nuffnang Ads

.

2018/12/15

Text Ucapan Pak Naib pada Majlis Sambutan MaulidduRasul 1440H/2018M

Alhamdulillah...  syukur ke hadrat Allah swt, atas limpah kurnianya dapat la sy bersama tuan², puan² di majlis sambutan maulidurasul yg di pd ptg ini. Di mana Sambutan ini bagi meraikan kelahiran junjungan besar Rasulullah saw.

Tuan²... Puan²... Saya amat menyedari tugas serta amanah yg sy galas ini bukan la satu tugas yg mudah.. Byk cabaran mahupun tekanan yg akn dtg kpd sy dari pelbagai arah yg perlu sy hadapi dn tangani dgn baik dari masa ke semasa.

InshaAllah.. Dgn sokongan serta dukungan dari tuan² dan puan² sedikit sebanyak dpt memberi inpirasi serta motivasi utk mengalas amanah ini dgn sebaik yg mungkin mengikut kadar kemampuan yg saya ada.

Fikir yg positif, Berbicara yg baik².. berdoa yg baik².. Elakkn adu domba yg boleh mengakibatkan perbalahan mahu pun persengketaan InshaAllah.. Dengan izinnya.. Hidup Kita akan sentiasa di kelilingi kebaikkan.

Tuan².. Puan²... Beberapa hari yg lalu sy terima teguran dari Pejabat Parlimen Sri Gading yg menerima aduan dari pihak² yg tidak berpuas hati dgn apa yg Allah swt tetapkan buat mereka. Hingga meminta Ketua Kampung di gantikan. ☺☺☺☺

*Aduan pertama* - Ketua kg sukar utk di hubungi
*Respon* - Telefon saya tiada liputan(coverage) sewaktu berada di rumah. Liputan mana² talian(celcom, maxis, umobile dsb) agak teruk kebelakangan ini.

*Aduan kedua* - ketua kg asyik duduk warung.
*Respon*
1. Saya berniat mahu memudah sesiapa juga yg mahu berurusan. Maklumlah. Rumah saya berada di tanah lapis yg agak ke belakang. Agak sukar bagi mereka yg tidak tahu rumah saya di mana.
2. Bagi mengelakkan kegagalan sesiapa juga yg menghubungi talian saya atas faktor tiada liputan(coverage) sewaktu saya berada di rumah.
 

*Aduan ketiga* - Ketua kg asik menghadap henpon.
*Respon*
- Di era teknologi bermaklumat ni. Kita perlu gunakan teknologi yg di cipta semaximum yg mungkin bagi membantu masyarakat. Byk maklumat atau bahan bacaan bleh di excess dgn hanya menggunakan telefon pintar.
Segala surat menyurat rasmi juga bleh di buat dgn hanya menggunakan telefon pintar. Tidakkah itu memudahkan byk perkara. Adakah dgn menghadap telefon pintar di anggap menyukarkan sesiapa juga yg ingin berurusan dgn saya..?? Mengapa perlu di pandang serong mereka² yg menghadap telefon pintar.

Alhamdulillah.. Sy positif dlm menerima apa juga teguran mahu pun kritikkan.
Cuma yg menjadi persoalan mengapa terus membuat aduan kpd YB. Datuk Ahli Parlimen. Mengapa mereka tidak menemui saya terlebih dahulu utk mendapatkan jawapan.?? Hanya Allah swt yg maha mengetahui apa niat mereka yg sebenarnya.

Apa pun, sy merasa sdikit terkilan. Niat saya bagi memudah cara khalayak menemui saya di anggap salah oleh sesetengah pihak. Tak mengapa la. Mungkin ini salah satu dari byk cabaran yg perlu saya tangani dgn baik dari masa ke semasa.

Namun begitu  jika masih ada pihak yg tidak berpuas hati dgn buat aduan terus ke Ahli Parlimen Gading. Tak de apa yg mampu saya lakukan. Saya serahkan sepenuhnya kpd Allah swt. Sesungguhnya sesiapa juga yg berada di kedudukkan ini tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak.

Dlm tempoh 1 bulan 12 hari selepas pengesahan pada 1hb. Nov. 2018 tak byk yg mampu saya lakukan.

Saya mahu tuan² dn puan² tahu.. Sesungguhnya saya tidak mencari pujian manusia. Khalayak tidak mengetahui segala kebaikkan yg saya buat pun tidak mengapa kerna bukan itu matlamat saya.
Walau bagaimana pun, saya telah maafkan segala adu domba yg mereka lakukan terhadap saya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah swt... ☺☺☺.

Tuan²... Puan²... Jauhilah dari sebarang prasangka buruk. Allah swt telah berfirman yg bermaksud..

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa……” (QS. Al Hujurat: 12)

Imam Malik meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia mengatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda:
“Jauhilah prasangka, karena sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling dusta. Janganlah kalian saling memata-matai, janganlah kalian saling mencuri informasi. Janganlah saling bersaing (yang tidak sehat). Janganlah saling mendengki, jangan saling membenci dan jangan saling membelakangi. Tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

Dan ada beberapa lagi hadith Nabi saw yg menceritakan ttg perihal prasangka buruk.

Baiklah.. Sy tidak la berhajat utk berbicara lebih pjg. Krna ada perkongsian ilmu yg akan di sampaikan oleh penceramah kita pd ptg yg berbahagia ini.

Saya akhiri ucapan sy dgn 2 rangkap pantun..

--------
*Dari mesir, madinah hingga ke jordan,*
*mengali ilmu tanpa batasan,*
*sepuluh jari saya susun,*
*Terkhilaf bicara mohon maafkan..*

*Dari Kulai pergi ke bentong.*
*Singgah segamat membeli pelikat,*
*Bulat air kerna pembentong,*
*Bulat kata kerana mufakat*

Wabillahi taufik walhidayah wassalammualaikum warahmahtullahi wabarakatuh

HUTANG DHUHA

Maaf panjang sikit tapi jangan tak baca... RUGI
Baca sampai habis tau.

Satu ilmu yang saya baru tahu yang saya rasa terpanggil untuk berkongsi dengan anda adalah ilmu tentang solat dhuha.

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakan kelebihan dan manfaat melakukan solat dhuha dan sedekah di negaranya.

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.

Di dalam buku tersebut beliau membahaskan konsep bahawa *kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah* sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah? Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ).

Melalui hadis diatas, semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.
Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya. Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar? Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang dhuha kita pada Allah setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.

Bagaimana pula jika 20 atau 30 tahun? Sungguh banyaklah bukan?.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut tentang hal ini.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dengan hal tersebut dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil (melalui pencuri) duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Berbalik kepada persoalan bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Adakah kita perlu bersedekah supaya hutang kita itu dilunasi?. Anda rasa bagaimana? Mengikut cadangan Ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut dia ada berkongsi sedikit tips dan cara bagaimana kita boleh membayar hutang-hutang Dhuha kita.

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang mereka dapat inspirasi melalui anda, secara langsung anda akan mendapat pahala. Kebaikan dan amalan yang mereka lakukan secara langsung akan menjadi saham pahala anda juga.

Namun, pasti akan ada yang bertanya, “ Tetapi bukan semua pandai untuk menceritakan perkara- perkara sebegini kepada orang lain”. Pasti akan terdetik difikiran, sesetengah antara kalian.

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda seorang pengacara Radio atau Televisyen, selitkan manfaat dan kelebihan Dhuha didalam percakapan anda. Jika anda seorang pemimpin, nasihatilah dan berikan motivasi tentang kelebihan berdhuha kepada rakyat anda. Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat sunat dhuha.

Oleh kerana penulis juga merasakan bahawa diri penulis juga mempunyai banyak hutang dhuha, maka penulis rasa penting untuk berkongsi akan konsep ini.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunasi juga hutang dhuha.

Semoga amalan kita diterima sebagai amalan soleh.

Jom kita sebarkan kerana Allah...👍👍👍
In shaa Allah...

2018/08/31

Merakam sejarah: Faktor Mahathir



Hishamuddin Rais
22 Mei 2018, 6:03 petang (Dikemaskini 22 Mei 2018, 6:42 petang)

A A

Anak semua bangsa, bangsa semua agama, warga Malaysia telah berjaya menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Ini satu kemenangan. Justeru saya wajib menulis untuk merakamkan detik-detik kemenangan ini.

Parti United Malays National Organisation yang ditubuh pada 11 Mei 1946 dan didukung oleh Inggeris akhirnya telah dapat ditumpaskan dan dinyahkan dari kuasa oleh gerakan anak semua bangsa - bangsa semua agama.

Saya amat gembira apabila melihat Najib dan Rosmah tidak melarikan diri pada 12 Mei 2018. Pesawat jet peribadi yang dikatakan dihantar dari Jakarta telah dikepung oleh anak anak muda di lapangan terbang Subang.

Saya akan dituduh munafik jika saya tidak mengakui betapa gembiranya saya apabila melihat Razak Baginda, Arul Kanda, Habibul Rahman dan puluhan orang-orang jahat suku sakat Najib yang didakwa cuba menghilangkan diri, atau mula menenggelamkan diri dari diketahui orang ramai.

Saya amat amat gembira bila musuh saya dalam kesusahan. Saya gembira bila musuh saya dalam kesakitan. Saya gembira bila musuh saya masuk ke dalam penjara. Jangan salah baca, pilihan raya ialah perang tanpa senjata. Perang bersenjata berlaku apabila politik undi mengundi gagal.

Kegembiraan dari saya ini bukan dendam. Saya tidak memiliki sifat dendam. Gembira melihat Najib masuk penjara bukan bermakna berdendam.

Pada hemat saya hidup membawa dendam pasti satu hidup yang amat berat - mengheret dendam ke hulu ke hilir. Hishamuddin Rais tidak berdendam. Hishamuddin Rais hanya gembira apabila Najib dan Rosmah masuk penjara. Amin.

Para pembaca akan menipu diri sendiri apabila tidak mengakui bahawa kita semuanya bergembira apabila Najib dan Rosmah ditangkap, didakwa dan akhirnya masuk penjara.

Kegembiraan yang lahir ini adalah watak dan ciri-ciri gerakan politik. Di mana-mana pun dalam dunia ini apabila berlalu perubahan sosial ciri yang sama berlaku. Apabila yang zalim dijatuhkan, ppabila yang jahat dapat ditewaskan, apabila penyamun dapat ditangkap, maka kegembiraan adalah jawapannya.

Ketika Czar Nicholas dibunuh dalam Revolusi Bolshevik pada tahun 1917 warga kota Moscow gembira. Ketika kepala Louise ke14 dipenggal kepalanya di Paris pada 21 Januari 1793, ramai warga kota Paris menari, bertandak dan menyanyi mabuk gembira.

Saya amat yakin warga Indonesia pasti gembira melihat Suharto jatuh pada tahun 1998. Saya amat yakin warga Iran gembira apabila melihat Shah Reza Pahlavi melarikan diri dari Tehran pada 16 Januari 1979.

Di Tanah Melayu semenjak Inggeris mengangkat United Malays National Organisation, semenjak gerombolan Ketuanan Melayu ini mengambil alih kuasa dari British, Tanah Melayu telah dilanggar malapetaka.

