nuffnang Ads

.

2017/12/31

JIKA BN KALAH DLM PRU14, TIDAK AKAN ADA PARTI POLITIK LAIN YANG AKAN MENANG.

1. Dalam satu majlis di Parlimen Pekan, PM DS Najib menyatakan bahawa jika BN kalah dalam PRU14 akan datang beliau akan pastikan tidak ada satu parti politik lain pun yang akan menang.

2. Apakah maksud ucapan beliau itu? Maksudnya ialah jika BN kalah maka satu tindakan drastik akan diambil dengan memastikan parti yang menang tidak akan dibenar menjadi kerajaan atau memerintah.

3. Ini membawa pengertian bahawa ada kemungkinan apabila keputusan PRU14 tidak memihak kepada BN maka tentera akan mengambil alih kuasa pemerintahan. MAGERAN akan dilaksanakan.

4. Ucapan Najib itu dengan nyata menjurus kepada perkara ini. Satu ucapan yang amat mendukacitakan. Ucapan itu secara jelas menggambarkan niat sebenar Najib yang mahu memusnahkan demokrasi negara ini yang sekarang pun sudah berada dalam keadaan tenat.

5. Bukti terbaru niat jahat Najib yang diucapkannya itu ialah apabila PDRM mengadakan simulasi "membawa lari Perdana Menteri bagi menyelamatkannya" beberapa hari yang lalu. Nak diselamatkan dari siapa?

6. Najib bakal menjadi orang pertama yang mematikan amalan demokrasi negara. Beliau sudah menghidu kekalahan yang diciptanya sendiri. Beliau tidak mahu menerima kekalahan yang sudah terpampang di hadapan mata.

7. Mengapa Najib takut kalah? Jawapannya mudah sahaja. Beliau takut semua salahlaku yang dilakukannya sepanjang menjadi Perdana Menteri dibongkar dan dibicarakan. Paling beliau takut ialah berhadapan dengan semua tuduhan dan hukuman yang menanti.

8. Kekalan BN dalam PRU14 akan datang sudah tertulis. Umur BN dan Umno dalam pemerintahan negara sudah sampai penghujungnya. Rakyat akan menghukum BN dan Umno yang zalim.

9. Tidak kira apa perancagan Najib, sesungguhnya kesabaran rakyat terbanyak sudah sampai kemuncak. Najib, bersedialah kamu menghadapi kebangkitan rakyat. Kamu telah mengejutkan "singa yang sedang tidur".

SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT
KUASA RAKYAT KUASA TERHEBAT

ZAIDI AHMAD
Pekan
18 Disember 2017

HAMPIR 4 JUTA UNDI POS SEBAGAI TALIAN HAYAT BN DALAM PRU 14 INI..

KENYATAAN MEDIA
27 DISEMBER 2017

Belum selesai kontroversi kemasukan pengundi pos di kerusi-kerusi sasaran Menteri sebelum kem siap, kita kini dikejutkan dengan kenyataan media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  menetapkan kategori skim anggota keselamatan dan kesihatan sebagai pengundi pos pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Semuanya memberi isyarat seolah-olah akan berlaku permainan kotor melibatkan SPR dalam PRU kali ini.

Persoalannya, adakah  mereka yang berdaftar sebagai anggota sukarelawan polis (PVR), seperti anggota RELA boleh dikategorikan sukarelawan polis layak mendaftar untuk undi pos? Begitu juga status polis bantuan, kor kadet, simpanan pesara polis - adakah semuanya tersenarai sebagai pengundi pos?

Menurut data terkini, jumlah anggota tetap pegawai rela adalah seramai 1,100 orang, walhal sukarelawan RELA  hampir 3.05 juta orang.

Banyak pihak meragui, apakah pada saat akhir sebelum PRU-14 kelak, SPR bersedia menyatakan jumlah terkini bagi keseluruhan kategori undi pos, termasuk yang difikir layak?

Hal ini kerana, langkah tidak popular ini akan mengakibatkan banyak pihak menganggap SPR seperti pengadil yang berat sebelah, iaitu akan menyelamatkan kerajaan kleptokrasi UMNO/BN  dengan menggunakan undi pos sebagai talian hayat akhir dalam PRU ke14.

Pertama, keraguan amat jelas apabila pendaftaran pengundi pos dalam kategori petugas dan pasukan keselamatan dilakukan secara hendap dan tidak telus.

SOP yang tempang ini turut memberi laluan kepada kerajaan BN menggunakan kuasa untuk memindah pengundi ke kawasan pilihan raya yang mahu BN menangi di saat-saat akhir.

Lebih-lebih lagi, apabila senarai pengundi pos tidak diwartakan awal sebelum pilihan raya umum dan calon juga tidak menerima maklumat tentang pengundi pos.

Malahan, Menteri yang mempunyai kuasa dalam pendaftaran anggota RELA, mempunyai ruang untuk mendaftar undi pos anggota RELA ke kawasan DUN atau parlimen yang mereka mahukan tanpa justifikasi yang jelas.

Sebelum ini pun, kita menyaksikan terdapat beberapa kes pengundi dipindahkan pada saat akhir. Kebanyakan pengundi ini tidak hadir ke JPN, SPR dan pejabat Pos untuk menukar alamat dalam cip Mykad mereka.

Bahkan, tersebar juga maklumat yang menyatakan bahawa terdapat perpindahan pengundi dari parlimen Bagan ke DUN Telok Ayer Tawar, Seberang Jaya dan Sungai Bakap tanpa pengundi ini hadir di JPN dan SPR untuk menukar alamat mengundi.

Pihak SPR perlu sedar bahawa rakyat terkesan dengan memanipulasi pilihan raya menerusi pendaftaran pengundi pos dan pemindahan pengundi ini. Malaysia merupakan negara berdaulat dan demokratik - manipulasi pilihanraya sebegini bertentangan dengan prinsip kenegaraan serta perlembagaan negara.

Buktinya, semasa PRU 13 lepas, BN memperoleh 133 daripada 222 kerusi dengan kemenangan majoriti tipis hampir 30 kerusi melalui undi pos.

Bermakna, andai tidak wujud undi pos dan undi awal, pakatan pembangkang berupaya memenangi 30 kerusi tambahan daripada 89 kerusi asalnya , seterusnya mendapat kerusi majoriti parlimen dengan 119 kerusi.

Kedua, untuk memastikan pilihan raya telus, SPR perlu membuat pengiraan undi awal pada hari pengiraan undi biasa berlangsung.

Sebuah badan antarabangsa yang memantau proses pilihan raya, ACE Knowledge Network menegaskan bahawa pengiraan undi terbaik bermula apabila semua peti undi ditutup. Perkara ini berbeza dengan amalan pilihan raya di Malaysia - peti undi awal disimpan di dalam lokap polis sehingga tarikh asal pilihan raya.

ACE turut menyatakan jarak masa pengiraan undi yang panjang diantara undi awal dan undi kertas boleh mendorong ke arah penipuan pilihan raya.

Perkara ini dilaksanakan di banyak negara seperti Australia, Bangladesh, Ivory Coast, Rwanda, Tanzania, Georgia, Senegal, Mexico, Cameroon dan Georgia yang akan mengira undi sejurus peti undi ditutup. Langkah ini mempercepatkan penubuhan kerajaan bagi menguruskan pentadbiran negara.

Berbeza dengan negara yang mengamalkan kiraan undi lewat seperti Honduras. Realitinya,  negara tersebut menghadapi krisis  pemerintah akibat proses pilihan raya yang dimanipulasikan.

Justeru, SPR perlu mengikut pengamalan negara yang berjaya dalam mengurus pilihanraya. Malahan, disarankan agar SPR untuk mengamalkan pilihanraya yang telus dan adil.

Saya menyeru rakyat Malaysia bersama-sama mempertahankan ketelusan pilihanraya; iaitu dengan mendesak agar SPR menggunakan mekanisma pemantauan terperinci pada setiap peti undi pada hari pengundian awal dan pos. Ini kerana, setiap undi adalah suara dan aspirasi rakyat.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN

2017/12/24

MAHFUZ: ADAKAH POLIS TIDAK TAHU ISA SAMAD SUDAH PULANG.?

 

Polis tidak perlu melengahkan masa lagi untuk memanggil Tan Sri Isa Samad berhubung skandal pemindahan hak milik tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), kata anggota parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Ini kerana bekas pengerusi Felda itu sudah pun pulang ke Malaysia, katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim pada 22 Disember lalu yang polis tidak menolak kemungkinan memanggil Isa untuk membantu siasatan kes itu selepas kepulangannya dari luar negara.

Namun sehari sebelumnya, Isa dilaporkan sudah tiba di Malaysia malah mengelak bertemu wartawan yang menunggunya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Secara sinis, Mahfuz berkata amat pelik jika media dapat 'menghidu' kepulangan Isa tetapi polis tidak.

"Amat mustahil selepas timbulnya isu ini, polis tidak tahu pergerakan dan tarikh kepulangan Isa...media (pula) boleh menghidu ketibaan Isa di KLIA.

"Ilmu ghaib apa yang dipakai Isa hingga polis sahaja yang tak nampak beliau," katanya.

Beliau mendakwa jika orang biasa yang terlibat dalam perkara itu, dia pasti sudah ditahan sebaik sahaja tiba di KLIA.

"Atau adakah Isa sudah ke luar negara semula?" soalnya.

Felda baru-baru ini dilaporkan berisiko kehilangan hak ke atas sebidang tanah di ibu negara bernilai kira-kira RM270 juta ekoran pemindahan hak milik pada 2015 yang didakwa ‘meragukan’.

Tanah bernilai kira-kira RM270 juta itu kini sedang dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), yang melibatkan tujuh menara - termasuk sebuah menara Felda.

Isa adalah pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017. Beliau juga pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.

Berikutan pendedahan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengarahkan pihak berkuasa membuat siasatan secara terperinci dan berkata tindakan akan diambil jika terdapat kecuaian atau salah laku dalam pemindahan itu.

2017/12/23

21 Manfaat Rebusan Kulit Manggis untuk Kesehatan

Manggis merupakan makanan yang enak, selain itu manggis juga bermanfaat bagi kesehatan maupun kecantikan. Sangat banyak sekali manfaat dari buah manggis jika mau mengkonsumsinya, ada banyak cara mengkonsumsi manggis baik itu di makan secara langsung, di jus ataupun cara lainnya. Biasanya manggis yang dimakan hanyalah isinya saja, namun tahukah kalian bahwa kulit manggis juga memiliki berbagai macam manfaat. Apa lagi bila kulit manggis itu direbus terlebih dahulu.

Kulit manggis yang direbus akan membantu mematikan kuman-kuman yang ada dan menempel di kulit manggis, mungkin bakteri karena sudah berinteraksi dengan tanah ataupun tangan manusia dan yang lainnya. Lalu apa manfaat rebusan kulit manggis ? bisa disimak dalam uraian yang akan dijabarkan di bawah ini !

1. Untuk mengatasi keracunan makanan

Sama seperti halnya di atas, kandungan dalam buah manggis memang bermanfaat untuk mengatasi keracunan makanan. Kandungan yang begitu banyak dalam buah manggis akan membantu membentuk sistem kekebalan tubuh dan membatu membunuh benda asing yang akan masuk kedalam tubuh. Seperti halnya sel darah putih, ia akan membasmi benda asing yang ada di dalam tubuh dan benda yang membawa racun merupakan benda asing. Buah manggis akan membantu menyerang racun itu dengan membantu sistem kerja sel darah putih.

2. Untuk memperlambat proses penuaan dini

Buah manggis memang dipercaya untuk mencegah proses penuaan dini, buah manggis sudah banyak sekali digunakan sebagai produk kecantikan  kanduga vitamin E yang banyak didalam buah manggis sehingga mampu digunakan untuk kebutuhan kulit dalam mencukupi kebutuhan vitamin E, selain itu buah manggis juga memiliki kandungan anti bakteri, yang dapat membantu wajah membunuh bakteri yang menempel di wajah, sehingga bakteri-bakteri seperti bakteri yang menyebabkan komedo, flek hitam dan jerawat akan dibasmi oleh rebusan kulit manggis ini. dengan catatan pemakainan secara rutin.

3. Mencegah penyakit kanker

Dalam buah manggis mengandung kandungan anti karsinogenik yang berarti dapat mencegah terjadinya kanker, kulit manggis ini sangat efektif dalam hal membunuh virus dan bekteri penyebab kanker. Terutama pada kandungan xanthone pada buah manggis, sangat banyak mengandung sifat berarti anti kanker anti bakteri dan anti jamur, sehingga akan membantu tubuh agar tetap terjaga. Selain itu, untuk mengkonsumsi kulit manggis dengan rutin bisa membunuh dan memberantas virus virus yang menyebabkan kanker.

Solusi kanker ini juga diperoleh dari :

4. Menurunkan berat badan

Manggis memang cocok sekali dalam program diet, karena dalam kulit buah manggis mengandung 35,61 % karbohidrat, sehingga tidak perlu mengkonsumsi nasi secara berlebh, selain itu kandungan lemakk pada buah manggispun amat sedikit jadi cukup aman digunakan untuk program diet. Yang lebih terpenting adalah kulit manggis mengandung 62,05% kandungan air, sehingga dengan mengkonsumsi kulit buah manggis bukan hanya kecukupan karbohidrat namun air pun juga tercukupin dengan buah manggis ini.

