Wawasan 2020 akan melabuhkan tirainya lagi dua tahun enam bulan saja lagi.
Satu wawasan yang di ilhamkan oleh seorang NEGARAWAN ULONG NEGARA demi negara Malaysia yang tercinta.
Tetapi semenjak tahun 2002 , wawasan yang di ilhamkan itu seperti semakin terkebelakang.
Selama 18 tahun wawasan 2020 seperti di abaikan dan akhirnya pada tahun lepas ianya telah DI BUNUH oleh pemimpin terakhir kerajaan BN / UMNO.
Pembunuhan wawasan 2020 di buat kerana kerajaan BN / UMNO sedia ada sudah TIDAK MAMPU untuk merealisasikan WAWASAN tersebut.
Pembunuhan WAWASAN 2020 bukan semata-mata kerana rasa benci PEMIMPIN TERSEBUT KEPADA TUN MAHATHIR.
Pembunuhan WAWASAN 2020 itu adalah kerana PEMIMPIN TERSEBUT TELAH GAGAL untuk MEREALISASIKAN WAWASAN 2020 tersebut dengan jayanya.
Untuk menutup KEGAGALAN PEMIMPIN TERSEBUT MEREALISASIKAN WAWASAN 2020 maka pemimpin tersebut bersama-sama juaknya membuat satu lagi wawasan yang di kenali dengan nama TN50.
Yang mana TN50 itu nanti akan berakhir pada tahun 2050 iaitu 33 tahun dari tahun ini (2017).
Ini juga bermakna TN50 telah mengundurkan negara ini selama 33 tahun demi untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan BN / UMNO hari ini.
TN50 di cipta dengan berbagai jalan cerita yang menarik dan jika di baca dua kali , ianya saling tidak tumpah seperti sebuah buku cerita yang gagal.
Yang paling kelakar adalah kerajaan BN / UMNO melalui TN50 sebuk mencari IKON TN50.
Apa yang mereka sebukkan pun saya tidak mengerti , kerana pada saya TN50 telah berjaya MENCIPTA IKON TN50 sebelum masanya lagi.
Dua nama besar dan berjaya telah dan sedang berlaku kini , dan mereka bukan calang-calang nama untuk di jadikan IKON TN50.
IKON TN50 itu adalah :
1. Reza Aziz
2. Jho Low
Jangan gelak , ianya satu realiti lah....
REZA AZIZ ,
Satu-satunya ANAK MELAYU yang berjaya menembusi HOLLYWOOD , satu pusat pembikinan filem yang di kuasai oleh Yahudi , tanpa bantuan biaya dari FINAS atau mana-mana agensi kerajaan.
Belum pernah berlaku dalam sejarah HOLLYWOOD ada satu anak Melayu boleh membikin satu filem di sana , tanpa ada bantahan dan penapisan dari pembikin filem di HOLLYWOOD.
JHO LOW :
Satu-satunya anak Cina warganegara Malaysia yang telah menjadi seorang BILLIONAIRE di usia bawah 30 tahun.
Satu-satunya anak Cina yang menjadi kaya tanpa bantuan dari kekayaan keluarga sendiri , yang mana anak Cina tersebut berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja.
Dan satu-satunya anak Cina yang berjaya yang di lindungi oleh Kerajaan BN / UMNO , Mufti dan Agamawan negara Malaysia.
Ada satu nama lagi , saya tidak boleh sebut kalau saya sebut maka saya akan di penjarakan tanpa perbicaraan.
Nama satu ini amat di sayangi oleh kerajaan BN / UMNO dan seluruh rakyat Malaysia , jika saya sebut maka saya akan "di charge" menghina.
Maka saya sebutkanlah sahaja dua (2) nama IKON TN50 itu sahaja , buat masa ini.
Maka berjayalah sudah TN50 33 tahun lebih awal dari jangkaannya.
TAHNIAH.
*SHUKUR MOHAMAD*
*ahli PPBM seumur hidup*