**
Ramai yang masih keliru dengan umur UMNO , dan ramai juga ahli UMNO yang tidak tahu berapa usia UMNO ini.
Pemimpin UMNO terus-terusan menipu ahlinya dengan mengatakan bahawa umur UMNO adalah 71 tahun.
Walhal UMNO sebenarnya telah "mati" ketika berusia 43 tahun.
UMNO pada masa itu mati kerana penyakit yang di bawa oleh ahlinya sendiri.
Matinya UMNO kerana sikap tamak dan haloba ahlinya demi kepentingan diri sendiri dan kumpulan yang menyokong.
Selama 43 tahun kehidupan UMNO itu sebelum ajalnya , UMNO itu di lihat amat mementingkan Bangsa Melayu , Ekonomi Melayu dan Pelajaran Bangsa Melayu.
Apabila pertembungan kuasa melanda UMNO pada tahun 1988 , yang mana menyebabkan kematian UMNO , maka orang Melayu telah mula berpecah dengan drastiknya.
UMNO lahir semula ke dunia ini pada tahun 1989 dengan nama baru yang di kenali dengan nama "UMNO BARU".
Kemudian dengan perlahan-lahan UMNO BARU itu menjadi UMNO sahaja untuk selama 28 tahun kemudian.
Dalam tempoh 28 tahun umur UMNO selepas kelahiran semula , selama 13 tahun adalah waktu "recovery" dari segi ekonomi dan politik semasa.
Dalam tempoh 28 tahun kelahiran semula UMNO itu ianya melahirkan Khairy Jamaluddin , Razali Ibrahim , Azalina Othman dan beberapa nama orang muda dalam persada politik tanah air ini.
Masalah utama mereka itu adalah bahawa mereka semua sudah nyanyok dan tidak tahu berterima kasih kerana memberi ruang kepada mereka untuk berada di dalam persada politik tanah air ini.
Kalau tidak kerana TUN Dr MAHATHIR MOHAMAD yang MELAHIRKAN UMNO hari ini , maka nama-nama itu tidak akan di kenali di persada politik tanah air ini.
BARANG DI INGAT , UMNO PERNAH MATI , DAN TIDAK MUSTAHIL UMNO BOLEH MATI SEKALI LAGI , CUMA BEZANYA KALI INI , UMNO AKAN MATI MUDA KERANA PENYAKIT GILA MEROYAN PEMIMPIN-PEMIMPINNYA.
*SHUKUR MOHAMAD*