Saya tertarik dengan persoalan yang di timbulkan oleh sahabat saya MAHDZIR IBRAHIM selaku pengarah pendidikan politik DAP Johor , di dalam https://m.malaysiakini.com/news/387112#.WVdLo9VbYM4.whatsapp hari ini.
Ada kebenaranya dari satu segi , dan ada juga persoalan lain di satu segi yang lain.
Tujuan PPBM buat masa ini adalah memastikan kerajaan Kleptokrasi Najib Razak itu kalah di dalam PRU akan datang ini.
Memang jika di lihat dari satu segi ianya hanya bersifat UMNO89 , tapi kami bukan lagi bersama UMNO.
Tapi kewujudan PPBM di dalam PAKATAN HARAPAN adalah penyambung imaginasi PKR , DAP dan PAN untuk menjadikannya satu realiti nyata.
Selama ini DAP berada bersama-sama rakan yang lain untuk beberapa PRU yang telah di lalui adakah DAP merasa mereka mendapat kemenangan yang besar.
DAP kena duduk memikirkan apa yang boleh mereka dapat jika kerajaan Kleptokrasi Najib Razak ini tumbang tanpa PPBM.
PPBM adalah satu parti yang telah berjaya meneutralkan semangat MELAYU untuk menerima DAP yang telah di labelkan sebagai parti CHAUVANIS oleh orang MELAYU LUAR BANDAR.
DAP kena fikirkan bahawa jika kerajaan Kleptokrasi Najib Razak tidak tumbang di dalam PRU akan datang ini , maka imaginasi yang berada di dalam DAP hanya tinggal imaginasi.
Saya minta sahabat saya Mahadzir agar duduk dan fikirkan semula apa yang telah DAP lalui dalam PRU yang lepas yang mana hanya nama-nama besar dari DAP yang di kenali ramai dan menang.
Adakah pada masa itu sama ada di dalam Pakatan atau tidak DAP telah menekankan bagaimana ingin memerintah "jika" menang.
Tetapi akhirnya DAP tetap mempunyai kerusi Parlimen kurang dari 40 kerusi (pada masa itu).
Kenapa ianya terjadi ❓❓❓ , kerana DAP "berimaginasi" untuk memerintah dari memikirkan untuk mengalahkan BN / UMNO.
Betul saya setuju kita kena berimaginasi bagaimanakah HARAPAN akan memerintah jika menang , setuju , tiada salahnya , tapi KITA KENA PASTIKAN DAHULU KERAJAAN YANG ADA INI KALAH sebelum kita mengambil alih.
Terus terang saya katakan bahawa di dalam PRU akan datang ini PERANAN PPBM amat PENTING sekali untuk menarik undi RAKYAT MALAYSIA.
DAP pernah bekerjasama dengan TENGKU RAZALEIGH dan ANWAR IBRAHIM , dua nama besar dalam politik tanah air , tapi adakah nama mereka sebesar nama TUN MAHATHIR , TAN SRI MUHYIDIN YASSIN DAN DS MUKHRIZ MAHATHIR , yang nyata mempunyai pengikut yang lebih ramai dari nama-nama yang lain.
Atau adakah maksud tersirat sahabat saya Mahadzir bahawa DAP tidak memerlukan PPBM di dalam PRU akan datang ini.
Kami di dalam PPBM yakin bahawa kami tanpa pakatan juga boleh memenangi PRU akan datang , tapi oleh kerana kami ingin mendirikan negara yang baru maka kami bekerjasama dengan DAP , PKR dan PAN.
Adakah dengan tangan dan hati terbuka kami bekerjasama dengan DAP , PKR dan PAN di lihat tidak berminat ingin mendirikan satu negara yang baru ❓❓❓❓
Hanya kerana kami tidak mengutarakan agenda untuk memerintah nanti maka kami boleh di perlekehkan sebegitu rupa.
Soalan utama saya pula kepada sahabat saya Mahadzir , adakah DAP dan yang lain boleh menang PRU akan datang ini tanpa PPBM yang sedang fokus untuk mengalahkan kerajaan Kleptokrasi Najib Razak sekarang ❓❓❓❓❓
Maka dengan itu saya minta sahabat saya Mahadzir agar bersikap lebih terbuka dan hormat pada perjuangan PPBM sekarang daripada mempersoalkan.
*SHUKUR MOHAMAD*
ahli *PPBM SEUMUR HIDUP*