5. Membantu penyembuhan sariawan

Hal ini disebabkan karena kandungan anti peradangan dalam kulit buah manggis dipercaya dapat membantu menurunkan jumlah peradangan yang terjadi pada kulit yang sedang sariawan. Oleh karena itu kulit manggis dipercaya oleh masyarakat tradisioanal sebagai obat sariawan. Kandungan air dalam kulit manggis juga membantu penyembuhan sariawan, karena kandungan air sebenarnya mampu untuk membantu mencegah berbagai macam penyakit.

6. Mencegah penyakit amandel

Kulit manggis bisa digunakan untuk mengurangi rasa sakit amandel itu. Hal ini dapat dilakukan dengan cara merebut kulit buah manggis. Kemudian manfaat rebusan kulit manggis ini, di minum untuk menyembuhkan amandel. Seperti telah diulas diatas tadi bahwa kulit buah manggis mengandung anti peradangan dan juga anti inflamasi sehingga, kemampuan untuk mencegah dan mengobati amandel sudah sangat dipercaya. Bahkan sudah digunakan sebagai alternatif obat, dalam masyarakat tradisional.

7. Mengobati diabetes

Kulit buah manggis sangat mampu untuk mengobati diabetes, karena dalam kulit manggis terdapat kandngan Xanthone yang bermanfaat untuk memberi sifat anti diabetes bagi tubuh yang mengkonsumsinya. Dengan adanya sifat anti diabetes ini tubuh akan terlindungi dari diabetes, kandungan Xanthone ini juga bermanfaat untuk meningkatkan kekebalan tubuh sehingga virus dan bakteri yang akan menyebabkan diabetes juga akan dihancurkan.

Alternatif diabetes lainnya juga diperoleh dari :

8. Mencegah dari berbagai serangan penyakit

Dalam kulit buah manggis terdiri dari senyawa alfa magostin dan juga gamma magostin, yang befungsi untuk mencegah dari berbagai serangan penyakit adalah gamma mangostin, karena gamma mangostin ini dapat memberikan perlindungan dan juga mencegah timbulnya bakteri yang dihasilkan oleh tubuh, sehingga tubuh akan selalu terjaga dari berbagai serangan penyakit. Selain itu gamma mangostin ini juga berfungsi untuk mendirikan benteng-benteng perlindungan untuk melindungi serangan yang akan masuk kedalam tubuh nanntinya, dengan begitu tubuh akan menjadi lebih sehat.

9. Menghambat pemicu radang

Menurut penelitiaan pada tahun 1970-an turunan dari senyawan xanthone dapat menghentikan inflamasi dan peradangan dalam tubuh, dengan begitu kulit buah manggis akan menghambat enzim cox-2 yang berfungsi untuk memicu peradangan, dengan adanya senyawa turunan dari xanthone enzim pemicu peradangan tersebut akan diserang dan dimatikan sehigga tidak akan terjadi peradangan selama mengkonsumsi makanan yang sehat dan tidak berbahaya.

10. Mencegah penyakit Alzheimer dan arthritis

Penyakit ini dapat dicegah karena adanya gamma mangostin yang dapat memberikan perlndungan yang menyebabkan inflamasi penyakit tersebut.

11. Membantu mencegah kerusakan DNA

Buah manggis memiliki kandungan tannin yang di dalamnya mengandung aktifitas dari antioksidan sehingga akan membantu memperbaiki kerusakan DNA, yang disebabkan oleh berbagai factor, dengan begitu DNA manusia akan tetap terjaga, dan tidak akan berubah, karena dengan adanya tannin ini DNA yang ada akan lebih terjaga karena enzim DNA topoisomerase di hambat oleh kulit buah manggis ini. dengan rajin mengkonsumsi buah manggis makan tes kecocokan DNA juga akan terjaga, sehingga tidak aka nada keraguana, meski pada dasarnya DNA yang mendarah daging sebenarya tetap sama bentuknya.

12. Mencegah terjadinya tumor

Lagi-lagi kulit buah manggis dapat mencegah pertumbuhan tumor, tannin yang ada pada buah manggis sangat bermanfaat dalam bekerja mengurangi dan menghambat proses pertumbuhan tumor. Tumor pada penderita yang sering mengkonsumsi manggis akan sembuh, meskipun tidak semuannya, karena sebenarnya kandungan tannin hanya berfungsi untuk mencegah dan menghambat terjadinya tumor. Bukan untuk menyembuhkan, namun bukan tidak mungkin ketika kulit buah manggis juga bermanfaat untuk menghilangkan penyakit tumor pada si penderita.

13. Mengurangi resiko terkena serangan penyakit diare

Pada dasarnya penyebab penyakit diare ada banyak sekali, bisa karena virus bisa juga karena bakteri yang lain, atu karena salah makan, atau karena kurang minum dan lain sebagainya. Banyak penyebab terjadinya diare, namun untuk menyembuhkannya tidak perlu bingung, karena pada tannin di dalam kulit buah manggis sudah terdapat anti diarea yang akan membantu si penderita penyakit diare berkurang rasa sakitnya. Dengan adanya sifat anti diare pada tannin di kulit buah manggis artinya akan membantu memperlancar pencernaan pada proses pencernaan manusia juga.

Diare juga bisa diatasi dengan herbal berikut ini :

14. Dapat merdam radikal bebas secara kuat

Hal tersebut terjadi karena adanya kandungan anti inflamasi yang terdapat pada kulit buah manggis. Dengan penelitian tenyata kulit buah manggis juga mampu untuk meredam radikal bebas yang berada dalam sisitem pencernaan.

15. Menyembuhkan pada kanker payudara

Seperti telah diulas di atas tadi bahwa kulit buah manga memiliki kandungan anti karsinogenik yang dapat membuat bakteri kanker berhenti dan bahkan sampai pergi dari tempat itu. Hal ini kulit buah manggis tidak hanya berfungsi untuk membunuh kanker payudara saja, mungkin juga dapat membasmi kanker-kanker yang lain yang juga berbahaya untuk tubuh.

16. Mencegah dan mengobati asma

Anti mikroba pada kulit buah manggis yang dimiliki mampu mengobati terjadinya penyakit asma, karena anti mikroba ini akan membantu membunuh bakteri bakteri jahat yang akan menyebabkan asma. Bahkan tak hanya menyembuhkan asma, dengan kandungan anti mikroba ini dapat digunakan untuk mengatasi TBC, jantung koroner dan meningkatkan daya tahan tubuh.

17. Meredakan sakit akibat radang sendi

Seperti penjelasan yang sudah-sudah bahwa kulit buah manggis memiliki kandungan sebagai anti peradangan , sehingga bila dikatakan bahwa kulit buah manggis dapat menyembuhkan sakit akibat peradangan sendi , karena selain anti peradangan kulit buah manggis juga emiliki fungsi sebagai anti inflamasi.

18. Menurunkan pembengkakan saat menstruasi

Pembengkakan dinging pada saat menstruasi memang sangat sakit, namun terkadang hal ini memang yang dirasakan setiap awal kali merasakan haid. Oleh karena itu, dengan mengkonsumsi buah manggis secara rutin, rasa sakit ketika menstruasi akan sedikit berkurang karena rasa sakit itu akan di halangai degnan kandungan yang ada di dalam buah manggis.

19. Menyembuhkan luka tenggorokan

Luka ditenggorokan disebabkan karena infeksi pada bakteri, jika tidak segera diobati maka luka itu akan semakin besar, namun tidak perlu khawatir. Belakangan ini para tradisional obat sudah menciptakan obat tenggorokan dengan cara mengkonsumsi minuman yang mengandung kulit buah manggis, dengan begitu kandungan yang ada di dalam kulit manggis akan berfungsi untuk mengobati luka pada tenggorokan.

20. Untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh

Kulit manggis memiliki banyak sekali kandungan-kandungan yang bermanfaat untuk kesehatanan tubuh terutama pada system kekebalan tubuh. Manfaat antioksidan yang ada di kulit manggis sangat bermanfaat untuk kesehatan tubuh. Kandungan ini memiliki banyak kandungan seperti anti peradangan dan anti inflamasi sehingga tubuh akan benar-benar terjaga. Selain itu, kulit manggis yang direbus juga akan membantu membentuk dan mengembalikan sel-sel sebagai sarana untuk menjadi pelindung tubuh dalam melakukan sistem kekebalan tubuh.

Solusi kekebalan tubuh lainnya juga diperoleh dari :

21. Mencegah penyakit borok atau bisul

Penyakit borok disebabkan oleh bakteri yang berada diluar hal ini mudah sekali, dapat disembuhkan dengan kulit buah manggis. Kulit buah manggis terdapat kandugan anti peradangan dan anti imflamasi yang memang bermanfaat untuk menghentikan terjadinya borok atupun bisul, hal ini dapat dilakukan dengan cara mengkonsumsinya atupula degan cara mengolesinya. Asalkan, hal yang dilakukan rutin, semua juga akan menghasilkan hasil yang maksimal.

Begitu banyak sekali manfaat rebusa kulit buah manggis ini, dengan rajin mengkonsumsi kulit buah manggis yang direbus maka tubuh akan menjadi lebih sehat. Namun juga perlu diinggat tidak boleh terlalu berlebihan dalam mengkonsumsinya, karena meskipun banyak sekali kandungan dan manfaat di kulit buah manggis, kulit buah manggis juga memiliki dampak yang buruk bagi tubuh manusia.

Ketika konsumsi seperti kulit manggis ini tidak cocok, akan timbul rasa gatal-gatal dan merah, bisa pula alergi dan juga terjadi bintik-bintik kecil. Untuk itu lebih baik diperhatikan dengan benar ketika ingin mengkonsumsi kulit buah manggis ini. Sebelum mengkonsumsi kulit buah manggis alangkah baiknya bila kulit buah manggis dicuci terlebih dahulu, sehingga kuman yang menempel pada kulit buah manggis tidak ikut termakan.

MCA KINI UMPAMA CAWANGAN KEDUTAAN REP. OF CHINA.


FMT Reporters | March 4, 2017

PETALING JAYA: Duta Besar China ke Malaysia, Huang Huikang semakin melibatkan diri dalam politik tempatan di sebalik hubungan rapat Malaysia-China, menurut seorang diplomat veteran, yang memberi peringatan akan kesannya terhadap kedaulatan negara.
“Beliau tekun menjelajah negara, dan kerap ditemani ahli politik MCA dan Umno, mengunjungi berpuluh-puluh sekolah Cina dan menyalurkan beratus ribu ringgit dalam bentuk bantuan dan biasiswa,” bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis Ignatius menulis dalam FMT hari ini.

Menurutnya, Huang juga berjanji mewujudkan program latihan bersama guru sekolah, yang antara lain boleh menyaksikan penyertaan lebih ramai guru dari tanah besar China di sekolah tempatan.

Dennis berkata MCA kini bertindak seolah-seolah ia cawangan kedutaan China dan bukan sebagai sebuah parti politik yang menyertai kerajaan.

“Baru-baru ini, ia menubuhkan sebuah jawatankuasa hal-ehwal China di samping sebuah pusat OBOR,” kata Dennis, merujuk kepada projek One Belt One Road, laluan sutera dan laluan laut yang diwujudkan China bagi mengawal ekonomi serantau.

Tambahnya, MCA mempromosikan OBOR mengalahkan kempen yang dijalankan kedutaan China sendiri.

“Ada yang berhujah tindakan sedemikian menjadikan MCA sebagai penggerak utama pengaruh dan propaganda China di negara ini kini,” katanya.
Katanya, dasar “pro-China” yang diamalkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak adalah paling ketara dalam sejarah, dan Beijing kini semakin menyerlah memainkan peranan dalam politik tempatan.

Dennis, yang mempunyai pengalaman lebih 3 dekad dalam perkhidmatan diplomasi Malaysia, berkata penglibatan China juga dapat dilihat melalui sokongan terbuka diplomatnya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), termasuk melalui kehadiran pegawai kedutaan di program politik melibatkan Umno, MCA dan Gerakan.
Tahun lalu, duta besar China menemani Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Adun MCA Teoh Yap Kun untuk melakukan lawatan ke kawasan Parlimen Semborong dan kawasan DUN Paloh.

Diplomat China juga dilihat bersama pemimpin kanan MCA menghadiri mesyuarat Persekutuan Persatuan Hakka Malaysia di Raub, Pahang, di samping bersama Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong di Teluk Intan.

“Dalam semua kunjungan ini, diplomat China mengambil peluang memuji pentadbiran Najib, menekankan kepentingan MCA dan menegaskan yang hubungan yang dibina dengan China akan banyak menguntungkan masyarakat Cina di Malaysia,” kata Dennis.

November lalu, Najib mengetuai rombongan ke Beijing yang turut disertai 8 menteri dan 3 menteri besar, dalam apa yang dilihat pemerhati sebagai kecenderungan Putrajaya terhadap China.

Lawatan itu menyaksikan 14 perjanjian melibatkan pelaburan bernilai lebih RM143 bilion, termasuk penglibatan China dalam Bandar Malaysia dan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bernilai RM55 bilion.
Dennis berkata sokongan dan kenyataan diplomat China itu boleh dianggap ugutan terhadap masyarakat Cina negara ini supaya mengalihkan sokongan mereka kembali kepada Umno dan BN.

Menurutnya, pihak yang paling rugi sekiranya strategi ini berjaya adalah DAP yang menjadi pencabar utama MCA dalam meraih undi Cina.
Dennis berkata, tekanan Beijing itu memaksa DAP bersikap lebih “sederhana” dalam menentang beberapa keputusan memberikan projek besar kepada China.

Dennis mengakui apa yang diutarakannya boleh ditafsirkan sebagai menyebarkan dakyah anti-China.

