*AMPUN TUNKU*
Pagi ini saya tiba-tiba menjadi sebak apabila membaca nukilan DYAM MEJAR JENERAL , TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM , TUNKU MAHKOTA JOHOR.
Anakanda kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim tersebut telah meluahkan perasaan yang amat dalam berkenaan apa yang berlaku di dalam negara ini.
*Tulisan DYAM TMJ kali ini saya andaikan sebagai sebuah luahan yang amat serius dan DYAM TMJ menunjukkan satu kerisauan yang amat serius.*
Ampun Tunku ,
Jika Tunku Mahkota Johor sendiri merasa risau dengan kemelut yang ada dan berlaku pada hari ini , apatah lagi kami rakyat marhaen yang rata-rata telah merasa tekanannya.
Kami sebagai rakyat marhaen yang di cengkam dengan masalah ekonomi untuk hidup sehari-hari ini "terpaksa" redha menerimanya dengan rungutan.
Masalah ekonomi ini membuatkan rata-rata dari kami membuat sekurang-kurangnya dua kerja untuk menampung bebanan hidup , kami "redha".
Tapi Tunku , ada satu perkara yang kami "tidak redha" sebagai rakyat negara ini.
Iaitu , apabila kerajaan yang sedia ada ini membelakangkan Institusi Beraja.
Apabaila , PDRM melanggar sumpah polisnya untuk melindungi kami , hak kami yang termaktub di dalam Perlembagaan dengan membiarkan "penjenayah" bebas dengan senyuman dan terus-terusan melakukan samunan tanpa segan silu , walaupun ada negara luar telah mensabitkan hukuman kepada "rakan penjenayah" tersebut.
Malah Tunku , ada satu laporan yang mengatakan bahawa ada satu pembayaran telah di buat kepada seorang "orang atasan" risikan tentera sebanyak RM7 juta , yang mana jika ini berlaku bermakna "orang atasan" tersebut telah menghina Raja-Raja kerana sanggup bersekongkol dengan "penjenayah" tersebut , kerana "orang atasan" itu berada di dalam sumpah jawatan untuk melindungi kami rakyat Malaysia.
Bukan itu sahaja Tunku , kerajaan yang sedia ada ini terus-terusan juga menghina Institusi Di Raja dengan membelakangkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong , apabila mereka melantik Hakim-Hakim tanpa melalui sistem Perlembagaan , membuat AKTA MKN tanpa merujuk kepada Majlis Raja-Raja , dan mereka bersedia untuk menidakkan kuasa Raja-Raja di dalam negara ini.
Jika mereka mengaktifkan AKTA MKN ini demi kelangsungan nafsu serakah mereka , ini bermakna Institusi Di Raja di dalam negara ini mereka telah hina dan di tidakkan kuasa Majlis Raja-Raja.
Ampun Tunku ,
Kami rakyat Malaysia sangat mengharapkan sifat perihatin DYAM Tunku sebagai pewaris Kesultanan Johor di terjemahkan dengan satu tindakan.
Kami rakyat Malaysia amat yakin bahawa DYAM Tunku Mahkota Johor begitu sayangkan kami dan faham akan permasalahan yang kami dan negara ini serta generasi penerus kami akan hadapi , jika kerajaan yang sedia ada ini dan badan penguatkuasaan negara ini terus-terusan bermaharajalela.
Ampun Tunku ,
Maafkan kami rakyat Malaysia meluahkan hasrat hati dan kerisauan kami ini , kami juga seperti DYAM Tunku amat risau dengan permasalahan yang sedang berlaku ini.
Ampun Tunku.
KEPADA ALLAH KITA BERSERAH.
ALLAH LANJUTKAN USIA TUNKU.
Shukur Tan Sri Mohamad.
JOHOR TETAP JOHOR.