nuffnang Ads

.

2017/07/20

SURAT TERBUKA BRIG JENERAL [B] ARSHAD RAJI KEPADA LAKSAMANA [B] TAN SRI MOHD ANWAR, PRESIDEN PVATM



sumber : malaysiakini

oleh Dato’ Mohd Arshad Raji

Saya menerima banyak maklumbalas terhadap tulisan saya mengenai pengumuman mengadakan perhimpunkan seramai 100,000 veteran pada bulan Julai tahun ini, yang dikatakan dilafazkan oleh Tan Sri baru baru ini pada Sidang Meja Bulat yang di hadiri oleh berbagai persatuan veteran Angkatan Tentera di Kuala Lumpur.

Saya tidak tahu apakah tujuan perhimpunan itu di adakan, tapi mendapati bahawa kehadiran nya agak luar biasa ramainya. Saya mula menyoal akan diri saya, apakah tujuan perhimpunan sebesar ini di adakan?

Lantas terfikir pada diri saya mengenai berita yang tersebar yang mengatakan kemungkinan PRU 14 akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Saya percaya Tan Sri tidak membuat pengumum ini mengikut kehendak diri sendiri, tapi saya percaya pengumuman ini dibuat atas kehendak saorang yang tinggi dalam ‘hierarchy’ kepimipinan politik negara, yang mempunyai kepentingan ajenda politik tersendiri.

Saya hanya boleh beranggapan, iaitu perhimpunan tersebut adalah bagi mempengaruh minda veteran supaya menyokong regim yang ada sekarang. Rejim pemerintah harus faham apakah dia penugasan veteran Angkatan Tentera, yang mana ramai di antara mereka telah gugur dan ramai yang lain telah tercedera di medan dalam tugas mempertahankan negara.

Selain dari itu, rejim pemerintah hari ini tidak boleh menyoal kesetiaan veteran oleh kerana mereka telah membuktikan ketaatan mereka pada Negara dan Raja dengan ikhlas, dan telah memberikan keamanan dan keselamatan sediada pada negara.

Isu isu utama yang memberi kesan terhadap negara terkini amat merunsingkan, hingga timbul kegusaran bahawa negara yang telah kita pertahankan dengan nyawa kita akan hilang kedaulatan kepada negara asing sekiranya rejim masih lalai memahami tiga isu utama seperti berikut:-

Pertama, bebanan hutang negara yang kian meningkat;

kedua, penjualan hartanah sebegitu luas kepada pemilik negara asing atas alasan pembangunan bersama dengan syarikat negara asing;

ketiga, kesediaan kita membenarkan syarikat negara asing membangunkan pelabuhan Kuantan dan Melaka atas alasan bagi memudah dan memajukan perusahaan pekapalan.

Sekarang, nyatakan kepada saya siapakah yang akan membiayai semua projek ini bilamana kita tahu kerajaan tidak mempunyai kemampuan kewangan.

Adakah semua ini wang pinjaman dari syarikat negara asing yang akan dilunaskan beberapa tahun akan datang?

Adakah semua projek ini didebat dengan penyeluruh dan di luluskan oleh parlimen? Siapa sebenarnya mencadang dan meluluskan projek tersebut dengan mengambilkira kemampuan negara melunaskan pinjaman tersebut?

Biarlah saya nyatakan secara terus terang bahawa semua projek tersebut mempunyai implikasi keselamatan jangka panjang pada negara, dan saya ingin bertanya samada kepimpinan Angkatan Tentera dan kepimpinan Polis Diraja negara ini pernah dijemput runding bersama mengenai projek tersebut.

Sekiranya mereka telah di jemput dalam rundingan bersama dan telah memberi sokongan, maka saya katakan bahawa mereka kurang cerdik dan dangkal pemikiran, iaitu sama seperti pemimpin politik sediada dalam memahami impak keselamatan jangka panjang terhadap negara ini. Kita hanya perlu melihat apa yang sedang berlaku pada Sri Lanka sekarang.

Mengalih semula kepada cadangan mengadakan perhimpunan raksaksa yang akan membabitkan penyertaan veteran itu, maka saya tuntut tujuan perhimpunan dinyatakan dengan jelas.

Sekiranya terdapat unsur politik, iaitu bagi menunjulkan imej mana mana pemimpin politik untuk mendokong agenda politik mereka, maka saya tuntut perhimpunan ini dibatalkan. – Sumber Alias Md Jali | February 22 at 11:25am · Melaka · Foto Malaysiakini