“Ini bukan mengenai pro-Barat atau pro-China tetapi memastikan tidak ada negara, sama ada di timur atau barat, yang dapat mendominasi kita sehinggakan kita hilang upaya untuk menentukan haluan sendiri,” katanya

2017/12/18

NAJIB BELUM YAKIN MENANG, LAPORAN PELBAGAI AGENSI MASIH TAK MEMIHAK KEPADANYA

sumber : shahbudin dot com

Pertembungan sebenar PRU 14 adalah perlawanan “kalah mati” antara Najib Razak dengan Tun Mahathir Mohamad di mana siapa yang kalah akan mati dunia politiknya, manakala yang menang terus hidup masa depannya.

Di belakang Najib ada UMNO serta BN dan di belakang Tun Mahathir ada Bersatu serta Pakatan Harapan.

Di bahu Najib terpikul isu-isu seperti 1MDB, Jho Low, Rosmah Mansor, GST, pelaburan China, kedudukan ekonomi, kos sara hidup dan ribuan beban yang lain.

Di bahu Tun Mahathir pula beliau sedang dibebankan  untuk menjawab isu-isu lama semasa kepimpinannya dahulu seperti forex, ISA, kronisme, nepotisme, kekayaan anak-anaknya, selain berkaitan kepentingan Melayu, kedudukan DAP dan pelbagai lagi.

Walapun Tun Mahathir dan Pakatan Harapan mahu menang dalam pilihanraya akan datang, khususnya dengan tujuan untuk menyelamatkan negara daripada pelbagai kebobrokan yang sedang melanda, beliau sebaliknya tidaklah takut kepada kekalahan.

Menang atau kalah, Tun Mahathir dan Pakatan Harapan masih macam biasa saja. Beliau tetap negarawan juga.

Berbeza dengan Najib, beliau bukan saja sangat mahu menang, tetapi amat takut kepada kekalahan.

Sebaik kalah dan hilang kuasa, Najib dan segala rangkaian yang ada kaitan dengannya pasti akan berdepan dengan proses tangkapan, perbicaraan dan mungkin penjara sebagai tempat kediaman.

Tun Mahathir dan Pakatan Harapan sudah berkali-kali menjanjikan, dalam 100 hari mereka berkuasa, antara perkara yang menjadi keutamaan ialah menangkap Malaysian Official 1.

Perkara itu dengan sendirinya menimbulkan keghairahan kepada rakyat untuk memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan, selain kerana tidak sabar untuk menikmati kehidupan baru  tanpa GST, tanpa tol, tidak tiap-tiap minggu dibebankan dengan kenaikan petrol dan macam-macam pembaharuan lagi.

Sebaliknya, jika BN kekal berkuasa, kebosanan sudah boleh dibayangkan kerana di samping muka Najib dan Rosmah mungkin lebih kerap muncul di TV dan tiada isu untuk memenjarakan Tun Mahathir, kadar GST, tol dan harga bawang pun pasti akan meningkat lagi harganya.

Oleh kerana pertembungan itulah, maka usaha membunuh karektor Tun Mahathir dan parti Bersatu yang dipengerusikankannya tidak habis-habis dan satu demi satu dilakukan sehingga sekarang.

Semakin Tun Mahathir dan Bersatu diserang, baik berkaitan isu lama atau isu baru yang sekadar dicipta untuk didongengkan, tidak kira sama ada oleh pemimpin UMNO atau sampah-sarap bekas pemimpin Bersatu yang sedang syok membaham dedak, semuanya adalah gambaran bahawa Najib, UMNO dan BN masih tiada keyakinan untuk menang dan semakin menghampiri detik kekalahan.

Meskipun ramai yang suka dan menaruh harapan kepada Tun Mahathir dan Pakatan Harapan, yang lebih nyata ialah semakin ramai yang meluat, benci dan menyampah kepada Najib.

Kecuali ahli UMNO, itu pun bukan semuanya, susah benar untuk melihat ada rakyat biasa jatuh suka kepada Najib dan Rosmah.

Najib bukan tidak sedar hakikat ini. Maklumat daripada UMNO mengatakan hampir semua agensi yang membuat kajian mengenai kecenderungan rakyat masih mendapati sokongan kepada Najib, UMNO dan BN masih tidak menggembirakan serta belum memberi jaminan ke arah kemenangan.

Dikatakan, di sebalik kerap menampakkan wajah selalu senyum dan seolah-olah yakin, antara sebab Najib masih belum menemui tarikh untuk mengadakan pilihanraya adalah kerana laporan-laporan yang masih kelabu daripada pelbagai agensi yang membuat kajian tersebut.

Dengan undi bukan Melayu secara nyatanya tidak berubah dan kekal berpihak kepada DAP, manakala Melayu urban pula lebih condong kepada PKR, Tun Mahathir dan Bersatu adalah wadah, naungan serta harapan baru bagi Melayu kampung dan luar bandar yang sudah putus harapan kepada UMNO.

Sebab itu, selagi semua laporan pelbagai agensi itu masih kelabu, serangan yang semakin aktif akan terus dihalakan kepada Tun Mahathir dan Bersatu.

Tun Mahathir tidak saja ancaman dan mimpi ngeri buat Najib, malah sudah menguasai seluruh ketakutan yang ada dalam dirinya.

2017/12/17

KALAU TAK MENIPU BUKAN UMNO NAMANYA

https://m.malaysiakini.com/news/405726

🔥🔥

**.

Siapa tidak kenal dengan Nazri Aziz , Menteri Pelancongan yang paling antara kuat *MENIPU dan MEMBELIT* dalam kabinet Najib.

Nazri ingat rakyat Malaysia ini boleh senang-senang di *PERBODOHKAN* oleh beliau dan sekutu Najib.

Nazri menafikan bahawa dia tidak tahu akan "charge" yang di kenakan oleh syarikat swasta tersebut sebanyak *RM90.10*.

*CUBA DENGAR APA YANG PENIPU NI KATA DI DALAM SIDANG PARLIMEN DI BAWAH INI* :

https://youtu.be/2AvbuxUITnc

Apabila "kantoi" dan tidak dapat "mengebas" *RM45* maka lidah beliau terus *BERCABANG* menafikannya.

Najib pula dengan mendabik dada *MENYOKONG* pembatalan "charge" yang di kuatkuasakan , kononnya ianya tidak di bincangkan di dalam mesyuarat *KABINET*.

Tetapi Nazri *MENGATAKAN* :

_"Apa yang diumumkan kepada orang ramai bukan seperti apa yang kami bincang dalam Kabinet dan jelaskan di perbahasan peringkat jawatankuasa bajet kementerian di Parlimen"_.

_"Caj yang dipersetujui adalah RM40, termasuk insurans, dan hanya pilihan (bukan wajib). Ia bukan program kementerian tetapi inisiatif sektor swasta, maka tak boleh diwajibkan"_ , katanya lagi.

Najib tiba-tiba menyokong *PEMANSUHAN* "charge" , Wak Zahid pula menafikan ada di *BINCANGKAN* di dalam mesyuarat kabinet , manakala Nazri *MENGATAKAN ADA DI BINCANGKAN DI DALAM MESYUARAT KABINET*.

*THREE STOOGES* ini sebenarnya cuba *MEMPERBODOHKAN* rakyat Malaysia dengan *MENAFIKAN* kesilapan yang telah di lakukan.

Adakah mereka semuanya adalah anggota *KABINET KAYU* yang tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Penafian demi penafian di lakukan oleh mereka-mereka yang *TIADA AMANAH DAN INTEGRITI* menerajui negara ini.

*PEMANSUHAN* "charge" itu *SUDAH PASTI BERSIFAT SEMENTARA SAHAJA* , jika mereka menang PRU akan datang ini *PASTI* mereka akan laksanakan.

Ini kerana pada tahun *2014* , mereka telah *MENGATAKAN* bahawa *UMRAH DAN HAJI TIDAK AKAN DI KENAKAN GST* dan akhirnya mereka mengenakan juga.

Setelah rakyat *_"BISING"_* mereka memansuhkannya , apabila mereka mendapat kuasa lagi , *PASTI AKAN DI LAKSANAKAN* .

Rakyat telah menunjukkan *KUASA* sehingga terjadinya *PERMANSUHAN* "charge" tersebut.

*TUNJUKKAN PULA KUASA RAKYAT* di dalam PRU akan datang untuk mengubah kerajaan yang ada kini.

*JOM UBAH*

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/12/15

SIMULASI "WORST CASE SCENARO GE14" TELAH BERMULA

https://m.malaysiakini.com/news/405628

🔥🔥

**.

PDRM telah mula membuat *SIMULASI* _"worst case scenario"_ bagi menghadapi PRU ke 14 nanti.

Akan ada *PROVOKASI* dari pehak UMNO / BN bagi memastikan sesebuah kawasan pilihanraya itu *TERGUGAT* .

Mereka akan membuat *BERMACAM PROVOKASI* untuk memastikan sesebuah kawasan pilihanraya itu nanti di istihar *DARURAT* melalui akta *MKN*  , sekaligus membatalkan kawasan pilihanraya tersebut.

*KEDAH , PERAK dan JOHOR* seperti di laporkan oleh PDRM akan menjadi negeri yang *"PANAS"* atau kata lain akan menjadi negeri yang  *BERMASALAH* .

Ini bermakna , PDRM sedar dan "aware" bahawa negeri-negeri tersebut berpotensi untuk menjadi *PORAK PERANDA*.

Bagi *BLOK PEMBANGKANG* , kita sedar dan kita akan memastikan *PENGUNDI dan PENYOKONG* blok pembangkang menjaga *TATASUSILA* walaupun kami akan di *PROVOKE*.

UMNO / BN berada di dalam situasi yang tidak selamat dalam PRU akan datang ini , dan mereka akan membuat apa sahaja bagi memastikan mereka akan terus kekal *BERKUASA*.

Mulai hari ini , di harap pemimpin pembangkang dapat memastikan setiap ahli dan pengundi masing-masing menjaga tatasusila dan *BERSABAR SESABARNYA* sehingga hari selepas pengumuman.

Banyakkan *BERSABAR* dan pastikan *KEPALA SEJUK* bagi menghadapi provokasi-provokasi UMNO / BN nanti.

*JOM UBAH*

*SHUKUR MOHAMAD*

IMAMS – Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd kutip laba RM13.050 juta dari 290.000 perserta Umrah

Kutip la duit haram...selagi boleh buat duit....nak buat umrah pun kena bayar...Tak pasal2 harga umrah akan naik....

BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Walaupun ditentang oleh pengendali umrah dan ziarah, serta orang ramai yang menganggapnya sebagai ‘lintah darat’, kerajaan tidak mempedulikannya, sebaliknya tetap mengenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada umat Islam negara ini yang hendak menunaikan umrah.
Berkuat kuasa hari ini, sistem Integrated Manasik Monitoring System atau Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS), dipaksa diterima pakai oleh semua syariakt pengendali umrah dan ziarah di negara ini dengan mengenakan GST bagi setiap jemaah.
Sistem itu dikendalikan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan selepas Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (Motac) memperkenalkan Lesen Khas Umrah (LKU).
Ismaweb difahamkan lembaga pengarah syarikat berkenaan turut dianggotai bukan Islam, sementara Pengerusi Lembaga Pengarahnya pula adalah bekas wakil rakyat UMNO.
LKU diperkenalkan oleh Motac kepada agensi pengendali umrah berkuat kuasa 1 Oktober lalu, bertujuan memantau, mengelak dan membendung kes penipuan yang banyak dilaporkan sebelum ini.
Tetapi, sebuah syarikat didakwa mengambil kesempatan dengan memperkenalkan satu lagi program WAJIB kepada agensi pengendali umrah, serentak dengan pelaksanaan LKU, dan dipersetujui oleh Motac.
Setiap agensi pengendali umrah DIPAKSA mendaftar dengan syarikat pengendali IMAMS, sedangkan sistem itu didakwa semata-mata untuk ‘buat duit dengan cara mudah’.
Bukan percuma! Sebaliknya, syarikat yang mengendalikan IMAMS – Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd – mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM90.10 kepada setiap jemaah yang hendak mengerjakan umrah.
Sistem IMAMS memperuntukkan perincian berikut untuk setiap pendaftaran individu pakej umrah melalui aplikasi yang digunakan:

Sistem dan Pengurusan RM45.00
Insurans RM40.00
GST 6% RM5.10

Mengikut laporan, tahun lalu sahaja, kira-kira 240,000 umat Islam Malaysia mengerjakan umrah. Tahun ini, Motac menganggarkan 290,000 mengerjakan umrah menerusi agensi pengendali umrah yang sudah memperoleh LKU.
Bayangkan berapa jumlah wang yang dengan mudah dikaut oleh syarikat terbabit terhadap setiap umat Islam yang hendak mengerjakan umrah tahun ini dan pada masa depan.

Berapa jumlah bayaran yang diperoleh syarikat itu jika kita mengambil kira 290,000 jemaah mengerjakan umrah dalam setahun? RM26.129 juta

Daripada jumlah itu RM1.479 juta adalah GST; insurans (RM11.6 juta) dan yang masuk kepada syarikat itu RM13.050 juta.

Dan, program yang disediakan oleh syarikat yang berpejabat di Bangsar South, Kuala Lumpur itu pula dikatakan hanya mengambil kesempatan, sedangkan LKU sudah memberi jaminan bahawa tiada lagi penipuan membabitkan umrah berlaku.

Ia hanya satu kesempatan untuk ‘mengutip’ wang dengan cara mudah – turut membabitkan Motac – seolah-olah program mereka mendapat restu, akan menyebabkan agensi pengendali umrah takut untuk membantah, bimbang disekat daripada mendapat LKU.

