nuffnang Ads

.

2017/05/31

Soalan dan Jawapan berkaitan PRU14 Siri 1.


_____________________________________

S1 : Bila mandat pemerintah kerajaan sekarang berakhir?
J: Jun 2018 iaitu 12 bulan dari sekarang. Ini berasaskan pengiraan sidang Dewan Rakyat yang pertama selepas PRU13 iaitu 24 Jun 2013.
--------------------
S2 : Ada ramalan awal ke dari pihak tuan?
J: Sebagai orang politik yang datang dari PPBM semesti saya punyai ramalan. Secara personal saya ada 2 ramalan berkaitan tarikh PRU, pertama pada September 2017 iaitu selepas Sukan Sea KL 2017 dan yang kedua pada Mac 2018 dengan mengambil kira berakhirnya mandat.

Apapun Najib punyai kuasa penuh untuk umum bila pembubaran parlimen. Cuma kerajaan yang lemah adalah kerajaan yang umumkan bubar dewan sendat-sendat dengan tarikh habis mandat.
-------------------
S3: Apa agaknya faktor atau situasi Najib akan umum bubar dewan?
J: Najib akan ambil kira feel good factor bagi UMNO/BN, mungkin Najib akan ambil kira peningkatan KDNK dan kejayaan yang UMNO/BN rasa dalam Pelan Transformasi Negara.

Apabila lewat umum maksudnya kedua faktor ini tidak capai tahap "feel good" lagi. Selain itu, kebiasaan UMNO/BN akan umum bubar dewan apabila mereka lihat parti lawan berpecah dan bergaduh berada pada tahap puncak.

Cuma UMNO/BN perlu hati-hati kerana pada saat akhir parti boleh buat pusingan U. PAS sebagai contohnya, sekarang mereka nampak seperti boneka UMNO/BN dan usaha pecah belahkan parti lawan dengan gunakan PAS pada awalnya berjaya tetapi mungkin pada akhirnya tidak.
------------------

S4: Adakah parti gabungan Pakatan Harapan sudah bersedia?
J: SUDAH BERSEDIA, kerjasama TOTAL dengan kekuatan pengaruh mantan Perdana Menteri 22 tahun, Tun Dr. Mahathir dilihat mampu saingi UMNO/BN yang dikatakan hilang ahli sebanyak 15 - 20peratus.

Apapun tindakan PAS keluar dari PH adalah sedikit petanda kurang baik dan beri kelebihan pada UMNO/BN.

Perlu lihat keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kansar yang mana UMNO/BN menang bukan atas sokongan rakyat tapi faktor perpecahan PAS dalam Pakatan Rakyat.
-------------------
S5: Apa pandangan rakyat kepada UMNO/BN mengikut penelitian dan pandangan?
J: UMNO/BN berdepan dengan kemerosotan sokongan dan keyakinan rakyat apabila rata-rata rakyat berpandangan UMMO/BN gagal dalam urus tadbir negara termasuk kepimpinan dan ekonomi.

Selain itu soal PECAH AMANAH berleluasa yang dilakukan oleh pemimpin utama UMNO/BN memahat sesuatu di minda rakyat bahawa UMNO/BN adalah parti korup yang perlu ditentang dan dibuang.

Selain itu rakyat berdepan masalah kenaikan kos sara hidup dan segala macam kenaikan dan bebanan sehingga rakyat melabelkan UMNO/BN sebagai PARTI Barang Naik (BN).
--------------------

S6: Adakah GST akan jadi isu utama nanti?
J: GST meniti dibibir rakyat seawal setahun sebelum silaksakan lagi. Menteri yang bertanggungjawab berjanji dengan yakin HARGA BARANG AKAN TURUN BILA GST DILAKSAKAN telah meyakinkan rakyat bahawa UMNO/BN menipu dan mempermainkan mereka.

Rakyat rata-rata berpendapat GST adalah cukai yang dikutip oleh UMNO/BN secara paksaan dan menjadi punca kepada kenaikan kos sara hidup. Mereka berkata GST menyebabkan mereka terpaksa beberlanja lebih dari sebelumnya.

**Bersambung**

Jabatan Penerangan PPBM Pusat.

2017/05/30

TAHUKAH ANDA...??

Tahukah Anda?

Bahwa ikan yg ribuan tahun lalu menelan Nabi Yunus AS itu ternyata masih lg  hidup sampai sekarang, bahkan sampai hari kiamat. Hal ini sdh dijelaskan dalam Al-Qur'an: andai Yunus itu tidak beristighfar, sudah tentu ia akan tinggal dalam perut ikan tersebut sampai hari kebangkitan..Maka banyakkan lah beristighfar.

Tahukah Anda?

Bahwa janin semasa dalam kandungan perut ibunya, dia sudah dilihatkan perjalanan hidupnya bermula dr lahir sampai mati. Kerana itu, kadang2 ketika kita berkunjung ke sesuatu tempat yang baru, kita rasa seolah2 tempat tersebut sudah tidak asing lg bagi kita.

Tahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu ianya berfungsi spt normal semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

Tahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahawa kita mengantuk tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

Tahukah Anda?

Bahawa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah. Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar ianya berubah menjadi karbohidrat.

Tahukah Anda?

Bahawa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

Tahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat? Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah lebih lama sikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa kita yang berguguran..

Tahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia. Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahawa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutamanya setiap kali mahu masuk tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari seksa kubur.

Tahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat, maka tiada halangan  antara kita dgn shurga kecuali mati...

Tahukah Anda?

Bahawa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat, Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Tengah jemur kain jiran datang tegur,
'jemur kain ke?'
Tapi kita jawab "eh tak la tengah masak",
soalan mesra dijawab dengan sindiran.

Allah bertanya,  "Wahai Nabi Musa, apa yang ada ditanganmu itu?
Jawab Musa , "Inilah tongkatku, aku gunakan untuk berjalan dan aku gunakan untuk memukul daun2 kayu supaya gugur untuk kambing2ku".

Kenapa Allah masih bertanya Nabi Musa sedangkan Allah Maha Mengetahui? Kerana... begitulah cara Allah bermesra dengan NabiNya walaupun Allah sudah tau tetapi Allah tetap bertanya.

Dalam kehidupan manusia cuba bayangkan kita sedang jemur kain,
tiba2 datang seorang kawan kita bertanya
"buat apa tu?"
Kita pun menjawab " Tengah masak !"

Kawan kita tanya tu bukan sebab dia tak tau tapi dia nak bermesra dengan kita. Orang nak bermesra dengan kita, kita layan dia dengan sindiran. Itu tak patut. " -TG Haron Din-

"Saya ada RM 1, awak ada RM 1.
Kalau kita tukar suka sama suka RM 1 itu, kita masih lagi ada RM 1 masing-masing.
Tapi, kalau saya ada 1 ilmu dan awak 1 ilmu,
kemudian kita betukar-tukar ilmu itu,
masing-masing akan ada 2 ilmu".

Aku tanya dia kenapa kamu sentiasa suka minum air di masjid/surau padahal air tu di rumah kamu pun ada?!!
Dia jawab, " supaya org yg letak air di masjid/surau ni diberi ganjaran oleh Allah.."

Bilamana sampai kpd kamu gosip2 tentang seseorang, maka biarlah gosip tu terhenti setakat kamu shj.
Dan jika berita tu berhenti setakat kamu shj, bermakna kamu telah dpt pahala tutup aib org. Barangasiapa yg tutup aib mana2 muslim,
" Allah akan tutup juga aib dia.."

3 doa yg wajar kamu ingat utk dibaca semasa sujud2 kamu :-

1. Ya Allah, aku mohon dgn Mu pengakhiran yg baik. Iaitu dalam khusnul Khotimah.

2. Ya Allah, kurnialah kepada ku taubat nasuha sebelum aku mati.

3. Wahai Allah yg membolakbalikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu.

Sehinggakan bila kamu berniat utk sebarkan ucapan ini, meniatkan sahaja tu pun dah dikira sebagai kebaikan.

Moga2 dengannya Allah melepaskan kesusahan drpd kesusahan2 di dunia dan akhirat.

Peringatan :- " Buatlah baik walau sekecil kecilnya. ''

[ANDAI AJAL DALAM TIDUR...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN.

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain,
maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat ganjaran pahalanya insha Allah...

Jangan jemu saling mengingatkan

2017/05/28

"Kuasa gelap" jadikan PRU14 pertempuran kaum, agama, kata Kit Siang



MoreA

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata beliau cuba memberi amaran ada kuasa gelap cuba merangka PRU akan datang sebagai pertempuran Melayu dan Cina dan juga antara Islam dan musuhnya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Mei, 2017.

MENGGELAR mereka “kuasa gelap”, Lim Kit Siang hari ini mengecam mereka yang cuba menjadikan pilihan raya umum (PRU) akan datang sebagai pertempuran antara Melayu dan Cina, serta antara Islam dan musuhnya.

Ketua Parlimen DAP itu berkata senario itu tercipta untuk mendorong rakyat Malaysia berpecah dan tidak bersatu padu.

“Saya sudah cuba memberi amaran ada kuasa gelap yang cuba merangka PRU akan datang sebagai pertempuran antara Melayu dan Cina dan juga antara Islam dan musuh Islam.

“Ini senario salah dan tidak bertanggungjawab untuk menarik rakyat Malaysia ke dalam perkara yang tidak dapat dijangka, berselisih dan berpecah,” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini berhubung buku pemimpin DAP yang dianggap sesetengah pihak sebagai alat berdakwah.

Buku autobiografi “Becoming Hannah Yeoh" oleh Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh dilancarkan penghujung 2014 tetapi menjadi kontroversi tahun ini apabila seorang ahli akademik berkata Yeoh menggunakannya untuk memurtadkan umat Islam.

“Rakyat Malaysia lelaki dan wanita dari semua masyarakat dan kepercayaan perlu bersama menyelamatkan negara ini daripada mereka yang terdesak merampas wacana negara dan menjadikan ia huru-hara untuk mencapai sesuatu dengan cara jahat,” katanya, merujuk kepada kontroversi buku itu.

Bercakap mengenai buku itu, Lim berkata perjalanan Yeoh dalam kepercayaan agamanya patut diamalkan oleh orang lain mengikut keimanan masing-masing dan ia sebenarnya sebahagian laluan untuk jadi rakyat yang baik.

“Ironinya Malaysia menganjurkan prinsip keadilan wasatiyyah (kesederhanaan), keseimbangan, saling menghormati dan kecemerlangan masyarakat, bangsa dan agama kepada dunia, tetapi bila dalam negara sendiri, wasatiyyah kelihatan memberi nilai bertentangan, ekstremis, berlebihan dan fanatik,” katanya, merujuk kepada langkah kesederhanaan Perdana Menteri Najib Razak.

DAP dan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) diserang pengkritik pro kerajaan dan cybertroopers yang mengejek kerjasama antara Lim dan yang dulu musuh politiknya, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir keluar Umno dua tahun lalu dan kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baru saja menyertai pembangkang untuk menggulingkan Najib dan Barisan Nasional (BN) daripada kuasa.

Kedua-dua gabungan itu akan berhabis-habisan dalam PRU untuk menewaskan BN tetapi PAS menarik diri daripada pakatan pembangkang susulan isu undang-undang Islam. Ia mahu bertanding di sekurang-kurangnya 100 kerusi Parlimen, menaikkan prospek berlakunya pertandingan tiga penjuru yang biasanya akan menguntungkan BN. – 28 Mei, 2017.

SUNNAH BUKA PUASA DENGAN RUTAB


Nabi s.a.w berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88).

Dalam hadis daripada Anas katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, katanya hadis ini hasan)

Inilah tertib yang dilakukan oleh baginda, pilihan pertama ialah rutab, jika tiada maka tamar dan jika tiada maka air.
Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): "Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air…Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zam-zam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zam-zam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunnah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah).

2017/05/27

MUKHRIZ DAN SAYA - TUN DR. MAHATHIR

Hadamkan dibulan ramadhan ni

1. Konco-konco Najib gemar menyatakan bahawa saya mahu menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri kerana dia tidak mempromosikan anak saya, Mukhriz, untuk menjadi Perdana Menteri. Wartawan, dalam dan luar negara, juga bertanya soalan yang sama.

2. Saya tahu walau apa pun penjelasan yang saya buat tidak akan menghentikan orang-orang Najib daripada mengulangi dakwaan ini untuk mengalihkan perhatian daripada salah laku Najib.

