nuffnang Ads

.

2017/07/02

MENIPU UNTUK TUTUP PENIPUAN

Baru-baru ini kecoh mengatakan DoJ USA cuba mencampuri urusan kerajaan negara Malaysia.

Ada juga kata-kata yang mengatakan DoJ USA cuba menggangu kestabilan negara Malaysia.

Tak kurang juga ada yang mengatakan bahawa Amerika Syarikat cuba menggulingkan kerajaan BN yang ada hari ini.

Semua kata-kata itu di keluarkan oleh cybertrooper UMNO akibat penyiasatan DoJ USA terhadap satu kes yang berkaitan dengan 1MDB di tanah , di dalam negara Amerika Syarikat.

Di ULANG..... KEJADIAN BERLAKU DI DALAM NEGARA AMERIKA SYARIKAT ATAU DI KENALI SEBAGAI UNITED STATE AMERICA ATAU USA ATAU US.

DoJ USA menyiasat satu kes di bawah undang-undang pengubahan wang haram YANG BERLAKU DI DALAM NEGARA MEREKA.

Satu undang-undang yang TIDAK MENGENALI SIAPA PUN DI AMERIKA SYARIKAT jika berlaku PENGUBAHAN WANG HARAM , waima dia adalah SEORANG PRESIDENT of USA.

Siasatan yang sedang di lakukan sekarang ini terhadap pengubahan wang haram itu adalah satu sistem yang berlainan dengan sistem undang-undang komenwel.

Undang-undang di Amerika Syarikat memerlukan satu penyiasatan TERPERINCI DAHULU sebelum membuat sesuatu PERTUDUHAN civil atau criminal ataupun TANGKAPAN bagi sesuatu kes itu kemudian barulah ada satu perbicaraan di mahkamah.

Berlainan dengan sistem undang-undang Komenwel yang mana tangkapan di buat melalui satu pertuduhan dahulu kemudian baru mencari bukti melalui perbicaraan di dalam mahkamah.

Kejadian yang di siasat itu berlaku di Amerika Syarikat , mana datangnya pula CAMPUR TANGAN ASING KE ATAS MALAYSIA❓❓❓❓❓

Yang Malaysia pula sebuk memburukkan DoJ USA atas siasatan yang berlaku di dalam negara Amerika Syarikat itu dah kenapa , sekarang SIAPA YANG MENCAMPURI URUSAN NEGARA ORANG❓❓❓❓❓❓❓

MALAYSIA atau AMERIKA SYARIKAT yang mencampuri urusan negara orang❓❓❓❓.

Kes 1MDB ini kita boleh andaikan begini :

"LowZa curi CHEWING GUM di kedai Dibi di JB , bawak masuk Singapore , di Singapore si LowZa makan Chewing gum itu kemudian tertangkap oleh pihak berkuasa Singapore , yang mana undang-undang Singapore melarang memakan chewing gum di mana-mana sahaja di Singapore , emak bapak LowZa tidak puashati atas tangkapan itu , adakah mak bapak LowZa boleh katakan bahawa Singapore mencampuri urusan keluarga LowZa di Malaysia kerana Chewing gum itu di bawa oleh LowZa dari JB❓❓❓❓❓❓❓"

SALAH TETAP SALAH mengikut definasi undang-undang negara yang menguatkuasakan sesuatu undang-undang itu.

Kalaulah benar di katakan DoJ USA itu mencampuri urusan negara ini , KENAPA tidak memanggil DUTA AMERIKA yang ada di dalam negara ini dengan memberi NOTIS BANTAHAN.

Puak-puak UMNO tahu BAHAWA TIDAK ADA SATU PUN MENCAMPURI URUSAN NEGARA INI OLEH USA MELALUI DoJ USA tersebut.

Sahaja nak menakut-nakutkan rakyat negara ini untuk menutup satu jenayah yang sedang berlaku di Amerika Syarikat dan di siasat oleh penguatkuasa undang-undang negara Amerika Syarikat tersebut.

Penipuan ini akan terbongkar suatu masa nanti apabila keakraban Raja Salman dan Donald Trump di meterai dengan  satu perjanjian penjualan senjata api untuk selama 10 tahun mendatang yang memberi nilai sebanyak satu trillion usd kepada Amerika Syarikat.

Masa itu kita akan tahu siapa Putera Raja Arab yang telah memberi sedekah sebanyak 2.6billion.

Ada atau tiada PUTERA RAJA ARAB itu kita akan ketahui dengan jelas , tunggu sahaja.

PERSOALANNYA SEKARANG :

SIAPA MENCAMPURI URUSAN NEGARA SIAPA❓❓❓❓❓❓❓❓

*SHUKUR MOHAMAD*
*ahli PPBM seumur hidup*