Pada Rabu, 9 Mei 2018, malapetaka atau nakba dalam bahasa Arab telah dinyahkan. Menyahkan Najib dan Rosmah bermakna warga Malaysia telah berjaya menyahkan malapetaka yang selama 60 tahun ini telah menghempap berat kehidupan anak semua bangsa di Tanah Melayu.

9 Mei malapetaka tercabut

Rabu 9 Mei 2018 malapetaka tercabut. Malaysia menjadi ringan. Udara menjadi nyaman. Hidup menjadi aman. Tanah Melayu membuka sejarah baru. Sabah dan Sarawak membuka sejarah baru. Maka kita - anak semua bangsa di Malaysia berhak untuk terus bergembira.

Saya sering menulis bahawa detik sejarah itu juga memiliki sejarah dan latar. Saya juga pernah menulis untuk menolak dan mengenepikan pandangan yang sering mengatakan bahawa sejarah ditulis oleh orang yang menang.

Untuk saya sejarah ditulis oleh orang yang rajin menulis. Jika kita malas menulis walaupun menang ia tidak memiliki makna.

Saya telah merakamkan semua babak babak sebelum PRU14. Menolak pelbagai bentuk pandangan bodoh yang tak masuk akal. Dan mengajukan garis dan taktik untuk membawa pencerahan.

Dua bulan sebelum PRU14 saya membuat ramalan kemenangan.

Dalam masa yang sama saya juga ada menulis beberapa pandangan yang pada hari ini dilihat salah, pandangan yang silap, pandangan yang terbukti melanggar apa yang berlaku ada 9 Mei.

Pada hemat saya ini lumrah. Kerana mustahil saya dapat melihat kesemua hasil politik masa depan dengan jelas dan tuntas.

Walau apa pun akhirnya kita semua dapat melihat Najib dan Rosmah terkurung dalam rumah sendiri. Yang ini telah saya nujumkan berbulan bulan lebih awal.

Dalam suasana kegembiraan, ketika melihat kembali apa yang pernah saya tulis – yang tepat dan yang salah. Maka ada beberapa perkara yang wajib saya tuntaskan. Perkara yang wajib saya rakamkan untuk rujukan sejarah, babak-babak yang wajib diumumkan secara hitam putih untuk bahan sejarah.

Seratus tahun dari hari ini jika ada anak pelajar yang menggali sejarah kejatuhan United Malays National Orgnisation pada Rabu 9 Mei 2018, maka apa yang saya tulis ini akan menjadi bahan.

PERTAMA: Kemenangan PRU14 oleh Pakatan Harapan pada Rabu 9 Mei 2018 adalah kerana faktor Mahathir. Dalam BI - The Mahathir factor.

Mahathir adalah penyebab utama yang telah berjaya - mengumpul semua tenaga anak semua bangsa - untuk mengalahkan gerombolan Najib dan konco-konconya.

Jika di zaman REFORMASI dahulu faktor Anwar Ibrahim menjadi juragan dan jurumudi. Anwar menjadi ikon yang berjaya mengumpul gerakan jalan raya untuk menjatuhkan Mahathir.

Dalam PRU14 juragan dan jurumudi ialah Mahathir.

The Mahathir factor ini memerlukan kajian yang lebih rapi. Kenapa dan mengapa anak semua bangsa mahu beralih memilih Pakatan apabila Mahathir meneraju pucuk pimpinan.

Langkah bunuh diri

Kajian ini penting untuk kita sesama kita terus bergembira.

Tiga bulan sebelum hari mengundi kita terdengar bagaimana kemungkinan DAP disingkir dari pendaftaran. Jabatan Pendaftaran telah memberi pelbagai masalah kepada DAP. Kemudian kita dengar pula BERSATU menghadapi perkara yang sama.

Segala jentera kerajaan - SPR, SPRM, PDRM, Peguam Negara, Mahkamah dan, dan, dan…telah digunakan untuk memupuk kekuatan kuasa dirinya.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) juga tidak ada bezanya. Ketika ini Jabatan Pendaftaran menjadi aparacik setia yang memperkukuh kuasa Najib dan Rosmah. Secara bijak pendaftaran parti BERSATU dibatalkan.

Sekali imbas langkah ini dilihat bijak. Tetapi sebenarnya ini adalah langkah membunuh diri. Kerana jawapan dari Mahathir menggegarkan politik Malaysia.

Tup-tup, langkah paling radikal telah diambil oleh empat parti gabungan Pakatan. Semua bersetuju untuk menggunakan satu logo.

Inilah bukti faktor Mahathir yang mungkin ramai terlepas pandang. Tetapi inilah pencapaian politik paling unggul dalam sejarah 60 tahun politik Malaysia. Fakta ini ialah: Penggunaan satu logo.

Menggunakan satu logo ini - persetujuan menggunakan satu logo ini - hanya dapat dilakukan bawah kepimpinan Mahathir. Saya yakin Anwar Ibrahim pun tidak ada keupayaan untuk menuntaskan perkara ini. Satu logo ini adalah faktor Mahathir yang membawa pukulan maut kepada Najib dan Rosmah.

KEDUA: Mahathir Muhamad sebagai agen komunikasi yang cukup baik. Ucapan ceramah Mahathir tidak beretorik. Tidak menaikkan semangat untuk turun ke jalan raya. Dalam ceramah si Mahathir tidak pernah bercerita yang dia kenal dengan Putin atau kenal Tony Blair. Atau pernah ke Universiti Havard. Atau pernah membaca buku itu dan ini.

Malah ceramah Mahathir agak mendatar. Tetapi Mahathir telah berjaya menyampaikan maklumat dengan cemerlang kepada orang ramai.

Mahathir TIDAK menggunakan perkataan yang besar-besar, yang susah untuk disebut. Dan susah untuk dieja. Mahathir TIDAK menggunakan perkataan Inggeris atau Arab. Dalam ceramah Mahathir tidak berselindung dengan ayat Quran atau hadis nabi untuk memperkukuh hujah.

Perkataan curi, samun , tipu senang difahami maknanya oleh mak cik dan pak cik Felda. Di sinilah kejayaan Mahathir menterjemahkan konsep politik yang kompleks dengan penerangan yang senang untuk difahami.

Kepada Mahathir Najib ialah pencuri. Perkataan pencuri ini difahami oleh mak cik Felda. Berbeza dengan menggunakan perkataan kleptokrasi. Satu habuk pun orang tak faham. Dalam ceramah Mahathir memilih pencuri, lanun atau penyangak untuk menerangkan siapa si Najib ini.

KETIGA: Perubahan sosial akan berlaku apabila elit politik, elit ekonomi dan jentera daulah mula pecah.

Cukong lari dari Najib

Sama ada cukong yang bernama Robert Kuok memberi dana kepada pembangkang atau tidak satu persoalan lain. Apa yang tersirat dari berita Robert Kuok (bawah) ialah gambaran tentang elit ekonomi, para cukong telah mula melarikan diri dari Najib. Ini adalah faktor Mahathir.

Kesampaian Rafidah Aziz dan Rais Yatim masuk ke dalam saf Mahathir adalah salah satu tanda bahawa elit politik juga telah pecah. Apabila Rais dan Rafidah dibuang dari parti maka jelas elit politik sedang beramuk.

Kemudian saf Mahatir di masuki oleh Daim Zainudin dan Syed Hamid Albar. Semua ini adalah faktor Mahathir yang berjaya memecahkan elit politik

Kemudian Mahathir menulis surat surat terbuka kepada PDRM, tentera laut, darat dan udara. Hanya Mahathir yang memiliki wibawa sedemikian. Hanya Mahathir yang berupaya menulis surat ini.

Apabila Laksamana Angkatan Laut menjawab dan menerangkan kepada anak semua bangsa bahawa angkatan tentera laut tidak menyebelahi parti sesiapa pun. Jawapan ini tidak membolehkan Najib melakukan huru-hara untuk mempertahan kuasa. Satu cabang tentera telah enggan jadi alat Najib.

Sebelum Mahathir menulis surat, seorang pemimpin tentera darat didakwa menyatakan soldadu menyokong kerajaan. Ini bermakna tentera darat akan mempertahankan Najib.

Perbuatan bangang ini telah ditibai oleh rakyat kiri dan kanan. Jeneral kaki bodek Najib ini terduduk dan membuat kenyataan baru.

Semua ini petanda yang jentera kerajaan tidak lagi menyebelahi Najib. Hanya PDRM yang tidak bersuara. Hingga ke saat kemenangan tercapai maka barulah ketua PDRM menerima hakikat bahawa Pakatan Harapan ialah kerajaan baru.

Dalam kita merayakan kemenangan ini. Dalam kita bergembira. Maka jangan lupa kita wajib terus berwaspada. Orang-orang jahat wajib terus diburu, ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka, orang jahat akan disula.

Saya tidak mencadangkan mereka disula kerana ini akan mengotorkan buluh.

Tetapi hakikatnya, meminta mereka disula ini tidak mungkin saya tulis satu bulan dahulu. Kini saya boleh menulis dengan hati terbuka kerana kemenangan yang telah dibawa oleh faktor Mahathir. END

HISHAMUDDIN RAIS seorang aktivis politik, penulis dan pengarah filem.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi BersatuSriGading

2018/04/14

MATEMATIK - KEPUTUSAN MEMILIH 93 TAHUN

Sepanjang 22 tahun pemerintahan si Tua 93 tahun ini di Malaysia, selagi mana namanya manusia, dia tetap tak akan lepas dari buat khilaf. Itu lumrah. Tapi sepanjang 22 tahun itu juga, segala perubahan, segala kelantangan, segala ke diktatoran si Tua ini sangat memberi kesan pada jiwa rakyat yang hidup pada zaman Pemerintahannya. Pertama kali dalam sejarah, rakyat Malaysia merasa begitu bangga ketika mengaku sebagai rakyat Malaysia di luar negara.

Kau fahamkan rasa bangga tu macam mana? Bunga-bunga beb muka. Dengan segala visi dan misi yang di bawa oleh si Tua ini. Wawasan 2020 yang mana waktu itu kita asyik terbayangkan tentang kereta terbang dan robot yang bakal bekerja pada tahun 2020. Kita lihat kelantangannya membantai Barat tanpa kompromi. Mengkritik Holocaust secara terbuka. Kau tau kan apa tu holocaust? Sampai si tua ini di tuduh anti semitik. Mengkritik dasar yahudi di OIC secara lantang tanpa corner sagat lutut. Menempelak pemerintah-pemerintah Arab yang lembab tak habis bergaduh sesama sendiri. Ambil keputusan tak popular untuk tak pinjam IMF. Waktu ini saat paling powerr.

Straight to the point.

Ini belum kau tengok macam mana si Tua ini warning Singapura supaya jangan macam bagus sangat nak andir-andirkan Malaysia. Tengok projek rampasan semula Guthrie supaya jadi hak milik Malaysia. Membawa anak-anak Kosovo menjadi anak angkat Malaysia ketika Kosovo teruk di lanyak oleh pemerintah. Sampai hari ini kalau kau pergi Kosovo, kau masih boleh jumpa orang yang berpengaruh di sana mengaku sebagai anak Malaysia. Kau tengok macam mana si Tua ini hantar bantuan pada negara-negara kelas 3 yang selalu di buli oleh negara Besar.

