Tun saperti biasa bersedia menerima siapa sahaja samada najib atau wakilnya. Ada kah mungkin kali ini hasrat Tun tercapai?
Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia berdebat dengan sesiapa saja sama ada Datuk Seri Najib Razak atau penyokong perdana menteri itu.
"Datanglah Nazri, Najib, apa nak takut? Saya orang tua dah.
"Takut orang tua ka?"
Program itu akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam 13 Ogos ini.
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Puad Zarkashi sebelum ini sudah menawarkan diri menggantikan Najib bagi menjawab segala persoalan yang akan dibangkitkan pada forum berkenaan.
Justeru kata Dr Mahathir beliau terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menjawab bagi pihak Najib.
Untuk rekod sebelum ini sudah pernah diaturkan debat antara Dr Mahathir dengan Datuk Seri Nazri Aziz.
Bagaimanapun, cadangan itu tidak kesampaian selepas gagal mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia yang memberikan alasan keselamatan awam.
Nothing to Hide 2.0 Dr Mahathir bercadang untuk mendapatkan penjelasan daripada Najib mengenai dana bernilai RM2.6 biion yang dimasukkan ke akaun persendiriannya.
Menurut Dr Mahathir wang itu sebenarnya dicuri dari dana 1MDB, namun Najib yang secara konsisten menafikan tuduhan itu sebaliknya bertegas ia adalah derma daripada seorang hartawan Arab Saudi.