nuffnang Ads

.

2017/06/21

Kekayaan Mokhzani Mahathir Yg Menjadi Pertikaian Musuh² Politik Tun Dr. Mahathir..

Kita semua boleh mendapat secara senang latar belakang Mokhzani Anak kepada Tun Mahathir di mana selepas beliau menerima ijazah sarjana muda Jurutera Petroleum dari Amerika Syarikat, beliau bekerja beberapa tahun di Shell.

Kemudiannya beliau menceburi bidang perniagaan melalui Tongkah Holdings di mana mereka melalui kesukaran sewaktu kegawatan ekonomi pada lewat 1990-an.

Seterusnya beliau berganding dengan mendiang HL Chong dan memajukan sebuah “fabrication yard” di Lumut.

Dibina daripada kecil, selepas 10 hingga 15 tahun fabrication yard tersebut kini sebesar 300 ekar dan merupakan salah satu pusat yang terulung di negara ini untuk, memberi perkhidmatan kepada industri minyak dan gas.

Pada mulanya ia dinamakan Kencana HL, ia disenaraikan pada 2006 dengan nama Kencana Petroleum.

Selanjutnya pada 2013 ianya bergabung dengan Sapura Crest di mana nilai pada Bursa Saham pada waktu itu adalah sebanyak RM12 billion.

Untuk pengetahuan harga saham tidak ditentukan oleh Dr Mahathir ataupun Mokhzani.

Ianya dinilai oleh pasaran umum hasil daripada prestasi dan prospek syarikat tersebut.

Inilah bagaimana nilai kekayaan boleh ditingkatkan dan sekiranya seseorang berbual dengan Petronas, mereka menilai fabrication yard milik SapuraKencana di Lumut sebagai salah satu yard yang terulung di negara ini dari segi teknologi dan prestasi.

Tambahan pula, lebih daripada 60% pendapatan SapuraKencana datangnya daripada luar Negara. Maka itu soal menerima kontrak secara mudah atau “handouts” tidak relevan sama sekali.

“Google” nama Mokhzani di laman web Forbes di mana nilai kekayaan Mokhzani boleh diperoleh sejak 2007 hingga 2015.

Daripada angka yang terkini, nilai kekayaannya adalah sebanyak AS$700 juta dan angka tersebut dikumpul daripada laman-laman web syarikat awam yang disenaraikan.

Kesemuanya adalah telus dan diaudit tambahan pula, RM36 juta iaitu nilai kereta yang mungkin dimiliki oleh Mokhzani adalah hanya 1.5% daripada jumlah kekayaannya.