nuffnang Ads

.

2017/07/27

TUN M DAN HALA TUJU POLITIK MALAYSIA

:

1.Pagi tadi berlangsungnya Dialog Tokoh Politik Bersama Cendikiawan Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana. Tun M merupakan tokoh politik yg berganding bersama Dato' Paduka Haji Husam Musa. Perbincangan itu dilihat oleh Tun M sebagai perbincangan perkara-perkara yang ada kaitannya dengan diri kita sendiri.

2. Tun M juga membawa kita kepada pembentukan awal negara ini di mana negara kita adalah negara berbilang kaum, dengan ini di dalam sejarah pembinaannya kita telah  berusaha dan mencuba hidup besama. Di Malaysia ada kaum yang kuat, ada kaum yang lemah. Kita tidak boleh samakan yang kuat dengan yang lemah dari segi sesuatu pemberian dan pembelaan. Beliau mengambil contoh sukan golf di mana pemain masing-masingnya mempunyai handycap tersendiri. Oleh itu menjadi pekara biasa dalam sesebuah negara untuk memberikan layanan bersesuaian kepada yang lemah dengan yg kuat.

3. Beliau melihat bahawa di negara kita, kaum yang kuat ialah masyarakat Cina manakala yang lemah pula ialah orang Melayu. Memang sukar untuk menyatukan pelbagai kaum.. menyatukan satu kaum pun menjadi suatu perkara yg agak sukar. Permusuhan tidak dapat dielak dan kita sentiasa terdedah kepad civil war dan rusuhan

4. Beliau juga mengucapkan Alhamdulillah Malaysia berjaya suatu ketika mengekalkan keamanan negara. Beliau melihat bahawa kalangan pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu memilih sistem demokrasi kerana konsep "the majoriti rule". Pemimpin awal berfikir orang Melayu mewakili majoriti penduduk oleh itu ada kemungkinan mereka akan boleh bekuasa selamanya. Malangnya yg mereka tidak jangka ialah perpecahan orang Melayu kini telah menyebabkan mereka bukan lagi majoriti dari segi konsep demokrasi.

5. Beliau menambah mengenai sejarah pepecahan orang Melayu bermula dari dalam Umno sendiri, suatu ketika dahulu contohnya, bibit awal perpecahan antara lain dicetuskan oleh kalangan ulama umno yg pada suatu ketika mulai berfikir mereka tiada tempat dalam umno. Oleh itu mereka keluar umno dan membentuk parti Pas.

6. Dalam perbincangan itu juga Tun M membawakan konsep "Kita tidak mendapat sesuatu tanpa kita memberi sesuatu". Konsep ini harus menjadi pembina kesedaran untuk kita saling berkerjasama memajukan negara.

7. Beliau menambah bahawa setiap warganegara mempunyai perasaan ketakutannya yang tersendiri. Contohnya orang Melayu kadang-kadang berasa takut jika mereka tidak mendapat tempat kerana persaingan dan takut mereka akan ditindas. Hal inilah yang menjadikan mereka bangkit untuk memperjuangkan nasib diri sendiri.

8. Beliau turut membincangkan bagaimana dalam sejarah kita, suatu ketika kita pernah stabil disebabkan situasi keseimbangan berlaku di mana satu kaum ada kekuatan politik dan satu kaum lagi iaitu Cina ada kekuatan ekonomi.

9. Beliau melihat betapa malangnya hal ini sudah mula terhakis. Kuasa politik Melayu  mulai betkurang dengan kurangnya kekuatan kepimpinan Umno sekarang yang sebelum ini parti ini dianggap sebagai parti yang boleh menjaga kepentingan orang Melayu

10. Lama kelamaan, Tun M berpandangan bahawa kita dapati kepimpinan umno kini makin lemah. Kepimpinan mula merosot,  keahlian Umno dan kepimpinan Umno didominasi oleh orang yang berkepentingan peribadi.

11. Pemimpin-pemimpin umno kini, mengikut beliau mengguna perasaan tamak hingga terdapat kalangan pemimpin umno yang bejuang untuk mendapat kuasa. Oleh itu wang digunakan dengan begitu banyak untuk mengekalkan kuasa. Orang yang ingin berkuasa perlukan wang yang banyak. Oleh itu satu usaha dibuat utk mencuri wang, sehingga menjadikan negara kita mulai terjejas reputasinya secara mendadak.

12. Tun M kemudian menyoal, apakah orang Melayu patut lagi sokong Umno yang dahulunya mereka anggap sebagai pejuang kemerdekaan. Beliau mengingatkan para hadirin bahawa parti cumalah alat, sekiranya alat sudah terpesong maka perlukah lagi kita sokong parti itu.

13. Terdapat beberapa soalan daripada hadirin kalangan ahli akademik yang mengemukakan pertanyaan yang antara lain, kenapa Tun M sekali lagi berada di luar umno sekarang. Jawaban yang beliau berikan ialah kerana umno tidak lagi seperti dahulu. Umno kini telah diguna sebagai alat. Kata beliau "Inilah yang saya buat sekarang sehingga berbaik dengan orang yang dahulunya anggap saya Mahafiraun"

14. Beliau menambah bahawa jika kita mahu mengalahkan umno Bn maka pembangkang mestilah bersatu dan mesti bergabung. Matlamat sekarang ialah utk menjatuhkan kerajaan yang dunia sudah cop sebagai pencuri.

15. Beliau mengakhiri dengan harapan bahawa kita perlu menang sekarang jika ingin selamat. Jika kita tidak berubah sekarang maka orang Melayu akan berdepan dengan ancaman yang amat besar dan terdedah pula kepada kehilangan kuasa Melayu.

Ulasan
Samsul Adabi Mamat
25hb. Julai 2017