3. Jika saya mahu, sudah pasti saya boleh semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO mempromosikan Mukhriz sebagai pemimpin UMNO. Tetapi saya tidak pun sesekali membenarkan anak-anak saya untuk bertanding untuk jawatan dalam UMNO atau untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

4. Mukhriz juga tidak dapat menjadi ahli UMNO kerana bahagian Kubang Pasu yang saya mengekepalai enggan menerima beliau. Adalah hanya selepas Ibu Pejabat UMNO mengarahkan bahagian baharulah beliau diterima sebagai ahli, iaitu sebelum saja saya bersara.

5. Beliau bertanding untuk kerusi Parlimen pada 2008 dan menang. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.

6. Pada masa itu Kedah dikuasai oleh Kerajaan PAS kerana UMNO di bawah Mahadzir Khalid kehilangan negeri pada tahun 2008.

7. Dalam Pilihan Raya 2013 Mukhriz memilih untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Orang Kedah percaya bahawa jika beliau dilantik sebagai Menteri Besar, BN akan mengalahkan PAS dan menawan semula Kedah. Najib nampaknya bersetuju. BN mendapat semula Kedah dalam Pilihan Raya 2013. Mukhriz telah dilantik sebagai Menteri Besar.

8. Apabila skandal 1MDB meletup saya berhenti menyokong Najib. Mukhriz tidak menunjukkan sokongan penuh untuk Najib. Beliau kritis terhadap penjelasan Najib mengenai RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib.

9. Kerana gagal mendapatkan Mukhriz untuk memberi sokongan padu Najib mengatur penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Kedah.

10. Saya sendiri boleh dengan mudah membantu Mukhriz dengan mengabaikan salah laku Najib dan terus menyokong beliau. Tetapi saya tidak berbuat demikian kerana saya tidak mementingkan masa depan Mukhriz. Saya lebih mementing menggagalkan Najib daripada memusnahkan negara ini.

TUN MAHATHIR

#BERSATU
#SelamatkanMalaysia
#PakatanHarapan

2017/05/26

PUISI UNTUK TUN MAHATHIR

Memandang wajahnya,
Sayu terasa menusuk hati
Raut tenang pada wajah
tetap seperti dulu
walaupun seribu duri mencucuk ke tangkai hati
walau kata beracun disiram ke sanubari.

Mana mungkin mudah mencari pengganti
walau pada mana mata yang memandang benci
atau pada lidah yang panjang berjela bagai sawa menghembur bisa
kerana mereka sudah lupa harga diri
Apa lagi mengenang budi
pasti akan melontarnya ke tepi.

Allah memanjangkan usiamu untuk melihat
bagaimana kebiadapan segelintir anak muda yang dihantar ke sekolah
sudah tidak bisa menjadi contoh
ilmunya menjadi pedang yang membunuh golongan muda
penanya menjadi tajam menikam golongan tua
Adab adalah pesta gelandangan di tengah jalan raya
terkubur warisan bangsa tanpa santun budinya.

Tidak mengapa
Jasadmu tidak akan terusik kerana hatimu bersalut besi
bisa bertahan mata pedang, atau tajam pena yang menikam
berdirimu tetap bagai dulu
penuh semangat juang dan cinta
Tanah air, agama dan bangsa
bersatu dalam denyut nadimu
tidak pernah gentar
walau sesaat.

Semoga dipanjangkan usia
keberkatan sepanjang hayat
keimanan menebal di jiwa
semoga Allah sentiasa melindungimu
dan sejahtera untukmu dunia akhirat.

Credit Cikgu Khaty Ali.

#PPBM_BERAMANAH_BERMARUAH

Saya Memang Lembik, Mohon Maafkan Saya - Tun Dr. Mahathir..

Dr Mahathir tangisi kehilangan ‘anaknya’.. Beliau kesal kerana di penghujung hayatnya terpaksa menyaksikan banyak aset negara dijual kepada orang asing untuk menyelesaikan hutang negara.
DENGAN nada pahit Dr Mahathir Mohamad hari ini mengecam penjualan "anaknya", Proton, menganggapnya "permulaan penjualan lebih besar" untuk menyelamatkan negara ini daripada hutang.

Dalam satu artikel di chedet.cc, Dr Mahathir berkata beliau sedih Proton yang lahir daripada ideanya dijual bagi membayar hutang negara.
"Ia mungkin permulaan penjualan lebih besar. Proses ini tidak dapat disekat.
"Tiada cara lain bagi kita untuk mendapatkan berbilion ringgit untuk membayar hutang kita. Satu-satunya cara adalah dengan menjual aset kita.
"Dan akhirnya kita akan kehilangan negara kita, sebuah negara hebat, tetapi dimiliki orang lain," katanya.

Proton ditubuhkan pada 1983 semasa Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir, yang kini pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di blok pembangkang, mengkritik Putrajaya yang kemasukan pelabur dan "wang" dari China, menurutnya akan menjejaskan kedaulatan Malaysia.

Tindakan itu secara meluas dianggap sebagai cara Putarajaya untuk membayar hutangnya bernilai berbilion ringgit akibat skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Dr Mahathir berkata, walaupun sangat bersedih dengan penjualan Proton, beliau menjangka rakyat Malaysia gembira menghapuskan "kereta yang menjengkelkan" itu.

Penjualan itu, kata beliau dengan sinis, akan memastikan kejayaan komersial Proton dengan kereta keluarannya terjual di seluruh dunia dengan jenamanya.
Beliau menyamakan penjualan Proton itu dengan  Singapura, bekas negeri di Tanah Melayu yang meninggalkan persekutuan pada 1965.

"Ia akan menjadi seperti Singapura. Rakyat Malaysia berbangga dengan negara dengan bandar hebat ini.
"Jika ia belum dijual, ia mungkin dibangunkan seperti Kuala Kedah atau Kuala Perlis. Kemudian kita tidak boleh berbangga dengan Singapura.
"Sekarang kita boleh berbangga dengan Proton. Dengan wang dan teknologi unggul ia akan bersaing dengan Rolls Royce dan Bentley," katanya.
Tetapi katanya, beliau tidak boleh berbangga dengan kejayaan yang bukan miliknya atau Malaysia.

"Bila difikirkan semula, jika negara kita dijual kepada orang lain, kepada orang-orang yang sangat kaya dari negara lain, saya pasti negara kita akan menjadi maju juga.

"Ia juga mampu menjadi sebuah negara maju melebihi jangkaan Wawasan 2020. Ia akan menjadi sebuah negara  hebat dengan lebuh raya besar, kereta api berkelajuan tinggi, bangunan pencakar langit, bandar baru yang bersinar dengan lanskap indah.

"Tetapi saya tidak boleh berbangga! Bolehkah saya berbangga kerana dapat hidup di pinggir negara hebat yang dibangunkan oleh pembeli?"

Pemimpin berusia 92 tahun itu berkata, "beliau akan mati tidak lama lagi" dan akan menyaksikan negara dijual kepada orang asing untuk menyelesaikan hutang negara pada tahun-tahun terakhirnya, yang mungkin juga beberapa bulan atau hari sahaja lagi.

Lebih banyak aset tanah, Dr Mahathir berkata, akan dijual untuk menyelesaikan hutang berjumlah "trilion ringgit".
"Itu adalah apa yang kita lakukan pada masa lalu. Kita menjual sebahagian negara kita. Kita hilang tanah yang kita jual.

"Ini adalah apa yang kita lakukan sekarang. Dan ia apa yang perlu kita lakukan – atau hilang negara kita; seperti kita kehilangan Proton.

"Saya memang lembik. Saya menangis walaupun rakyat Malaysia tidak menitiskan air mata. Anak saya hilang. Dan tidak lama lagi negara saya. Sila maafkan saya," katanya

2017/05/25

APA LAGI NAK DIJUAL. SOAL DR.MAHATHIR SELEPAS GEELY AMBIL PROTON.

KUALA LUMPUR: Langkah menjual kepentingan 49.9% dalam Proton Holdings kepada sebuah syarikat kereta China semalam menandakan kehilangan ikon negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, orang yang mengasaskan industri kereta itu pada awal 1980-an.

“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” soal pengerusi PPBM itu selepas program ceramah di Kampung Baru, malam tadi.

“Kita sudah jual Proton kepada orang asing. Ini kereta nasional, dijual kepada orang asing dan tidak lagi ia menjadi kereta nasional, ia kini kereta asing.

“Kita kehilangan satu daripada ikon negara kita,” katanya.

Semalam, DRB-Hicom mengumumkan menjual 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Kumpulan Geely Holding yang merupakan pemilik Volvo Car Group dari Sweden.

Proton yang ditubuhkan pada 1983 sebagai syarikat otomobil pertama negara, bergelut sejak beberapa tahun kebelakangan ini, walaupun mendapat sokongan dan bantuan kerajaan.

Pada 2001, Proton menguasai bahagian pasaran sebanyak 53%, tetapi ia merosot kepada 14% tahun lalu, di sebalik populariti kereta import dan aduan mengenai mutu kereta Proton.

Dr Mahathir bagaimanapun mempertahankan kualiti kereta Proton.

“Ya, ada yang berkata tingkap tak naik, bila tekan butang, tak naik. Itu cerita lama.

“Sekarang, pergilah tekan butang, ia naik turun. Kalau 10 kali tekan, 10 kali naik-turun.

“Ya, memang ada kelemahan, tetapi kelemahan sudah kita atasi,” katanya.

“Tuan puan, cubalah, kalau tak nak beli pun pergi cuba. Proton Saga, Proton Persona, Perdana, 3 buah kereta yang dikeluarkan serentak dalam satu tahun. Kalau dahulu kita keluarkan sebuah model dalam 3 tahun, kali ini kita mampu keluarkan 3 model dalam satu tahun.

“Tapi yang sedihnya kereta nasional tak lagi kereta nasional kita,” katanya.”

Sebelum ini dalam wawancara ekslusif bersama FMT, Dr Mahathir mempertikaikan dakwaan kerajaan menyuntik dana kepada Proton untuk menyelamatkan syarikat itu.

“Kerajaan tidak menyuntik wang ke dalam Proton. Tetapi geran penyelidikan. Ia diberikan kepada semua. Tetapi ia tidak diberikan kepada Proton. Ia dijanjikan tetapi sehingga kini tidak diberikan,” katanya.

Beliau berkata jualan Proton jatuh kerana dasar kerajaan membuka pasaran kepada kereta import, yang menurutnya suatu dasar yang tidak diamalkan oleh negara pengeluar kereta besar seperti Jepun dan China.

#pro-tun

TUN M MENGELUH PROTON SUDAH JADI KERETA ASING..

Sebagai insan yang mengilhamkan penubuhan syarikat kereta nasional Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad tentunya tidak gembira dengan pengambilalihan 49.9 peratus kepentingan dalam syarikat ikon Malaysia itu oleh Geely Automobile Holdings Ltd dari China.

Dengan pengambilalihan itu, Dr Mahathir berkata Proton tidak lagi menjadi kereta nasional.

"Ia dah jadi kereta asing, dan kita kehilangan satu ikon negara," katanya dalam ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kuala Lumpur malam tadi.

Bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa Geely hanya memperoleh 49.9 peratus kepentingan Proton daripada syarikat berkaitan kerajaan DRB-Hicom Bhd.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata walaupun ramai mengkritik Proton yang dikatakan mengeluarkan kereta kurang bermutu tinggi, tetapi menurutnya, tidak ada negara membangun yang mampu membangun kereta sendiri.

"Dalam jangka masa 30 tahun sahaja, rakyat yang tahu bawa kereta sahaja, sudah belajar bikin kereta sendiri.

"Mereka belajar dalam jangka pendek. Negara lain ambil masa 50 (hingga) 100 tahun untuk keluarkan kereta macam Proton," tegasnya.

Mengakui masalah yang sering dikaitkan dengan Proton berhubung dengan "power window", Dr Mahathir bagaimanapun berkata ini adalah "cerita lama" dan tingkap itu kini berfungsi dengan baik.

"Memang ada kelemahan tetapi sudah diatasi dan tidak perlu ke China untuk dapatkan teknologi untuk bikin kereta seprti Proton.
"Sekarang (ia) mampu keluar tiga model dalam satu tahun. Tetapi yang sedihnya kereta nasional tidak lagi kereta nasional kita.

"Apabila (kita) beli di masa hadapan, (kita) beli kereta asing, kerana telah dijual," keluh Dr Mahathir.

Nota kaki : SATU PERSATU HASIL/HARTA NEGARA MENJADI ASING. PASNI MUNGKIN KITA MENJADI ASING DI TANAHAIR SENDIRI? ADAKAH KITA AKAN MENJADI MAKHLUK ASING? ADAKAH FAKTA INI AKAN DI SPINNING GASING??

https://www.malaysiakini.com/news/383424

Najib beri Pak Lah, dana RM5 juta.



Najib memuji kesetiaan Pak Lah dan menyumbang dana RM 5 juta untuk legasinya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Mei, 2017.