Pilih untuk bangunkan bangunan pencakar langit, litar sepang, wujudkan proton. Semua projek mega ini si Tua ini di gelakkan oleh ramai. Dia tak pernah ambil peduli, dia ada misi, pandangnya cuma nak ajar Eropah supaya jangan pandang lekeh bangsa yang pernah depa jajah ni. Apa ingat Melayu ni bangsa bodoh? Bangsa lemah? Bangsa pemalas? La ni aku berdiri sini, aku ajar angpa siapa sebenarnya Melayu. Singapura paling syok gelakkan si Tua ni.

Katanya, " Apa ke bahlol mamat kedah pakai spek ni nak bina litar sepang? Hilang akal ke apa? Siapa nak datang? Alien dari bulan ke? Kah kah. Nak tunjuk pandai dengan idea bangang tu ke? Bodoh. Sama macam rakyat dia."

Beberapa tahun lepas tu bila tengok kejayaan yang di bawa oleh Litar Sepang ini, tahu-tahu je Singapura tanpa segan silu terus bina juga satu Litar di Singapura. Kau nampak penangan Si Tua ini? Prinsip "Pergi Mampos" dia tu buat dia sangat disegani ramai. Walaupun awalnya ramai kecam termasuk rakyat sendiri, sampai satu masa nanti, ternyata ramai buat-buat bangang macam tak pernah kecam dia. Semua buat uturn baik punya. Biasalah. Adegan biasa yang kita biasa buat. Kau rasa zaman tu akan ada ke orang selantang Siti kassim? Silap-silap terus jadi Kassim Baba. Tak payah warning. Terajang terus masuk ISA. Ada hati nak bikin kacau kan.

Paling best part Eropah. Eh? Kita manusia lah. Semua sama je. Bezanya berani atau tidak dan berakal atau tak je. Setakat duduk di Eropah ke, Ahli Freemason ke, Keturunan Raja ke tu takda apa kelebihan pun. Sama je kita. Bezanya berani dan berakal. Itu yang Amerika cakap banyak pun, si Tua ini selamba bagi sepakan gunting. Eh pergi mampos lah. Dulu aku pernah tengok bangsa aku kena pijak muka oleh bangsa kalian dekat tanah air ni. Aku pernah tengok bangsa aku terpaksa tunduk bila lagu kebangsaan kalian bermain di tanah air ini. Sekarang ni. Aku ada hak nak bersuara jugak. Aku dah ada dekat kedudukan yang aku boleh bersuara. Dulu bukan kau cakap melayu macam-macam ka? Melayu pemalas lah, melayu tak cekap lah. Sekarang aku ada kuasa kenapa aku tak boleh cakap pasal kau? Negara yang sebok kecam aku konon aku diktator dan rak habis ulng tentang demokrasi. Tak ingat kah negara bersistemkan demokrasi yang bom Hiroshima dan Nagasaki sampai ratusan ribu rakyat Jepun mati? Lebih kurang macam tu lah si Tua ni punya cakap dalam hati.

Jadi segala perjuangan, kemasyuran, penghormatan, kelantangan membela bangsa sepanjang pemerintahan 22 tahun tu secara tak langsung dah terpahat dalam jiwa rakyat yang membesar zamannya. Ingat Tun je rasa rindu. Rasa sebak. Sentimen ni power gila bro. Dia tanam dalam-dalam sentimen ini ke jiwa masyarakat. Dia bina hormat rakyat pada dia. Ni kau belum cerita pandangan orang kampung lagi pada si Tua ini. Lagi lah padu punya sayangg. Bagi diorang, Si Tua ini lagenda melayu yang diorang semua sangat terhutang budi. Ini semua rasa yang dah di suntik ke dalam jiwa kita semua zaman pemerintahannya. Hormat habis!

Kau kena tahu, nak bangunkan Malaysia dari sebuah negara yang takda apa berbeza dengan sambung memerintah negara yang segalanya dah ada. Sangat berbeza. Sebab tu bila nak bezakan zaman Tun M dan zaman Najib tu sangat tak sesuai. Ibarat kau brandkan sesuatu produk dari zero. Sampai lah produk kau ni dah branding. Dah mula dapat perhatian dan buat sales kaw-kaw. Lepas tu kau bagi orang lain sambung jaga perniagaan kau. Kan berbeza. Orang yang sambung dan orang yang awal cipta tu berbeza.

22 tahun bro si Tua ini tanamkan segala rasa yang power, sentimen yang bunga-bunga pada jiwa rakyat. Bab kejahatan dia tu tolak tepi lah. Dah rakyat tak terkesan nak buat macam mana.

Dan sekarang aku nak tanya kau, kalau misi Pakatan Harapan semata untuk kalahkan Barisan Nasional buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia ini, apakah pemilihan Si Tua 93 tahun sebagai calon Perdana Menteri itu satu pilihan yang salah? Dengan segala sentimen sepanjang 22 tahun pemerintahan si Tua ini sudah tertanam dalam jiwa majoriti rakyat Malaysia. Boleh perintah atau tak, itu cerita nombor dua. Yang penting, WAJIB menang dahulu. Kalau tak menang, kau nak sembang memerintah apa?

Kena faham, Pembangkang PRU lepas kalah hanya di sebabkan mentaliti dan sentimen masyarakat kampung/pendalaman masih terpahat nama UMNO dek kerana rindu zaman gilang gemilang pemerintahan si Tua 93 tahun ini. Sentimen itu masih melekat. Dan kau boleh bayangkan bila tiba-tiba si Tua ini di calonkan semula jadi bakal Perdana Menteri macam mana kerinduan, segala sentimen yang pernah terpahat di dalam jiwa masyarakat melayu kampung ini seakan terubat? Gila kau. Konfem melonjak-lonjak beb.

Ni belum cerita masa pilihan raya nanti, gambar si Tua ini di jadikan modal berkempen. Di bentangkan besar-besar di setiap kampung sekali dengan bendera Pakatan Harapan? Boleh nampak macam mana permainan sentimen dan impak pada jiwa masyarakat kampung waktu itu? Orang tak akan nampak Parti pun masa tu. Orang cuma nampak, Tun Mahathir.

Kau ingat Barisan Nasional tak goyang ke? Jangan main-main brother. Tua ke tak tua tu cerita Nombor 2. Fokus Pakatan Harapan sekarang ni nak menang dulu. Lepas menang, nak bergaduh sesama sendiri ke nak berebut bergaduh perkauman ke, terpulang. Yang penting, Menang. Hanya yang Menang je yang boleh buat segala keputusan. Sama ada nak pelempang si kalah, nak sekat segala kekayaan si kalah dan lain-lain. Eh lupa, nak terajang musuh masuk dalam mahkamah dan sabitkan kesalahan lepas tu terajang masuk penjara pun boleh.

Dah ada KUASA maa!! Kau ingat masa ni geng-geng memerintah yang sombong tu akan terus sombong? Gila? Silap-silap semua acah menyesal konon baru tersedar. Ada yang cabut luar negara pun ada.

Nampak tak? Ini bukan isu Tua atau tak Tua. Kau jangan sembang, Tua nak mampos boleh ke perintah Malaysia? Itu bukan isunya. Isu sekarang ialah, MENANG DULU. Tak menang macam mana nak perintah? Kan? Geng muda kelam kabot yang tengah jalankan kempen Undi rosak tu pun tolong jangan benak sangat. Spek mata tebal tapi boleh tahan perangai korang seko-seko. Belajar taktikal lah. Ini politik. Bukan sekolah memandu bapak kau. Yang nak pakai logik kau je.

Ibarat satu hari nanti Malaysia ini berperang dengan Amerika lah contoh. Contoh tau. Kau masih nak berjuang ikut parti atau nak bergabung semua parti dan tutup mata tentang segala dendam kesumat semata untuk pertahankan tanah air? Apa jadi pun kau akan bergabung betul tak? sampai menang! Lepas menang, kau akan bersorak gembira ramai-ramai. Kemudian tu baru lah cerita lain, yang penting MERDEKA dulu.

Kau ingat tak masa kita merdeka dahulu, lepas ambik balik Malaysia ni dari Penjajah. Kita melalui banyak fasa yang bukan senang. Pergaduhan kaum yang melibatkan pertumpahan darah yang banyak, bintang tiga mengganas dan banyak lagi. Tapi sekurang-kurangnya, semuanya masih di bawah tadbir kita. Tanpa penglibatan orang luar. Memang bukan senang, tapi sekurang-kurangnya semuanya atas keputusan kita.

Ni pandangan peribadi je lah. Jangan hang cakap aku macai PH pulak. Satu hari je aku mintak jangan taksub sangat. Apa? DAP? NO WORRIES. Si Tua ni dah perintah Malaysia 22 tahun. Dah pernah berlaga angin dengan Kepala DAP beberapa tahun pun. Segala bola tanggung, segala lubuk, semua dia tahu. Dia lebih tahu dari kau yang tengok dari jauh.

Isu raja tak suka Tun? Itu kau jangan campur. Ucap terima kasih pada Tun sebab keputusan dia kurangkan kekebalan institusi Raja waktu tu lah buat raja-raja hari ini makin rapat dengan rakyat. Kalau tak, jangan mimpi kau nak rasa rapat dengan raja macam hari ni.

Gua yang menulis,
Tuan Amir Danau

P/s : Janganlah sempit sangat fikir pasal Tua lah, nyanyuk lah itu lah. Dah macam orang perempuan pulak kepala hotak korang ni. Lelaki tak bagi isteri bekerja, suruh jaga anak dan makan minum dekat rumah. lepas tu kawan bini cakap dekat bini kita. Kau kena kerja, sekurang-kurangnya kalau suami kau buat hal nanti kau dah ada income tetap untuk mulakan hidup baru. Eh kepala bana sembang benda yang tak jadi lagi? Menangkan hati suami kau dulu lah baru kau tahu apa jadi nanti. Belum apa-apa dah sembang suami akan buat hal satu hari nanti.

2018/03/14

RAMAI GRADUAN MENGANGGUR.. DI MANAKAH SILAPNYA..?

Saban tahun belasan ribu ipta/ipts melahirkan graduan dlm pelbagai bidang. Tapi sgt sdikit graduan² ini mendapat pekerjaan. Ada yg terpaksa menunggu 7-8 tahun baru  dapat pekerjaan di dlm bidang yg mereka pelajari..

Ada yg terpaksa berkerja kampung, berniaga nasi lemak, berkerja di car wash mahu pun memandu *GRAB/UBER* bagi meneruskan kelangsungan hidup. Keluarga mereka telah menghabiskan beribu ringgit mahu pun berhutang dgn *PPTN* bagi menampung kos pembelajaran. Tapi malangnya, setelah tamat belajar, mereka gagal mendapat perkerjaan dlm bidang yg mereka pelajari.. Ini adalah satu kerugian ilmu yg di pelajari kerana tidak dpt di adatasikan di alam perkerjaan.. Di manakah silapnya...??

