*"*
UTHM yang terletak di dalam kawasan Parlimen Sri Gading , adalah antara universiti yang terbaik di dalam Malaysia.
Tapi.....apabila tular di media sosial yang mengatakan terdapat pelajar UTHM yang hanya makan nasi berlauk kuah kosong untuk meneruskan kehidupan di universiti.
Adakah pelajar kita hanya di paksa untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang baik demi menjaga nama baik universiti.
Tetapi tanggungan sosial pelajar itu di perlekehkan dan di biarkan tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Bercuti mewah ke luar negeri , membeli barangan mewah , memotong bajet pendidikan , mengekalkan bajet JPM , PERMATA NEGARA yang berpuluh juta menjadi satu KEWAJIPAN kepada kerajaan yang sedia ada hari ini.
Tidak rasa sedih ke para pemimpin yang selalu mendabik dada dengan mengatakan bahawa mereka sahaja yang MEMPERJUANGKAN NASIB MELAYU SELAMA 60 TAHUN.
Kita boleh bayangkan bagaimana nasib pelajar tersebut sehari-hari apabila hanya makan nasi berlaukkan hanya kuah dan air kosong sahaja.
Sudah pasti kemungkinan hanya itu sahaja makanan yang di makan oleh pelajar tersebut dalam sehari itu.
Jika bajet JPM dan PERMATA NEGARA yang di potong , bercuti mewah keluar negara , dan membeli barangan mewah di tiadakan , mungkin nasib pelajar itu tadi akan berubah.
Sampai bila juak-juak yang mendabik dada mengatakan bahawa mereka sahaja yang MEMPERJUANGKAN NASIB MELAYU ini hendak di biarkan berkuasa.
Kerajaan negara ini sudah rosak teruk , kerajaan negara ini sudah tidak lagi memperdulikan akan nasib rakyatnya.
Kerajaan yang ada hari ini hanya mementingkan individu tertentu untuk kelangsungan hidup pemimpin tersebut sahaja.
Kejadian pelajar UTHM yang tular di media sosial itu PASTI BUKAN yang satu-satunya berlaku di dalam negara ini , sudah pasti ada juga kejadian yang sama di tempat lain.
Kepada pelajar-pelajar pusat pengajian tinggi yang terpaksa mengikat perut demi pelajaran , bertabahlah , marilah kita sama-sama menukar kerajaan yang sedia ada ini demi kebaikkan masa hadapan generasi penerus kita.
*SHUKUR MOHAMAD*