2017/12/13

SELAMATKAN MALAYSIA DARI TERJAJAH OLEH NEGARA CHINA

**

*Kena bagi tahu pada perwakilan UMNO yg sedang bersidang sekarang tak payah la percaya dgn propaganda  murahan nak takut2kan orang Melayu tentang akibat kejatuhan kerajaan ke  tangan Cina DAP. Dlm diam kita dah jual negara ni kpd Cina China. So, please stop the bullshit.*

*Ini adalah perbincangan tertutup 👇*

*1. Foreign Direct Investment (FDI) yg Najib buat langsung tidak menguntungkan rakyat malahan akan menggugat kedaulatan negara.*

*2. Jika dulu FDI ini hanya aliran modal, buat kilang, wujudkan peluang pekerjaan kpd rakyat, product dijual semula ke luar, ekonomi Malaysia berkembang pesat*.

*3. Tetapi sekarang Najib meminjam duit dari kerajaan komunis china, sebagai ganti mereka diberikan tanah (dijual sekeping demi sekeping) tanah Melayu ini oleh najib.*

*4. Antara contohnya projek tambakan laut di Melaka, Forest City di Johor, bandar baru China di Kuantan dan lain-lain.*

*5. Tembok 8ft high di bandar china kuantan, menutupi lebih 3,000 ekar tanah perindustrian milik komunis China, di mana pekerja, makanan, kontraktor, supplier juga diimport terus dari negara komunis China.*

*6. Tiada kebenaran utk pihak polis/pihak berkuasa Malaysia utk masuk ke dalam kawasan berpagar tersebut. Transaction jual beli di dalam kawasan kompleks tersebut juga menggunakan matawang negara komunis China.*

7. *Pembangunan ini dilakukan secara tersusun dan terancang, dalam tempoh kurang 10 tahun ini, seramai 3 juta (3,000,000) penduduk negara komunis china akan dibawa masuk ke tempat-tempat ini*.

*8. Tempat lain, Signature tower di KL dan bandar Malaysia Sg Besi, disekelilingnya akan dibangunkan lebih 60 kompleks industri dan residen oleh kontraktor negara komunis China, dengan tujuan jualan kepada rakyat china. Harga yang tinggi akan membuatkan rakyat malaysia (khususnya Melayu) tidak mampu memiliki hartanah di situ.*

*9. Ini akan membuatkan skop penguasaan "orang bandar" semakin membesar, menolak kuasa beli (Melayu khususnya) semakin ke luar bandar, dan pinggir hutan.*

*10. Dalam masa 10 ke 20 tahun sahaja, secara drastik mereka akan mengubah corak kepimpinan Malaysia nanti.*

*11. Mereka akan mencampuri semua urusan dalaman negara termasuk politik dan kenegaraan.*

*12. Dalam masa kurang dari 30 tahun landskap Malaysia akan berubah sama sekali, Malaysia akan jadi satu negara baru "CHINA".*

*13. Orang Melayu/Islam hilang kuasa sama sekali.*

*14. Untuk itu, Najib/UMNO/BN mesti dikalahkan pada pilihanraya akan datang.*

*15. Pakatan Harapan (PH) akan ambil alih KERAJAAN dan pulihkan semula. Semua perjanjian najib dengan kerajaan komunis china akan dirunding semula/dibatalkan.*

*16. Tun M akan dilantik sebagai Perdana Menteri interim selama tiga tahun dan akan diserahkan kepada pemimpin PH yang layak (termasuk yang dipersetujui secara bersama ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim) selepas itu. Jumlah ahli parlimen Melayu dalam PH adalah lebih ramai dari BN sekarang.*

*17. Semua ahli gabungan dan pimpinan pakatan telah bersetuju secara bersama untuk kebaikan negara termasuk DAP yang juga menolak apa yg najib lakukan sekarang.*

*18. Kebanyakan kepimpinan yang ada di sekeliling najib sekarang sebenarnya dalam keadaan diugut (sesetengahnya juga dirasuah dedak) untuk terus setia kpd najib, namun secara senyap sebahagian besar mereka telah menyatakan sokongan padu kpd Tun M dan Pakatan Harapan.*

*19. Tun M mengambil inisiatif menyampaikan mesej ini secara tertutup supaya kita lebih sensitif dengan hak kita. Siri-siri dialog secara tertutup akan diadakan secara berterusan, PRU dijangka akan diadakan kurang 6 bulan dari sekarang.*

*20. Sampaikan mesej ini kepada semua rakan-rakan anda, tumbangkan BN melalui sistem demokrasi, sama-sama kita SELAMATKAN MALAYSIA.*

2017/12/10

DARI TAHUN 2013 - 2015 , MALAYSIA KEHILANGAN SEBANYAK USD39.6BILLION/RM160BILLION

https://m.malaysiakini.com/news/405060

🔥🔥

*SUKA SANGAT MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN KANN*.

Dari tahun *2013* sehingga tahun *2015* , BNM telah kehilangan sebanyak *USD39.6BILLION* atau *RM160BILLION*.

Kalau kerugian *30 TAHUN LAMPAU* , Najib dengan bangga mencadangkan sebuah *RCI* di tubuhkan untuk menyiasat kerugian tersebut , kenapa tidak untuk kerugian BNM dari *2013-2015*.

Siapa Menteri Kewangan pada waktu itu❓❓❓❓❓❓❓❓

*30 TAHUN* lampau , segala kerugian yang BNM alami adalah semata-mata *BERTERASKAN PERNIAGAAN* , bukan *DI SELEWENGKAN*.

Sebuah *RCI* wajip di tubuhkan kerana ianya *MELIBATKAN PENYELEWENGAN dan SALAH TADBIR URUS*.

Selain *RCI* di tubuhkan untuk kerugian BNM sejumlah *USD39.6BILLION* itu , juga kena di tubuhkan *RCI* untuk :

1 . *1MDB*

2 . *SRC*

3 . *KWSP*

4 . *KWAP*

5 . *TABUNG HAJI*

6 . *MARA*

7 . *FGV*

8 . *ANAK-ANAK SYARIKAT FELDA*

9 . *KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA*

10. *KEMASUKAN PEKERJA ASING*

11. *SPRM*

12. *SCORPENE*

Siasatan-siasatan lain seperti :

        _"Altantuya , DAG Morais , PI Subra , Pengarah AMBANK , Salahlaku Ketua Pengarah SPRM dan banyak lagi , bergantung kepada kertas siasatan PDRM , kalau *WAJIP* di buka semula siasatannya maka kita mohon kerajaan baru nanti membukanya semula untuk di siasat"_.

Rakyat kena bangkit dan bersama-sama dengan blok pembangkang walaupun *RoS* mengharamkan penubuhan *PAKATAN HARAPAN* untuk melihat segala penyelewengan itu di *BICARAKAN*.

Kepentingan *MASA HADAPAN* ini terletak di tangan *SELURUH RAKYAT MALAYSIA* , maka bangkitlah bersama-sama dengan blok pembangkang.

Jangan termakan *HASUTAN* UMNO berkaitan isu *PERKAUMAN* yang sedang di laungkan oleh mereka melalui makcik JR , ketua cawangan , paknaib dan askar singgit se like nya.

UMNO sudah tidak relevan lagi apabila berterusan *MEMPERTAHANKAN KERAJAAN KLEPTOKRASI* demi wang ringgit.

Ayoh kita bangkit bersama-sama tidak kira apa jua kaum anda , selagi anda memegang *KAD PENGENALAN MALAYSIA* , bermakna *NEGARA INI ADALAH NEGARA ANDA*.

Dan menjadi *TANGGUNGJAWAP SELURUH RAKYAT MALAYSIA* menolak *KERAJAAN KLEPTOKRASI* ini.

*JOM UBAH*

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/12/08

SELEPAS VSS, MEDIA PRIMA TAWAR CUTI TANPA GAJI.

Media Prima Berhad, konglomerat media terbesar di Malaysia menawarkan kakitangannya pilihan untuk rehat sementara tanpa gaji, bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat.

MEDIA Prima Berhad, konglomerat media terbesar di Malaysia yang memiliki antaranya TV3 dan New Straits Times, menawarkan kakitangannya pilihan untuk rehat sementara tanpa gaji, bagi mengurangkan tekanan kewangan syarikat.

Media Prima beberapa bulan lalu melaksanakan skim pemisahan sukarela melibatkan kakitangannya yang berumur lebih 50 tahun sebagai sebahagian langkah mengurangkan kos operasi.

Tawaran terbaru ini dimaklumkan kepada kakitangannya pada satu taklimat di ibu pejabat Media Prima di Bandar Utama, Kuala Lumpur semalam.

Mereka diberikan dua pilihan sukarela: cuti antara enam bulan hingga setahun tanpa gaji, atau kerja setengah bulan dengan separuh gaji. 

Beberapa sumber memberitahu The Malaysian Insight tawaran itu dibuka kepada kakitangan yang berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun.

Rehat sementara itu akan berkuat kuasa mulai Januari 2018.

Sumber juga memberitahu The Malaysian Insight, pada sesi taklimat semalam, pihak pengurusan Media Prima turut menjelaskan cabaran media baharu terhadap media tradisional.

Mereka menggesa kakitangan untuk bersama-sama dengan syarikat dalam pelan transformasi untuk mengharungi era Internet.

"Pengurusan syarikat dari awal taklimat lagi memberitahu bahawa industri sudah berubah dan banyak syarikat sekarang mengambil langkah ini. Media Prima juga mesti membuat perubahan strategik."

Konglomerat itu mencatatkan kerugian bersih RM171 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, berbanding untung bersih RM45.16 dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Ini berikutan pulangan rendah daripada iklan televisyen dan akhbar.

Media Prima juga mencatatkan kerugian bersih RM101.08 juta bagi suku ketiga tahun ini.

Media Prima, pada Mei lepas melalui anak syarikat milik penuhnya, Media Prima Digital Sdn Bhd, mengambil alih 100% kepentingan dalam Rev Asia Holdings Sdn Bhd pada nilai RM105 juta.

Rev Asia ketika itu memiliki penerbitan digital pelbagai bahasa termasuk OhBulan!, Says, Viral Cham, Rojaklah, Juice, 8Share, MyResipi, KongsiResipi dan SirapLimau.

Konglomerat media ini, pada 2014, melaksanakan skim pemisahan bersama. Ia melibatkan antaranya eksekutif kanan, penyampai berita dan penyampai radio.

Media Prima memiliki empat stesen televisyen: TV3, ntv7, 8TV dan TV9; akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro serta stesen radio Hot FM, Kool FM, Fly FM, One FM dan stesen radio berbahasa Melayu, Hot FM dan Kool FM.

7 Disember, 2017.

2017/12/06

PRAISE NOT DENOUNCE DR MAHATHIR, HE HAS DEVELOPED MALAYSIA & NOTHING CAN EVER CHANGE THAT - ABDUL RAZAK BAGINDA


PETALING JAYA – Centre for Global Affairs (Icon) president Abdul Razak Baginda has urged Umno to use its general assembly to acknowledge the contributions of their former president, Mahathir Mohamad, and to advise him to rise above gutter politics.

Speaking to FMT, Razak said the public was expecting Umno to denounce Mahathir in this year’s assembly but he called for a different approach.

“Everyone expects the assembly to be hard-hitting on Mahathir,” he said. “Obviously, there will be those who’ll take shots at him. But it will be extremely refreshing if someone were to take on a different tone.

“Mahathir has developed Malaysia and put the country on the world map and nothing he does today will ever change that. It would be nice to see Umno acknowledging this.

“I’d like to see someone go up there, praise Mahathir for all the good he’s done and to say, ‘We wish you would play the role of the very senior and highly respected statesman that you are.’”

He said he found it unfortunate that someone of Mahathir’s calibre would allow himself to be sucked into gutter politics.

“He’s wasting his talent. He was at the pinnacle of not just Malaysian politics but regional politics as well. Everyone knows Mahathir because he was the only one who had the guts to lambaste the United States and Israel. No one had or has the guts to say what he said.”

Razak recalled that the Organisation of the Islamic Conference appointed Mahathir to mediate between the Iranians and the Iraqis during the Iran-Iraq War of the 1980s.

“He should be out there right now lambasting the many contradictions taking place around the world because the world is in such a mess,” he said.

2017/12/05

NAJIB RAZAK GALI LUBANG KUBURNYA SENDIRI.


Sumber: Malaysian Watch Group

Kerajaan dibawah pentadbiran Najib begitu pantas menyiasat kerugian Forex yang berlaku 30 tahun yang lalu berbanding kes 1MDB, 2.6b dan agensi kerajaan seperti Mara dan Felda.

2.Mahkamah di Singapura telah menjatuhkan hukuman penjara keatas seorang pegawai bank yang terlibat dalam isu 1MDB dan menutup cawangan dua bank asing kerana menguruskan wang 1MDB.

3.Isu 2.6b yang masuk ke akaun peribadi Najib dan pengubahan wang haram yang ditimbulkan pada pertengahan 2105 masih tidak ada tindakan. Penyiasatan mengenai 1MDB dikatakan belum lengkap sedangkan negara lain sudah bertindak kepada mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.

4.Jelas, syarikat 1MDB ditubuhkan bermotifkan merompak/menyamun duit rakyat Malaysia. Dan penubuhan RCI Forex berunsur politik kerana perkara itu berlaku 30 tahun yang lalu.

5. Pihak berkuasa Amerika Syarikat membekukan dan telah membuat permohonan untuk merampas hartanah dan karya seni bernilai lebih AS$1 billion yang dibeli dengan duit yang di curi daripada rakyat Malaysia.

