(For English Read Below)
Saya merujuk rencana yang disiarkan oleh Bloomberg tempoh hari. Ianya menggambarkan bahawa Malaysia mempunyai kelebihan eksport ke atas negara Asia Tenggara lain memandangkan Ringgit Malaysia adalah matawang paling murah berbanding matawang negara Asia Tenggara yang lain di kala aktiviti perdagangan antarabangsa meningkat. Pendapat mereka adalah menjurus kepada pendapat pakar ekonomi bahawa matawang yang lebih murah mempunyai kelebihan bagi pasaran eksport. Memandangkan 70% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia di perolehi dari dagangan eksport, andaian ini memang masuk akal.
Namun begitu, walaupun kami sependapat dengan andaian ini, kami juga ingin menekankan bahawa profil eksport memainkan peranan kritikal dalam menentukan pencapaian pertumbuhan eksport negara.
Malaysia telah melalui fasa pengindustrian beberapa dekad yang lalu, yang mana ianya membawa perubahan yang material ke atas profil eksport Malaysia. Daripada pengeksport komoditi dan bahan mentah, Malaysia berubah menjadi pengeksport produk yang dikilang.
Ini meluaskan lagi profil eksport kita, sekaligus meletakkan aras ukur baru dari segi daya tahan sektor eksport kita. Ia juga meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, yang mana mengakibatkan pertambahan import bagi kegunaan peribadi serta industri.
Seharusnya kita menilai kesan dari matawang yang lebih murah berdasarkan profil eksport ini – dengan menilai keseimbangan di antara nilai eksport yang lebih murah dengan nilai import yang lebih mahal. Malangnya juga, berdasarkan profil asas inilah kegusaran timbul di benak kami melihatkan perkembangan sektor industri dan komersial di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Wajar kita ingat juga bahawa di dalam jangkamasa yang sama, Malaysia telah terkeluar dari senarai 20 negara dagangan dunia yang teratas.
Di samping itu, perpindahan ketara para pengeluar Malaysia ke negara-negara pesaing di Asia Tenggara, diikuti pula oleh konsolidasi syarikat-syarikat multinasional yang mengakibatkan penutupan kilang-kilang, semestinya akan memberi kesan ketara sekali lagi ke atas profil eksport Malaysia.
Lebih ketara lagi, saya ingin memetik sebuah artikel yang menyatakan bahawa di bawah pentadbiran semasa, penjana ekonomi utama negara telah beralih kepada syarikat berkait kerajaan (seperti monopoli oleh agensi negeri), walaupun sebelum ini penjana utama ekonomi adalah syarikat-syarikat dan pengeluar-pengeluar swasta.
Ini menimbulkan kebimbangan kepada kami – profil eksport Malaysia semakin dipengaruhi kuasa-kuasa politik secara langsung dan bukan hanya melalui mekanisma penggubalan polisi.
Bila diambilkira kepimpinan negara yang semakin autokratik dan kurang telus, perkembangan terbaru ini tidak memberi keyakinan ke atas kemampanan ekonomi mahupun daya tahan eksport negara.
Hakikatnya, perkara yang sebaliknya adalah lebih mungkin berlaku kecuali masyarakat dapat membuat perubahan ketara dalam gaya hidup mereka bagi mengurangkan import. Namun begitu, memandangkan banyak barangan dan perkhidmatan tidak dikeluarkan di Malaysia, sebarang perubahan dalam penggunaan import adalah terbatas.
Diwaktu di mana institusi-institusi yang mengurus pasaran eksport juga bertungkus lumus mengurangkan kos, perkhidmatan menjadi mahal dan kesannya dirasai di semua peringkat sektor eksport. Ianya menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat kerana kos perkhidmatan itu akan dipindahkan ke pengguna. Ini tidak dapat dielakkan.
Malangnya, ini akan semestinya menyebabkan kemerosotan kualiti hidup rakyat Malaysia secara amnya. Rakyat manghadapi pilihan sama ada memilih barangan atau perkhidmata yang berkualiti lebih rendah, atau membelanja lebih untuk barangan atau perkhidmatan yang lebih bermutu.
