A. SKANDAL BMF:
1. Bermula pada tahun 1979 - 1983
2. Rm 2.3 Billion di seleweng
3. Jalil Ibrahim Tim ketua Jabatan audit dalam Bank Bumiputra dihantar ke Hong Kong untuk buat siasatan mati dibunuh di Kg Taipo Kau , Hong Kong.
4. 1976 - 1984 Menteri Kewangan Tengku Razeligh Hamzah
4. 1984 - 1991 Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin
5. 1981 - 2003 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad
6. Pengerusi BMF Lorraine Esme Osman ditangkap di London pada tahun 1985, didakwa dengan 39 pertuduhan dan didapati bersalah, dijatuh hukum 7 tahun penjara.16 Ogos 1993 dibebas dari penjara Stanley,Hong Kong.
7. April 1987 Pengarah Eksekutif BMF Datuk Hashim Shamsuddin dijatuh hukum 10 tahun penjara.
8. 15 Mac 1995 Pengarah BMF Dr Rais Saniman dijatuh 5 tahun penjara.
9. Pengerusi Syarikat Carrian yang meminjam wang dari BMF,George Tan dikena hukuman 5 tahun penjara.
B.SKANDAL 1MDB:
1. Berlaku dari tahun 2009 - 2016
2. lebih Rm 42 Bilion Lesap
3. Perdana Menteri Najib Tun Razak
4. Menteri Kewangan Najib Tun Razak
5. Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB Najib Tun Razak.
6. Tiada sebarang pendakwaan terhadap semua yang terlibat baik dari Pengurusan,Lembaga Pengarah dan Pengerusi Lembaga Penasihat.
7. Peguam Negara Malaysia umum kes tutup.
8. Peguam Negara Amerika kata berlaku skandal penggubahan wang haram terbesar didalam negara Amerika yang melibatkan USD 3.5 Bilion.Wang rakyat Malaysia milik 1MDB telah dicuri dan dicuci dengan membeli Aset di Amerika.Kes telah dibawa kemahkamah Amerika dan akan dibicara pada bulan September 2016 dan kini kes masih berjalan.
9. Dalam negara siasatan telah dihentikan.
10. Dua orang warga negara Malaysia iaitu Mathias Chang dan Husam Musa telah menyaman individu terlibat dimahkamah Amerika.
Rumusan
Tindakan yang diambil oleh zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir ialah berpandukan kepada amalan urus tadbir yang betul dan berintegriti iaitu mendakwa semua pegawai yang terlibat dan tidak menggangu Hakim yang menjalankan tugas mereka.
Zaman pemerintahan Najib semua siasatan diganggu, dihalang dan diberhentikan. Peguam Negara diberhentikan, Pegawai SPRM ditahan dan ditukar, pegawai dijabatan peguam negara direman, Pegawai polis Cawangan Khas ditukar dan Ahli Jawatankuasa PAC dinaik pangkat serta ditukar. Maka dengan sendirinya tiada sebarang pendakwaan boleh dilakukan.
Persoalannya siapa yang menjalankan tugas dengan Bersih Cekap dan Amanah?
Najib atau Tun Dr Mahathir?
NAMPAK TAK?