Permintaan *CEUPACS* utk melanjutkan usia persaraan kakitangan awam dari 55 tahun kpd 60 tahun adalah antara penyumbang kegagalan graduan² ini mendapat perkerjaan. Hari ini *CEUPACS* memohon lagi agar usia persaraan di tingkatkan lagi ke *62 tahun*. Untuk apa ianya mahu di lanjutkan..??  Apa yg saya lihat *CEUPACS* hanya menjadi alat kpd *SYSTEM* yg gagal yg ada pada hari ini.

Melanjutkan had umur persaraan tidak memberi sebarang menafaat kepada sektor perkhidmatan. Ia akan menyebabkan mutu perkhidmatan semangkin perlahan. Di samping itu tiada idea² baru yg dpt meningkatkan mutu perkhidmatan. Maklum la dh jadi *VETERAN*. Pergerakkan pun semangkin perlahan.

Tidak di nafikan ada juga *VETERAN* yang mempunyai idea² yg malar segar. Tapi bilangannya sgt sdikit. 1 dalam 1000..

*SELUSINYA*
Mereka yg lepasan SPM/STPM di galakan memohon perkerjaan di mana² sektor awam tak kira apa jawatan sekali pun. Walau pun sebagai kerani cabuk. Jgn pernah malu utk bermula dari bawah. Selepas beberapa tahun berkhidmat pasti akan ada peluang² utk melanjutkan pelajaran. Ambil dn rebut la kesempatan tersebut. Belajarlah setinggi mana yg anda mahu tanpa perlu menyusahkan ke dua ibu bapa anda utk membiayai pembelajaran anda.

Akhir sekali.. Selamat maju jaya kepada mereka yg baru mengambil result SPM. Susun aturlah hidup anda sebaik mungkin. Moga kegemilangan menanti anda pd masa yg akan datang..

15hb. Mac 2018

2018/02/26

HARAPAN MUNGKIN TIDAK DAPAT GUNA LOGO YG. SAMA

GUNA SATU LOGO SAHAJA UNTUK HARAPAN NEGERI…

Jika gagal bertnding atas logo yang sama, apa pilihan lain untuk parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN)?

Apakah dengan kegagalan mendaftar HARAPAN, tidak ada cara lain untuk membolehkan pengundi mengecam parti HARAPAN, selain Barisan Nasional (BN) dan PAS?

Dengan kedudukan pertandingan dalam pilihan raya kali ini dijangka banyak berlaku tiga penjuru, sewajarnya tiga logo sahaja tercetak di kertas undi – sama ada untuk kerusi Parlimen atau juga Dewan Undangan Negeri (DUN).

Putrajaya memang ‘dengan segaja’ mahu Logo HARAPAN tidak dapat digunakan. Mereka  bimbang ia menjadi logo yang ‘meletup’ dan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jika dibiarkan parti dalam HARAPAN – PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan AMANAH – menggunakan logo masing-masing, pastinya akan membingungkan pengundi.

Apa akan berlaku sekiranya di Parlimen AMANAH bertanding menggunakan logonya sementara di Dewan Undangan Negeri (DUN), tiga parti lain dalam HARAPAN turut bertanding?

Menggunakan logo masing-masing akan mengelirukan rakyat yang kurang pengetahuan mengenai logo parti-parti yang menyertai HARAPAN untuk PRU14 kali ini.

Inilah yang pemimpin BN mahukan. Apalagi jika banyak lagi logo lain terpaksa digunakan apabaila ada calon yang bertanding di atas tiket BEBAS.

Berikutan itu, walaupun komponen HARAPAN  tidak dapat bertanding menggunakan logo sama, rakyat seharusnya tahu akan empat parti komponen gabungan itu. Ini wajib diterangkan kepada rakyat.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan parti komponen HARAPAN  mungkin tidak dapat bertanding di bawah logo yang sama sebaliknya menggunakan logo masing-masing pada pilihan raya umum kali ini.

Malah, Pengerusi HARAPAN itu mengakui, semestinya jika HARAPAN bertanding atas tiket parti komponen dengan logo masing-masing, rakyat akan keliru.

"Sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendaftarkan HARAPAN," dakwa  bekas perdana menteri itu pada program JELAJAH HARAPAN di Alor Gajah, Melaka, malam tadi.

HARAPAN menghantar permohonan pendaftaran pada pertengahan tahun lalu dan pemimpin HARAPAN, termasuk Dr Mahathir sebelum ini mendakwa ROS berulang kali sengaja melambat-lambatkan proses itu.

Dalam kedudukan sebegini, sewajarnya parti komponen daripada sekarang wajar memikirkan untuk berpakat menggunakan satu atau dua logo sahaja untuk memudahkan pengundi.

Cara ini bukan baru kerana di Terengganu, pada pilihan raya umum tahun 1999, ada calon PKR menggunakan logo PAS.

Mungkin bagi Pulau Pinang, tidak sukar untuk menggunakan logo DAP walaupun ada calon dari PKR, AMANAH atau PPBM bertanding.

Sementara di negeri yang pengaruh PKR kuat, gunakan logo parti berkenaan.

Di Johor dan Kedah, rasanya logo ‘Bunga Raya’ (PPBM) digunakan untuk calon yang bertanding di negeri berkenaan.

Di Kelantan, Terengganu, Melaka, Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan, rundingan mengenai penggunaan logo pastinya boleh dijalankan dalam suasana akrab dan persefahaman tinggi untuk menang.

Memanglah akan ada polimik kecil mengenai perkara ini tetapi llebih baik ketika berkempen memberitahu pengundi agar menggunakan satu logo daripada berbagai logo.

Majlis Presiden boleh membincangan isu ini apabila selesai pembahagian kerusi dijalankan bagi seluruh negeri.

Difahamkan, ada tujuh negeri di mana ada beberapa kerusi DUN bertindih antara komponen HARAPAN.

Dengan meminimumkan penggunaan logo akan memudahkan pengundi ingat logo apa yang mereka perlu pangkah - bukannya untuk Parlimen logo lain dan untuk tiga atau empat DUN dalam Parlimen berkenan dengan lago yang bermacam-macam.

Kaedah ini juga akan memudahkan kerja-kerja logistik dan mobiiisasi jika dijalankan dengan bijak dan teratur.

Malah, cara ini akan menguji kerjasama sebenar parti-parti dan pekerja parti-parti dalam HARAPAN yang ketika ini dilihat masih ‘rapuh’.

HAMBALI ABDUL LATIFF
Times Square
KUALA LUMPUR
26 Februari 2018

2018/02/25

UMNO Dan Kerosakan Akhbar

 

Pada tahun 1961 sebuah  mogok akhbar Utusan Melayu telah di lancarkan oleh kakitangan akhbar  di Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . Mogok di ketuai oleh Ketua Pengarangnya yang berwibawa iatu Allahyarham Said Zahari . Punca mogok ialah kerana tidak bersetuju Utusan Melayu di ambilalih oleh UMNO . Menurut sumber yang berlainan , UMNO mengambilalih Utusan Melayu kerana yakin Jabatan Pengarang syarikat akhbar tersebut  telah mengikut telunjuk negara luar iatu Indonesia . Itu adalah waktu2 di mana Sukarno sedang giat mempromosikan Gagasan  Indonesia Rayanya . Ini  amat bertentangan dengan cita2 Tunku Abdul Rahman mengenai Gagasan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu , Singapura dan Sabah Sarawak

Tahun 1961 menandakan berakhirnya kebebasan sebuah suratkhabar Melayu paling berwibawa yang di tubuhkan pada bulan Jun 1938 dan menerbitkan suratkhabarnya yang pertama pada 29 Mei 1939 . Syarikat Utusan Melayu di asaskan oleh Allahyarham Yusuf Ishak yang merupakan anak kelahiran Padang Gajah , Perak . Beliau juga merupakan Presiden Singapura yang pertama . Sepertimana Dr Mahathir  yang berpenampilan tampan,  berkarisma , berprinsip , tegas , bijaksana , berani , maka itulah personaliti Yusuf Ishak . Ada sebuah kisah yang panjang lagi berwarna warni mengenai beliau , insyaallah di lain artikel penulis akan ceritakan . Mereka yang berasal dari Perak patut berasa bangga dengan Yusuf Ishak . Kerana beliau lah Lee Kuan Yew berasa sedikit tunduk dan hormat kepada bangsa Melayu . Jika ke Singapura , pergilah ke Cecil Street . Jika tidak pasti , gunakanlah Waze . Berhenti lah sejenak di sana sebagai tanda hormat kepada beliau

Utusan Melayu beroperasi secara bebas di Singapura . Ketua pengarangnya yang pertama ialah Allahyarham Rahim Kajai . Seorang yang amat tegas dan tidak ada sebarang tolak ansur mengenai kualiti penulisan . Artikel Allahyarham A. Samad Ismail pernah di carut olehnya , di ludah , di keroyok dan  artikel tersebut di masukkan ke dalam bakul sampah di hadapannya   . Mungkin artikel penulis pun boleh mendapat nasib yang sama seandainya penulis berkhidmat dengan beliau ketika itu . Mungkin penulis akan di baling dengan botol kicap oleh beliau kerana penulis kadangkala suka  mengarut di dalam penulisan .  Namun hasilnya ,  A . Samad Ismail telah di ingati di dalam sejarah sebagai wartawan lagenda yang tiada tolok bandingnya di negara ini

Menjelang 1959 , Yusuf Ishak telah di pisahkan dari Utusan Melayu . Ia ada kaitan dengan peranan yang di mainkan oleh Tunku Abdul Rahman . Tunku tidak senang dengan cara Yusuf mengendalikan Utusan kerana beliau berpendapat akhbar patut mengikut citarasa Parti pemerintah iatu UMNO . Yusuf Ishak pernah di ancam secara halus oleh Tunku untuk menarik balik lesen operasi syarikat akhbarnya jika terus mengendalikan syarikat tersebut mengikut citarasa tersendiri .Sememangnya Yusuf Ishak dan Tunku Abdul Rahman sangat tidak sehaluan dan sependapat . Yusuf cenderung kepada suara rakyat dan kurang senang dengan dasar kapitalis   . Tunku Abdul Rahman pula cenderung kepada Barat dan ekonomi kapitalis

Di sebalik itu juga , Tunku juga mendengar khabar2 angin bahawasanya wujud kecenderungan di Jabatan Pengarang Utusan yang menyokong Gagasan Indonesia Raya Sukarno . Di percayai inilah sebab sebenar Tunku mengambilalih Utusan dan menjadikannya milik UMNO pada tahun 1961 . Namun begitu ianya cuma penyebab kepada permusuhan panjang yang telah berlaku  antara UMNO - Utusan sejak tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu .pada 1948 . Utusan  walaupun menentang Malayan Union tetapi Utusan  juga menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Sejak dari itu suratkhabar Utusan Melayu yang di baca oleh rakyat negara ini ialah kebanyakannya berkisar mengenai kisah2 pemimpin UMNO . Pemimpin pembangkang hampir2 tiada tempat di dalam akhbar tersebut . Kisah mereka hanya boleh di baca jika ada keburukan yang ingin di lapurkan  . Tiada sebarang kisah  kebaikan pembangkang di dalam akhbar Utusan . Kisah2 berkaitan Melayu wajib menjadi tuan , Melayu pemilik negara ini , Melayu akan di pupus jika tidak mengundi UMNO , Melayu akan papa kedana jika tidak mengundi Barisan Nasional , Melayu akan merempat seperti Palestin.....itulah antara kisah2 yang di ' recyle ' oleh akhbar Utusan , tanpa rasa  jemu dan bosan

Penulis  berasa yakin , seandainya Yusuf Ishak masih hidup , beliau pasti menjerit dengan sekuat hati melihat produk yang di asaskannya menjadi produk pemusnah bangsa dan negara . Dengan memomokkan banyak perkara yang menakutkan orang2 Melayu , pemimpin2 UMNO akan mendapat peluang untuk terus berkuasa sehingga masuk ke dalam liang lahad , jika mereka mahu . Orang Melayu terus di dodoi oleh Utusan dengan  istilah ' tuan ' , dengan istilah ' ketuanan Melayu ' . Akibatnya orang2 Melayu di negara ini terus tidur lena dalam keselesaan . Samada mereka berusaha keras atau berusaha secara cukup2 makan , mereka percaya negara ini tetap jadi milik mereka . Benarkah begitu ?