BAGAIKAN adik dan abang, Perdana Menteri Najib Razak menghargai dan memuji Abdullah Ahmad Badawi kerana sentiasa setia bersama parti Umno dan Kerajaan Barisan Nasional.

Mengumumkan dana RM5juta untuk Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Badawi, Najib menyifatkan bekas perdana menteri kelima itu yang lebih dikenali dengan gelaran Pak Lah itu sebagai tokoh terbilang negara.

"Saya ingin menghargai kesetiaan Pak Lah selama ini yang walau apa pun berlaku, beliau terus memberi sokongan padu dan berdiri teguh bersama saya, pihak kerajaan, parti Umno dan Barisan Nasional serta tidak terlintas untuk mengkhianati parti, jauh keluar dari parti umno yang dikasihi.

"Saya bukan datang dengan tangan kosong. Saya ingin umumkan dana awalan RM5 juta pada legasi Pak Lah.

"(Dana) Akan saya keluarkan tahun ini, kalau tahun hadapan ada rezeki saya tambah lagi," katanya pada ucapan perasmian Syarahan Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya hari ini. 

Najib pada ucapannya turut menceritakan perbualannya sewaktu Pak Lah dilantik menjadi ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) untuk membantu ayahnya, Abdul Razak menjadi perdana menteri kedua.

Najib juga mengakui terhutang budi selepas Pak Lah sudi melepaskan jawatan presiden Umno kepadanya sekaligus membolehkan dirinya menerajui Putrajaya sehingga kini.

"Kamu (Najib) anak kandung Tun Razak, saya anak politiknya," katanya.

"Beliau bukan sahaja memanggil saya sebagai 'my brother', bahkan bagi saya, Pak Lah adalah sahabat sejati, kerana beliau tetap setia , sanggup bersama saya dan kerajaan ini ketika senang mahupun susah, dalam situasi yang getir.

"Bahkan, lebih menyentuhkan dan mengharukan saya betapa tingginya nilai kasih sayang Pak Lah kepada parti dan negara sebagai pemimpin besar lagi berjiwa mulia, apabila sanggup menyerahkan tampuk kepimpinan tertinggi Umno serta jawatan perdana menteri kepada saya dengan penuh tertib dan kemuliaan tradisi.

"Terima kasih Pak Lah. Semoga Allah jua akan balas budi baik Pak Lah," kata Najib lagi.

Ahli Parlimen Pekan itu menambah beliau tidak akan melupakan jasa Pak Lah dan akan terus menerajui Malaysia dalam menuju ke negara maju.

Pada 2008, Pak Lah tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dan melepaskan jawatan perdana menteri kepada Najib yang menjadi timbalannya ketika itu pada Mac 2009.  – 25 Mei 2017.

2017/05/24

TUN DR. SITI HASMAH TIDAK SETUJU MUHKRIZ DI GELAR ANAK " BAPAK " .

SEBALIKNYA BERSETUJU JIKA DI GELARKAN ANAK " MAK ".

Ketika ditanya bila Rakyat melabelkan Mukhriz sebagai ‘anak bapa’. Apa  yang mahu Tun lihat dalam legasi dan kejayaan politik Mukhriz sebelum Tun menutup mata?

Saya masih ingat, kali pertama Mukhriz melahirkan hasrat untuk terjun ke dunia politik, hati saya sungguh risau.

Saya kasihankan  dia. Saya kasihankan isteri dan anak-anaknya. Menceburi  politik bermakna isteri dan anak-anak Mukhriz perlu melalui apa yang pernah saya tempuh . Ia bukan satu perjalanan yang mudah.

Sekarang ini pun anak-anak Mukhriz hanya dapat bertemu beliau pada cuti hujung minggu. Anak-anak bersekolah di sini. Sedang sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz perlu berada di utara. Nak dipindahkan sekolah, di Kedah tiada sekolah antarabangsa.

Tapi  itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan.

Tapi itu kehendak Mukhriz. Saya tidak ada hak untuk melarang. Jadi sebenarnya saya seperti ‘rela dalam terpaksa’.

Sepanjang suami saya memegang tampuk pemerintahan negara, anak-anak hanya dibenarkan menjadi ahli dalam parti politik. Tetapi dilarang memegang apa-apa jawatan.

Dan kerana itu, semasa Tun Dr Mahathir masih menjadi Perdana Menteri, Mukhriz  tidak penah berbicara soal politik atau menunjukkan sebarang minat kepada kami berdua. Tetapi bila ‘larangan’ itu sudah tiada, barulah dia mula buka mulut tentang perkara ini. Jadi, sebelum itu, saya sendiri pun tidak nampak kecenderungannya dalam politik.

Saya tidak setuju dengan gelaran ‘anak bapak’ itu.  Kalau ‘anak bapak’ tentu dari awal suami saya sudah libatkan Mukhriz. Tentu sejak awal dia sudah dibimbing dan diberi tunjuk ajar  yang mungkin seperti anda katakan  ‘untuk meneruskan legasi Mahathir’. Tapi tiada. Sampai sekarang pun hanya sesekali, boleh dikira dengan jari,  Mukhriz tampil untuk meminta pandangan dan nasihat daripada bapanya.

Tahun 2009 waktu Mukhriz ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa, dia ada menelefon saya. Katanya, “Mummy depa lantik saya jadi timbalan menteri.”

Tapi daripada nada suaranya macam dia tak bersungguh-sungguh saja. Tak ada nada gembira atau sebaliknya.

Bila saya bagi tau suami, barulah suami bagi Mukhriz nasihat.

Dan dalam isu Kedah pula, setahu saya Mukhriz belum pernah meminta nasihat atau pandangan daripada bapanya.

Kalau orang kata ‘Mukhriz anak emak’ itu saya setuju.

Apa-apa hal Mukhriz selalu merujuk saya dahulu sebelum bapanya. Malah sebelum pilihan raya pun,Mukhriz bawa saya untuk berkempen. Bukan bapanya.

Kebetulan dulu semasa masih menjadi doktor, saya bertugas di Jerlun. Masyarakat veteran di sana sangat mengenali saya. Jadi,demi anak...saya tawarkan diri kepada Mukhriz untuk membantunya berkempen di sana.

Kalau Mukhriz ‘anak bapak’ lebih baik dia diteman bapanya sewaktu berkempen. Malah bapanya jauh lebih terkenal daripada saya sendiri....

Tapi selalunya Mukhriz sukar untuk mulakan ucapan jika saya ada bersamanya. Tak tahu kenapa, dia seperti ‘tergagap’ dan malu-malu.

Itulah Mukhriz....

Doa saya, moga Mukhriz dapat memimpin dengan baik. Paling penting mesti amanah menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat yang dipimpin.

Menjadi pemimpin, tanggungjawab terlalu besar. Jadi lakukan sebaik mungkin kerana ALLAH.

Walau sebelum ini saya seperti ‘terpaksa’ merelakan Mukhriz terjun ke dunia politik, namun saya tetap mendoakan agar dia berjaya dengan apa yang  diimpikannya.

Sudah kehendak Mukhriz untuk menyambung warisan kepimpinan bapanya, jadi sebagai ibu saya akan terus mendoakan dia melakukannya dengan jujur dan ikhlas.

Jika hasratnya mahu cemerlang seperti bapanya, lakukan sebaik mungkin!

TMJ BANTAI MENTERI BELIA DAN SUKAN...

HARI MALANG KJ....

Semalam barangkali adalah hari yang agak malang bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Pada sebelah tengahari beliau mengeluh tentang kelakuan seorang pemimpin kecil UMNO di peringkat cawangan yang sering menuduhnya macam-macam, termasuk menggelarnya sebagai Bangla.

KJ jelas kelihatan kecewa dengan sikap individu berkenaan serta menyifatkannya sebagai "gila".

"Baru saja malam tadi dia menggelar saya Bangla, ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki ini," kata KJ.

Pada sebelah petang pula, beliau ditegur oleh Tengku Mahkota Johor yang juga Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim atas ketidakhadirannya menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala FA, baru-baru ini.

Lebih-lebih lagi tambah TMJ, turut hadir menyaksikan perlawanan akhir Piala FA itu ialah kerabat-kerabat diraja daripada Johor, Pahang dan juga Kedah.

Kata TMJ, Menteri Belia dan Sukan itu sepatutnya menjadi antara individu penting yang hadir menyaksikan perlawanan akhir itu, tetapi malangnya difahamkan KJ mempunyai program bersama Askar Wataniah pada malam tersebut.

"Pada saya, sekiranya program itu lebih menjadi keutamaan, adalah lebih baik beliau menjadi Askar Wataniah daripada menjadi Menteri Belia dan Sukan," tegas TMJ lagi.

Dari segi peranan dan tanggungjawab, KJ adalah Menteri Belia dan Sukan, sementara penglibatannya dalam Askar Wataniah pula lebih berbentuk sukarela dengan pangkat yang disandangnya sebagai Brigadier Jenderal.

Bermakna, teguran TMJ terhadap KJ memang ada asasnya, bukan saja dari segi keutamaan dan matlamat untuk melihat sukan bolasepak terus maju dan berkembang, malah juga berdasarkan jawatannya dalam kerajaan.

Kalau dalam acara-acara sukan di peringkat antarabangsa sebelum ini KJ boleh melapangkan masa menghadirinya, sudah tentu agak mengecewakan jika acara sukan dalam negara sendiri hanya dipandang sepi oleh beliau.

Bagaimana KJ mahu meletakkan dirinya sebagai pemimpin masa depan jika beliau masih keliru dari segi keutamaan? (ShahbudinHusin 24/05/2017).

TUN MAHATHIR PELIK DENGAN SPRM, JADI AHLI POLITIK BOLEH RASUAH SEBELUM PRU?

BISMILAHHIRAHMANNIRRAHIM,,

👉   Tun Dr Mahathir hairan dengan kenyataan SPRM bahawa mereka mengelak menyasarkan ahli politik buat masa ini dan perlu menunggu selesai PRU.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membidas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak akan bertindak ke atas ahli politik rasuah buat masa ini kerana bimbang operasi mereka digunakan sebagai bahan pilihan raya.

“Jadi ahli politik kalau curi duit tidak mengapa? Cuma orang lain sahaja (dikenakan tindakan) sebab mereka tidak sertai pilihan raya?” soal pengerusi PPBM itu dalam wawancara bersama portal Free Malaysia Today di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini.

“Ketua setiausaha dan yang lain tidak boleh mencurilah, ahli politik pula dibolehkan…tetapi mengapa ambil tindakan kepada ahli politik di Johor, tetapi ahli politik di tengah-tengah Kuala Lumpur tiada tindakan,” soalnya, dipercayai merujuk kepada tangkapan dan pendakwaan seorang exco Johor berhubung kes urusan tanah baru-baru ini.

“Kalau itu bukan pilih kasih, saya tidak faham apa makna pilih kasih,” kata bekas perdana menteri itu lagi.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata suruhanjaya itu memutuskan untuk tidak bertindak terhadap ahli politik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 kerana ia mungkin digunakan sebagai bahan kempen, susulan siri tangkapan terhadap penjawat awam kebelakangan ini.

Namun Dzulkifli mengingatkan agar setiap parti memastikan calon mereka “benar-benar bersih” daripada rasuah dan salah guna kuasa.

“Sekiranya tidak dipastikan, maka jangan salahkan SPRM apabila kami datang membuat kunjungan hormat dan mengetuk pintu-pintu anda selepas pilihan raya kelak,” katanya.

“Saya tidak akan membuat kenyataan yang bersifat kosong dan populis…saya hanya mempunyai satu perkataan sahaja: tunggu,” kata Dzulkifli dalam wawancana Mingguan Malaysia pada Ahad.

Dr Mahathir bagaimanapun kecewa kerana merasakan gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam semakin meningkat, walaupun badan itu “direformasikan” menjadi suruhanjaya dengan kuasa yang lebih kuat.

“Jumlah kecurian wang kerajaan sekarang meningkat kepada jutaan ringgit. Pegawai kerajaan curi, wakil rakyat pun curi,” katanya.

Dr Mahathir berkata walaupun ada yang ditangkap dengan wang tunai jutaan ringgit, termasuk seorang yang menyebabkan anggota anti-rasuah mengambil masa “18 hari hanya untuk mengira wang tunai”, akhirnya diumumkan “tiada kes”.

“Sepatutnya segala laporan yang dibuat kepada SPRM dari Bank Negara, dari ketua audit negara…semua ini perlu didedah dan dibawa ke mahkamah untuk menilai apa benar atau tidak pencurian telah berlaku.”

Meskipun SPRM, yang ditubuhkan semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, menggiatkan kempen anti-rasuah, Dr Mahathir berkata suruhanjaya itu bagaimanapun “berdiam diri” terhadap dakwaan salah laku melibatkan Datuk Seri Najib Razak.

