.
“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka diantara mereka ada yang gugur . Dan diantara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)”. Maka allah memberi balasan pahala kepada golongan siddiqin yang bersikap benar, dan allah memberikan azab kepada orang yang munafik jika ia kehendaki atau mengampunkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..” [ Ahzab ayat 23-24]
1. Lumrah dalam perjuangan apabila ada jiwa-jiwa yang mudah dibeli dengan janji-janji dunia, kononnya mereka menegakkan kebenaran, walhal atas sesuatu yang tidak nyata sedang kemungkaran yang nyata ada di hadapan mereka lantas sanggup mengkhianati makna sebuah perjuangan.
2. Baru-baru ini ARMADA selaku sayap pemuda dalam PPBM dan parti keseluruhannya telah dikejutkan dengan tindakan individu yang mengkhianati perjuangan parti. Pelbagai sumber dikemudiannya mendapati bahawa individu tersebut telah menerima sejumlah besar habuan setelah individu ini dalam satu sidang media yang 'ditaja' mempersoalkan kepimpinan kononnya 'mencari kebenaran'.
3. Sedang ruang diberikan seluas-luasnya dalam beberapa siri pertemuan bersama kepimpinan tertinggi untuk hamba Allah yang lemah 'dugaan dunia' ini bertanyakan soalan andai ada yang menggugat landasan perjuangan, namun individu ini langsung tidak pernah 'turun' ataupun hadir dalam hampir kesemua pertemuan bersama pimpinan tertinggi walau dimaklumkan malah dalam mesyuarat-mesyuarat rasmi pergerakan sayap juga tidak pernah hadir.
4. ARMADA mendapat maklum pula bahawa hari ini (13 JUN) telah diadakan dua sidang media berasingan oleh dua EXCO yang 'dalam pemerhatian' (telah diputuskan dalam mesyuarat awal Ramadhan lalu, berdepan teguran dan tindakan disiplin kerana hilang dan tidak aktif tanpa sebarang respon atau sebab yang diterima ARMADA). Salah satu dari dua sidang media berasingan ini diadakan oleh Hafiz Azhar sendiri, khabarnya membuat jawapan balas atas sidang media yang dilakukan Ketua ARMADA Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
5. Sidang media yang lebih awal pula dilakukan oleh seorang lagi Exco, iaitu Taufik Abas, yang senada dengan sidang media selepasnya oleh Hafiz Azhar. Untuk makluman, semalam (12 Jun) telah diadakan satu majlis berbuka puasa peringkat kepimpinan pusat anjuran PPBM Pusat. Sdr. Taufik juga turut menghadiri majlis berbuka puasa ini.
6. Setelah sekian lama Taufik menghilangkan diri tanpa maklum, tiba-tiba dia muncul semalam dan sepertimana rakan-rakan lain dalam ARMADA, kita meraikan teman seperjuangan, dengan salam peluk dan tawa tanpa sedikitpun sangsi. Malah Ketua ARMADA Malaysia, Sdr. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut meluangkan masa yang agak lama bersama Taufik Abas dan meraikan kehadiran beliau. (Rakaman bergambar pertemuan ini juga ada)
7. Namun apa yang menghairankan, tiada sebarang pertanyaan ataupun kritikan yang dilontarkan oleh Taufik kepada Ketua ARMADA Syed Saddiq mengenai sebarang isu, samada berkaitan parti, kepimpinan malah persoalan mengenai sidang media yang berkaitan dengan Hafiz Azhar sendiri. Apa yang terjadi sepanjang pertemuan dan perbincangan adalah Taufik lebih banyak berdiam diri dan menelaah telefon bimbitnya.
8. Taufik sama seperti Hafiz, bukanlah individu yang komited terhadap perjuangan parti. Menghilangkan diri tanpa sebab dan tiada penglibatan dalam aktiviti parti di segenap peringkat malah samar kedudukan keduanya dalam bahagian dan di peringkat akar umbi. Namun jika dilihat pribadinya, sewaktu awal penubuhan sayap ARMADA, beliau agak lantang mengkritik sekiranya ada beza pandangan dan pendapat dan tidak segan menyuarakannya. Jadi amat pelik sekiranya Taufik hanya berdiam seribu bahasa sepanjang pertemuan semalam. Dari petang hinggalah ke malam.
9. Menjawab kedua mereka khususnya Sdr. Hafiz Azhar, yang kononnya ARMADA tidak ada perancangan. Bagaimana ia boleh keluar dari mulut seorang yang hanya sekali datang mesyuarat? Sama juga kepada Taufik Abas, malah semalam dalam tempoh singkat juga beliau ada dalam perbincangan pergerakan. Namun Taufik tetap menelaah telefon bimbitnya tanpa sedikitpun perhatian dan respon. Berbeza dengan sikapnya yang memberikan kenyataan sebentar tadi dalam sidang media beliau dengan begitu lantang mencari salah dan silap orang.
10. Apakah tindak-tanduk ini tidak menghairankan? Sepertimana saya tekankan sebegitu banyak ruang dan peluang malah saya sendiri pernah mempersoalkan beberapa tindakan Tun dalam siri pertemuan dengan beliau, tiada sebarang tindakan dikenakan keatas saya, malah saya turut mendapat penjelasan yang begitu panjang lebar dan ada darinya beserta bukti dan data.