Utusan Melayu yang ada pada hari ini bukanlah Utusan Melayu sebelum 1961 . Sama juga seperti UMNO yang ada pada hari ini bukanlah UMNO di zaman Tun Razak atau UMNO di zaman Dr Mahathir . Kebanyakan berita yang di lapurkan adalah berita yang di manipulasi , berita yang di besar2kan , berita yang di api2kan , berita yang di putarbelitkan . Itu adalah istilah yang agak lembut . Istilah yang kasar penulis tak sampai hati nak tulis . Utusan Melayu adalah tempat penulis bertugas dan cari makan pada suatu ketika dahulu . Ia tempat penulis mencari rezeki untuk anak2 . Biarlah pembaca sendiri fikirkan istilah yang penulis tak sampai hati nak sampaikan itu

Akibat dari cara pemberitaan Utusan , Kerajaan Singapura telah mengharamkan kemasukan akhbar tersebut . Ianya suatu keputusan yang logik . Tidak ada faedahnya Utusan bercerita mengenai kisah lalu . Ianya tidak  akan berulang lagi walau apa juga berlaku . Kaum Cina tidak akan pulang semula ke negara China dan kaum India tidak akan pulang semula ke India . Di sini , iatu di Tanah Melayu dan di Singapura lah tanah air mereka . Akhbar sepatutnya berperanan untuk menggalakkan rasa saling mempercayai antara kaum dan bukannya memomokkan kaum2 tertentu dengan secara langsung atau tidak langsung . Mereka tidak boleh berkata bahawa mereka cuma tidak suka DAP , dan bukannya kaum Cina ,  tetapi realistik  kah penjelasan ini ?

Dalam keadaan DAP itu di penuhi oleh kaum Cina ? Ini adalah suatu penjelasan dari manusia yang tidak memiliki pemikiran yang benar2 jelas lagi mendalam . Mereka tidak memikirkan penerimaan dari orang Melayu  akibat dari propaganda tersebut . Minda Melayu  tidak akan menerimanya sebagai DAP tetapi sebagai kaum Cina, sementara minda orang2 Cina yang membentuk  majoriti ahli DAP akan menerimanya sebagai sebuah serangan berbentuk perkauman . Oleh itu sampai bilakah rakyat di dalam negara ini boleh hidup dengan harmoni dan saling mempercayai ? Gara2 propaganda Utusan Melayu demi mengekalkan kuasa pemimpin UMNO sehingga ke liang lahad

Sudah sampai masanya kerajaan yang mengamalkan propaganda perkauman untuk terus berkuasa di tukar . Sebuah kerajaan baru dari Pakatan Harapan akan mengubah segala konsep mengenai akhbar di negara ini . Tidaka akan di benarkan lagi penguasaan parti politik ke atas syarikat akhbar . Ia hanya boleh di miliki oleh mereka yang tidak akan menjadikan akhbar sebagai senjata propaganda parti politik . Setiap Perdana Menteri , Menteri dan sekalian wakil rakyat wajib mengangkat sumpah untuk tidak menggunakan akhbar sebagai medan propaganda politik . Mereka wajib bersumpah untuk tidak merasuah pengarang akhbar demi kepentingan  mereka

Di pihak akhbar , semua wartawan dan Pengarang wajib mengangkat sumpah khas yang mengikrarkan bahawa semua berita dan penulisan tidak akan memihak kepada mana2 parti politik . Semua berita adalah berkaitan ulasan pemimpin yang di lapurkan semula tanpa sebarang tokok tambah . Ulasan mengenai politik di benarkan tetapi bersyarat . Ia hanya boleh di lakukan oleh pemimpin atau penulis luar DAN ia mestilah seimbang antara kedua2 pihak iatu pihak parti pemerintah dan pembangkang . Di pihak akhbar , ulasan dan pendapat mengenai politik  adalah TIDAK  DI BENARKAN samasekali . Fungsi wartawan dan pengarang akhbar cuma MELAPURKAN berita sahaja

Insyaallah konsep ini akan di laksanakan sekiranya kerajaan yang sedia  ada di tukar . Ini bukanlah janji dari Pakatan Harapan , tetapi suatu perjuangan yang akan penulis lancarkan sekiranya kerajaan bertukar tangan pada pilihanraya ke 14 negara . Penulis yakin seluruh rakyat akan menyokong perjuangan ini . Sesungguhnya kemakmuran sesebuah negara itu bermula dari keadilan dan sesungguhnya kehancuran sesebuah negara itu bemula dari fitnah

Pilihlah Pakatan Harapan agar keadilan Media tidak tinggal hanya sebagai sebuah angan2 . Buatlah pilihan tidak lama lagi . Insyaallah anak cucu kita akan berterimakasih kepada perjuangan ini sebagaimana kita berterimakasih kepada Allahyarham Yusuf Ishak

Selamat Pagi Isnin

Rayyan Adam
26 Februari 2018

2018/02/23

ANTARA JASA TUN DR. MAHATHIR KPD MALAYSIA DAN KEHEBATAN BELIAU DI PERSADA DUNIA.

Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambil alih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.

2018/02/18

HEBATNYA INDONESIA HARI INI DI BAWAH JOKOWI UMPAMA HEBATNYA MALAYSIA DI ZAMAN YBHG TUN. DR. MAHATHIR MEMIMPIN MALAYSIA.

Walau di hina negara miskin, diperlekeh panggil "indon" ke apa. Indonesia tak perlu bising2 sampai ke bulan, utk bantu saudara muslim kat negara lain, dan tak pernah menjadikan bantuan kemanusian isu politik  bagi mengemis  balas jasa spt yg diamalkan di Malaysia..

Mereka tidak bising2 satu dunia membina sendiri hospital “ RS Indonesia”  di Gaza th 2011-2015, bantuan rakyat Indonesia utk rakyat Palestine including  alat alat medic da nisi hospital , walau terhalang beberapa kali oleh perang Israel - Palestine terutama pd tahun 2012-2014,  walau bawah blockade Israel dan harus belanja material ke Yordania, dan hujan bom Israel krn hospital hanya 3km dari sempadan Gaza- Israel yg bina 100% dgn tangan org Indonesia sendiri, dgn 100%   wang kos sendiri tanpa bantuan Negara asing dan juga membantu membina beberapa sekolah dan pengajian utk Palestine. Walau terud menerus di halang Israel, Indonesia menggunakan kedaulatan negaranya utk membantu negara muslim lain...

Indonesia tak perlu bising2 ..utk membantu  membina 4 buah sekolah, 2 hospital di Rakhine utk Rohingya sejak tahun 2014…. Dah tidak pernah  menggunakan penderitaan Rohingya utk kepentingan politik parti,  spt yg dibuat Najib, membantah katak dan semak di Stadium Titiwangsa   pada 4 Dec 2016,..(yg kononnya membantah junta Myanmar) dan perli, minta Indonesia berkongsi  utk mula membantu Rohingya. Jokowi hanya tersenyum bagi membalas perli.

Indonesia tidak bising² kerana sdh membantu Rohingya sejak tahub 2014. Negara sebelah baru nak bantu pd tahun 2016 pun nak kecoh seantero dunia.

Usah hairan Indonesia satu²nya negara yg diberikan permit kerajaan Myanmar utk masuk beberapa kali menghantar bantuan secara terus kepada etnik  Rohingya di Rakhine dan  sempadan Bangladesh hingga skrg , bukan serah pd tentera myanmar dan sami bangang modal  membantai Rohingya spt team Najib buat....

Negara lain sudah cakap hantar org ke bulan…. Najib baru hantar org ke Sg Buloh pun nak kecoh, barang kali penyokong Najib taj nk cari berita luar hanya harap berita tempatan terutama dari TV3suku. Sebab tu senang kena tipu...

edit, copy & paste..

2018/02/15

KAMI TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN MENJADI RASIS - VAT. TENTERA


MAJOR (R) MIOR ROSLI (TUDM)

Saya harap Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan membaca dan mendengar apa yang saya katakan dengan benar-benar teliti.

Semalam, Hishamuddin menuduh Persatuan Patriot Kebangsaan sebagai rasis…saya menuntut anda memohon maaf kepada kami kerana bukan kami yang rasis…tetapi anda. Masih ingatkan anda sewaktu anda menjadi Ketua Pemuda Umno? Anda menghunuskan keris, menjulangnya ke udara dan menuntut darah Cina? Bukankah itu rasis dan berbahaya? Polis sepatutnya menahan anda di bawah ISA, masukkan anda ke dalam penjara dan buang kuncinya. Kami tidak memerlukan seorang yang rasis seperti anda memimpin negara pelbagai kaum ini. Sekarang disebabkan pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi, anda tidak malu untuk bercakap mengenai hasrat meningkatkan jumlah anggota bukan Melayu dalam Pasukan Keselamatan. Sesuatu yang kami dah dengar banyak kali sejak beberapa tahun dahulu.

Biar saya beritahu anda dan puak-puak Umno yang lain…TIDAK ADA SEBARANG KONFIK ATAU SENTIMEN KAUM DALAM KALANGAN ANGGOTA TENTERA. Kami telah melalui latihan berpasukan yang keras malam dan siang selama enam bulan untuk lain-lain pangkat dan 12 bulan untuk pegawai. Kami makan, tidur, berlatih, berpeluh, menangis dan ketawa bersama. Selepas latihan kadet dan rekrut kami dipilih dan dimasukkan oleh Suruhanjaya ke dalam pelbagai Kor dan perkhidmatan. Kecuali untuk Rejimen Askar Melayu Diraja, dalam apa jua Kor dan perkhidmatan, kami tidak ambil peduli sama ada seseorang itu Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban atau Kadazan. Kesetiaan kami hanyalah kepada Komander tidak mengira bangsa dan agamanya, kepada cabang dan perkhidmatan, kepada ATM, kepada Raja dan negara. Itulah cara kami diajar dan dilatih.