Beliau merujuk kepada siasatan ke atas dakwaan presiden Umno itu menerima RM2.6 bilion daripada entiti yang terkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib sebelum ini berkata wang itu adalah derma keluarga diraja Arab Saudi.

Tahun lepas, ditengah-tengah siasatan membabitkan SPRM dan agensi kerajaan lain, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan jenayah, memutuskan wang itu bukan rasuah.

Hotel Park Lane Jho Low di NY kini untuk jualan..

 

Pemaju New York, Steven Witkoff, yang bersama rakan kongsinya membida Hotel Park Lane di Manhattan, New York, pada harga AS$654 juta pada bulan Julai 2013, kini terpaksa menjual menara hartanah setinggi 47 tingkat itu, lapor The New York Times (NYT).

Ini adalah sebahagian daripada usaha Jabatan Keadilan AS (DOJ) untuk melucuthak aset yang dimiliki ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Jho Low, yang dituduh mengalihkan jutaan dolar dari 1MDB untuk membeli karya seni, jet peribadi dan hartanah di Beverly Hills dan di New York.

Low, yang makan malam dengan Witkoff pada 2013, telah bersetuju ketika itu untuk membiayai 85 peratus daripada AS$654 juta yang mereka bayar untuk Hotel Park Lane.

Low juga membayar AS$100 juta deposit - dua kali ganda jumlah wang yang biasanya dibayar - yang meyakinkan penjual untuk memilih bidaan kumpulan Witkoff yang membuat tawaran yang tinggi sedikit

Witkoff merasakan ini merupakan lokasi yang terbaik untuk membina supertower dengan pangsapuri ultra-mewah. Tetapi tiada kerja pernah bermula untuk pembinaan menara baru yang dirancang itu.

Dia dan rakan kongsi yang tinggal, dipaksa oleh DOJ untuk menjual bangunan itu dan buku pemasarannya dihantar kepada bakal pembida minggu ini.

"Ini adalah tapak yang terbaik di New York City dan mungkin dunia," kata Witkoff dalam satu wawancara. "Kami merancang apa yang seluruh perkongsian fikir adalah sebuah bangunan yang indah. Kami tidak pernah menyangka kami akan berdepan dengan keadaan seperti ini."

Bagaimanapun, Witkoff keberatan memperincikan urusannya dengan Low, ekoran siasatan dan tindakan undang-undang yang berkaitan.

Low telah menghilang diri, dan mungkin bersembunyi di sebuah hotel di Shanghai.

MENGAPA DUNIA HORMATI TUN DR. MAHATHIR?

Credit to: tuan Yahaya Ismail

Waktu aku jadi Presiden Persatuan Melayu Victoria, Melbourne Australia tahun 1971 aku menjemput Tun Dr Mahathir untuk mengambil bahagian dalam forum tiga hari mengenai politik Malaysia di Universiti Monash, bersama dengan berbagai profesor dari berbagai universiti di Australia. Pada waktu itu dia dipecat dari UMNO. Sambutan dari mahasiswa Malaysia, Asia dan Australia hebat sekali. Bertubi-tubi soalan ditujukan kepada Tun Dr M mengenai politik Malaysia. Jawaban beliau mendapat tepukan gemuruh dari para peserta. Tun Dr. Mahathir tidak gentar hendak menjawab berbagai soalan termasuk yang paling kontroversial sekali. Itu watak Tun Dr. Mahathir sehingga hari ini.. Kalau dia gila kuasa, tidak perlu dia melepaskan kuasa kepada Pak Lah yang banyak tidur dari jaga.

Tidak pernah BN hilang suara dua-pertiga di parlimen selama 22 tahun Tun Dr. Mahathir menjadi PM. Habis kepimpinannya BN merudum sampai hari ini. Dalam usia 91 tahun beliau terpaksa masuk gelanggang semula untuk membela rakyat yang ditindas, korupsi yang melahirkan kleptokrat kelas dunia. Jangan jadi munafik, berpura-pura mengatakan ada tokoh yang lebih hebat dari Tun M untuk di Malaysia utk menjadi PM.

Dalam keadaan negara tenat, kepimpinan Melayu yang membangsatkan bangsanya sendiri, Malaysia memerlukan tokoh berjiwa besar, bijak dan kaya pengalaman seperti Tun Dr. Mahathir. Jangan sesekali memilih pemimpin yang lemah, ilmu politik sekangkang kera, bijak bercakap tetapi otak di lutut untuk memimpin negara. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Malaysia memerlukan pemimpin yang berani, tegas, berilmu, berpegang pada tali Allah, tidak menjadi hamba pada mana-mana kuasa besar dunia dan jangan korupsi melampau. Kalau kamu seorang patriot, berjihad di jalan Allah jangan kamu pilih pemimpin yang banyak tokak dan kudis buta politik sebagai penyelamat bangsa dan negara.

Wahai Melayu, insaflah jangan kamu bermimpi Melayu kekal berkuasa kalau kamu memilih pemimpin yang lemah memperjuangkan nasib negara dan bangsa. Allah telah menunjukkan jalan untuk memberi sokongan padu. Tun Mahathir sahaja yang dapat menyelamatkan negara, bangsa dan agama dalam keadaan kepimpinan yang uzur, korup, zalim yang kuat berkokok tapi ekor bergelumang dengan tahi skandal aneka jenis dan warna.

BIAR DUDUK DAHULU BARU KITA BERLUNJUR

Kenyataan Media
24 Mei 2017

1. Ramai yang memberikan pelbagai reaksi apabila Kongres Keadilan ke-12 sekali lagi mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke 7. Tambah menarik ialah pada masa yang sama Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyidin Yassin mewakili PPBM merupakan julung-julung kalinya melakar sejarah menjejakkan kaki ke acara tahunan PKR itu.

2. Sekiranya kita merupakan pengamal, penggiat, peminat dan pemerhati politik, isu nama DSAI dinobatkan sebagai calon PM bukanlah baru kedengaran sehari dua ini tetapi telah bermula sejak PRU ke 10 iaitu tahun 1999. Ianya bukan isu baru. Ianya adalah impian yang tak kunjung padam PKR terhadap mentornya. Itu adakah hak mutlak demokrasi PKR.

3. Ada yang marah dan tidak puas hati terhadap apa yang berlaku semasa kongres PKR. Sekiranya kita adalah seorang demokrat tulen tidaklah sukar untuk kita memahami segala tingkah laku dan gelora rasa setiap perwakikan dan ahli mana-mana entiti siasah di bumi ini.

4. Esok atau lusa DAP, PPBM dan Amanah pula sampai giliran untuk mengadakan samada Konvensyen dan Perhimpunan Agong masing-masing. Siapa yang berani menidakkan akan ada nama-nana lain selain DSAI yang bakal dinamakan sebagai calon PM?. Samada nama-nama yang dicadangkan itu layak atau tidak, itu adalah persoalan iain. Jangan kita nafikan hak serta kehendak mana-mana parti. Jadilah seorang demokrat.

5. Sebenarnya, jalan penyelesaian terbentang luas di hadapan kita. Bukankah Pakatan Harapan memiliki gabungan kepimpinan yang bukan kepalang hebatnya. Tidakkah Tun M, DSWA, LKS dan Mohd Sabu memiliki segala kepintaran dalam nuansa politik untuk nenyelesaikan kemelut ini? Bukankah ada meja Majlis Presiden PH yang mampu menghuraikan kekusutan ini?

6. Ada masa dan ketika pemimpin perlu menjadi pendengar yang baik. Meneliti setiap pandangan akar umbi untuk membuat keputusan terbaik. Adakalanya, pemimpin perlu berani menongkah arus untuk membuat keputusan. Berani mendepani cemuhan ahli dan mengambil risiko demi kepentingan negara dan rakyat. Jadilah kita pemimpin sejati yang rakyat dambakan. Inilah sifat pimpinan PH yang bila-bila masa bersedia meletakkan di hadapan kepentingan awam sekaligus mengenepikan kepentingan peribadi, hatta parti sendiri.

7. Sekiranya PH mahu DSAI sebagai PM, dia adalah PM ke 8 bukan ke 7. Majlis Presiden PH mesti memilih calon PM terbaik untuk merangsang kepercayaan rakyat untuk menang PRU ke 14. Sekaligus  mengangkat sumpah sebagai PM ke 7. PM ke 7 akan bertanggung jawab membentuk kabinet baru, melakukan reformasi urustadbir negara dan berusaha untuk mendapatkan pengampunan DSAI. PM ke 7 boleh saja Tun M, DSWA, TSMY dan Mohd Sabu. Apa yang penting, mereka teguh dengan sifat Amanah dan pro kepada rakyat.

8. Inilah masanya rakyat mahu melihat kebijaksanaan pimpinan utama PH tampil bagi menyelesaikan setiap permasalahan negara dan rakyat. Duduklah berunding demi kepentingan rakyat dan kemudian barulah berlunjur untuk berkhidmat mereformasi negara.

9. Memang mudah berpidato mengajak orang lain supaya jangan berjuang untuk kepentingkan peribadi atau parti sendiri. Bukan semua pemimpin lulus ujian ini. Nelson Mandela, Khomeni, Ghandi dan Ghanoeshi telah membuktikan bahawa adalah pemimpin kelas dunia yang meletakkan rakyat dan negara adalah prinsip utama perjuangan mereka. In shaa Allah akan ada di antara kita daripada pimpinan PH akan mewarisi jiwa besar mereka.

*#AmanahDemiNegara*

*SALAHUDDIN HAJI AYUB*
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
24 Mei 2017

GAMIS Kecewa SPRM Tangguh Siasat Ahli Politik..

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) melahirkan rasa kecewa terhadap kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menangguhkan siasatan ahli politik sehingga selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzukefli Ahmad yang berpendirian ingin menangguhkan siasatan terhadap ahli politik sehingga selepas PRU 14 amat mengecewakan.

"Pendirian yang dangkal ini langsung tidak mencerminkan kredibiliti SPRM selaku badan yang bebas dan autoritatif.


"Kenyataan ini menimbulkan isu integriti SPRM dan mencemar imej suruhanjaya yang sepatutnya bebas dan neutral, namun, seolah-olah mula berpihak serta mengambil kira soal kepentingan periuk nasi Umno dan BN," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Dzulkifli dilaporkan sebagai berkata, SPRM tidak mahu bertindak terhadap ahli politik sekarang kerana ini boleh digunakan sebagai bahan kempen pada PRU14.

Walaupun tindakan diambil terhadap ahli-ahli politik berkenaan, Dzulkifli berkata, ia tidak akan menghalang mereka daripada bertanding atau memegang jawatan politik.

Mengulas lanjut, GAMIS berkata, pihaknya berpendirian bahawa SPRM perlu menjalankan tanggungjawab dengan sepenuhnya tanpa menutup mata terhadap golongan sasar yang berkepentingan.

"Besarlah hasrat kami untuk melihat SPRM sentiasa berada di hadapan dalam urusan ketelusan dan integriti," tambahnya.

Tun Dr. Mahathir Alu²kan Ahli PPBM Yg. Mahu Tinggalkan PPBM..

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mereka yang ingin meninggalkan parti itu dialu-alukan untuk berbuat demikian.

"Ia kerana kita tidak mahu mereka (menyertai BERSATU) kerana mempunyai dendam atau mahu kedudukan,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata bahawa menjadi pemimpin bahagian BERSATU tidak secara automatik melayakkan seseorang itu menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita ingatkan semua sekali lagi - menjadi ketua bahagian tak bermakna tetap jadi calon.

“Calon akan diberikan kepada ‘winnable candidates’ dan orang ini mungkin daripada parti-parti gabungan atau BERSATU,” kata Mahathir.

Kenyataannya itu dibuat selepas salah seorang pengasas BERSATU, Kamarul Azman Habibur Rahman mengumumkan keluar parti minggu lalu.

Kamarul Azman berkata, beliau kecewa dengan hala tuju parti yang dilihat terpesong serta mendakwa BERSATU kini mengamalkan kronisme dan 'kasta'. Bagaimanapun ini dinafikan oleh stiausaha agung parti itu, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Mahathir, sebelum ini, mengakui bahawa terdapat beberapa masalah berhubung dengan peraturan parti itu tetapi berkata, masalah berkenaan sedang diselesaikan.

“Sudah tentu ada orang yang tidak akan berpuas hati. Tetapi jika kita terima penyelesaian mereka, akan ada orang (lain) yang tidak berpuas hati.

“Jadi kita akan kekal dengan keputusan kita,” katanya.

Mahathir berkata parti itu sedang menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan pelantikan pemimpin parti.