6.Berbagai usaha telah di lakukan oleh kerajaan BN untuk menghalang Tun Mahathir daripada mengritik Presiden BN dan Perdana Menteri Najib Razak mengenai isu 1MDB.

7.Laporan polis di buat oleh “anjing anjing peliharaan Najib terhadap Tun Mahathir atas berbagai alasan.

8.Tun Mahathir telah banyak kali di soal siasat oleh polis kononnya berdasarkan kepada laporan polis yang di buat. Tetapi kerana Tun Mahathir bercakap benar dan jika di bawa perkara berbangkit ke Mahkamah maka segala rahsia mengenai 1MDB akan terbongkar, maka siasatan hanya tinggal siasatan sahaja.

9. Maka itu atas arahan tuan mereka, anjing anjing yang berkenaan tidak lagi menyalak terhadap Tun Mahathir mengenai isu 1MDB.

10.Apabila segala usaha untuk mensabitkan kritikan Tun Mahathir mengenai 1MDB gagal maka perancangan dibuat untuk menimbulkan perkara 30tahun yang lalu mengenai Forex.

11. Maka itu ditubuhkan RCI Forex dan bukannya RCI 1MDB.

12.Kepimpinan BN mengharapak dengan menubuhkan RCO Forex dapat mengalihkan pandangan dan fikiran rakyat kepada isu 1MDB yang melibatkan Presiden BN/UMNO merangkap Perdana Menteri.

13. Rakyat dan dunia mengetahui bahawa penubuhan berunsurkan politik bersandarkan kepada hasrat dengki dan dendam.

14.Dapat di lihat perancangan isu forex begitu cekap dan pantas seperti kilat.

15. Pada hari terakhir persidangan parlimen, di edarkan laporan RCI Forex. Ini tidak akan memberikan peluang bagi pihak pembangkang menimbulkan usul untuk membahaskan isu forex di parlimen.

16.Kemudian pada hari yang sama, Setiausaha RCI membuat laporan polis berhubung laporannya.

17.Dan pada hari yang sama Timbalan Perdana Menteri menyatakan BN sudah 95% bersiap mengadakan PRU14.

18. Baki 5 percent lagi bagi pihak polis menjalankan siasatan mendakwa Tun Mahathir di Mahkamah dan Perhimpunan Agong UMNO.

19.Perhimpunan UMNO kali ini bukan untuk membincangkan masalah bangsa dan negara tetapi dijadikan medan untuk menyerang Tun Mahathir habis-habisan.

20.Tetapi jangan lupa yang datang ke Perhimpunan Agong UMNO bukan semuanya penyokong Najib. Ramai diantara mereka masih menghormati Tun Mahathir sebagai negarawan yang ulung dimana telah membangun parti dan negara, bangsa dan agama.

21.Penyokong tegar pada Najib akan di beri keutamaan berucap di perhimpunan tersebut dan hadir di dewan PWTC nanti merupakan pendengar yang baik.

22.Mereka datangnya dari kampong diseluruh negara. Inilah peluang mereka datang ke Kuala Lumpur, sambil berjalan jalan dan membeli belah. Umno akan curahkan segala wang yang ada bagi melayan mereka ini dengan harapan mendapat sokongan pada PRU14 nanti.

23.Apabila BN merancangkan untuk mendakwa dan mendakwa Tun Mahathir ke Mahkamah dalam isu Forex, Najib melakukan satu kesilapan yang besar. Najib tidak sedar dengan melakukan sedemikian, beliau mengali kuburnya dan isterinya Rosmah.

24.Ini kerana dalam PRU14, Hakim adalah rakyat dan bukan hakim yang dilantik oleh Najib.

25.Jika Najib beranggapan bahwa rakyat benci kepada Tun Mahathir jelas beliau silap. Bahkan rakyat lebih membenci Najib termasuk isterinya Rosmah. Ahli umno sendiri akan secara “silence operation” memberikan undi kepada Pakatan Harapan yang di ketuai oleh Tun Mahathir terutama sekali apabila Tun Mahathir dikaitkan dengan isu Forex dan di dakwa.

26.Najib lupa bahawa terdapat 30% hingga 40% pengundi atas pagar daripada daftar pengundi. Mereka akan merasa simpati terhadap Tun Mahathir yang mana telah membina Malaysia dengan majunya selama 22tahun.

27. Mereka sedar tanpa Tun Mahathir Negara Malaysia menjadi sebuah Negara yang modern dan maju.

28.Mengikut Saudara Haniff Khatri, peguam bagi Tun Mahathir Pesuruhanjaya tidak jujur kepada Agong dan orang awam. Ini kerana bukti dari Tun Dr Mahathir tiada dalam laporan RCI Forex.

29.Penubuhan RCI Forex bukan bertujuan untuk mencari punca kerugian tetapi hanya berkalimatkan hasrat dengki dan dendam dalam usaha menyelamat diri dan ahli keluarganya daripada di campak ke penjara.

30. Setiap rakyat wajib bangkit memberikan sokongan pada Tun Dr Mahathir Mohamad demi masa depan negara.

#ubahsebelumparah.

2017/12/04

SENARAI ASET 1MDB YANG DI BEKUKAN OLEH DOJ.

Bila nak tubuh RCI untuk kes ni? Yg melibatkan 1MDB,,,
SENARAI ASET 1MDB OLEH DOJ
- Didakwa dibeli dengan DANA IMDB yang DISELEWENGKAN .

1.DOJ mendakwa kapal layar Jho Low yang dibeli menggunakan dana 1MDB.
https://youtu.be/mHQFxrS3XcQ

2. Bombardier Jet - Jho Low didakwa beli pada tahun 2010 kira-kira USD35.3 juta. DOJ mengenal pasti nombor bersiri 9265WM dan nombor pendaftaran N689WM.

3. Greene Condominium, New York - Menurut DOJ, Low membeli kondominium mewah ini di daerah SoHo New York pada Februari 2014. Harga USD13.8 juta.

4. Hillcrest Property 1 & 2, Beverly Hills, California - DOJ dakwa bahawa Riza Aziz beli dari Low menggunakan dana IMDB. Harga  USD17.5 juta pada tahun 2010.

Menurut Laporan Sarawak, hartanah tersebut mempunyai 5 bilik tidur dan 10 bilik mandi. Hillcrest 2 telah dibeli pada 24 Mac untuk USD15million oleh Khadem Abdulla alQubaisi (bekas MD Syarikat Antarabangsa Petroleum Investment - IPIC) menggunakan dana yang disalahgunakan dari 1MDB.

5. Laurel Beverly Hills Mansion, Beverly Hills California - DOJ dakwa Khadem telah menyalahgunakan dana dari 1MDB. Hsrga USD 31 juta pada 5 Februari 2014.

6. L'Property L'Ermitage, Beverly Hills, California - Dokumen mahkamah DOJ menyatakan bahawa Low membeli hotel mewah menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB.

7. Oriole Mansion, Beverly Hills, California - Low dikatakan telah membelanjakan kira-kira USD39 juta (yang dimiliki oleh pelakon 'Fantasy Island' Ricardo Montalban.

8. Park Lane Hotel (Symphony CP Park Lane LLC Assets - pemfailan DOJ menegaskan bahawa USD200 juta dana yang disalahgunakan telah digunakan oleh Low dan saudaranya, Szen Low, untuk memperoleh kepentingan. Park Lane 47 di Central Park South. Harga USD660 juta pada bulan November 2013.

9. Park Laurel Condominium, New York - Penthouse No 29A, gabungan 15 bilik tiga unit dengan 7 bilik tidur. Low didakwa membelanjakan USD24 juta untuk memperoleh.

10. Qantas Townhouse, Belgravia, London - DOJ percaya bahawa Riza beli Townant Qantas menggunakan dana 1MDB. Dibayar kira-kira USD41.8 juta pada tahun 2012.

11. Time Warner Penthouse, New York - Penthouse lantai 76 dibeli oleh Low yang didakwa menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB. Dibayar USD30.5 juta untuk harta itu pada tahun 2011.

12. Walker Tower Penthouse, New York - hampir 6,000 kaki persegi dengan 5 bilik tidur, adalah pangsapuri paling mahal di Manhattan. Dibeli sebanyak USD51 juta oleh Khadem, yang didakwa menggunakan dana yang dialihkan dari 1MDB.

13. Kertas lukisan 'Nympheas Avec Reflets de Hautes Herbes' Claude Monet

14. lukisan 'Saint Georges Majeur' Claude Monet

15. Lukisan 'La Maison de Vincent' lukisan Vincent Van Gogh

16. DOJ juga berusaha untuk merampas hak-hak untuk filem 'The Wolf of Wall Street' yang dicalonkan oleh Oscar dan label rekod EMI. Red Granite Pictures, studio Hollywood yang diasaskan oleh Riza, memiliki hak-hak 'Wolf of the Wall Street'. Didakwa bahawa dana dari IMDB digunakan.

DOJ menegaskan bahawa dana yang dialihkan dari 1MDB digunakan oleh Low untuk memperoleh minat dalam Penerbitan Muzik EMI.

17. Satu set kalung berlian merah jambu -
Bernilai 'US $ 27.3 juta

Sumber: Tang Ruxyn - 22 Jul 2016, 06:31 pm -ays.com/my/news/photos-of-assets-purchased-with-1mdb-funds

2017/12/02

ANDAIAN YANG PERLU DI AMBIL PERHATIAN SERIUS

🔥🔥

**

*RCI FOREX* yang berlaku 30 tahun dahulu sedang di ubah reka skripnya oleh *GANG KLEPTOKRASI*.

*URUSNIAGA MATA WANG* yang mengalami kerugian *ATAS SEBAB "BERNIAGA"* itu di kira satu *DOSA YANG AMAT BESAR* oleh *GANG KLEPTOKRASI*.

*DALAM PERNIAGAAN* ada *UNTUNG DAN RUGI* , kebetulan yang di *KOREK* oleh *GANG KLEPTOKRASI* itu adalah sesi *KERUGIAN URUSNIAGA*.

Dan *KEUNTUNGAN* yang di buat oleh *URUSNIAGA* mata wang itu *DI TUTUP* malah *DI TIADAKAN LANGSUNG*.

Pembentangan di *PARLIMEN* berkenaan *RCI FOREX* itu juga *SATU PENIPUAN* yang *NYATA*.

Dan satu laporan polis telah di buat untuk *MENUDUH* Tun Mahathir penyebab *KERUGIAN URUSNIAGA* tersebut.

Dan mereka akan *MENANGKAP* Tun Mahathir untuk di buat pertuduhan keatasnya.

Di sini andaiannya *BERMULA*...

Mereka akan menangkap Tun untuk *MEMBUAT SATU GELOMBANG KEMARAHAN PENYOKONG TUN*.

Kemudian mereka akan membuat *PROVOKSI* bagi *MENCETUSKAN SATU KEADAAN HURU HARA*.

Apabila keadaan menjadi *HURU HARA* maka , Najib akan *AKTIFKAN AKTA MKN* , untuk memastikan *PRU TIDAK DI LAKSANAKAN*.

*ANDAIAN* ini tidak boleh di lihat sebagai satu *ANDAIAN SEMATA-MATA* , rakyat kena bijak *MEMBACA PERCATURAN NAJIB* demi *MENGEKALKAN KUASA AGAR TIDAK MENGHADAPI TUDUHAN-TUDUHAN YANG DI SEMBUNYIKAN SELAMA INI*.

Rakyat Malaysia kena *BIARKAN SAHAJA* segala *PERMAINAN KOTOR NAJIB DAN KUNCU-KUNCUNYA* untuk *PRU DI ADAKAN*.

Kita biarkan sahaja , dan kita pastikan dia dan kuncu-kuncunya *GABRA* kerana kita tidak *MELAYAN PERMAINAN MEREKA*.

*JOM UBAH*

*SHUKUR MOHAMAD*

RCI FOREX YANG DI BENTANGKAN DI PARLIMEN TANPA 495 HALAMAN DOKUMEN SOKONGAN DAN PENYERAHAN BERTULIS TUN DR.MAHATHIR

https://m.malaysiakini.com/news/404048

🔥🔥

*YANG ADA TAPI TIADA DI MALAYSIA*.

*PARLIMEN* :

Parlimen Malaysia terdiri daripada *TIGA*  komponen:- 

*1* . Yang Di-Pertuan Agong 

*2* . Dewan Negara 

*3* . Dewan Rakyat 

Ada , nampak , tersergam tapi *TIADA FUNGSI*.

*RCI FOREX* di bentangkan di *PARLIMEN* tanpa *495 halaman dokumen sokongan dan penyerahan bertulis* dari pihak Tun Mahathir Mohamad.

Ini *BERMAKNA* Sekretariat RCI *TELAH MENIPU* , kerana membentangkan *ULASAN SEBELAH PIHAK dan SEPARUH MASAK*.

*SEKRETARIAT FOREX RCI* dengan *JELAS DAN NYATA* telah *BERBOHONG* , bukan sahaja kepada *PARLIMEN* , tetapi juga *TELAH BERBOHONG KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG*.

*BERBOHONG KEPADA YANG DI PERTUAN AGONG* juga bermakna *BERBOHONG KEPADA MAJLIS RAJA-RAJA*.

Kerana *MAJLIS RAJA-RAJA* yang *MELANTIK YANG DI PERTUAN AGONG* , dan secara *AUTOMATIK YANG DI PERTUAN AGONG* menjadi *BAHAGIAN PARLIMEN*.

