dan harapan untuk membahagiakan  keluarga mereka.

Pengurusan yang baik, jujur penuh dedikasi memperlihatkan kecemerlangan Felda sebagai suatu projek transformasi kehidupan rakyat miskin yang  sangat berjaya hingga mendapat pujian.

Bila Najib jadi perdana menteri Felda sekali lagi mengalami "tranformasi" tubuh FGV niat untung ternyata dongeng yang dijaja pada ratusan ribu para peneroka untuk membeli saham melalui "pink form".

FVG membawa malang kepada para pemegang saham kecil-kecilan para peneroka. Kini FGV digantung di Bursa Saham. Kenapa?

Isa Samad, mantan MB N/Sembilan yang pernah menyelamatkan Najib dalam suatu episod di Port Dickson. Masih ingat?

Mulalah FGV dan Felda menghadapi krisis, demonstrasi oleh para peneroka yang tidak senang dengan kepimpinan Isa Samad yang dulu ada kes KORUPSI.

Bekas guru, bekas MB yang pernah digantung tiga tahun sebagai ahli UMNO kerana didapati bersalah melakukan korupsi politik merebut jawatan timbalan presiden UMNO.

Hari ini CEO FGV yang mempunyai pengalaman lebih dua dekad dalam Felda, dan anak peneroka, dipaksa  meletakkan jawatan kerana tidak sebulu dengan Isa Samad.

Nah, ini satu bala lagi ketika Najib duduki PM kesan melantik yang tidak jujur dan punya tong tahi raja korupsi perosak negara bangsa.

Kes FGV terus diperkatakan dan CEO membuat laporan kepada SPRM untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa, korupsi tanpa pilih kasih, pilih bulu.

Kita lihat nanti siapa yang kena bila kes FGV itu disiasat dan kesannya rakyat menderita kesan sekelip mata rugi RM401 juta dan itu yang jelas, sebalik yang tersirat kita tidak tahu dan jika PH memerintah maka semua akan dibongkar dan dihantar ke penjara.

Ini kalilah!
Ini kalilah!

#PPBM_BERAMANAH_BERMARUAH
#PAKATAN_HARAPAN