“Didapati bahawa sementara ada sikit masalah dengan BERSATU dewasa ini di negeri tertentu tetapi Armada (Pemuda) dah selesaikan semua pelantikan, Srikandi (Wanita) ada sikit sahaj masalah

“Dari segi organisasi, BERSATU adalah teratur,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mahathir menafikan bahawa jawatan kepimpinan bahagian parti itu boleh dijual-beli.

“Tidak timbul sama sekali. Ada orang nak bagi duit tak tahu la.

“Kalau dia nak jadi ketua bahagian, kita terima la duit(nya),” kata Mahathir secara sinis.

Malah, bekas perdana menteri itu sempat berseloroh dan berkata untuk menyertai BERSATU, ahlinya terpkasa membayar yuran keahlian sebanyak RM4.

“Bukan sahaja nak dapat jawatan, nak masuk parti pun kena bagi duit, RM4. Semua kena bayar duit, dia masuk lepas itu nak jawatan dia punya hal la. Kita mengaku parti kami miskin,” katanya.

2017/05/23

Tanda² Orang Yg Mengambil dn Ketagihan Syabu..? - Awasi anak² anda...

Syabu adalah dadah yang popular di masa kini. Ianya membelengu ramai anak muda yang tidak menyangka kesan ketagihannya amatlah teruk sekali sehingga boleh membuatkan mereka bertindak aggresive untuk mendapatkannya. Paling aku geram, tokan-tokan syabu ini ada yang sengaja memujuk mangsa untuk mencuba buat pertama kalinya agar mereka ketagih dan akan mengulangi pembelian syabu melaluinya (repeat order).

Syabu memang dadah yang patut diperangi dan dihapuskan dari negara kita. Harganya yang mahal (100miligram lebih kurang RM50 ke RM70) membuatkan ramai penagih syabu sanggup melibatkan diri dengan jenayah seperti ragut, rompak dan mencuri untuk memenuhi kehendak mereka. Ada juga yang sanggup membunuh keluarga sendiri. Jadi anda, perlu tahu serba sedikit maklumat mengenai syabu untuk mengenalpasti sama ada orang terdekat terlibat dengan ketagihan syabu ataupun tidak.
Tanda ketika awal kesan pengambilan syabu
Antara tanda awal seseorang itu menghisap syabu ialah self-confident yang tinggi. Mereka akan menjadi sangat ramah, orang yang tidak kenal mereka pun boleh jadi kawan untuk pertemuan kali pertama. Anda mulakanlah bicara tentang apa-apa topik pun, pasti mereka juga sama arif setanding dengan pengetahuan anda. Perasaan ceria dan gembira dicampur dengan mulut yang ramah pasti membuatkan anda senang bersama mereka. Namun ianya hanya untuk seketika.

 

 

Tanda hujung-hujung kesan pengambilan syabu (di jalanan orang gelar sebagai ‘kong’)
Mereka akan bertukar dari seorang yang ceria kepada orang yang sangat resah. Riak wajah pun boleh terlihat seakan-akan ada seribu masalah menimpa mereka sekelip mata. Dalam situasi ini, penagih akan berasa tidak selesa dan tidak senang. Buka kipas dengan kelajuan nombor 5 pun boleh membuatkan mereka berpeluh. Ditambah pula sekiranya stok syabu sudah tiada, bertambah resahlah mereka.

Ada juga tabiat rutin bergantung kepada individu. Ada sesetengah orang tu dia akan mengetap gigi, ada sesetengah tu akan basuh muka kerapkali, ada sesetengah tu mengesat-ngesat mata dan muka. Hal-hal ini terjadi kerana muka mereka akan terasa sedikit kebas dan tabiat ini akan berulang untuk mengurangkan perasaan kebas yang tidak menyelesakan itu.

Pada saat “kong” ini, emosi mereka akan jadi tidak stabil. Mereka boleh mengamuk tak tentu pasal ataupun boleh jadi terlalu sedih secara tiba-tiba. Masa ini lah tiba-tiba keluar kisah cinta lama lah, sedih dengan masyarakat lah, kawan-kawan aniaya dia lah dan bermacam-macam lagi cerita penuh emosi yang akan keluar dari mulut mereka.

 


Tanda-tanda fizikal
Ini diceritakan oleh ramai orang yang pernah mengambil syabu bahawa syabu sangat membantu dalam menambah tempoh berjaga dan tidak tidur. Disebabkan hal ini, penagih syabu akan berubah menjadi kurus dalam tempoh yang amat singkat. Ada juga yang boleh dilihat pada wajahnya seperti dibawah mata menjadi kehitaman (eye-bag), muka bertambah jerawat dan lemak di pipi menjadi kurang (wajah cekung)
Kesan jangka masa panjang
Berdasarkan cerita daripada orang yang selalu menguruskan penagih syabu dan rakan-rakan sendiri, untuk tempoh jangka masa panjang syabu boleh merosakkan gigi dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh. Ada juga kes dimana seorang penagih syabu ini jatuh basikal secara perlahan, namun kakinya boleh patah.

Diantara kesan jangka masa panjang yang lain ialah, penyakit mental seperti halusinasi, paranoia, perubahan pada struktur otak dan bermacam-macam lagi. Pendek kata, penagih syabu yang ‘extreme’ ni boleh jadi gila terus.

 


Cerita kebiasaan berdasarkan pengalaman
Ramai penagih syabu ni sebenarnya meronta-ronta untuk cuba meninggalkan dadah ini tapi tidak berhasil kerana kesan ketagihannya adalah amat kuat sekali. Kerana malu diketahui orang ramai, biasanya penagih syabu akan kaitkan masalah kesihatan dan masalah mental mereka dengan perkara-perkara mistik seperti gangguan jin dan hantu. Kebanyakan ibu bapa terpedaya dengan tipu muslihat anaknya berkaitan jin dan hantu ini. Pada ketika inilah anda boleh lihat bomoh dan pawang-pawang diluar sana diperbodohkan oleh penagih syabu. Hehehehe.
Antara perkara yang patut diperhatikan
Sekiranya anak anda selalu keluar rumah dan pulang dalam keadaan mencurigakan, cuba elak dan tahan mereka dari keluar rumah untuk satu tempoh tertentu, contohnya antara 4 ke 5 hari. Lihat reaksi mereka kalau tiba-tiba aggresive lain macam tu kena bagi ‘extra care’ lah nampak gayanya. Kebarangkalian tinggi dia akan mengamuk kalau tak dapat ‘topup’ syabu dalam badan mereka. Menggigil-gigil mereka nanti sebab tu mengamuk adalah jalan mudah bagi mereka untuk keluar rumah.

 


Hisap syabu menggunakan foil secara terus
Salah sangka dikalangan ibu bapa
Bila anak-anak mereka terlibat dengan ketagihan syabu, mereka menyembunyikan hal ini kerana takut dimalukan atau mungkin kerana terlalu sayangkan anak mereka. Ramai yang takut ahli keluarga mereka ditangkap polis sehingga sanggup menyembunyikan hal sebenar. Sebenarnya, membiarkan anak anda tidur di lokap buat beberapa hari boleh memberi sedikit kesedaran kepada mereka (bagi pengguna syabu yang baru). Namun kalau dah extreme tu susah juga nak sedarkan mereka.

Ada juga sesetengah ibu bapa, menghantar anak mereka ke sekolah pondok dan hantar mereka keluar dari daerah/negeri bagi mengelakkan mereka dapat membeli syabu dari tokan yang dikenali mereka. Namun bagi penagih syabu tegar, selagi duduk dalam Malaysia, mereka akan cari syabu walau ke lubang cacing sekalipun.

 

 

Kalau nak hantar anak keluar kawasan, pastikan hantar terus ke luar negara. Solusi ini sangat berkesan dan terbukti dapat mengubati ketagihan syabu bagi sesetengah orang. Dan apabila mereka pulang ke Malaysia, elakkan mereka berkawan dengan rakan-rakan atau teman-teman lamanya yang disyaki terlibat sama dalam najis dadah ini.

Siapa yg lahir pada tahun 50, 60 ,70, 80an..?


1-   Kita yang lahir di tahun  
      50-60-70-80 an, adalah
      generasi yang layak
      disebut generasi paling
      beruntung. Kerana
      kitalah generasi yang  
      mengalami loncatan
      teknologi yang
      begitu revolusi di abad
      ini, dengan keadaan usia
      prima.
     ✌😬✊🤓👊☺👍

2-   Kitalah generasi terakhir
      yang pernah menikmati
      riuhnya suara mesin taip.
      Sekaligus saat ini jari
      kita masih lincah menari
      di atas keyboard pula.
       📃📄📝💻💻

3-   Kitalah generasi terakhir
      yang merakam lagu dari
      radio dengan tape
      recorder. Sekaligus
      kita juga menikmati
      mudahnya memuat-turun
      lagu dari gadget.
      😄  🔊  📻. 📼. 📱

4-   Kitalah generasi semasa
      kanak2 bertubuh lebih
      sihat dari anak masa
      kini kerana mandi sungai,
      panjat pokok, melastik,
      guli, getah gerip, adalah
      permainan yang tiap hari
      akrab dengan kita.
      Sekaligus saat ini mata
      dan jari kita tetap lincah
      memainkan pelbagai
      game  di gadget .
      🏃🎈🏊💃📱💻

5-   Kitalah generasi terakhir
      di masa remaja yang
      pernah mempunyai
      geng yang tanpa janji,
      tanpa telefon / sms tapi
      selalu boleh berkumpul
      bersama menikmati
      malam minggu
      sepuasnya...🌚 🌘
      Kerana kita adalah 
      generasi yang
      berjanji cukup  dengan
      hati. Kalau dulu kita
      harus bertemu untuk
      bergelak tawa bersama.
      Kini kitapun tetap bisa
      ber ''😄😃😀😝😛😜
      😂'' di grup Facebook/
      WhatsApp .
      🎇  🌠. 🌌. 🌈

6-   Kitalah generasi terakhir
      yang pernah menikmati 
      lancarnya jalan raya
      tanpa jammed di mana-
      mana. Juga naik motor
      menikmati segarnya
      tiupan angin di jalan
      tanpa helmet di kepala.
      😀😃😅🚴 🚵

7-   Kitalah generasi terakhir
      yg pernah menikmati
      tanpa perlu berpikir ada
      penculik yg
      membayangi kita.
       👧 🚶. 👬. 🏃. 💃

8-   Kitalah generasi terakhir
      yang pernah merasakan
      nikmatnya menonton tv
      hitam putih dengan
      senang untuk pindah
      saluran sana sini
     😔😞😞😞

9-   Kitalah generasi terakhir
      yang pernah begitu
      mengharapkan
      datangnya posmen    
      Menghantar surat, dari
      sahabat atau kekasih
      hati😍.📬😍📩.😘💌

10. Generasi yg bawa
       RM0.10 - RM0.50
       ke sekolah tapi blh
       makan sampai
       kenyang kat kantin ...

Itulah kita....

*Anda generasi itu? Kongsikan ini kepada yang lain. Biar yang belum tau menjadi tau. Biar yg pernah tau tetap ingat kalau mereka tau Dan menikmati lagi indahnya masa lalu yang tidak semua generasi tau..*

Mana Pembangkang Nak Dapat MYR42b Tanpa GST..? - Najib Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memperkecil rancangan pembangkang untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan sebanyak enam peratus pada masa ini.

Najib mempersoalkan daripada mana pembangkang akan memperolehi pendapatan sekiranya sifar GST dilaksanakan, yang akan menyebabkan kekurangan sebanyak RM42 bilion dalam pendapatan kerajaan.

"Lalu saya nak bertanya, kalau begitulah sifir pembangkang, daripada hasil sumber manakah yang mereka hendak dapatkan RM42 bilion itu?

"Kata orang talk is cheap. Semua orang boleh berkata apa sahaja, menjanjikan itu dan ini.," katanya pada majlis pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2016 di Shah Alam hari ini.

Najib berkata, sebelum tahun 2015, sebanyak 41 peratus daripada pendapatan negara datang daripada hasil minyak. Namun akibat penurunan mendadak harga minyak mentah dunia, pendapat kerajaan telah berkurangan.

"Dengan sebab keputusan itulah, kerajaan telah berupaya menampung kekurangan daripada hasil minyak melalui perolehan hasil kutipan GST sebanyak RM42 bilion pada tahun 2016," jelasnya.

Katanya, tanpa GST, tidak mungkin tujuh juta rakyat dapat menerima BR1M dan pelbagai bantuan lain termasuk perubatan dan pendidikan yang mungkin terpaksa ditarik balik.

"Itulah yang akan terjadi, sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah dan keputusan fiskal yang tepat lagi bertanggungjawab.

