nuffnang Ads

.

2019/11/05

FATWA UNDI BUKAN ISLAM PAS BERUBAH-UBAH, INI KAEDAH ISLAM YANG SEBENAR


Lolz
 
 
FATWA UNDI BUKAN ISLAM PAS BERUBAH-UBAH, INI KAEDAH ISLAM YANG SEBENAR

.Ramai yang telah beri amaran tentang bahayanya menggunakan agama secara keterlaluan dalam politik. Ada perbezaan yang besar di antara; tidak mahu menggunakan agama dalam kempen politik dengan menolak agama dalam politik. Seringkali ahli politik yang tidak menggunakan agama dalam kempen politik dilabel sebagai orang yang memisahkan agama dari politik (baca: sekular). Ia adalah persoalan yang kompleks, dan memerlukan perbincangan yang matang, bebas dari emosi.

Sudah lama kami ingin mencari contoh yang praktikal untuk memperlihatkan bagaimana ‘meng-agamakan’ politik membawa kesan yang tidak baik, bahkan mampu memalukan diri sendiri…

Contoh yang paling baik adalah bagaimana ‘fatwa’ PAS tentang calon pilihan raya bukan Islam…

Ulama PAS tegaskan, larangan parti tu untuk undi calon bukan Islam dalam pilihan raya bukan bersifat mutlak, sebaliknya bergantung kepada keadaan tertentu. Ketua Ulama PAS Pusat, Dr Nik Zawawi Salleh kata; penentangan parti itu terhadap calon bukan Islam berdasarkan kepada sentimen berlainan agama atau bangsa.

1
Dr Nik Zawawi. Via Berita Harian

Katanya Islam tak larang untuk berbuat baik dan melakukan keadilan kepada non-Muslim yang tidak melawan Islam. Nik Zawawi kata kata macam tu semasa buat gesaan kepada pengundi Tanjung Piai untuk memberikan undi kepada calon dari MCA – yang mewakili pembangkang – dalam PRK kali ini.

“Walaupun calon dari Muafakat Nasional (gabungan PAS dan Umno) yang diwakili oleh BN adalah non-Muslim, namun ia bukanlah terlarang secara mutlak,” – Nik Zawawi, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Jb04 281019 Calon
Calon MCA di Tanjung Piai. Via The Star

Benda ni berbeza dengan gesaan semasa PRK Cameron Highlands. Masa tu Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang kata pengundi Islam wajib sokong calon BN berdasarkan kepada sifat keagamaannya. Menurut TG Hadi Awang, umat Islam tak sepatutnya pilih calon DAP yang menurutnya menunjukkan tanda-tanda negatif yang tak dapat disembunyikan terhadap Islam.

3
Via Suara Rakyat

“Kita minta supaya kaum yang bukan Islam kalau mahu selamat, jangan undi DAP. Undi calon Islam ini, semua selamat. Orang Islam selamat, orang bukan Islam pun selamat,” – TG Hadi Awang, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Mokhtar Senik pulak kata, orang yang menentang PH semasa PRK dapat pahala…

Seorang lagi ulama kanan PAS, Mokhtar Senik, berpendapat anggota PAS, petugas dan penderma PAS dapat pahala kerana bantu kemenangan BN di PRK Cameron Highlands dan Semenyih. Menurut anggota Jawatankuasa Pusat PAS tu, mengalahkan PH adalah sebahagian daripada amalan mencegah kemungkaran yang tarafnya sama penting dengan menegakkan kebaikan.

4
Mokthar Senik. Via MalaysiaKini

Bagi PRK Tanjung Piai yang akan berlangsung pada 16 November ni, PH turunkan calon Melayu dan Islam, iaitu Karmaine Sardini. Nik Zawawi kata walaupun calon terbabit bukan dari DAP, beri undi kepada PH didakwanya boleh dianggap mengekalkan kuasa parti terbabit dan ia adalah mudarat besar yang mesti dielakkan.

“Sehubungan itu, Dewan Ulama PAS Pusat menyokong calon yang dikemukakan dari MCA, Wee Jeck Seng untuk bertanding dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November 2019 nanti. Sokongan ini berasaskan kepada semangat Muafakat Nasional yang telah dimeterai di antara PAS dan Umno pada 14 September lalu, sekali gus melibatkan parti-parti dalam komponen Gagasan Sejahtera dan BN,” – Mokhtar Senik, dipetik dari MalaysiaKini

Anggota parlimen Pasir Puteh itu kata “wajib” untuk sokong usaha “menyelamatkan negara” ketika ni.