Dalam kedua-dua peristiwa darurat (1948-1960/1960-1989), sewaktu konfrontasi dengan Indonesia, dan perang di Sarawak sehingga awal 90-an, kami berjuang seperti adik beradik untuk mempertahankan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini. Kami pastikan orang seperti anda selamat dan mengekalkan kebebasan anda di negara ini.

Anda tidak ada di situ menyaksikan komrad kita mati, kaki dan tangan putus kena letupan. Anda tidak ada di situ untuk melihat bagaimana isteri dan anak-anak mereka menangis apabila suami mereka balik dalam keranda atau tidak mempunyai kaki atau tangan.

Anda dilahirkan dalam suasana kaya, anda tidak lebih melainkan untuk menunjuk-nunjuk. Mengenakan pakaian seragam tentera, dengan beret komando, dengan sayap udara disemat di dada. Anda membuatkan veteran meluat melihat kebodohan anda.

Sewaktu darurat menentang komunis, ramai anggota bukan Melayu membuat operasi penyamaran, menjadi agen dalam pasukan musuh dan beraksi sebagai penoreh getah, pekebun dll, dan sebahagiannya ditangkap dan mati dibunuh.

Juruterbang kita, ramai yang bukan Melayu juga ditembak jatuh, dan bila mereka melaksanakan misi menyelamat, mengangkut mayat dan perubatan, mereka tidak peduli yang mati atau cedera itu Melayu, Cina Iban atau India, atau apa juga bangsa mereka.

Hari ini Umno berkucupan dengan Parti Komunis China (PKC). Mengadakan rundingan belakang pintu, semua untuk kuasa dan wang, melupakan pengorbanan mereka supaya Umno boleh terus wujud sehingga hari ini.

Pembuat dasar andalah (Umno) yang cuba memisahkan dan membahagikan kami mengikut kaum. Parti andalah yang membuat kuota dan pelantikan, parti andalah yang mengawal siapakah yang patut menjadi Jeneral dan siapa pula tidak.

Menjadi anggota tentera merupakan pekerjaan profesional. Jika orang yang tidak mempunyai kemahiran dinaikkan pangkat, anda akan dapat Pasukan Bersenjata yang separuh masak. Pasukan Bersenjata yang separuh masak tidak akan dapat mempertahankan negara ini dengan berkesan.

Jika anda mahukan orang Cina dapat dilihat kesetiaan mereka, jadikan Pasukan Bersenjata lebih profesional, bukannya politikal.

Kami, veteran Pegawai Pasukan Bersenjata dan bekas pegawai kanan polis adalah patriot sebenar. Lebih patriotik daripada mana-mana anda ahli politik gila “kuasa dan kleptokrasi”. JANGAN SESEKALI MEMANDANG RENDAH KEPADA KAMI. JIKA BERLAKU PERANG UNTUK MEMPERTAHANKAN BUMI INI, KAMI AKAN BERADA DI BARISAN KEDUA ATAU KETIGA DI BELAKANG PASUKAN UTAMA UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA INI. TOLONG JANGAN CAMPURADUKKAN SEMUA INI DENGAN IMPIAN POLITIK ANDA!!

Apa yang parti anda telah lakukan terhadap ATM ialah merendahkan martabat mereka, membuatkan mereka lemah, menjadikan Jeneral seperti patung yang digantung tali sehingga mereka tidak tahu lagi membezakan apa yang benar dan apa yang salah.

Anda membuatkan rakyat hidup dalam “SINDROM KATAK REBUS”. Sebaik sahaja rakyat sedar apa yang berlaku pada negara ini, semuanya telah terlewat.

Yang menjadi masalah kepada ahli politik seperti anda ialah anda naik bukan dari pemimpin akar umbi, dari awal sehingga sekarang anda hanyalah “KURA-KURA DI ATAS TUNGGUL”, tidak tahu bagaimana anda boleh berada di atas tetapi hanya kerana bapa anda adalah PM, jika bukan anda tidak ada apa-apa.

Kami, yang telah berkhidmat dari 1948-1989/91, majoritinya masih hidup. Parti anda telah membeloti kami, mengetepikan kami, menipu kami dan kebanyakan kami terpaksa berjuang untuk meneruskan kehidupan kami. Sementara itu dalam beberapa tahun ini, anda dan ahli parti anda menjadi kleptokrat dan membawa pergi apa yang sebenarnya menjadi milik kami dan rakyat.

Semoga Allah melaknati anda semua jika anda tidak sedar semua yang anda lakukan ini adalah salah.

Mejar (B) Mior Rosli TUDM

2018/02/14

NASIB PAS DI BUMI MALAYSIA


 

 

Ditubuhkan pada tahun 1951, PAS berjaya menawan satu-satunya kerusi pembangkang dalam pilihan raya tahun 1955 sebelum Malaya mencapai kemerdekaannya. Pilihan raya umum (PRU) pertama selepas kemerdekaan yang diadakan pada tahun 1959 menyaksikan PAS menawan kerajaan negeri Kelantan dengan 28 kerusi DUN (daripada jumlah 30 DUN), dan kerajaan negeri Terengganu dengan 13 kerusi DUN (daripada jumlah 24 DUN).

Dua tahun kemudian, kerajaan PAS di negeri Terengganu dijatuhkan dengan lompatan ADUN PAS dan Parti Negara ke kem Perikatan. Kemudian pada tahun 1964, PRU sulung selepas Malaysia dibentuk, Yang Dipertua Agung PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy (bawah) hilang kelayakan untuk bertanding kerana disabitkan kesalahan dalam satu kes mahkamah. Pada tahun 1965, Dr Burhanuddin ditahan bawah ISA atas tuduhan “menggulingkan kerajaan”. Beliau dibebaskan setahun kemudian, tetapi merana keuzuran meninggal pada tahun 1969.

image: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/5/56/BurhanuddinHilmi.PNG

PAS menyertai BN selepas tragedi 13 Mei pada tahun 1969, dan kemudian memenangi kesemua 22 kerusi DUN yang dipertandingkan di Kelantan pada tahun 1974. Bagaimanapun, PAS berselisih dengan Umno dalam isu calon menteri besar, dan berakhir dengan “undi tidak percaya” dan pengumuman darurat. Untuk memendekkan cerita, PAS hanya mampu mempertahankan dua kerusi DUN dengan majoriti kurang daripada 100 undi dalam pilihan raya kilat yang diadakan. Kerajaan negeri Kelantan dirampas dari tangan PAS, dan hanya berjaya dikembalikan selepas 12 tahun.

Memasuki zaman 1980-an, PAS terpengaruh dengan gelombang Revolusi Iran. Konsep “kepimpinan ulama” diseludup, malah retorik dan aksi politik PAS semakin radikal sepanjang dekad itu – dengan Amanat Hadi, peristiwa berdarah Memali dan sebagainya. Ironinya, sementara semangat PAS berkobar-kobar pada tahap kemuncaknya, prestasi PAS dalam PRU tahun 1986 pula menjunam di sebaliknya, sehingga satu kerusi parlimen sahaja dimenanginya, iaitu Pengkalan Chepa, daripada 98 yang dipertandingkan.

Umno berdepan dengan PRU sepanjang tahun 1990-an dalam keadaan berpecah. Puak yang tersingkir menubuhkan parti baru dan menentang Umno dari luar bersama pembangkang sedia ada. Dalam PRU8 pada tahun 1990, PAS berjaya mengembalikan kerajaan negeri Kelantan; sementara dalam PRU10 pada tahun 1999, PAS dilambung gelombang Reformasi untuk merangkul 27 kerusi parlimen, dan menawan semula kerajaan negeri Terengganu. Bagaimanapun, lima tahun kemudian, PAS hilang 20 kerusi parlimen, juga kerajaan negeri di Terengganu yang diterajui Tuan Guru Haji Hadi Awang.

image: https://i.malaysiakini.com/312/152ac772f4167649c135ba5f4b46d221.JPG

Setelah iktibar diambil daripada kekalahan teruk dalam PRU11 tahun 2004, PAS masuk gelanggang untuk berdepan dengan PRU12 pada tahun 2008. Anwar Ibrahim menjalinkan hubungan kerjasama antara PAS dengan DAP sekali lagi. Ia berbeza kali ini, berbanding jalinan kerjasama pada tahun 1990 yang Semangat 46 membentuk dua gandingan berbeza, dengan PAS dan DAP. Ia berbeza juga jika dibandingkan dengan Barisan Alternatif pada tahun 1999 kerana Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas PRU12 tahun 2008, berkongsi wadah kerajaan negeri.

Harus diingatkan, PAS bukan lagi bekerjasama dengan parti politik bukan Islam semata-mata untuk bertanding dalam pilihan raya, tetapi juga berkongsi kuasa. Di Kedah, PAS mendominasi kerajaan negeri kerana bilangan ADUN parti itu majoriti; Di Selangor, kedudukannya lebih seimbang dalam kerajaan negeri, antara PKR-DAP-PAS; Di Perak, PAS yang mempunyai bilangan ADUN minoriti diamanahkan jawatan menteri mesar untuk mengetuai kerajaan negeri. Sudah tentu senario yang berbeza ini menguji bagaimana PAS memposisikan dirinya dalam hubungan ini, untuk menyerlahkan pengaruhnya.

Proses kematangan

Sejarah ini ditelusuri untuk memperlihatkan proses kematangan PAS. Sebagai parti pembangkang, PAS berdepan dengan tekanan daripada kerajaan persekutuan, namun tetap bertahan di atas gelanggang pilihan raya dalam sistem demokrasi, sungguhpun gelanggang ini tidak sama rata. PAS pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan (BN), sungguhpun berakhir dengan pengalaman dikhianati Umno-BN.

PAS pernah menubuhkan Majlis Perunding Cina (CCC) pada tahun 1986, sebagai cubaan untuk mendampingi masyarakat Cina. Setelah usahanya gagal, PAS menjalin hubungan kerjasama secara tidak langsung dan kemudiannya secara langsung dengan parti bukan Islam, iaitu DAP. Di samping tekanan daripada kerajaan persekutuan, PAS juga perlu berdepan dengan suara rakyat dan keperluan pengundi.

Sesungguhnya, PAS sebagai parti politik yang meluncur di landasan gelanggang pilihan raya, memiliki pengalaman yang pelbagai. Lebih-lebih lagi, PAS berpijak di atas bumi Malaysia, sebuah masyarakat yang berbilang etnik, agama, bahasa, budaya dan sebagainya. Sejarahnya dicorakkan dengan pelbagai pengalaman – sebagai pembangkang yang pernah menyertai kerajaan persekutuan, kerajaan negerinya dijatuhkan dengan rampasan kuasa, membentuk gandingan dengan parti bukan Islam, berkongsi kuasa dengan bukan Islam, pernah dikhianati, tidak terelak juga dibadai suara pengundi – kesemua ini memadai untuk dijadikan rujukan parti-parti islam


Malah, seandainya PAS mampu mentadbir, memimpin dan menyatukan sesebuah masyarakat majmuk dengan nilai sejagat, mempertingkatkan kecekapan, kepakaran dan keberkesanan urus tadbirnya, tidak mustahil PAS menjadi teladan yang dicontohi parti politik Islam di serata dunia. Ini kerana untuk seketika dahulu selepas tercetusnya “Arab Spring”, dunia Islam menemui kebuntuan kerana tercari-cari formula terbaik untuk mengurus-tadbir negara. Diktator korup digulingkan, tetapi negara Timur Tengah belum menemui sistem politik yang paling sesuai untuk masyarakatnya. Bukankah PAS yang sudah berlegar-legar di litar sistem demokrasi sejak lebih setengah abad dahulu, boleh menawarkan diri sebagai teladan dalam dunia Islam?