"Oleh itu, ternyata perancangan pembangkang tidak realistik dan tidak berpijak di bumi nyata, lagi memesongkan rakyat," katanya.
Najib berkata, India antara kuasa ekonomi terbesar dunia turut melaksanakan empat peringkat kadar GST, di mana kadar tertingginya adalah 28 peratus.

"Malah negara-negara Teluk pun (GCC) akan turut mengikut jejak bagi melaksanakan sistem cukai GST.

"Kesimpulannya, langkah pragmatik kerajaan Barisan Nasional dalam melaksanakan GST adalah tepat pada masa, wajar dan telah terserlah buktinya," katanya.

<<@@ ADA BANYAK CARA UNTUK NEGARA PEROLEH PENDAPATAN (TANPA MEMBEBANKAN RAKYAT). SALAH SATUNYA DENGAN MENJADIKAN INFLASI JADI SIFAR, AGAR RAKYAT MAMPU BERBELANJA DAN SEKALIGUS MENINGKATKAN PENDAPATAN NEGARA. TU LA BELAJAR TAK ABIS, KANDAS SEPARUH JALAN. TAPI BERLAGAK NAK TUNJUK PANDAI. SEBELUM MENGATA ORANG CERMIN DIRI TU DULU. LUPA PLAK, CERMIN DAH LAMA PECAH @@>>

https://www.malaysiakini.com/news/383257

APAKAH SOLAT HAJAT ITU SUNNAH ATAUPUN BID'AH..??

'' APAKAH SOLAT HAJAT ITU SUNNAH ATAUPUN BID'AH ? DAN ADAKAH HADITH YANG SHAHIH BERKENAAN HAL INI ?

- Sesuatu amal ibadah tidak boleh kita kerjakan sebelum mengetahui dua syarat utamanya. Pertama, Dalilnya, baik Qur’an maupun Hadits. Fatwa Kerajaan Saudi Arabia menyatakan bahwa hadist-hadist yang berkaitan dengan shalat hajat dha'if ( lemah ) dan munkar (Fatawa Al-Lajanah Ad-Daimah 8/160).

Kedua, Jika dalilnya itu dari hadits, maka jangan kita amalkan dulu sebelum kita mengetahui derajat hadits itu, sah (shahih dan hasan) datangnya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam atau tidak (dla’if/lemah)

Jika kedapatan hadits itu shahih atau hasan, maka bolehlah kita amalkan. Akan tetapi jika ternyata hadits itu dla’if, maka tidak boleh kita amalkan.

Tentang shalat hajat itu telah tuan/puan ketahui ada dalilnya dari hadits sebagaimana tersebut di kitab pedoman shalat. Hanya sekarang yang perlu kita ketahui dalilnya itu sah atau tidak? Di bawah ini akan saya akan kemukakan kepada tuan/puan,

“ertinya ; Dari Abdullah bin Abu Aufa, ia berkata, telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, ‘Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah, atau kepada salah seorang dari bani Adam (manusia), maka hendaklah ia berwudlu serta membaguskan wudlu’nya kemudian shalat dua raka’at. Terus (setelah selesai shalat) hendaklah ia menyanjung Allah dan bershalawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kemudian ia mengucapkan (do’a) : Laa ilaaha illallahul haliimul kariim’ (dan seterusnya sampai) ‘ya arhamar rahimin”. [Riwayat Tirmidzi (dan ini lafadznya), Hakim dan Ibnu Majah]

Sanad hadits ini sangat lemah kerana di sanadnya ada seorang rawi bernama Faaid bin Abdurrahman Abu Al-Waruqa.

Imam Tirmidzi sendiri setelah meriwayatkan hadits ini berkata.
“Hadits ini gahrib (asing), diisnadnya ada pembicaraan (kerana) Faaid bin Abdurrahman telah dilemahkan di dalam haditsnya”.

Di bawah ini keterangan para ulama ahli hadits tentang Faaid bin Abdurahman.

- Kata Abdullah bin Ahmad dari bapaknya (Imam Ahmad), “Matrukul hadits (orang yang ditinggalkan haditsnya)”.
- Kata Imam Ibnu Ma’in, “Dla’if, bukan orang yang tsiqat (kepercayaan)”.
- Kata Imam Abu Dawud, “tiada apa2nya (istilah untuk rawi lemah)”.
- Kata Imam Nasa’i, “Bukan orang yang tsiqat, matrukul hadits”.
- Kata Imam Abu Hatim, “Hadits-haditsnya dari Ibnu Abi Aufa batil-batil (sedng hadits ini Faaid riwayatnya dari Ibnu Abu Aufa)”
- Kata Imam Al-Hakim, “Ia meriwayatkan dari Ibnu Abi Aufa hadits-hadits maudlu (palsu)”.
- Kata Imam Ibnu Hibban, “Tidak boleh berhujjah dengan (riwayat)nya”
- Kata Imam Bukhari, “Munkarul hadits (orang yang diingkari haditsnya)”.

Imam Bukhari pernah mengatakan, “Setiap rawi yang telah aku katakan padanya munkarul hadits, maka tidak boleh (diterima) riwayatnya” (Lihat Mizanul I’tidal jilid 1 halaman 6)

Setelah kita ikuti keterangan-keterangan di atas, maka tahulah kita bahwa hadits shalat hajat sangat lemah yang tidak boleh diamalkan. Jika ada hadits lain dan telah sah riwayatnya, baru boleh kita amalkan. di bawah ini saya kemukakan kitab2 untuk tuan/puan rujuk.

- Periksalah kitab-kitab,
- Al-Mustadrak Hakim 1/320
- Sunan Tirmidzi 1/477
- Sunan Ibnu Majah no. 1384
- Tahdzibut Tahdzib 8/255
- Al-Adzkar halaman 156.

- HENTIKAN SEBARKAN HADITH2 BERKENAAN SOLAT HAJAT, KERANA IANYA HADITH YANG SANGAT DHAIF (DHAIFUN JIDDAN). moga bermanfaat, sekian dimaklumkan.

ORANG UMNO TERKORBAN BERTANYA PASAL 1MDB - Tan Sri Sanusi Junid

Sharing dr Ahmad Shakirin ZA

SANUSI JUNID: ORANG UMNO TERKORBAN BERTANYA PASAL 1MDB
oleh Tan Sri Sanusi Junid

1. Antara tokoh yang telah terkorban, DIPECAT dari jawatan dan parti kerana BERTANYA soalan-soalan mengenai 1MDB di dalam pertemuan UMNO, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan di Parlimen ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin dari Johor, Dato Panglima Shafie Apdal dari Sabah, dan Dato’ Seri Mukhriz Mahathir dari Kedah.

2. Tokoh yang DIPENJARA, DIMUFLISKAN, DIDAKWA dalam mahkamah dan DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana membawa kes 1MDB untuk DISIASAT oleh pihak polis ialah Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hasan dari Pulau Pinang; sementara Anina Saaduddin dari Kedah yang juga telah BERTANYA dan melaporkan kepada polis perkara yang berkaitan dengan 1MDB juga telah DIPECAT dari UMNO.

3. Dari kalangan pemimpin di peringkat UMNO Bahagian yang sejak awal mendukung kegiatan Tun Dr. Mahathir Muhammad untuk menggantikan pemimpin kerajaan yang didapati meleset, menyeleweng, tidak amanah dan tidak berkemampuan, ialah Cikgu Kamarulazman Habibullah dari Negeri Sembilan dan Syed Saifuddin Harman dari Selangor. Mereka telah DIPECAT dari menjadi ahli UMNO kerana mewujudkan pasukan Gerakan Ketua-Ketua Cawangan (GKCM) di peringkat Bahagian dan Negeri untuk menegur dan memberi kesedaran kepada ahli-ahli UMNO peringkat akar-umbi supaya turut menegur pemimpin. Cikgu Kamarulazman DIBEKU jawatannya dan Syed Saifuddin TIDAK DISAMBUNG khidmat cemerlangnya kepada JASA.

4. Selain Dato’ Seri Mukhriz yang diPECAT dari jawatan Menteri Besar Kedah, terlebih awal Dato’ Seri Ahmad Said, telah DIPECAT dari jawatan Menteri Besar Teengganu kerana TIDAK MENYETUJUI konsesi minyak di Terengganu dijadikan harta cagaran untuk 1MDB mendapat pinjaman. 1MDB, yang sebelumnya bernama TIA (Trengganu Investment Authority) telah diambil-alih sahamnya dari Kerajaan Negeri Trengganu oleh Menteri Kewangan Kerajaan Persekutuan.
Dato’ Seri Ahmad Said telah mengesahkan bahawa, walaupun negeri Trengganu dahulunya turut memiliki TIA tetapi, sebarang pelantikan dan keputusan atas nama TIA tidak pernah dirujuk kepada Kerajaan Terengganu. Inilah yang menyebabkan saham TIA yang dimikili oleh kerajaan negeri Trengganu telah dijual kepada Kerajaan Pusat dan TIA ditukar nama menjadi 1MDB.

5. Senator Ezam Mohd Nor, dari Selangor, yang bertugas sebagai pegawai khas di Kementerian Kewangan juga telah MELETAK JAWATAN kerana kecewa dengan KEGAGALAN PROGRAM TRANSFORMASI yang dijanjikan oleh Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri. Beliau menyatakan :-
SEMUA YANG TUN DR. MAHATHIR KATAKAN ADALAH BETUL DAN TEPAT BELAKA. – MENTERI KEWANGAN YANG BERTANGGUNGJAWAB

6. Setelah berbagai pendedahan dilakukan baik di peringkat nasional atau internasional, dan kerana merasa bertanggungjawab sebagai Menteri Kewangan Kedua, Dato’ Seri Husni Hanadzlah dari Perak telah MELETAKKAN JAWATANNYA. Beliau telah BERTANYA beberapa soalan pokok di dalam Parlimen dan kini MASIH BELUM DIPECAT dari keahlian UMNO walaupun beliau telah BERHENTI dari berbagai jawatan lain di dalam UMNO di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat.

7. Berhentinya Dato’ Seri Husni sebagai seorang yang berpendidikan dan berpengalaman sebagai BANKER dan MENTERI KEWANGAN II, tanpa perlu dipecat, adalah satu pukulan besar kepada Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Najib tidak boleh mengatakan Husni bersalah kerana: – HUSNI LEBIH FAHAM MENGENAI KEWANGAN DAN PERBANKAN DARIPADA NAJIB

8. Dengan sendirinya :- PROSES MENEBUS MARUAH BANGSA MELAYU YANG DIBANGSATKAN SUDAH BERMULA
KEGELISAHAN DAN KERESAHAN HIDUP DENGAN TEKANAN BEBAN EKONOMI YANG DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA MASAKINI SEMUANYA BERMULA DENGAN 1MDB.
INSTITUSI PUAKA BERNAMA 1MDB

9. Isu 1MDB telah menghantui bangsa Melayu dan negara Malaysia sejak begitu lama.

10. Ia telah mempopularkan negara kita dengan imej yang buruk dan bersifat bangsat. Indonesia yang mempunyai rekod memenjarakan 9 orang Menteri, 19 orang Gubenor dan 100 Ahli Parlimen mentertawakan kita kerana kita mengalahkan mereka dalam senarai negara yang rekod rasuahnya tertinggi di dunia.
KITA BERI KEUNTUNGAN BESAR KEPADA YAHUDI

11. Bukan sahaja 1MDB telah meminjam RM42 bilion (atau 42,000 juta Ringgit) dari GOLDMAN SACHS sebuah BANK MILIK YAHUDI yang dilaknat Allah, tetapi juga dengan dikenakan komisyen 10% (RM4.2 billion) yang tersangat tinggi dan yang tidak pernah terdengar berlaku di dunia, dalam sejarah peminjaman wang kepada sebuah institusi milik kerajaan dan pinjamannya juga dijamin oleh kerajaan. Malahan pinjaman itu boleh diurus secara percuma oleh Bank Negara Malaysia.
KITA BAYAR ‘R’IBA’ YANG TERLALU TINGGI

12. Pinjaman ini, yang diurus oleh pihak YAHUDI dikenakan pula RIBA pada kadar 6.5% setahun sedangkan pinjaman sedemikian, iaitu pinjaman yang dijamin oleh kerajaan, jika diuruskan oleh Bank Negara Malaysia, atau sindiket bank tempatan boleh diperolehi dengan faedah kurang dari 2 peratus.
PINJAMAN DIBUAT SECARA SEMBUNYI DARI KABINET

13. Wang pinjaman ini pula dibuat TANPA DIKETAHUI oleh Kabinet tetapi dengan keputusan Menteri Kewangan, yang dilantik untuk memegang jawatan itu oleh Perdana Menteri, iaitu orang yang sama.

