nuffnang Ads

.

2017/06/22

ARMADA DI ROMBAK BAGI MEMPERKASA SAYAP PPBM MENUJU PRU-14

Tahniah Armada. Rombakan dan lantikan baru Exco dialukan untuk memperkukuhkan PPBM.
Selepas ini tiada lagi yang boleh buat pc dan menyebut dirinya Exco Armada tetapi menyerang parti sendiri.

3 yg buat pc dan laporan SPRM digugurkan.

Notable inclusion is Dr Faiz Naaman , and Mahathir Mohd Rais

KENYATAAN MEDIA.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerusi sayap ARMADA hari ini berbesar hati untuk memaklumkan kesediaan ARMADA PPBM dalam terus gagah mengorak langkah selaku tunjang parti menerajui pergerakan dengan melakukan beberapa rombakan kepimpinan tinggi ARMADA dalam menempuh PRU14 sekaligus memastikan ARMADA dapat membantu kemenangan parti pada pilihanraya akan datang.

Beberapa rombakan kecil telah dilakukan setelah mendapat kesepakatan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan ARMADA semalam dengan mengikut lunas perlembagaan parti dan membariskan muka baharu yang dikenalpasti memiliki kepakaran dari sudut jentera dan kepimpinan yang diperlukan ARMADA dalam memastikan ia kekal menjadi pilihan khususnya dalam kalangan anak muda bagi menterjemah suara golongan belia di segenap lapis masyarakat tanahair.

Berikut adalah senarai nama lantikan baharu yang membarisi kepimpinan ARMADA peringkat nasional;

1. Dr. Muhammad Faiz bin Na'aman

Beliau adalah merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi PPBM, bekas pimpinan dalam PERKASA berkelulusan MBBS. Kini merupakan Pengarah Urusan Bazarena Enterprise.

2. Mahathir bin Mohd Rais

Antara Ketua Bahagian termuda di Malaysia, mengetuai bahagian Segambut. Pengarah Urusan di Galaxyforce Security Services Sdn. Bhd. Merupakan Pegerusi Pergerakan Rakyat Tuanku.

3. Mohamad Nadzri bin Abdullah

Ketua ARMADA Bahagian Kota Raja. Seorag ahli perniagaan dan punyai kepakaran dalam bidang Audio & Visual Engineering, juga merupakan pensyarah sambilan di Yamaha Music Malaysia.

4. Mohamed Hilmi bin Che Ramli

Aktivis belia dan penggerak anak muda di Kelantan dalam sukan permotoran.

5. Mohd Nurhalis Shafiq bin Sham Suri

Seorang ahli perniagaan dan merupakan Timbalan Pengerusi NGO Suara Ummah Bersatu (SUMBER)

ARMADA PPBM yakin, menerusi beberapa lantikan baharu yang dikenal-pasti mampu memainkan peranan besar dalam pergerakan ARMADA ini akan menjadikan sayap utama PPBM ini semakin digeruni lawan serta terus gah membawa suara dan peranan anak muda dalam memacu perubahan bagi memastikan PPBM menawan Putrajaya.

Sehubungan ini juga ARMADA PPBM ingin memaklumkan, kesepakatan Majlis Pimpinan ARMADA telah mempersetujui untuk melucutkan jawatan bagi beberapa nama Exco ARMADA Nasional. Penstrukturan barisan kepimpinan sebegini adalah lumrah dalam memperkasa mana-mana organisasi, oleh itu ARMADA PPBM turut menjangkakan beberapa perubahan lagi pada masa hadapan bagi penstrukturan yang lebih fokus dan terarah bersesuaian dengan gerak kerja memastikan kemenangan PRU14.

Disertakan di bawah, senarai penuh EXCO ARMADA MALAYSIA yang terkini berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan ARMADA;

1. Mohd Fahim bin Mohd Farid 
2. Mohd Ashraf Mustaqim bin Badrul Munir
3. Ahmad Redzuan bin Mohamed Shafi
4. Abdul Hannaan bin Khairy
5. Muhammad Syazwan bin Ahmad Zainal
6. Zainal Abidin bin Sihab
7. Amar Pared bin Mahamud
8. Muhammad Mahadi bin Mohamad
9. Mohd Muzammil bin Ismail
10. Mohamad Firdaus bin Mat Azahar
11. Muhammad Faiz bin Na'aman (Lantikan Baru)
12. Mahathir bin Mohd Rais (Lantikan Baru)
13. Mohamad Nadzri bin Abdullah (Lantikan Baru)
14. Mohamed Hilmi bin Che Ramli (Lantikan Baru)
15. Mohd Nurhalis Shafiq bin Sham Suri (Lantikan Baru)

Dengan ini, nama-nama SELAIN dari nama di atas, bukanlah mewakili suara rasmi ARMADA. Harap maklum.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Ketua ARMADA
Parti Pribumi BERSATU Malaysia (PPBM)