Rakyat Malaysia telah *MAKLUM* bahawa *RCI FOREX* itu di tubuhkan semata-mata kerana ingin *MEMBENAMKAN NAMA TUN MAHATHIR* agar di lihat *KOTOR dan KEJI*.

Rakyat Malaysia *TIDAK PEDULI* dengan *PERMAINAN KOTOR* Najib dan kuncu-kuncunya itu , kerana rakyat Malaysia akan *MENCUCI PERMAINAN KOTOR* Najib itu semasa PRU akan datang ini.

*PERMAINAN KOTOR* Najib dan kuncu-kuncunya sudah sampai satu tahap yang boleh di anggap *AMAT KURANG AJAR* , apabila mereka *SANGGUP MENIPU YANG DI PERTUAN AGONG*.

Ini juga *BERMAKNA* Najib *TIDAK MENGHORMATI MAJLIS RAJA-RAJA YANG MELANTIK YANG DI PERTUAN AGONG*.

Kalau Najib dan kuncu-kuncunya *SANGGUP MENIPU YANG DI PERTUAN AGONG* , bayangkan pula *PENIPUAN APAKAH YANG NAJIB TELAH LAKUKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA*.

Kepada rakyat Malaysia umumnya , sudah sampai masanya kita *BANGKIT MEMPERTAHANKAN YANG DI PERTUAN AGONG SERTA DEMOKRASI BERPARLIMEN* bagi Malaysia tercinta ini.

Jangan kita menjadi seperti makcik JR , ketua cawangan UMNO , paknaib dan pemakan dedak yang bernilai RM50 atau seringgit satu _"like"_.

Mereka itu *TERMASUK DI DALAM GOLONGAN YANG MENIPU YANG DI PERTUAN AGONG dan MAJLIS RAJA-RAJA* kerana *MEMBENARKAN PEMBOHONGAN BERLAKU*.

Bayangkan *PEMBOHONGAN APA LAGI YANG AKAN NAJIB DAN KUNCU-KUNCUNYA LAKUKAN JIKA KITA BAGI LAGI 5 TAHUN MEREKA MEMERINTAH NEGARA INI*.

Sudah pasti *MERANA dan AZAB* yang sedang *MENANTI KITA* , bayangkan juga *NASIB ANAK-ANAK KITA* dalam tempoh 5 tahun di bawah pemerintahan Barisan Nasional lagi.

Sebelum negara ini *MENJADI ZIMBABWE KEDUA* , adalah lebih baik kita lakukan *SESUATU YANG BERFAEDAH DEMI MASA DEPAN ANAK CUCU KITA*.

_"Jangan sampai anak cucu kita menghina kita di masa hadapan"_

*AYUH , MELAYU , CINA , INDIA , SIKH , KADAZAN , MURUT , SABAHAN , SARAWAKIAN DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA KITA BANGKIT MEMPERTAHANKAN _YANG DI PERTUAN AGONG_ DARI DI TIPU OLEH NAJIB DAN KUNCU-KUNCUNYA*.

*_JOM UBAH_*

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/12/01

EDRA SASARKAN DANA KWSP, KWAP DAN TABUNG TEMPATAN UNTUK BERI PINJAMAN RM5.28 BILION



Saya merujuk kepada dua laporan BERNAMA mengenai perkembangan-perkembangan yang sedang berlaku melibatkan Edra Energy, syarikat penjana elektrik kedua terbesar negara (selepas TNB) yang dijual kepada syarikat milik Kerajaan China oleh 1MDB.

Laporan-laporan tersebut adalah:

1. Edra power poised to raise RM5.28b for Malacca plant, 25 November 2017
(baca di https://www.malaysiakini.com/news/403295#HBycwAblCjsrEzFf.99)

2. Edra's largest power plant project in M'sia to start operations in 2021, 12 November 2017
(baca di https://www.malaysiakini.com/news/401655#7ywfd1kZtSv3vfdj.99)

Butira-butiran berikut adalah penting untuk memberikan latar belakang kenapa perkembangan-perkembangan yang dilaporkan oleh BERNAMA seperti di atas wajar diberi perhatian serius oleh rakyat:

i. Lesen menjana elektrik bagi stesen janakuasa yang kini dimiliki oleh Edra pada asalnya diberikan kepada dua orang kroni Barisan Nasional iaitu syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Ananda Krishnan dan Genting;

ii. 1MDB kemudiannya meminjam berbilion ringgit untuk membeli stesen-stesen janakuasa ini pada harga yang jauh lebih mahal dari harga pasarannya ketika itu dengan alasan untuk menjadi syarikat penjana elektrik yang terbesar;

iii. 1MDB juga mendapat lesen untuk membina stesen janakuasa elektrik terbesar di Malaysia seperti yang dilaporkan BERNAMA pada 12 November 2017, sedangkan 1MDB tidak pernah ada pengalaman menguruskan syarikat penjanaan elektrik;

iv. Rancangan 1MDB untuk menerbitkan saham untuk mengumpul modal membiayai pembinaan stesen janakuasa elektrik gagal kerana dikhuatiri tidak mendapat sambutan. Menjelang 2015, Edra (yang ketika itu milik penuh 1MDB) menghadapi masalah kerana dibebani hutang yang tinggi;

v. TNB menawarkan sekitar RM8 bilion yang difikirkan nilaian semasa Edra pada ketika itu tetapi ditolak oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib atas alasan ia terlalu rendah;

vi. Sebaliknya, pentadbiran Dato’ Seri Najib menjual Edra kepada CGN (sebuah anak syarikat milik penuh Kerajaan China) walaupun ia melanggar peraturan Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan pegangan asing di dalam aset penjanaan tenaga melebihi 49%;

vii. Penjualan Edra kepada CGN dalam tahun 2015 pada harga RM9.83 bilion diwar-warkan oleh 1MDB sebagai satu bukti keyakinan China kepada 1MDB dan ekonomi Malaysia yang membawa masuk pelaburan asing ke negara ini (rujuk laporan Straits Times dan kenyataan 1MDB di http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/malaysias-1mdb-agrees-sale-of-power-assets-to-china-firm-for-3b)

BERNAMA melaporkan bahawa Edra bercadang meminjam sehingga RM5.28 bilion, iaitu sehingga 80% dari pembiayaan yang diperlukan untuk membina stesen janakuasa Alor Gajah yang boleh menjana 2,242 MW, iaitu stesen janakuasa terbesar di negara ini apabila ia beroperasi dalam tahun 2021.

Pinjaman ini akan diperolehi melalui penerbitan kertas-kertas hutang sukuk yang kini sedang dalam proses untuk diterbitkan. Malah, BERNAMA melaporkan kenyataan Fiona Chan, Naib Presiden Kewangan Edra yang secara jelas menyebut bahawa “Edra mensasarkan dana-dana besar seperti KWSP, Kumpulan Wang Amanah Pencen dan syarikat-syarikat insuran”. Apabila ditanya adakah Edra hanya menumpukan kepada dana dari sumber tempatan Fiona Chan dipetik berkata “ada cukup ringgit di pasaran tempatan untuk membiayai projek ini, jadi memang tumpuan adalah kepada sumber tempatan”.

Saya menimbulkan perkara ini kerana saya telah memberi amaran sebelum ini bahawa projek-projek besar yang diberikan kepada syarikat China akhirnya akan dibiayai oleh rakyat Malaysia juga. Jelas sekarang bahawa “pelaburan dari China” yang diwar-warkan oleh Dato’ Seri Najib itu tidak wujud, sebaliknya yang berlaku ialah projek hanya diberikan kepada syarikat China, kerja-kerja diberikan kontraktor China tetapi dibiayai oleh rakyat Malaysia.

Perkara ini sedang berlaku di dalam Edra, seperti yang dilaporkan oleh 2 laporan BERNAMA di atas:

i. Ketua Pegawai Operasi Edra, Dato’ Mohamad Noor Ali mengakui sendiri bahawa hanya 30% dari projek tersebut mempunyai kandungan tempatan (“local content”) – bermakna 70% dari bahan-bahan, kerja-kerja dan segala keuntungan projek akan diberikan kepada syarikat China;

ii. Jika hanya 30% dari projek mempunyai kandungan tempatan, berapa jumlah pekerjaan yang akan diberikan kepada pekerja tempatan?

iii. Projek ini dibiayai pula oleh wang KWSP dan dana pencen rakyat melalui KWAP, bukannya melalui wang yang dibawa masuk oleh syarikat China;

iv. Dengan beroperasinya stesen janakuasa Alor Gajah ini, Edra milik negara China ini menjadi pembekal utama elektrik kepada TNB yang menyebabkan pergantungan kepada syarikat China untuk membekalkan elektrik naik mendadak; dan

v. Edra dilaporkan masih berhasrat untuk menerbitkan saham-sahamnya yang sudah tentu dibeli lagi oleh institusi pelaburan rakyat yang bermakna keseluruhan keuntungan syarikat China ini dibiayai oleh rakyat Malaysia.

Saya mahu Dato’ Seri Najib menjawab sendiri berapa peratusan tenaga elektrik negara yang akan dibekalkan oleh syarikat China ini yang perlu dibeli oleh TNB.

Saya juga mendesak Dato’ Seri Najib mengotakan janjinya bahawa penjualan bekas anak syarikat 1MDB ini kepada syarikat China adalah demi keuntungan dan mendapatkan pelaburan asing – dalam kedua-dua aspek jelas bahawa rakyat Malaysia sekali lagi tertipu apabila kedua-dua perkara itu tidak berlaku.

Sepatutnya aset penjanaan elektrik Edra dijual kepada TNB dalam tahun 2015 untuk membantu menstabilkan harga elektrik dan memastikan dana rakyat tidak tiris membiayai syarikat-syarikat asing seperti yang berlaku sekarang.


RAFIZI RAMLI

2017/11/30

SUMPAH BAI'AH PAS DAN ISU KAFIR MENGAFIR.

SUMPAH BAI'AH PAS

Dalam konteks Pas,  bai’ah ini ada dua yang pertama bai’ah kepada ahli umum  apabila mereka ini mengisi borang Pas.

Walaupun kita tidak menamakan ia sebagai bai’ah tetapi apabila mereka mengisi borang Pas ini mereka  mengakui dengan nama ALLAH, mereka mengakui bahawa masuk Pas adalah untuk menegakkan syariat Islam.

Tetapi bagaimana kalau parti itu sendiri tersasar dalam perjuangan dan menghianati syariat islam dan ahli mereka sendiri?.

Jika kita masih ingat, pada awal kemerdekaan, Pas dengan lantang berkempen mengatakan UMNO sebagai taghut, sesat dan tidak menuruti ajaran Islam kerana bekerjasama dengan kafir.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulamak PAS yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa  "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".

Kemudiannya sejarah politik orang Islam di negara ini menjadi kacau bilau sehingga menganggu kehidupan sosial mereka. Hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya diringkaskan dengan nama KAFIR BERIKAT. Pengikut-pengikut PAS mulalah menyebarkan fatwa itu dari mulut ke mulut dan kemuncaknya berlakulah pemulauan, sakit dan kematian, nikah kahwin dan seterusnya sembahyang berasingan.

Dikatakan tempat pertama mendirikan sembahyang Jumaat dua imam ialah di Felda Kampung Rahmat Chalok, Setiu. Seterusnya berjangkit ke seluruh daerah dalam negeri Terengganu, kecuali Kemaman percubaan mendirikan Jumaat secara berasing gagal setelah tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa di daerah Kemaman.

Keadaan hanya reda seketika apabila Pas menyertai Barisan Nasional pada tahun 1970-an. Apabila Pas keluar BN, fatwa dan pandangan UMNO sesat dikumandangkan semula.

Tahun 1978: Dewan Ulamak, PAS Kelantan dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada BN, sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa "Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah".

Pada 1981, ketuanya telah mengeluarkan fatwa baru mengenai kekafiran UMNO. "mati syahid siapa yang menentang UMNO."

Ketika itu berlaku satu lagi perpecahan serius di kalangan orang Islam. Kenduri orang UMNO diboikot, solat yang diimamkan oleh imam kerajaan tidak sah, sembelihan ahli UMNO haram di makan. Malah ada keluarga yang bercerai berai kerana isu ini. Apabila sumpah bai'ah talak tiga yang dilafaz ahli PAS sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu
melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Ma ida: 87).

Kemuncaknya pada 1985, Ibrahim Libya dan rakan-rakan di Baling terbunuh kerana menganggap menentang polis dan kerajaan BN pimpinan UMNO adalah satu jihad. Matinya adalah mati syahid. Malahan Pas sendiri mengisytiharkan mereka yang mati ketika menyerang polis dengan parang sebagai mati syahid.

Pada tahun  2009, ketika ketuanya sendiri nampak seperti pulang ke pangkal jalan dengan mencadangkan kerajaan perpaduan, malangnya orang berkenaan yang kini telah meninggal telah membawa lagi isu UMNO kafir ini.

Kali ini UMNO disamakan dengan sebuah kumpulan ajaran sesat "Ayah Pin" - Kerajaan langit dan dengan sebuah ideologi yang menolak kepercayaan kepada tuhan - Komunis.

UMNO komunis dan serupa Ayah Pin. Dengan kata lain UMNO itu kafir.

Dalam ketiga fasa pengkafiran UMNO (1963, 1978 dan 2009) telah dinobatkan oleh seorang bekas pegawai KEMAS yang mengangkat dirinya sebagai Ulama zuhud.

Wajah dan pemikiran ahli Pas mungkin ada yang telah berubah. Namun selagi corak pemikiran seperti ini tertanam di dalam minda, selagi itulah semua ahli Pas harus menanggung dosa mengkafirkan orang Islam lain yang menjadi ahli UMNO.

Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku kesilapan, kekeliruan dan apa yang dipaksa ke atasnya.

Orang yang telah bersumpah untuk sesuatu yang akan datang, lalu kemudian dia mendapati sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia sumpahkan, maka tidaklah bersalah untuk dia melanggar sumpahnya yang awal, asalkan dia membayar kafarat. Dalilnya ialah hadis berikut:

Apabila kamu bersumpah dengan sesuatu sumpah, lalu kamu melihat sesuatu lain yang lebih baik dari apa yang telah kamu sumpah, maka bayarlah kafarat dari sumpah kamu (yang awal itu) dan ambillah yang lebih baik itu.

Firman Allah: “Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.”
(Al-Ma’idah: 89).

Dalam video pas baiah (sumpah) yang dilafazkan adalah seperti berikut:-

"Dengan Nama Allah, Sekiranya kami meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan sendiri, setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi ahli dewan undangan negeri atau dewan rakyat atau dilantik menjadi senator, maka kami akan dilaknat oleh Allah, rasulnya, orang orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

Dan segala perbelanjaan kami dengan menggunakan wang elaun ahli dewan yang tersebut adalah haram.

Dan bahawa kami juga bersumpah dengan nama Allah, untuk meletak jawatan dari menjadi ahli dewan negeri atau dewan rakyat yang tersebut, apabila kami keluar atau dipecat dari parti.

Dan Allah bersaksi di atas apa yang saya tuturkan ini."

Oleh itu wahai orang orang islam yang beriman; di manakah letaknya kedudukan pas yang dikatakan meletakkan islam sebagai tiang politik utama mereka???....

2017/11/29

SEMUA ORANG BOLEH BUAT TUDUHAN , TAPI KENALAH TUDUHAN BERFAKTA

https://m.malaysiakini.com/news/394667

🔥🔥

**

1 . *ASJ* , tahun *1997* adalah waktu *KEGAGALAN SERIUS ASJ*. Dan *TAHUN 1997* ketika itu *MENTERI BESAR JOHOR* adalah *GHANI OTHMAN* dan *ASJ* adalah di bawah *SELIAN JOHOR CORPORATION* ataupun di kenali sebagai *JCorp*.

*1997* adalah tahun *JCorp* mengalami kerugian akibat *KEGAWATAN EKONOMI DUNIA*.

*ASJ DI SELAMATKAN* dengan bantuan Kementerian Kewangan sebanyak RM60 juta.

Kenapa hendak salahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kegagalan *TADBIR URUS ASJ DI BAWAH PENTADBIRAN GHANI OTHMAN*❓❓❓❓

2 . *FELDA CAHAYA BARU* , ini juga satu cerita pembohongan kerana kejadian tersebut berlaku apabila *1,495* daripada *3,135 hektar* tanah keseluruhannya termasuk kawasan kediaman yang dimiliki oleh *377 peneroka* terbabit telah *digadai oleh syarikat pemaju, Cahaya Bari Development Berhad (CBDB)* kepada sebuah bank tempatan kerana hendak dibangunkan untuk tujuan komersial (projek perumahan dan perindustrian). 

CBDB adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 1 September 1993 untuk melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Felda Cahaya Baru yang dianggotai 13 ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada kalangan peneroka. 

Bagi membangunan projek komersial itu, CBDB bersama Syarikat Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang bernama Pinggir Setar (M) Sdn Bhd.

Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah mendapat pinjaman sebanyak RM100 juta daripada Allied Bank (M) Bhd pada bulan September 1996 dengan mencagarkan tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru. 

Daripada jumlah itu, *RM75 juta telah dibayar kepada CBDB* , manakala peneroka-peneroka yang telah menyerahkan hak milik mereka kepada CBDB telah menerima *RM140,000 tiap-tiap seorang* sebagai pembayaran peringkat pertama.

Cadangan pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu telah mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah Kerajaan Johor sendiri *TELAH BERSETUJU* pada dasarnya pada *7 Jun 1995* bagi tujuan pembangunan tanah Felda Cahaya Baru. 

Ini menyebabkan 377 orang peneroka Felda terbabit telah menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka untuk tujuan pembangunan komersial itu , manakala CBDB pula telah menggunakan surat serah kuasa para peneroka itu untuk mendapatkan pinjaman bank.

Bagaimanapun, projek pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu sehingga kini tidak dapat dimulakan kerana tanah-tanah itu dikategorikan dalam kelas *TANAH REZAB MELAYU*.

Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar *WAKTU ITU* , *Abdul Ghani Othman* , bagaimanapun *TIDAK* pula membantu peneroka-peneroka terbabit yang kini ternyata tertipu dan teranianya oleh Lembaga Pengarah CBDB yang terdiri daripada pimpinan *UMNO*.

3 . Pertukaran hari cuti dari *JUMAAT KEPADA HARI AHAD* kerana ingin menyelaraskan kegiatan warga Johor waktu itu.

4 . *PROJEK WATERFRONT CITY* yang di katakan juga di bawah pentadbiran TSMY juga adalah satu pembohongan , kerana projek itu di cetuskan ideanya oleh Tun Mahathir pada tahun *1999* , dan sekali lagi Kerajaan Johor di bawah *PENTADBIRAN GHANI OTHMAN* gagal melaksanakannya.

5 . *PERJANJIAN AIR 1961EMPAT KAWASAN YANG PERNAH DIURUSKAN PUB SINGAPURA IAITU EMPANGAN PONTIAN KECHIL, RUMAH PAM TEBRAU, LOJI AIR GUNUNG PULAI, LOJI AIR SUNGAI SKUDAI, TELAH DIKEMBALIKAN KEPADA JOHOR BERIKUTAN KONTRAK BEKALAN AIR JOHOR-SINGAPURA SELAMA 50 TAHUN TAMAT*

*Empangan Tasik Linggiu* milik Kerajaan Negeri Johor, *dikendali Public Utilities Board of Singapore / Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB)*. Singapura menanggung kos pembinaan serta semua kos operasinya . Ini adalah tambahan kepada *RM320 juta bayaran pampasan yang dibayar Singapura kepada Johor pada 1990* .

*Singapura masih terus menguruskan operasi Empangan Linggiu sehingga tahun 2061 kerana Perjanjian Air 1962 sah untuk tempoh 100 tahun.*

*Mengikut perjanjian* , PUB dibenar guna sehingga 250 juta gelen air sehari dari Sungai Johor. Sebagai balasan, Johor menerima air yang sudah dirawat sekitar 5 juta gelen dari jumlah penggunaan air harian Singapura. Rawatan air ini dilakukan di Loji Rawatan Air Sungai Johor juga diuruskan PUB mengikut perjanjian.Johor kini mengurus 43 dari 44 loji rawatan air.

Berkenaan harga air yang mahal kepada rakyat Johor , pendakwa sepatutnya *BERTANYA KEPADA RANHILL* yang menguruskan *SAJ*.

Apadaaa , semua dakwaan kepada TSMY adalah dakwaan penipuan semata-mata.

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/11/28

Lelaki Ini Kantoikan Muslihat Tentang Orang Gaji RM2,500, Kumpul 6 Buah Rumah?

sumber: Shaari Anuar


"Mereka ajar macam mana nak beli rumah banyak tapi tak ajar apa yang perlu dibuat jika dikejar oleh pihak bank," demikian kata Shaari Anuar yang difahamkan sudah lama berkecimpung dalam bidang hartanah.

Beliau tampil memberikan pandangan dan nasihat kepada anak-anak muda agar tidak hanya melihat 'keindahan' dalam ilmu yang diajar individu yang berkongsi cara membeli rumah banyak. Sebaliknya memikirkan kesan dan risiko pada masa akan datang bagi mengelakkan diri ditimpa masalah.

Semoga perkongsian dari Shaari Anuar mengenai realiti dan risiko membeli hartanah ini memberi manfaatkan kepada kita semua. KORANG jangan pandang yang indah saja tentang orang gaji RM2,500, kumpul enam buah rumah. Nak percaya pun, jangan bulat-bulat. Pengalaman saya sendiri mengumpul rumah, infact terlibat dengan pembinaan dan menjual rumah dah jumpa bermacam-macam ragam manusia. Ada seorang itu, asyik kena kejar dengan pihak bank setiap bulan untuk payment. Susah dia nak tidur malam. Dia juga ada syarikatnya sendiri, tetapi masalahnya ialah dia selalu lambat bayar gaji kakitangan kerana dia nak selesaikan bayaran propertiesnya.

Memanglah rumah sewa ada penyewa tetapi jangan anggap rumah itu akan ada penyewa selama-lamanya. Bulan ini pindah, ingat bulan depan terus ada penyewa? Itu belum termasuk kes penyewa sekejap bayar, sekejap bayar separuh dulu, sekejap bayar tertunggak, sekejap pura-pura terlupa nak bayar. Dan kena ada duit tambahan untuk maintenance, repair paip bocor, nak cat baru, wiring problem, dinding berlubang. Korang ingat deposit dua bulan itu boleh cover? Cat undercoat untuk seluruh rumah saiz 20 x 70 pun makan kos ribu. Tak tahulah diorang buat semua itu sendiri atau bawa member sesama mereka bergotong-royong. Legal fee pun korang kena standby juga. Korang kena tahu berapa kosnya kerana nak selesaikan itu dan ini.

Ada seorang individu ini sanggup berlapar dan makan catu. Pantang dapat makan free. Ada satu kes, tak nak langsung beli kereta. Dari bujang, kahwin sampailah ada anak, mereka hanya naik motosikal saja. Kalau diceritakan di Facebook, mesti ramai yang puji. Hakikatnya kasihan pada isteri berhujan dan berpanas bila pergi kerja. Nak kata tak berharta, rumah sewa pula berderet. Kes yang taksub mencatatkan segala perbelanjaan keluar masuk pun ada juga. Setiap masa ada saja ledger debit kredit. Sangat berkira. Masalahnya kalau tak menyusahkan orang tak apa. Ini tidak, dia nak pergi ke mana-mana pun nak tumpang kenderaan member sebab takut terlebih bajet.

Ini cerita orang kaya, bukannya tak ada. Sehingga member dia sendiri pun naik menyampah. Kisah seterusnya okay sikit dan tidak menyusahkan orang. Tetapi member-member tengok dia pula yang rasa kasihan. Time nak pergi kerja, balik kerja, sanggup berpeluh-peluh berjalan berkilometer sebab nak jimat dari bayar tren atau Uber. Bila waktu makan tengah hari, bawa keluar bekal. Bila petang sikit, member office keluarkan junk food atau biskut, dia lahap macam nak makan dengan plastik dan tupperware sekali. Kalau begini perangainya, memanglah duit banyak hasil dari rumah sewa yang banyak.

Kisah ini pula kisah orang sudah berumur. Bila cerita tentang tanah atau rumah memang dia menang. Pernah isteri dia mengadu selama berkahwin, nak ajak pergi melancong dalam negeri pun si suami dah bising. Masa cuti sekolah, dia cuma bawa anak-anak pergi mandi di kolam awam.

Banyak lagi kisah yang saya boleh kongsi tetapi yang satu ini tak boleh blah. Katanya menuntut dengan sifu dia, pengumpul hartanah. Semasa member ajak keluar makan, dia sengaja tak bawa wallet. Mula-mula orang ingat dia memang jenis pelupa. Tapi lama kelamaan kantoi juga temberangnya. Masalahnya wallet saja lupa. Makan, dan minum tak lupa pula? Korang rasa okay ke hidup seperti ini? Terpulang pada masing-masing. Tetapi kalau saya, tak teringin menyeksa dan memperbodohkan diri. Bila mati nanti, orang lain berpesta gembira. Lainlah dah hibahkan siap-siap harta untuk kebajikan dan bawa ke alam akhirat.

Yang penting, jangan taksub dengan keindahan-keindahan seperti yang diceritakan orang lain. Kalau argue secara logik, korang sebenarnya dihina tak berilmu. Itulah hakikatnya. Kisah realiti sebenar, mereka letak bawah karpet. Jangan mudah terpengaruh. Janji kita rasa seronok dengan kehidupan kita sekarang. Kasihan pada budak-budak yang baru nak up, yang tersilap langkah, hidup penuh dengan hutang, pagi petang siang malam memikirkan hutang dan teringat hutang.

Saya bukan berniat nak demotivated. Sebenarnya tak kisah pun korang nak beli 60 buah rumah sebelum meninggal. Beli sajalah kalau berkemampuan. Tujuan saya berkongsi pandangan ini hanya sskadar mahu mendidik anak muda yang baru nak kenal dunia sebenar agar mereka tidak taksub dengan cerita-cerita separuh dongeng yang indah-indah saja ceritanya. Tetapi mereka tak cerita yang mereka perlu mengikat perut, catu makanan, dikejar pihak bank.

Adik-adik tahu betapa azabnya kalau korang diburu oleh pihak bank? Masa zaman saya baru nak up dulu (macam korang sekarang). Ada member join seminar hartanah untuk beli rumah banyak-banyak. Ada 'Tok Guru Rumah' ajar bayar downpayment guna kad kredit. Balik je, member terus follow. Atas kertas molek saja, bila praktil penuh zip zap berliku dan akhirnya kecundang. Dah kena interest 18% dengan penalti. Hutang semakin menimbun. Lebih teruk lagi, dia ada buat personal loan. Ada satu kes sampai rumah tangga hancur. Kisahnya si suami join loan dengan isteri. Pihak bank call tanpa henti sampaikan isteri dia pun tertekan pada waktu itu. Apabila mertua masuk campur, akhirnya pasangan itu bercerai berai.