14. Apakah Perdana Menteri melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan untuk membolehkan beliau melakukan sekehendak hati beliau hanya untuk memecah amanah rakyat untuk beliau memimpin negara dengan bijak, telus dan berintegriti?
PERANAN ISTITUSI KERAJAAN DIBATASKAN

15. Usaha menyembunyikan segala maklumat yang berkaitan dengan 1MDB jelas kelihatan dengan merahsiakan terus segala butiran fakta yang ditemui oleh pihak Bank Negara Malaysia, Juruaudit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Polis DiRaja Malaysia danSuruhanjaya Pencegah Rasuah.

16. Pendedahan yang dibuat secara meluas oleh jabatan dan agensi kerajaan di luar negara terpaksa diketepikan dan dihalang dari tersiar dalam media perdana, walaupun ianya berkaitan dengan kepentingan Negara Malaysia. Tidakan undang-undang ke atas penjenayah berkaitan 1MDB, telah dan sedang diambil di luar negara berkaitan, kerana penjenayah-penjenayah itu telah melanggar dan mengganggu sistem kewangan negara berkenaan. Kita merahsiakan kepada masyarakat tempatan semua tindakan ke atas penjenayah-penjenayah itu seolah-oleh yang melakukan jenayah itu ialah kita sendiri.

17. Kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan ke atas Sarawak Report, New York Times, Wall Street Journal dan ratusan media di luar negara khususnya Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura yang mendedahkan jenayah berkaitan 1MDB. Keengganan mengambil tindakan ini pastinya kerana bimbang jika tindakan diambil maka kisah 1MDB tidak dapat dirahsiakan lagi.
Jika yang dituduh dan dicela dalam media asing itu tidak bersalah maka mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka bukan sahaja dapat membersihkan nama negara kita tetapi juga pihak yang memfitnah kita (jika betul itu fitnah) terpaksa menanggung rugi dengan membayar denda yang sudah tentu beratus juta ringgit sesuai dengan ‘fitnah’ yang dilemparkan. Soalnya ialah, ‘Kenapa kita takut bertindak sedangkan dengan tidak bertindak kita menanggung kerugian.’

18. Segala Akta yang ada telah dan akan terus diguna untuk meneruskan penyembunyian ini.

19. Pihak Polis DiRaja Malaysia dihalanguntuk mengambil tindakan dan diperalatkan untuk menahan mereka yang diketahui membocorkan rahsia yang mendedahkan kebenaran salahlaku 1MDB; pihak Peguam Negara pula menjadi penghalang atas apa jua tindakan untuk diambil ke atas pihak yang kesalahannya berkaitan dengan 1MDB.
DIMANA LETAKNYA PERANAN RAJA?

20. Nasihat Majlis Raja-Raja Melayu mengenai pindaan Akta, walaupun yang menyentuh kuasa mereka juga diketepikan oleh Peguam Negara yang lantikannya berlaku hanya dengan persetujuan DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong.

21. Jika dalam perkara yang begitu penting dan menyentuh kepentingan dan kuasa raja pun pihak kerajaan dapat mengenepikan tanpa ambil peduli sudah tentu dalam perkara-perkara lain juga kelihatannya raja-raja Melayu tidak dapat memainkan peranan.
MELAYU MENGAMUK – BILA KERAJAAN SUDAH LATAH INILAH FAKTA YANG DISEMBUNYIKAN – TIA JADI 1MDB

22. Penubuhan 1MDB adalah akibat dari gagalnya rencana awal untuk meminjam wang atas nama Terengganu Investment Authority (TIA) sebuah syarikat milik kerajaan Terengganu yang ditubuhkan untuk mengendalikan dana yang diterima dari PETRONAS sebagai hasil premium konsesi minyak di Terengganu.

23. Untuk meminjam wang ini perlulah dicagarkan konsesi minyak Terengganu. Rancangan ini dihalang oleh Menteri Besar dan Sultan Terengganu di waktu itu. Tujuan ini telah gagal dilaksanakan sehingga menjadi sebab untuk mendapat jaminan Menteri Kewangan sebagai cagaran dan TIA diubah menjadi 1MDB sementara saham kerajaan Terengganu diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan yang diwakili oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri.

24. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan Kabinet, Majlis Tertinggi UMNO dan Parlimen. Semuanya di luar bajet negara.
TENTANGAN AWAL OLEH PEMBANGKANG

25. Tun Dr. Mahathir berterusan menyedarkan pemimpin kerajaan untuk membetulkan pentadbiran kewangan tanpa berhasil. Di peringkat awal hanya Anggota Parlimen dari parti pembangkang yang menimbulkan perkara penyelewengan ini. Apabila keadaan semakin melaraat Tun Dr. Mahathir telah berhubungan beberapa kali dengan Dato’ Seri Najib untuk membuat teguran. Tetapi ianya seperti menyimbah air ke atas daun keladi.
HARAPAN KEPADA PEGAWAI KERAJAAN JUGA HAMPA

26. Seterusnya rakyat mengharapkan Ketua-Ketua berbagai Jabatan dan agensi Kerajaan akan bertindak, dengan kuasa yang ada pada mereka untuk membetulkan keadaan. Tetapi harapan ini juga hanya tinggal harapan..
PEMIMPIN UMNO JUGA MEMBISU

27. Lepas itu kita menaruh harapan kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya bertindak, dengan bersuara dalam Perhimpunan Agong UMNO dan dalam pemilihan pemimpin, tetapi mereka juga gagal berbuat demikian dan Perhimpunan Agong yang berpeluang menukar pemimpin juga telah ditunda sehingga selepas PRU 14. Seterusnya pemimpin UMNO di semua peringkat juga membisu seribu bahasa.
PARLIMEN JUGA LUMPUH

28. Apabila penderitaan rakyat semakin bertambah maka pihak pembangkang bersetuju dengan Tun Dr. Mahathir untuk bertindak bersama supaya diadakan undi tidak percaya di dalam Parlimen, tetapi ianya telah gagal kerana dihalang oleh Yang Di Pertua Dewan Rakyat. Wakil-wakil rakyat juga berada dalam ‘siege’ dan ketakutan kerana ancaman terhadap habuan dan kedudukan setelah melihat apa yang boleh terjadi kepada sesiapa saja yang mengingkarinya – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi contoh akibatnya.
SUARA RAKYAT TIDAK DIPEDULIKAN

29. Usaha berikut telah dibuat untuk mendapatkan pandangan rakyat dengan memperkenalkan DEKLARASI RAKYAT untuk ditandatangai oleh rakyat yang bebas dari ikatan dengan kerajaan melalui jawatan atau hutang.
RAJA TIDAK BERKUASA UNTUK BERTINDAK MENGIKUT KEHENDAK RAKYAT

30. Tandatangan sekitar 1.5. juta rakyat juga tidak memberi kesan apa-apa kepada kerajaan. Pihak Majlis Raja-Raja Melayu juga telah tidak dapat berbuat apa-apa setelah DEKLARASI RAKYAT diserah kepada mereka.
AKIBAT LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG KERANA SKANDAL 1MDB

31. Akibat dari skandal 1MDB dan salahguna wang hutang yang begitu banyak dan membebankan maka perkara-perkara berikut telah berlaku:-

- 31a. Nama Negara di peringkat antarabangsa tercemar sehingga rakyat malu menyebut diri sebagai rakyat Malaysia kerana sering ditertawakan atau mendapat senyuman sinis dari pegawai kastam dan imigresen di lapangan-lapangan terbang negara asing. Tindakan mahkamah oleh Department of Justice di Amerika Syarikat ke atas komplot yang mendapat bahagian dari hutang 1MDB; tindakan undang-undang ke atas institusi dan individu yang melibatkan dana 1MDB di Switzerland dan tindakan undang-undang ke atas bank dan individu berkaitan 1MDB di Singapura, walaupun tidak tersiar dalam saluran media perdana dalam negara, maklumatnya tersebar keseluruh dunia.

- 31b. Kos hidup rakyat meningkat kerana (a) GST, (b) Kenaikan harga minyak, (c) Kenaikan toll jalanraya, (d) Penghapusan dan pengurangan subsidi, (e) Kejatuhan nilai ringgit menyebabkan harga barang impot, termasuk bawang dan kentang meningkat naik, (d) Hilang pekerjaan kerana jumlah tenaga kerja dikurangkan, (e) Hilang pekerjaan kerana pemindahan operasi syarikat perniagaan ke Negara lain kerana operasi di Malaysia tidak menguntungkan, (f) Hilang pekerjaan kerana perniagaan dalam Negara ditutup, (g) Pengurangan biasiswa yang begitu ketara

- 31c. Riba atas pinjaman membebankan rakyat dari sekarang hingga puluhan tahun akan datang. Riba pertama dengan kadar 6.5 % dikenakan oleh bank Yahudi GOLDMAN SACHS ke atas pinjaman RM42 billion. Bila sampai masa untuk membayar riba, oleh kerana pelaburan dan penggunaan wang pinjaman sejumlah RM37.8 billion (RM42 billion ditolak komisyen untuk bank Yahudi sebanyak 10% atau RM4.2 billion) telah disalahlaburkan, maka bayaran sukar dilakukan kecuali dengan mendapatkan hutang baru sebagai tambahan.

32. Salahguna wang pinjaman dengan pelaburan yang mencurigai dan merugikan, ditambah pula dengan belanja yang boros di salah tempat seperti berikut:

- 32a. Salah satu syarikat anak 1MDB, bernama SRC International telah meminjam wang dari KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen yang memegang amanah 1.6 juta pekerja dengan kerajaan) sejumlah RM4 bilion untuk jangkamasa 10 tahun (untuk dapat mengurus pinjaman ini pihak kerajaan, dilaporkan oleh media Singapura berurusan dengan negara China untuk mengambilalih harta-harta SRC International). SRC International menghadapi masalah untuk membayar faedah dan sebahagian dari hutang yang perlu dibayar pada tahun depan.
Atas pinjaman RM4 billion SRC International perlu membayar faedah RM164 juta setahun kepada KWAP. Oleh itu jumlah yang perlu dibayar pada tahun hadapan ialah RM660 juta dan pada tahun 2018, RM964 juta. Dari laporan kewangan SRC International untuk tahun 2014 tercatit pelaburan SCR Internatonal berjumlah RM305.6 juta dalam Negara sementara RM3.8 billion di luar Negara. Laporan ini juga melapurkan kerugian RM164.5 juta. Pada tahun 2013 SRC International telah membayar RM42 juta ke dalam akaun peribadi Dato’ Seri Najib Tun Razak yang beliau katakan beliau tidak sedar.

- 32b. Kemasukan RM2.6 bilion dari akaun 1MDB ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib di Arab Malaysia Bank Bhd. yang dikatakan ‘derma’ dari anak raja Arab Saudi yang ternyata dari 1MDB melalui syarikat-syarikat yang sudah diketahui.
32c. Pengambilan US$3.5 bilion dari 1MDB oleh Jho Low antara tahun 2009 dan 2013 sebagaimana dakwaan US DoJ (United State Department of Justice – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat). Wang ini digunakan untuk membeli harta mewah di Beverly Hills, California, New York dan London dan untuk membiayai pembuatan film “The Wolf of Wall Street” oleh anak Rosmah, dengan suami pertamanya, bernama Riza Aziz.

- 32d. Hasil pertemuan Jho Low, Turki bin Abdullah al Saud, anak raja Abdullah, pemilik bersama syarikat PetroSaudi, dan Najib dalam bulan August 2009 di Peranchis, maka US$1 bilion telah dijanjikan untuk pelaburan dalam syarikat usahama yang ditubuhkan. Hanya US$300 juta telah diterima oleh syarikat usaha sama itu dan US$700 juta telah dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star Ltd., yang ditubuhkan di Seychelles. (mengikut selidikan DoJ USA). Oleh kerana wang yang diperuntukkan kepada syarikat usahasama tidak semuanya termasuk dalam syarikat itu maka juruaudit Ernst & Young enggan menandatangani penyata kira-kira untuk tahun 2010.
Najib telah campurtangan dan membatalkan Ernst & Young sebagai auditor untuk diganti dengan KPMG. Apabila KPMG menimbulkan kenyataan yang sama dipersoalkan oleh Ernst & Young mereka juga dimansuhkan perlantikan. Pada tahun 2011, Prince Turki menerima US$24.5 juta dari syarikat Good Star Ltd.. dan US$20 juta darinya telah dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank, Kuala Lumpur. Masukan ini adalah permulaan dari masukan sehingga berjumlah US$1 bilion dalam masa dua tahun. Akaun Najib di AmBank diurus oleh Pegawai Kanan bank Encik Cheah Tek Kuang yang menjadi penasihat kepada Pengerusi Bank. Hubungan Jho Low di Ambank ialah Puan Joanna Yu.