PAS hampir melakukannya dengan keputusan PRU13 pada tahun 2013. PAS masih meraih sokongan tradisionalnya di Kelantan dan Terengganu; meluaskan pengaruhnya ke Selangor, Perak dan Pahang; PAS berjaya memenangi satu kerusi DUN di Melaka, yang selama ini gagal ditembusinya atas logo PAS; malah prestasinya di Johor memperlihatkan peningkatan. Sungguhpun PAS bukan parti yang paling terserlah prestasi PRU13-nya dalam Pakatan Rakyat, namun ia bukan juga kekalahan paling teruk dalam sejarah PAS.

Malangnya, pimpinan TGHH terlepas pandang realiti ini, sebaliknya terkongkong dalam kerangka retorik lapuk seperti “perpaduan Melayu dan umat Islam”. Proses transformasi dalaman PAS terbantut, dan kini PAS semakin sempit dan hilang ciri-ciri kemajmukan sebagaimana dahulunya. PAS sebelum perpecahan tahun 2015 boleh menjuarai isu yang lebih pelbagai, dari agama, budaya hinggalah ekonomi. PAS selepas perpecahan bukan lagi “PAS Untuk Semua”, dan ia gagal menggarap imaginasi seluruh rakyat Malaysia.

PAS kini bermegah dengan percaturan strateginya, yang enggan terikat kepada mana-mana barisan mahupun pakatan. Perhitungannya mudah, dengan menjadikan dirinya sebagai “kuasa ketiga yang berkecuali”, PAS boleh mengambil kesempatan untuk menambah nilai dirinya jikalau BN dan HARAPAN masing-masing memerlukan rakan sekutu untuk membentuk kerajaan. Di sini PAS boleh mengenakan syaratnya, sama ada tuntutan jawatan kerajaan untuk pemimpinnya, ataupun pelaksanaan agenda untuk partinya.

'PAS untuk Semua' berkecai

Percaturan strategi yang “bijak” dari satu seginya, tetapi dibayar dengan harga yang tinggi. Imej “PAS untuk Semua” yang ditampilkan berkecai dari kaca mata masyarakat bukan Islam sejak perpecahan Pakatan Rakyat. Seketika dahulu PAS masih dikagumi sungguhpun masyarakat bukan Islam berbeza pandangan dengannya dalam bab hudud. Tetapi dengan pendekatannya yang dilihat seolah-olah untuk melanjutkan hayat politik Najib Razak selepas terbongkarnya skandal 1MDB, PAS telah hilang kredibilitinya.

Saf pimpinan PAS semestinya terbaca sentimen sedemikian, lantas retorik dan hujahnya semakin cenderung ke arah “Melayu” dan “Islam” dengan tafsiran yang sempit, dan konservatif, khususnya dari kaca mata bukan Islam. Risikonya pengaruh PAS menyusut, kembali semula ke Pantai Timur. Jikalau senario terburuk berlaku, tidak mustahil PAS hilang negeri Kelantan, lantaran ketidakcekapan urus-tadbir kerajaannya.

Apa lagi yang ada dengan PAS, jikalau berakhir dengan kesudahan sedemikian? Apakah ia masih bernilai di mata Umno, jikalau Umno mampu bertahan dengan kekuatannya sendiri? Pemimpin datang dan pergi, TGHH juga tetap akan berundur satu hari nanti. Cuma, apakah nasib parti pembangkang yang paling bersejarah, tertinggi keanggotaannya, paling berorganisasi akar umbinya, paling lengkap jenteranya di bumi Malaysia selepas ini?

LIM HONG SIANG ialah bekas editor Merdeka Review, edisi bahasa Melayu dan penyunting buku Tsunami Cina: Retorik atau Realiti?

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini

Read more at https://www.malaysiakini.com/columns/410753#lSyyGtdYY6smizRI.99

2018/01/25

TIPS MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang. Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan.

Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam salah satu artikel yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya):

“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).

Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.

Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan.

Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya)

“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.

Firman Allah:

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik.

Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)

“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).

Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya –walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut.

Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w:

“Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulNya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

2018/01/23

TANAH FELDA DI KLVC TELAH HILANG BUAT SELAMA-LAMANYA

Kenyataan Media Ahli Parlimen Pandan
23 Januari 2018

**

Saya memberi ruang sepenuhnya kepada kepimpinan Felda untuk meneruskan sandiwara mengenai tanah Felda yang dilaporkan hilang hakmilik dan kemudiannya telah mendapat kembali hakmilik.

Sepanjang sebulan sandiwara ini dimainkan, saya menunggu sama ada Tan Sri Shahrir Samad akan menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada rakyat. Malangnya, beliau terus terjebak dengan sandiwara politik untuk meredakan kemarahan rakyat mengenai kerosakan yang telah berlaku ke atas Felda, sehingga beliau sempat mengeluarkan sindiran seolah-olah “kejayaan” Felda mendapatkan kembali tanah tersebut adalah hasil doa Perdana Menteri di Mekah.

Saya bersimpati kerana ramai rakyat kebanyakan yang tidak biasa dengan selok belok pembangunan tanah dan undang-undang tanah yang dengan mudah boleh terpedaya dengan sandiwara politik tersebut.

Hari ini, saya ingin menegaskan bahawa tanah Felda yang diwar-warkan kononnya telah didapati kembali hakmiliknya, sebenarnya telah hilang buat selama-lamanya.

Saya ingin mengingatkan perkara-perkara berikut:

i.         Beberapa bidang tanah milik Felda ini telah diserahkan kepada sebuah syarikat pemaju yang bernama Symphony Promenade Sdn Bhd (SPSB) untuk membangunkan beberapa menara pejabat dan kediaman mewah

ii.         Apabila pembangunan itu diteruskan, lot-lot bangunan itu akan dijual kepada pembeli-pembeli dan hakmilik bangunan bertingkat itu akan bertukar dari hakmilik tanah kepada hakmilik strata (satu hakmilik strata setiap satu ruang pejabat atau kediaman mewah yang dijual kepada pembeli)

iii.         Hakmilik bangunan tersebut akhirnya adalah milik pembeli-pembeli persendirian dan bukan lagi hakmilik Felda, walaupun kini hakmilik tanah masih lagi dalam pegangan Felda

Sebab itu saya mahu mengingatkan Tan Sri Shahrir Samad bagaimana pendirian beliau sendiri telah berubah dalam tempoh sebulan mengenai pembangunan tanah-tanah tersebut.

Apabila beliau mula-mula mendedahkan sandiwara tanah ini, beliau dilaporkan oleh Berita Harian bertarikh 21 Disember 2017 bahawa Felda tidak berminat untuk meneruskan projek pembangunan KLVC di atas tanah-tanah Felda itu, seperti capaian-capaian berikut:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/366118/felda-tidak-minat-teruskan-pembinaan-klvc-shahrir

Saya sertakan juga rakaman temuramah yang dibuat oleh Tan Sri Shahrir dengan wartawan-wartawan Berita Harian pada hari yang sama yang menyatakan sendiri Felda tidak lagi berminat untuk meneruskan projek KLVC:

https://www.youtube.com/watch?v=cJbmcntFDBE&feature=youtu.be

Saya faham kenapa Felda tidak berminat untuk meneruskan projek tersebut kerana sekiranya projek diteruskan, hakmilik akan bertukar kepada hakmilik strata dan keseluruhan bangunan dan lot-lot yang dijual itu akan berpindah milik kepada pembeli-pembeli yang mendapat hakmilik strata kelak.

Hanya dengan tidak meneruskan projek pembangunan KLVC itu barulah Felda dapat mengekalkan tanah-tanah tersebut menjadi pegangan Felda.

Malangnya tidak sampai sebulan dari kenyataan tegas tersebut, Tan Sri Shahrir Samad telah buat pusingan-U demi menjual sandiwara tanah Felda diperolehi kembali.

Saya petik laporan Utusan Malaysia bertarikh 15 Januari 2018 semasa Tan Sri Shahrir Samad dijulang menjadi wira mendapatkan kembali tanah Felda, di dalam laporan bertajuk “Felda dapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak”.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/felda-dapat-kembali-hak-milik-tanah-di-jalan-semarak-1.590746

Keputusan Felda untuk meneruskan projek pembangunan KLVC, yang kurang sebulan dari tarikh 15 Januari itu ditentang habis-habisan oleh Tan Sri Shahrir Samad sendiri, merupakan sandiwara utama episod tanah Felda yang hilang ini.

Saya memohon Tan Sri Shahrir Samad berdebat dengan saya untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara-perkara ini:

i.         Hakmilik tanah yang diperolehi oleh Felda yang diwar-warkan sejak minggu lepas sebenarnya tidak bermakna kerana dengan pembangunan KLVC yang diteruskan, hakmilik strata akan dikeluarkan kepada pembeli lot-lot bangunan dan ruang pejabat/kediaman. Merekalah pemilik sebenar hartanah itu kelak, bukannya lagi Felda

ii.         Episod Felda mendapatkan kembali tanah adalah satu sandiwara kerana keadaan sekarang (walaupun Felda dilaporkan mendapat balik hakmilik ke atas plot tanah tersebut) tidak berbeza dengan keadaan sebelumnya; iaitu tanah-tanah tersebut telah diserahkan kepada pemaju swasta untuk dijual sebagai lot ruang pejabat/kediaman

Saya sudah mendapat beberapa dokumen yang saya akan tunjukkan esok dan lusa untuk menguatkan lagi hujah saya bahawa tanah Felda itu telah hilang selama-lamanya.

Episod tanah Felda diperolehi kembali hanyalah sandiwara politik yang dimainkan oleh Tan Sri Shahrir Samad.

*RAFIZI RAMLI*

_Rakaman penuh sidang media boleh ditonton di_
https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan
https://www.youtube.com/channel/UCZR8ZLTDfgMQgLyZBkeqaQg

2018/01/16

TAK TAHU.. TAPI IA BENAR-BENAR BERLAKU

Salam Sejahtera.

*Mohon Di berikan Pencerahan.*

1. DS Najib beberapa kali telah membuat kenyataan *TAK TAHU* kepada wartawan dan rakyat Malaysia pada mulanya tentang kewujudan wang sejumlah 2.6 billion di dalam akaun miliknya. Najib akhirnya terpaksa mengaku juga setelah ada pihak yg berjaya membuktikan akaun itu milik najib berdasarkan nombor akaun dan bank di mana najib berurusan..
Kenapa Nafi tetapi kemudiannya TERPAKSA mengaku ianya memang Najib berbohong awalnya.