Sekiranya kesan ini dihadkan hanya bagi barangan pengguna sahaja, kesan jangka panjang tidak mungkin serius seperti ini. Tetapi, di antara sektor yang mengalami kesan ketara akibat Ringgit yang lebih murah adalah perkhidmatan pendidikan dan barangan berteknologi tinggi – yang mana keduanya adalah penyumbang utama sebagai modal sektor pembuatan. Maka, apa-apa kemerosotan di dalam kualiti perkhidmatan dan pembuatan, akan memberi kesan secara langsung kepada pelan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.
Jelas sekali bahawa hanya keazaman bersama antara politik dan awam yang akan dapat membawa kepada pertumbuhan eksport yang diwar-warkan.
Di sinilah pentingnya sebuah kerajaan yang telus dan inklusif, yang akan menyerahkan semula kuasa ekonomi kepada masyarakat dan institusi-institusi awam di mana hal ehwal politik tidak memainkan peranan secara langsung di dalam hal-hal ekonomi dan industry kecuali pelalui penggubalan polisi-polisi negara dan undang-undang berkait.
Ianya disebabkan isu-isu berbangkit inilah yang menyebabkan kami lebih berhati-hati dalam mendabik dada melaungkan “Ringgit yang murah” sebagai petanda kebangkitan ekonomi dan kehidupan yang lebih mewah.
Tariq Ismail bin Mustafa
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Ketua Bahagian P149 Sri Gading
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
---------------------------------------
The Ringgit is South East Asia's Cheapest Currency
I read with interest the article by Bloomberg positing that Malaysia holds an advantage in having the cheapest currency in South East Asia at a time when global trade is rebounding. Their logic seems to stem from a perception amongst economists that the cheaper currency holds an edge in exports. With 70% of Malaysia’s Gross Domestic Product (GDP) derived from exports, this seems to be the logical assumption to make.
Whilst we agree to this assertion, we are also cautious in pointing out that the export profile plays a critical role in determining the extent of export growth.
Malaysia had ventured on its industrialization path some decades ago, which materially changed her export profile from being an exporter of commodities and raw materials, to being an exporter of manufactured goods.
That added depth to our export profile and set a new benchmark in terms of our export resilience. It also raised the quality of life of Malaysians resulting in more imports for consumption and industrial purposes.
It is against this export profile that we must assess the impact of a cheaper currency – this balance between cheaper exports but more expensive imports. It is also this base profile which has us concerned about the developments in the industrial and commercial sector in Malaysia in the past couple of years which also saw Malaysia losing its position in the Top 20 global trading nation.
The noticeable movement in manufacturers to other competing nations in South East Asia, as well as the consolidation of multinational corporations leading to a shutdown in factories and industrial ventures, will undoubtedly cause a major change in the export profile again.
On top of that, a recent article mentioned that under the current administration, the main economic drivers have shifted to government linked corporations (GLCs) e.g. state monopolies, where previously it fell on private industries, corporations and enterprises.
This gives rise to our greatest concern -- Malaysia’s export profile is increasingly being shaped almost purely by political will through more direct means as well as through policy-setting mechanisms.
Coupled with an increasingly autocratic and opaque national leadership, this turn of events does not give rise to confidence in the sustainability of the nation’s economy and its export resilience. Nor does it easily translate to an immediate export growth due to a cheaper currency as global trade continues its uptick.
In fact, the opposite might actually be true unless society can make an immediate adjustment in its lifestyle to significantly decrease imports. However, as some products and services do not have local equivalents (such as manufacturing of heavy machinery and equipment), any adjustment is very likely to be limited.
At a time when even the institutions governing the export market are also implementing cost cutting measures, services are expensive and the trickle-down effect on cost is having a negative impact as costs are passed on to consumers. We cannot blame them.
Unfortunately, this will all almost surely result in a decreased quality of life for Malaysians in general. Malaysians face the choice of choosing a lesser quality good or service, or spending more for a better quality one.
Had this been limited only to private consumer goods, the long term impact would not be as serious. However, among those sectors significantly hit by a cheaper currency are education and technology - both of which are major contributors to productive capital. Hence any erosion in quality will surely impact future growth plans.
It is clear that only through a combined political and public will, can the necessary actions be implemented and the expected export growth be realised.
This is where we need a transparent and inclusive government who will release the reins of economic power back to society and public institutions, and leave politics out of the economic equation.
It is with these issues in mind that we would exercise caution in hailing our “cheapest in South East Asia” currency as a prophecy of good times and a better life.
Tariq Ismail bin Mustafa
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Ketua Bahagian P149 Sri Gading
Parti Pribumi Bersatu Malaysia