- 32e. Surat palsu dari Saud Abdulaziz Majid al Saud bertarikh Feb. 1, 2011 menyatakan pemberian US$100 juta kepada Najib adalah satu derma kerana jasanya terhadap Islam di seluruh dunia dan tidak boleh dianggap sebagai rasuah. Saud adalah seorang anggota kerabat di raja bawahan dalam kesultanan Saudi Arabia. Beliau tidak mahu menjawab mengenai kewujudan surat ini.

- 32f. Pada bulan Mac, 2013 wang sejumlah US$681 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Najib di AmBank. Surat bertarikh Mac. 1, 2013 memaklumkan wang US$800 juga telah dihadiahkan kepada Najib oleh Saud Abdulaziz.

- 32g. Selepas pilihanraya ke 13, wang sejumlah US$620 juta telah dikembalikan oleh AmBank dari akaun Najib ke akaun di sebuah offshore company. (__________)

- 32h. Pada tahun 2012 Goldman Sachs menjual bon bernilai US$3.5 bilion kepada bank-bank antarabangsa dan mendapat komisyen berates juta.

- 32i. Jho Low memperkenalkan Najib kepada Khadem Al Qubaisi, Pengarah Urusan syarikat IPIC sebuah syarikat beribupejabat di Abu Dhabi di United Arab Emirats. Setelah pertemuan ini IPIC mengumumkan rancangan pelaburan bersama 1MDB untuk membina pusat janakuasa. 1MDB memaklumkan memaklumkan kepada juruaudit keputusan pengiriman US$1.4 bilion kepada IPIC sebagai pertaruhan sementara (refundable deposit). Wang ini tidak diterima oleh IPIC. Wang itu telah dimasukkan kedalam akaun dengan nama yang sama berdaftar di Virgin Islands dan ianya dikuasai oleh Khadem Al Qubaisi.
Lebih dari US$1 billion lagi dimasukkan ke dalam akaun sahabat Jho Low di Standard Chartered Bank di Singapura. Al Qubaisi kemudiannya menutup syarikatnya di Virgin Islands dan mengeluarkan wang sejumlah US$470 juta, dan sebahagian darinya sejumlah US$100 juta telah digunakan olehnya untuk membeli harta mewah di New York dan Los Angeles. Al Qubaisi memberi kepada Riza Aziz, anak Rosmah sejumlah US$238 juta untuk membeli harta dan membiayai pengeluaran filem ‘The Wolf of Wall Street.’

- 32j. Pada tahun 2013, Goldman Sachs menjual bon 1MDB senilai US$3 bilion dan wangnya dimasukkan ke akaun BSI AG bank di Switzerland. Pelanggan yang terlibat dengan 1MDB berjumlah 100 orang yang mempunyai akaun di BSI AG termasuk Jho Low. Jho Low malah membuka 18 akaun dalam sehari dalam bulan Oktober, 2014.
Hubungan Jho Low di BSI Singapore ialah Encik Yak Yew Chee. Mengikut suratkhabar Straits Taime Singapura pada ________ (mungkin Juma’at 11/11) Yak Yew Chee telah pun mengaku bersalah dalam mahkamah Singapura terhadap empat pertuduhan jenayah berhubung pemalsuan dan kegagalan memberi amaran tentang transaksi yang mencurigakan dalam siasatan berkaitan dengan 1MDB
BALA TAMBAHAN

- 32k. Kini kita berhutang pada China pula untuk – (i) Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang dianugerahkan kepada syarikat CCCC dengan kos RM55 billion. Setahun RM2,75 billion X 20 tahun. Sehari RM7.534 million dan kalau tambangnya RM100 seorang maka sehari memerlukan seramai 75,342 orang penumpang. itu belum termasuk tenaga kerja dan etc cost + interest setiap tahun. Boleh dapatkah seramai itu penumpang?
CARA MENYEMBUNYIKAN FAKTA

33. Untuk melindungi dirinya dari kemungkinan didakwa dalam mana jua mahkamah di dunia Dato’ Seri Najib telah bertindak sebagai berikut:

- 33a. Menamatkan khidmat Peguam Negara yang dijangka akan bertindak ke atasnya dengan Peguam Negara baru yang mengikut semua kehendaknya. Beliau berlagak sebagai hakim dan memutuskan bahawa tidak ada kesalahan dibuat oleh Najib dalam laporan-laporan yang diserah kepadanya, supaya Najib tidak dibawa kemahkamah untuk diadili.

- 33b. Menamatkan atau memendekkan jangkamasa berkerja bagi pegawai yang menyelidiki skandal berkaitan 1MDB.

- 33c. Menukar tempat bekerja pegawai-pegawai yang didapati tidak sebulu dengan idea melindungi Dato’ Seri Najib dari siasatan berkaitan 1MDB.

- 33d. Mengadakan undang-undang SOSMA untuk boleh menangkap sesiapa saja sehingga pihak mahkamah pun berdolak balik menaik dan menurunkan keputusan dari satu makamah ke mahkamah yang lain.

- 33e. Menguatkuasakan undang-undang OSA dengan memasukkan semua maklumat berkaitan 1MDB sebagai rahsia negara sedangkan undang-undang OSA ini dikanunkan untuk mengawasi keselamatan negara. Ia tidak dikanunkan untuk melindungi penjenayah yang mencuri, merampok atau menyeleweng wang Negara.

- 33f. Menggunakan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 untuk mengambil tindakan ke atas PENGHASUT PEMBENCI KERAJAAN di laman-laman social spti WhatsApp, FB, Tweeter, Blog, dsb.
SOALAN RAKYAT YANG TIDAK BERJAWAB

34. Oleh itu rakyat jelata tertanya-tanya:

- 34a. Apakah mereka yang terlibat dan yang mempertahankan yang terlibat merupakan manusia yang tidak berfikiran, tidak berkeberanian dan tidak sedar bahawa mereka bertanggungjawb kepada Allah swt. atas azab yang mereka izinkan untuk menimpa rakyat yang mereka wakili.

- 34b. Apakah pemberian BR1M, DERMA, SUMBANGAN dan RASUAH dalam segala bentuk, dari masa ke masa, sudah mencukupi untuk mengimbangi azab yang dideritai rakyat dengan kenaikan kos hidup.

- 34c. Apakah penderitaan itu boleh menjadi satu kebiasaan untuk dilupakan oleh Melayu yang dikatakan mudah lupa.

- 34c. Apakah nasib masa depan bangsa Melayu dengan sangat dahsyatnya berkurang biasiswa untuk membantu pelajar yang tidak dapat dibantu oleh keluarga sendiri untuk melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi.

- 34d. LTAT – Bagaimanakah nasib masa depan anggota angkatan tentera jika tabungan ini turut digunakan untuk membantu perjalanan 1MDB yang curang.

- 34e. KWAP – Apakah jaminan atas keselamatan tabungan semua pekerja jika tabungan ini turut dilibatkan untuk membantu perjalanan 1MDB yang merugikan.

- 34f. FELDA – Apakah nasib peneroka dan anak pinak mereka yang mewariskan sijil saham yang rapuh nilainya, ditukar dengan geran tanah yang tidak pernah jatuh nilainya. Bagaimana dengan kerugian yang dideritai akibat terjatuh harga saham dan salah-guna harta dalam pelaburan yang mencuriga dan merugikan.

- 34g. LUTH – Apakah jaminan masa depan tabung ibadat yang jelas tidak keruan perniagaan dan pelaburannya sehingga mengancam masa depan penabung.

- 34h. SUBSIDI – Sampai ketahap manakah penderitaan akibat dari penghapusan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan.

- 34i. TOLL – Sampai bilakah bayaran toll ini dapat dikurangkan lebih-lebih lagi belaja untuk membangun projek yang ditollkan itu sudah pun selesai hutangnya dan untungnya juga cukup lumayan bagi pemegang konsesyen yang sudah tamat tempohnya.

- 34j. GST – Tidakkah ada dipihak berbagai peringkat yang insaf bahawa inilah beban yang ditanggung oleh rakyat kerana kecelakaan yang menimpa negara lantaran penyelewengan dalam 1MDB.
KENAPAKAH?

35. Rakyat bertanya lagi, kenapakah :-

- 35a. Kenapakah Perdana Menteri Najib tidak mahu menjawab sebarang soalan?

- 35b. Kenapakh Yang Di Pertua Dewan Rakyat tidak membenarkan soalan dari ditanya?

- 35c. Kenapakah Peguam Negara menjawab soalan hanya apabila disuruh menjawab pada waktu dan dengan cara yang ditentukan?

- 35d. Kenapakah Ketua Polis Negara menangkap siapa saja yang bertanya soalan?

- 35e. Kenakah Menteri Dalam Negeri bersikap yang mencurigakan?

- 35f. Kenapakah Menteri membuat kenyataan atau bertanya soalan yang mendedahkan ketidakcerdikan:

KUALA LUMPUR, Nov 8, 2016 — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad could endanger his legacy if he continues to act like US presidential candidate Donald Trump, Umno lawmaker Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek said today. (Ternyata Donald Trump yang menang untuk jadi Presiden Amerika Syarikat)_.
Nazri Aziz Yeop berkata Mahathir Cemburu Dato’ Seri Najib Berjaya Tarik Pelaburan Besar Dari China

Dalam BHOnline Mustapa Mohamed telah berkata pada 28 Mei, 2013 bahawa harga kereta akan turun secara berperingkat-peringkat sehingga 2017 – Betulkah kini?
Dalam BHOnline Ahmad Maslan telah berkata pada 31 Mac, 2015 bahawa harga barang boleh turun kerana cukai GST – Betulkah berlaku seperti itu?

Kenapakah Menteri dan Timbalan Menteri sanggup berbuat apa saja untuk membela kemungkaran dan untuk pura-pura atau betul-betul tidak mahu tahu mengenai kebenaran. Inilah BR1M untuk mereka:
MENTERI

1. Gaji Pokok RM18,000.00
2. Elaun Keraian RM10,500.00
3. Elaun Perumahan RM10,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun Parking RM5,700.00
Jumlah Pendapatan Per Bulan ialah RM55,650.00

TIMBALAN MENTERI
1. Gaji Pokok RM15,000.00
2. Elaun Keraian RM9,500.00
3. Elaun Perumahan RM9,800.00
4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00
5. Elaun Parking RM5,700.00
Jumlah Pendapatan Per Bulan ialah RM50,650.00

- 35g. Kenapakah tiada yang menjawab soalan yang ditanyakan oleh pihak raja dan sultan. Kenapakah raja dan sultan tidak lagi dihormati sebagaimana semestinya.

36. DENGAN PELANCARAN PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA PADA HARI SABTU 14 JANUARI, 2017 SUDAH SAMPAI MASANYA UNTUK BANGSA MELAYU MENGUBURKAN CARA MENAKUT-NAKUTKAN MELAYU KEPADA CINA, KHUSUSNYA LIM KIT SIANG, DENGAN MENYUBURKAN SEMANGAT PERKAUMAN UNTUK DIJADIKANPERISAI BAGI MELINDUNGI AMALAN RASUAH DAN BERBAGAI KEMUNGKARAN PEMIMPIN POLITIK DAN KERAJAAN MELAYU.

37. OLEH KERANA MEMASUKKAN PEKERJA ASING SEPERTI RANCANGAN KEMASUKAN 1.5 JUTA WARGA BANGLADESH, TIDAK DAPAT DIHENTIKAN KERANA IANYA MERUPAKAN BISNES YANG MENGUNTUNGKAN BAGI PENIAGA-PENIAGA UMNO, BANGSA MELAYU WAJIB INSAF BAHAYA PROJEK SEPERTI PENEMPATAN 700,000 WARGA-NEGARA KOMUNIS CHINA YANG DAPAT MEMILIKI RUMAH ATAU KONDOMINIUM ATAS TANAH MILIK SELAMA-LAMANYA (FREEHOLD) DENGAN TAJAAN RAJA YANG TIDAK DAPAT DIPERSOALKAN KERANA KEDAULATANNYA SEBAGAI PELINDUNG UGAMA DAN ADAT ISTIADAT MELAYU.

38. MARILAH KITA SAMA-SAMA MENYELAMATKAN BANGSA MELAYU DAN NEGARA MALAYSIA DENGAN MENGHAPUSKAN SEMUA PEMIMPIN DAN ORGANISASI YANG MENDUKUNG KEMUNGKARAN RASUAH, MELAKSANAKAN DASAR DAN AMALAN YANG MERUGIKAN BANGSA DAN NEGARA.

39. SAMPAI BILAKAH RAKYAT MALAYSIA AKAN MENDERITA KERANA 1MDB?

MARI KITA RENUNG²KAN BERSAMA..