Yang biasa diajar pada budak-budak baru nak up adalah bagaimana nak dapatkan jumlah loan maksima untuk diluluskan. Bila terkandas, rumah tak dapat disewa, rumah lambat siap, tak ada pula mereka ajar apa yang perlu korang buat bila pihak bank kejar. Sebenarnya tak semua orang bernasib baik. Ada orang, selepas kahwin duduk di rumah mertua. Sewa tak payah bayar, bolehlah buat bayar beli rumah banyak-banyak. Kemudian bangga. Ada orang, anak-anak tak payah hantar ke nursery, maid tak perlu bayar. Hantar saja pada mak dan ayah, jadi orang gaji. Cuti sekolah, angkut semua sekali. Semua sebab nak berjimat, nak berlumba rumah siapa yang paling banyak sebelum mati.

Nak motivate anak muda, niat itu dah betul tetapi ayat yang digunakan untuk menyampaikan mesej itu perlu diperbetulkan. Cakap anak muda manja dan tak ada ilmu, tak semudah itu. Baru-baru ini saya jumpa fresh graduate bergaji RM2,000, di mana dia perlu menanggung lapan adik-beradiknya. Kasihan. Manjakah mereka?

Itu tak termasuk lagi individu yang menulis melahanatkan budak bergaji RM2,000 beli Myvi. Kasihan pada mereka. Masihg-masing ada lifestyle tersendiri. Tak semua orang sanggup berpanas hujan bergadai nyawa di jalan raya. Apapun, bab hutang ini jangan main-main. Kalau dah meninggal, even ada MRTA, rumah banyak, selagi tak diselesaikan, isteri kena bayar setiap bulan. Nak settle MRTA ini pun bukan ambil masa sebulan dua. Korang yang suka kumpul hutang ini pernah terfikir tak kalau kena buang kerja atau tak mampu bekerja? Macam mana?

Ada clients saya, kena buang dari syarikat minyak dan gas. Selama ini dia tak terfikir dengan gaji besar, syarikat terkenal boleh buang pekerja. Rumah ada banyak, cuba nak refinance, malangnya pihak bank tak layan. Hutang bank dah keliling pinggang. Rumah dah ada yang nak kena lelong. Hidup penuh stress.

Pokoknya, nak ajar cara betul ajar tentang pentingnya duit kecemasan. Kerja kuat, cari kerja yang bagi unlimited income. Ada cash back up kuat, jiwa lebih tenang. Hutang ini macam api, ada masanya boleh kawal dan kita pun senang. Tetapi apabila api dah besar, ianya akan membakar diri. Berhati-hatilah anak-anak muda.

Tolong SHARE agar ramai anak-anak muda yang mendapat manfaat dari abang otai yang masih berdosa.

LAGI PEMBELIAN BANGUNAN YANG MERAGUKAN OLEH MARA DI MELBOURNE.

Kaut! Jgn tak kaut! Sampai bila bangsat-bangsat bangsa ni puas?
Dengan dua syarikat yang berdaftar di British Virgin Islands (BVI), dokumen dan satu perjanjian yang meragukan serta laporan penilaian yang tinggi, sekumpulan rakyat Malaysia didakwa mengaut kira-kira RM60 juta daripada satu urusniaga hartanah yang dikatakan tanpa mengeluarkan satu sen pun.

Walaupun pembelian telah dilaporkan sebelum ini, kini kita dapat menunjukkan untuk pertama kalinya bagaimana pembelian dan penjualan hartanah itu dilakukan tanpa perlu meletakkan sebarang wang pendahuluan dan didakwa mengaut berpuluh-puluh juta ringgit.

Ia tertumpu kepada hartanah yang dikenali sebagai UniLodge, sebuah bangunan 12 tingkat di 746, Swanston Street di pusat bandar Melbourne. Ia telah "dijual" kepada Mara Inc untuk A$41.8 juta (RM138 juta) berbanding harga pasarannya ketika itu dan harga transksi AS$23.5 juta (kira-kira RM77.6 juta).

Pilihan Editor
image: https://i.malaysiakini.com/1183/f88395efe4de4e20cadb296b710a2657.jpeg


Parti lebai, parti badut
"Penjualan" pada 2012 itu datang dengan kaveat - hartanah itu, yang mempunyai 281 bilik penginapan pelajar, tidak bertukar tangan sehinggalah lewat kemudiannya. Apa yang ditransaksikan adalah pemilikan sebuah syarikat BVI yang mempunyai sedikit atau mempunyai apa-apa aset.

Mereka rakyat Malaysia yang terlibat dalam perjanjian itu telah dikenalpasti dalam pelbagai dokumen rasmi, termasuk bekas pegawai tertinggi Mara Inc.

Pada 28 Ogos 2012, berdasarkan satu penilaian UniLodge oleh juruukur dan penilai yang berpejabat di Malaysia, Mara Inc membayar A$41.8 juta untuk pembelian semua kepentingan dalam sebuah syarikat BVI yang dipanggil Thrushcross Ltd.

Malaysiakini tidak menyiarkan semua identiti itu sementara menunggu komen mereka.

Laporan penilaian itu adalah tambahan kepada perjanjian jual beli Thrushcross. Penjualnya ialah Scarlett Nominees Limited, sebuah lagi syarikat berdaftar BVI.

Perjanjian jual beli antara Scarlett dan Mara Inc menyatakan bahawa Thrushcross adalah “beneficial owner” UniLodge dan "mempunyai hak untuk menyelesaikan dan akan mempunyai hak milik yang sah terhadap hartanah itu."

Perjanjian ini untuk membeli syarikat BVI adalah untuk memperoleh "semua kepentingan" dalam Thrushcross Ltd, yang kemudiannya menukar namanya kepada Thrushcross Land Holdings Ltd.

Tetapi kedua-dua Scarlett dan Thrushcross tidak mempunyai harta tak alih atau sebarang harta atas nama mereka. Pendek kata, Mara Inc membeli "shell comppany" bernilai A$41.8 juta dari sebuah lagi "shell company" yang lain [Baca berita ini].

Pendedahan yang mengejutkan ini terkandung dalam dokumen yang diperoleh oleh Fairfax Media di Melbourne dan Malaysiakini.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/403697#wF18OOGv1OG4pHBW.99

2017/11/23

MENANGISLAH KAMU WAHAI MELAYU - DR. MAHATHIR

YSelepas sajak terkenalnya “Melayu Mudah Lupa” dan jika pada tahun lepas menzahirkan harapannya kepada pemuda-pemudi di Malaysia agar menyelamatkan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyiarkan sajak baru beliau bertajuk “Budi dan bahasa”.

Sajak itu menyentuh pelbagai perkembangan terkini berkaitan dirinya, termasuk tidak disediakan kerusi untuk acara rasmi istana dan bagaimana “duit menjadi raja”.

Perdana menteri keempat itu juga, dalam bahasa lembut, menyindir keras golongan yang disifatkannya sebagai penerima “dedak.

BUDI DAN BAHASA

oleh Dr Mahathir Bin Mohamad

Budi bahasa budaya kita
Slogan mendesak di mana-mana sahaja
Jangan lupa budaya bangsa
Ulangi di mulut mencukupilah juga.

Kita diingat jangan lupa
Budaya silam warisan kita
Tetapi jika tersalah apa-apa
Rentap kursi balik tidak mengapa.

Budi bahasa budaya Melayu
Sering bertukar mengikut masa
Jika tersilap jangan malu
Budi bahasa perkara lama.

Kesipuan jangan dibiar berlaku
Tiada kursi alasan mencukupi
Kurang santapan diganti muruku
Bangsa tersungkur takdir disalahi.

Budi bahasa slogan negara
Bersopan santun pakaian disedia
Selempang kanan jangan dikirikan
Jangan guna tangan kiri waktu makan.

Budaya bangsa budi dikenang
Itulah adat Melayu lama
Setelah naik tangga ditendang
Kalau nak turun terjun sahaja.

Wahai bangsaku berbudaya barukah kamu
Atau berbangsa lainkah kamu
Hilang adat hilang malu
Duit disembah raja baharu.

Lanun sudah menjadi raja
Bukan jenayah bila mencuri
Bintang di langit dipasang di dada
Rakyat menyembah duit yang diberi.

Batu putih bertuan baru
LKY menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
duduk mengalir air mata.

Menangislah kamu wahai Melayu
Negara dijual kerana duit itu raja
Sembahlah kamu raja baharu
Itulah peranan hamba raja.

Tangisan tidak membawa ke mana-mana
Setelah negara dimiliki orang
Junjunglah penjual negara yang kaya
Mungkin sekupang dua tercicir di belakang.

Kutiplah kamu dedak dan serdak
Itu sahaja yang tertinggal bagimu
Tertutup mata, mulut dan pekak,
Tersumbat hidung, matilah kamu.

Menangis meratap penjunjung jenazah
Kenapakah dedak disumbat hidung
Baunya sedap menolak payah
Akhirnya maut diangkat perusung.

Wahai bangsaku bijak bestari
Tak fahamkah kamu kesannya tenggelam
Tidak bernyawa bermakna mati
Berakhirlah sudah cerita silam.

Wang SRC dipinjam dari dana pencen ‘sangkut’ di Bank BSI - Menteri Kewangan II


KUALA LUMPUR  1 Nov 2016 – Wang pelaburan syarikat Kementerian Kewangan SRC International tidak dapat dikeluarkan dari Bank BSI selepas bank Switzerland itu berdepan siasatan berkaitan 1MDB, kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.

“Kebanyakan wangnya yang dilabur, mereka letak di Bank BSI.

“Oleh kerana Bank BSI sedang disiasat, saya diberitahu oleh pengurusan SRC bahawa wang itu berada di BSI Bank tetapi dibeku dan oleh itu mereka tidak dapat ambil balik.

“Tetapi saya tidak dapat beri kamu perincian lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama dalam Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur lapor Malaysiakini.

Beliau mengulas soalan berkaitan rancangan SRC untuk membayar faedah tahunan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

SRC meminjam RM4 bilion daripada tabung itu.

SRC membayar faedah tahunan RM164 juta kepada KWAP tetapi jumlah itu dianggarkan akan meningkat kepada RM660 juta tahun depan, untuk melangsaikan pinjaman pokok.

BSI setakat ini berdepan prosiding jenayah, antaranya susulan kegagalan mematuhi peraturan antipengubahan wang haram dalam menguruskan transaksi berkaitan 1MDB.

Ia disiasat oleh pihak berkuasa Singapura dan Switzerland.

Mei lalu, Singapura juga mengarahkan BSI di kota itu ditutup.

2017/11/22

DR.MAHATHIR TIDAK AKAN BERJAYA SINGKIRKAN SAYA PADA PRU YANG AKAN DATANG.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=856386441198981&id=379029638934666

🔥🔥

*SAYA MENCARI LINK NAJIB YANG DENGAN BONGKAK MENGATAKAN TUN MAHATHIR TIDAK AKAN DAPAT SINGKIRKANNYA , TETAPI LINK ITU HILANG ENTAH KEMANA , MAKA SAYA PINJAMLAH LINK DATO SRI KHAIRUDIN*

Saya hanya dapat membaca *LINK* tersebut sepintas lalu dan apabila saya cuba mencari semula ianya telah hilang.

Najib dengan bongkak mengatakan bahawa Tun Mahathir *TIDAK AKAN BERJAYA MENYINGKIRKAN BELIAU DI DALAM PRU AKAN DATANG*.

*FIRAUN* juga pernah *BONGKAK* , dan akhirnya mati di telan laut merah.

*QARUN* juga pernah bongkak , dan akhirnya mati di telan bumi bersama-sama harta kekayaannya.

*NAMRUD* juga pernah bongkak , tapi akhirnya mati kerana seekor nyamuk masuk dalam telinganya.

*KUASA ALLAH* tiada *BATASAN* dan *TIADA DI DALAM AKAL MANUSIA* untuk mampu memikirkannya.

*TIADA KUASA DUKUN atau BOMOH* boleh *MENANDINGI KUASA ALLAH SWT*.

*DOA ORANG TERANIAYA* amat mustajab , tiada satu pun yang *AKAN DI TOLAK* oleh *ALLAH*.

Najib dan suku sakat samunannya boleh terus untuk menjadi *BONGKAK* dan *TAKBUR* ke atas keperitan rakyat marhaen.

Ada rakyat yang masih makan sehari sekali kerana keperitan hidup.

Ada rakyat yang terpaksa mengesat air mata demi kelangsungan hidup anak-anaknya.

Ada rakyat yang terpaksa mengikat perut untuk menabung bagi pembelajaran anak-anaknya.

Ada rakyat yang terpaksa membuat dua tiga kerja sehari demi kelangsungan kehidupan keluarganya.

Makcik JR , ketua cawangan UMNO , paknaib dan pemakan dedak juga duduk di dalam golongan subahat menyusahkan rakyat marhaen apabila terus menerus menyokong Najib dan rejim samunannya.

*AZAB ALLAH* sudah di *PERISTIWAKAN* dan telah *TERBUKTI* , maka Najib dan sekutunya kena beringat dan muhasabah diri masing-masing.

*AZAB ALLAH* melangkaui *ILMU BOMOH DAN DUKUN* , tunggu sahaja *HARI PEMBALASAN DARI ALLAH*.

*TERUSKAN BONGKAK DAN TAKBUR* pasti akan *ALLAH BUKTIKAN KEKUASAANNYA*.

*SHUKUR MOHAMAD*