2. Najib pernah bermatian menafikan bahawa *TAK TAHU* siapa *Jho Low* dan tak pernah mengenali jutawan muda Pulau Pinang itu yg ada kaitan dgn 1MDB. Najib akhirnya terkantoi sekali lagi dan *TAK TAHU* hendak cakap apa² bila tersebar maklumat berserta gambar yg Najib pernah bertemu Jho Low dalam satu pelayaran kapal mewah bersama ahli perniagaan Arab dan di sertai Rosmah sekali.

3. Semasa proses perbicaraan kes Saiful lwn Anwar, Najib juga pernah di tanya beberapa kali tentang hubungan nya dgn Saiful. Seperti biasa najib memberitahu wartawan bahawa dia *TAK TAHU* siapa *Saiful* dan tidak pernah mengenali atau berjumpa degan pemuda itu. Tetapi Allah Maha Kaya akhirnya bocor maklumat yang *Najib dan Saiful* pernah bertemu dan berbincang. Setelah di ketahui umum Najib tanpa segan silu memberitahu yg pertemuan itu hanyalah pertemuan biasa yg membincangkn tentang biasaiwa dan  pengajian Saiful. Persoalan timbul dan meragukan, tidak mungkin orang biasa bersahaja hendak berjumpa Najib sekadar hendak bincang perkara yg boleh di uruskan oleh pegawai bawahan jabatan yg berkaitan. Istimewa sangat kah Saiful hinggakan soal pelajaran dan biasiswanya perlu di bincangkn bersama Perdana Menteri?

4. Selain duit 2.6 billion 1MDB, Najib juga di kait kan dgn duit SRC sebanyak 42 juta. Semasa maklumat tersebar di kalangan umum Najib juga di tanya tentang hal ini. Seperti biasa Najib tetap juga menafikan tentang kewujudan wang berkenaan dan mengatakan *TAK TAHU* menahu tentang perkara itu. Sehinggalah akhir nya ada pihak yg mendedahkan tentang akaun Najib berserta nombor akaun dan bank di mana transaksi itu berlaku maka Najib sekali lg terkantoi. Yang lucunya selepas beberapa lama baru najib membuat satu kenyataan pelik. Najib berkata dia *TAK TAHU* siapa yg memasukkan duit itu ke akaun nya. Semasa kejadian ini berlaku Pengasas bank berkenaan di tembak mati dan isteri nya tercedera. Dan semasa kejadian pengasas bank itu di tembak mati entah macamana peguam terkenal *Shafei Abdullah* secara "KEBETULAN" ada di sekitar itu dan dia lah juga yg menguruskan hal² berkaitan higgalah kpd pengkebumian, sedangkan keluarga Hussien Najdi xmengenali @ mempunyai hubungan dengan beliau.

5. *Razak Baginda* adalah rakan baik Najib dan mengenali rapat Altantuya seorang wanita Mongolia. Mereka berdua juga adalah diantara perantara yg terlibat dalam urusan pembelian sebuah kapal selam Perancis. Di katakan Razak Baginda menerima komisen sebanyak 500 juta atas urusniaga ini dan Altantuya juga di janjikan sesuatu di atas penglibatan itu. Malang nya Altantuya di bunuh semasa berada di Malaysia ketika dia menuntut janji dan meminta seseorang bertangungjawab atas satu perkara peribadi yg berlaku di Mongolia. Untuk semua kejadian2 ini najib juga menjawab *TAK TAHU* dan tidak mengenali Altantuya walaupun selepas itu ada laporan dan bukti yg Najib pernah melakukan pertemuan dgn Altantuya di luar negara. Lanjutan dari kes ini seorang  penyiasat persendirian berbangsa India yg mempunyai banyak maklumat tentang kes ini juga telah di temui mati namun kematiannya di kaitkan dgn serangan jantung. Sehingga hari ini kes ini tiada penyelesaian lengkap. Siasatan kes dan proses mahkamah hanya memutuskan dn menjatuhkan hukuman kpd siapa yg membunuh Altantuya. Adakah kedua pesalah yg telah di jatuhkan hukuman membunuh tanpa sebab? Hanya mahkamah di Malaysia motif pembunuhan tidak penting dan siapa perancang pembunuhan tidak disiasat???   Kenapa Altantuya di bunuh dan siapa yg mengeluarkan arahan bunuh tidak di ketahui hingga kini. Komisen 500 juta juga tidak di ketahui kepada siapa sebenarnya ia pergi. Agak terkilan bg rakyat Malaysia kerana Menteri Pertahanan pada ketika itu *TAK TAHU*  dgn persoalan2 yg meragukan itu. Siapa menteri berkenaan? Mungkin 30 tahun lg  (2047) kerajaan pd masa itu boleh tubuhkan RCI untuk kes ini.

6. Peguam terkenal *Shafei Abdullah* yg mengendalikan kes Saiful lwn Anwar di katakan telah  menerima bayaran sebanyak 9.5 juta dari pihak Najib. Terdapat bukti beberapa kali transaksi kemasukan wang telah  berserta nombor check dan akaun dan bank yang berurusan. Shafei Abdullah sehingga kini berdiam diri dan tidak memberi apa2 komen manakala Najib telah menjawab *TAK TAHU* atas transaksi bayaran yg telah di buat. Soalnya atas pekerjaan apa yg Shafei Abdullah lakukan sehingga di bayar sejumlah itu? Jika Razak Baginda ''di simpan'' utk tempoh bertahun2 supaya tidak terdedah kpd umum, apakah Shafei juga akan melakukan perkara yg sama? 

7. Apabila TSMY yang masih sebagai TPM meminta penjelasan berkaitan salah urus 1Mdb dan derma 2.6 b mempersoalkan penglibatan Najib, sekali lagi Najib tidak menjawab dan buat *TIDAK tahu* malah beliau telah memecat TSMY.

8. Apabila rakyat mempersoal kan tentang hak milik kekal di Forest City, Najib mempertahankannya dan berkata ianya hanya lah 99 tahun. Namun setelah Tun M orang tua yg di katakan nyanyuk dan pelupa pergi sendiri ke tapak projek nyata papan tanda di situ menyatakan ianya adalah hak milik kekal. Agak malang *PM TAK TAHU* dan *TERLEPAS PANDANG* akan hal penting ini.

9. *TAK TAHU!!* Kerajaan tidak tahu dan tidak mempunyai bidang kuasa utk menentukan dan mengawal harga minyak. Itu lah kenyataan Najib baru2 ini bila di tanya tentang kenaikan harga minyak. Mungkin orang UMNO lupa atau *TAK TAHU* bahawa Najib lah *orang yg berjanji kepada rakyat bahawa harga minyak tak akan naik* walau bagaimana pun harga di pasaran dunia.

10. *Najib TAK TAHU* tentang pemilikan harta2 Rosmah dan anak tirinya Riza Aziz seperti rumah banglo, apartment mewah, jet peribadi dan lain2 harta yg bernilai beratus juta di Amerika sehinggalah di siasat dan di dedahkan oleh DOJ. Rosmah juga memiliki hartanah di lain2 negara termasuk di London, England.

Demikianlah para pembaca, antara perkara2 yg di katakan *Najib TAK TAHU* dan TERLEPAS PANDANG untuk renungan dan tatapan tuan/puan. Nilailah sendiri akan kebenarannya.

*Kepada orang2 UMNO*, mungkin tuan/puan juga *TAK TAHU* akan perkara2 yg Presiden anda TAK TAHU dan TERLEPAS PANDANG. Jadi dgn nukilan saya ini anda semua sudah tahu. Pesan guru saya, *MANA2 ORANG YANG DAH TAHU.TOLONG BAGITAHU KEPADA MEREKA2 YANG TAK TAHU.*

*Saya mohon supaya artikel saya ini di kongsi ke seluruh negara agar kita menggantikan PM Tidak Tahu kepada yang Tahu.*

Sebelum di akhiri nukilan ini saya ingin berpesan2 demi kebenaran.  Pesan guru saya Dato' Ismail Kamus,  Hindarilah diri kita dari sifat2 ini dalam hidup.
*Bila bercakap kita menipu.*
*Bila berjanji kita mungkir.*
*Bila di beri amanah kita khianat.*

Katanya ini lah orang MUNAFIK yg kita tidak wajib ikut atau taat akan dia apatah lg jika ia seorang pemimpin.

Saya percaya semua antara kita termasuk sahabat2 saya di dalam UMNO mempunyai keimanan dan taat akan hukum Allah serta Rasul SAW.

Hidup ini bukan sekadar mengejar kuasa dan kedudukan. Agama itu Ad Din yg meliputi segala urusan kehidupan. Berpegang lah hidup ini atas tali dan syariat Allah dan jangan hidup berpandukan fatwa sesat yg ingin menyelamatkan Melayu dan Islam dalam mempertahankan pemimpin2 yg sifat2nya mempunyai ciri2 seperti yg guru saya nyatakan.
Anda juga mempunyai Ustaz dan Guru. *Adakah mereka berpesan lain dari apa yg guru  saya sebutkan?*

Saya pasti tentunya tidak!!!
*OLEH ITU KENAPA TAKUT UNTUK BERHIJRAH?*

TERIMA KASIH.
#Edited

2018/01/15

YANG NAJIB TAK BERITAHU DAN TAK MAHU PESARA POLIS DAN RAKYAT KETAHUI

**

"Arab Saudi meniru model ekonomi Malaysia dengan melaksanakan cukai GST. Dan orang (Malaysia) merungut bila kerajaan naik harga minyak 3 sen. Arab Saudi naikkan sampai 120 persen"

- Kenyataan Najib Razak semasa majlis penyerahan bantuan tunai RM500 kepada Pesara Polis -
_______________________________________

Yang Najib tak bagi tahu dan tak mahu pesara polis ketahui ialah di Arab Saudi ;

- TIADA cukai pendapatan.

- TIADA cukai korporat. (hanya syarikat milikan asing di kenakan cukai keuntungan 20 peratus).

- TIADA Cukai Tanah

- TIADA Cukai Taksiran

- TIADA Cukai Jalan

- TIADA Cukai Impot

- TIADA Tol.

- Yang MENGANGGUR di beri elaun SR2000 sebulan

- Pendidikan PERCUMA dari tadika sehingga ke universiti

- Perkhidmatan Kesihatan PERCUMA. Konsultasi, rawatan, perubatan dan pembedahan.

- Membelanjakan SR280 billion sejak tahun 2011 untuk membina 500 ribu rumah mampu milik.

- Dan untuk meringankan beban akibat GST dan pemansuhan subsidi minyak sebanyak 3.7 juta keluarga (bersamaan 13 juta penduduk atau separuh penduduk Arab Saudi) di beri bantuan tunai SR1200 SEBULAN setiap keluarga.

- Harga minyak Diesel bagi industri dan utiliti KEKAL pada SR0.37 seliter.

- Harga Diesel bagi pengangkutan awam KEKAL pada SR0.47 seliter.

- Rakyat mempunyai pilihan untuk membeli minyak Octane 91 (tanpa plumbum) pada harga SR1.37 seliter.

(Kadar tukaran RM1 = SR0.95)