Fatwa tu sebenarnya hanya untuk kepentingan parti, ini garis panduan sebenar Islam tentang pemimpin bukan Islam…

“Fatwa” berubah-ubah mengikut kehendak parti, bukan sekadar tak baik, malah boleh lahirkan imej buruk pada agama Islam. Apatah lagi, apabila fatwa itu disertakan dakwaan kononnya ia ajaran kitab suci muslim – al-Quran.

Prk Tanjung Piai
PRK Tanjung Piai. Via Berita Harian

Dalam tempoh 600 tahun selepas kewafatan Rasulullah, seorang ulama Islam bernama Ibn Taimiyah mengungkapkan sedemikian, “Allah tolong negara yang adil, walau ia diperintah non-muslim sekalipun. Allah tak akan tolong negara yang zalim, walau diperintah oleh muslim sekalipun”.

Kenyataan ini, jikalau direnung, didapati mempunyai kebenarannya sendiri:

Soal adil dan zalim, ia takde kaitan dengan status agama seseorang

Dalam dunia pun, memang ada muslim yang kuat beribadat, tapi zalim terhadap anak dan isterinya. Macam tu jugak dari sudut pemerintahan yang dilihat dari sejarah umat muslim dalam dunia.

5
Via Islamic Poster

Takde siapa pun boleh nafikan bahawa ada pemimpin dari kalangan non-muslim yang adil. Dari sudut Hadis pun, Nabi saw pernah puji keadilan Raja Habsyah yang ketika tu beragama Kristian. Malah, apabila sebilangan sahabat dapat penindasan daripada orang-orang besar Quraish di Mekah, nabi mengarahkan diorang berhijrah dan mendapat suaka politik dari Raja Habsyah tu.

Status anutan agama seseorang, adalah urusan dirinya dengan Tuhannya

Status anutan agama seseorang, adalah urusan dirinya dengan Tuhannya. Namun, soal adil dan zalim, benda tu libatkan hubungan sesama manusia. Dengan sebab tu, rakyat muslim dan non-muslim pasti menderita di bawah pemimpin zalim. Berbeza dengan pemimpin adil, sudah pasti semua pihak akan mendapat kebaikan daripada pentadbiran tersebut.

Inilah pemimpin. Via Giphy
Allah takkan binasakan sesebuah tempat, walaupun penghuninya terdiri daripada non-muslim

Dalam Al-Quran – Surah Hud 11 : 117 – Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan membinasakan sesebuah negara atau negeri, andai penghuninya terdiri dari kalangan non-muslim – sepertimana kupasan Imam al-Razi – saling melakukan kebaikan, keadilan, kebajikan dan kemakmuran (Arab: muslihun).

Matlamat utama politik Islam adalah untuk capai kebaikan pada rakyat jelata, tak kisahlah siapa yang jadi pemimpin…

Sebab itu kami kata penggunaan agama yang keterlaluan dalam politik boleh mendatang masalah dan malu pada diri sendiri. Kalau dahulu mungkin ‘PAS’ berfatwa supaya menyokong DAP kerana kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat, atau yang lebih jauh ke belakang; Barisan Alternatif.

Lol2
Siapakah akan menang? Via FMT

Sekarang fatwanya berbeza, kerana ‘kawan’ pun dah berbeza. Ia beri masalah apabila ‘fatwa’ tak konsisten dan bergantung pada keuntungan parti.  Tujuan politik dalam Islam adalah mencapai kebaikan untuk rakyat jelata. Sebarang pelantikan pemerintah hendaklah berorientasikan matlamat tu, tak kira apa anutan agamanya, dan tak kira apa bangsa dan etnik dia.

Kedua, dalam capai tujuan itu, al-Quran menyatakan pemimpin perlu ada dua sifat, iaitu berkemampuan dan beramanah. Banyak perbezaan berlaku dalam kalangan muslim berkenaan pelantikan non-muslim sebagai pemimpin – hakikatnya berfaktorkan kepentingan politik, bukan penafsiran teks wahyu yang mengikut tatacara pemahaman yang sebenar.

Bagi bahagian Fatwa sebenarnya hanya untuk kepentingan parti, ini garis panduan sebenar Islam tentang pemimpin bukan Islam, ia diambil dan disunting dari website SAUDARA.