nuffnang Ads

.

2017/07/11

GAJI DAN ELAUN-ELAUN PAK MENTERI DI NEGARA ANTAH BERANTAH

Perkongsian dari seorg sahabat

Tak kisah sangat lah pasal gaji serta elaun-elaun menteri yg sedap2 ni kan !

Yg kita kisah mcm mana duit dng harta mereka ni boleh beranak pinak, bercambah2, makin hari makin bertimbun2 ? Dlm masa yg sama rakyat terkial-kial mencari rezeki, GST lagi...pemimpin senang lenang, rakyat hidup susah !

Di bawah sedikit info utk pengetahuan kita semua :

1 -  Gaji pokok RM18.000 ,sulit utk org awam, tak boleh didedahkan kpd org awam (osa ) akbar ditegah mendedahkan kerna terikat dng akta parlimen.
2 -  Elaun keraian RM10.500.00, tidak sulit, pendedahan harus berhati2.

3 - Elaun perumahan RM10.800.00, tidak sulit, kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket menteri sendiri lah.

4 - Elaun wakil rakyat RM10.650.00,tidak sulit tetapi tidak semua org tahu.

5-  Elaun parking RM5.700
Jumlah pendapatan bulanan RM55.650.00 yg wajib diterima samada sakit atau tidak bekerja,

Lain2 kemudahan :
1-  Bercuti ke luar negara sekali setahun, terutama selepas persidangan Dewan negara, semua belanja ditanggung oleh kerajaan, termasuk tiket penerbangan, hotel, duit poket sebanyak RM50.000.
Jika tidak bercuti ke luar negara, sorg menteri boleh menuntut sebanyak RM50.000 tanpa resit.
2-  Bil elektrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia.
3- Bil air percuma di tanggung oleh kerajaan Malaysia.
4-  Bil telefon percuma di tanggung oleh kerajaan Malaysia.
5-  Peruntukan perkakasan dapur , perhiasan  rumah dan lain2 boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM400.000.
6-  Sebuah kereta Mercedes $320, dilengkapi dng telefon bimbit, seorang driver, minyak percuma.
7-  Semua pemberian derma ,seperti kepada majlis perkahwinan, kematian atau pemberian kepada badan2 kebajikan boleh di tuntut.

8-  Boleh mengadakan rumah terbuka hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan, kebiasaan menteri menuntut sebanyak RM400.000.

9-  Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45.000
Semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dlm slip pendapatan bulanan.