11. Jadi saya pelik, mengapa timbul isu yang jelas mencalar imej parti? Ditekankan lagi terlalu banyak ruang untuk diajukan soalan, secara terbuka dan berdepan serta boleh juga dilakukan pertemuan secara tertutup. Malah semalam sewaktu majlis berbuka puasa yang dihadiri Tun Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengapa Taufik tidak berani untuk bertanyakan kepada mereka? Ya, sekali lagi sewaktu bersama Syed Saddiq, mengapa saudara mendiamkan diri?
12. Sikap bacul dan pengkhianatan ini tidak lain tidak bukan didalangi UMNO, seperti dari sumber-sumber yang kami sedia maklum. Jadi tidak hairan lagi jika selepas ini akan berlaku siri pengkhianatan yang akan mendapat tayangan perdana dan siri liputan media khas melalui TV3. Selaku lidah rasmi UMNO.
13. Mungkin Hafiz dan Taufik keduanya juga hanya mengikuti siaran Buletin Utama di TV3 yang berat sebelah, kerana itu mereka lupa dan tidak maklum bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir telahpun menjawab mengenai fitnah yang terpalit ke atas mereka. Malah hal yang berkaitan Tan Sri langsung tiada pembicaraan dan tidak dibuktikan di mahkamah.
14. Selaku sang penuduh yang kononnya ingin bertanyakan soalan, seharusnya kemukakan bukti lalu bertanyalah walau apapun soalan berdasarkan bukti yang dikemukakan, bukan hanya memfitnah tanpa sebarang asas atas kisah-kisah rekaan mainan politik.
15. Usahlah rakyat dan ahli parti terkejut atau risau, akal yang bijak dan hati yang bersih semestinya dapat menilai tindak-tanduk yang memusykilkan ini. Inilah antara pengkhianatan yang jelas berlaku kerana perjuangan tidak berlandaskan iman. Apabila keimanan hanya terletak atas wang ringgit, maka gelaplah segala jalan yang sepatutnya dilalui dalam menghancurkan kebatilan. Akhirnya diri bergelumang dengan dosa kerana termakan dek fatamorgana dunia.
16. Nasihat dan pertanyaan saya kepada Taufik dan Hafiz serta rakan-rakan lain yang bakal melakukan pengkhianatan, adakah hal yang bersifat sementara ini menjadi landasan kalian? Adakah dengan perlakuan ini saudara sekalian fikir saudara akan diangkat dalam masyarakat selaku wira? Adakah saudara fikir UMNO atau mana-mana parti politik akan menerima 'DNA Pengkhianat' untuk dijadikan sandaran kepimpinan? Jawapannya sememangnya tidak.
17. Memetik kata-kata Mahatma Gandhi yang mengatakan mengenai 7 Dosa Sosial (kepada diri untuk masyarakat); salah satu 'dosanya' adalah 'Politics without principle' atau 'Politik tanpa prinsip', jadi dimanakah prinsip kalian? Nyata bukanlah rakyat yang diperjuangkan. Sekadar menjadi 'PELACUR' UMNO untuk rela ditunggang atas habuan wang ringgit dan pemberian dunia demi mengucar-kacirkan saf PPBM dan juga ARMADA yang utuh dan teguh memperjuangkan hak dan suara rakyat Malaysia.
18. Maka benarlah UMNO begitu gentar dengan PPBM malah melalui sayap pemuda ARMADA yang begitu berjaya menawan hati anak muda untuk memperjuangkan keadilan rakyat dan kemakmuran negara dalam melihat Malaysia yang lebih baik!
19. Firman Allah; “Dia-lah yang mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab dari kampung-kampung mereka pada saat pengusiran yang pertama. Kamu tidak menyangka, bahwa mereka akan keluar dan merekapun yakin, bahwa benteng-benteng mereka dapat mempertahankan mereka dari (siksa) Allah; Maka Allah mendatangkan kepada mereka (hukuman) dari arah yang tidak mereka sangka-sangka. Dan Allah melemparkan ketakutan dalam hati mereka; mereka memusnahkan rumah-rumah mereka dengan tangan mereka sendiri dan tangan orang-orang mukmin. Maka ambillah (Kejadian itu) untuk menjadi pelajaran, Hai orang-orang yang mempunyai wawasan.” (al-Hasyr [59]: 2)
ARMADA sedikitkan tidak goyah dan gentar akan permainan politik kotor yang didalangi UMNO-BN yang ingin terus berkuasa demi kepentingan pribadi dan mengaut keuntungan negara serta menyusahkan rakyat lalu berusaha bersungguh menggugat keyakinan rakyat terhadap PPBM. ARMADA tidak risau, kerana tiap ketakutan itu bukanlah dari kami, sesungguhnya tiap sesuatu dan pertolongan menentang kabatilan itu adalah dari ALLAH SWT pemilik segalanya.
20. Tun Mahathir bakal menjawab setiap pertanyaan, lalu ARMADA akan terus fokus kerana kami jelas kini bahawa bapa perasuah negara, Najib Razak dan pendokong rasuah lain dalam UMNO takut kebenaran ditegakkan melalui agenda ARMADA untuk mengadakan siri jelajah 'NOTHING TO HIDE 2.0'. Nantikan siri jelajah NOTHING TO HIDE yang bakal menampilkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Bapa Perasuah Negara, Najib Razak!.
MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
Pegawai Perhubungan ARMADA Malaysia, PPBM.
Exco ARMADA Nasional.