nuffnang Ads

.

2017/07/31

Luka Peribadi Lebih Kecil, Anwar Pertahan Dr M..



sumber: Malaysiakini
 

ULASAN Rakan-rakan dari SUARAM, Otai Reformasi, Parti Sosiolis Malaysia, beberapa NGO dan badan Islam serta aktivis telah mempertikai keputusan pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang merangkul Tun Dr Mahathir Mohamad dalam barisan kepimpinan.

Mereka khuatir akan berlaku penyimpangan dari landasan gagasan Reformasi dan agenda perubahan.

Ada pandangan yang mencurigai muslihat sebenar yakni memadamkan keterlanjuran lalu termasuk penahanan tokoh politik dan aktivis rakyat, pelanggaran hukum dan rasuah.

Paling tajam adalah dakwaan bahawa akan berlaku ikhtiar untuk memulihkan corak pemerintahan dan tatakelola era lampau yang juga autokratik seperti rejim kini.

Luahan tersebut adalah dari rakan-rakan setia dan prihatin, yang turut mengalami keperitan perjuangan dan banyak membantu melonjakkan kekuatan pembangkang. Kegusaran tersebut memang berlegar di kalangan masyarakat dan dihebah di media milik Umno-BN.

Saya hargai teguran rakan-rakan dan menggesa pimpinan HARAPAN berlapang dada berunding dan menjelaskan kedudukan sebenarnya. Kerana sesungguhnya, politik baru yang dijana HARAPAN tidak membatasi kuasa kepada beberapa kerat pimpinan atau elit; tetapi mengambilkira rintihan, denyut nadi rakyat.

Pada asasnya, HARAPAN adalah sebahagian utama dari gerakan rakyat. Malah dalam kerangka dasar Pakatan Rakyat sebelumnya - dasar bersama, manifesto dan belanjawan alternatif dilakar dan diolah setelah menimba pandangan rakan-rakan NGO, aktivis termasuk BERSIH.

HARAPAN akan lebih kukuh dengan memberi ruang wacana segar, menghimpun semua tenaga progresif rakyat dengan hasrat mendamba kebebasan dan keadilan.

Muafakat inklusif HARAPAN memuktamadkan prinsip asas perjuangan ke arah negara demokratik, adil dan saksama.

Dasarnya tidak samar melalui retorik umum, tetapi menggagaskan tonggak negara hukum dengan memulihkan kewibawaan dan kebebasan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), badan kehakiman, penguatkuasaan, dan menghindari kerakusan, amalan rasuah, kronisme dan kleptokrasi.

Dasar ekonomi negara perlu menjurus kepada pemacuan pertumbuhan dan jaminan pengagihan adil dan peduli rakyat. Kita menolak dasar ekonomi pemerintah Umno-BN yang memelihara kepentingan kelompok kecil maha kaya dan mendera rakyat melalui sistem percukaian dan GST; lesen dan kenaikan harga barang.

HARAPAN lebih jelas dan tegas dalam usaha mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu sambil menggalakkan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

Memartabatkan kedudukan Islam harus disertai nilai dan etika luhur; tidak hanya pada lambang tetapi membiakkan rasuah dan kezaliman. Penghayatan Islam termasuk pemerkasaan Mahkamah Syariah perlu dilaksanakan dengan jaminan tegas memelihara hak dan kebebasan penganut agama lainnya.

Perjuangan bersama

Pada hemat saya kehadiran Tun Dr Mahathir dan BERSATU (Parti Pribumi Bersatu) adalah dalam kerangka memperluas jaringan dukungan kepada agenda perjuangan yang lebih disepakati.

Secara peribadi saya alukan kesediaan Tun untuk turun mengharungi perjuangan bersama. Keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara. Tun kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani.

Beliau harus diberikan ruang untuk membantu memperluas jaringan gerakan rakyat. Struktur HARAPAN tidak boleh disamakan dengan BN. HARAPAN adalah wadah demokratik, memimpin bersama dalam pasukan ketua-ketua parti.

Kekhuatiran yang disuarakan mengenai kemungkinan seorang pengerusi parti mengelencong dari hala tuju yang disepakati tidak mungkin dalam struktur yang wujud.

Dasar bersama yang dipersetujui telah didedah kepada khalayak secara telus. Ia adalah agenda rakyat yang diusung HARAPAN. Kita perhatikan saja prestasi negeri Selangor dan Pulau Pinang serta sewenang yang diberikan kepada pimpinan negeri. Yang tidak mampu disangkal adalah kejayaan program kepedulian rakyat walaupun kuasa negeri terbatas.

Rakan-rakan NGO dan aktivis berhak untuk terus memantau perjalanan dan prestasi HARAPAN dan menegur atau mengemukakan cadangan. Saya tetap berkeyakinan akan peranan mereka terus menunjangi perubahan menjelang PRU ke 14. Sistem pilihan raya yang tempang dan kecoh perlu diluruskan.

Kesedaran dan kebangkitan rakyat yang resah dengan tekanan hidup dan merebaknya budaya rasuah tidak mungkin dibendung melainkan dengan tipu-helah perjalanan pilihanraya. Percubaan kerajaan khususnya Peguam Negara melindungi penjenayah skandal 1MDB tidak menghalang tujuh negara meneruskan siasatan yang mereka sebut sebagai "penipuan, rasuah, rompakan harta khazanah negara."

Selamatkan Malaysia

Penyelewengan dan rompakan tidak menemui titik noktahnya; hinggakan kepentingan peneroka, majoriti besar Melayu-bumiputera turut dikhianati. Skandal Felda-FGV berlarutan sekian lama dan kini terbongkar.

Menuding peranan seorang tokoh, atau kambing hitamkan seseorang hanya helah licik mengaburi mata peneroka dan rakyat. Kecurangan berleluasa dan kerugian kedua-dua skandal besar ini mencecah puluhan bilion ringgit. Kita boleh senaraikan ratusan kisah keterlanjuran, sebahagiannya diambil tindakan, dan selainnya terus dilindungi.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, Umno-BN seperti lazimnya akan mengerah jentera kerajaan; media milik mereka; bersama saudagar kaya mengupah pekerja politik dan mengugut rakyat.

HARAPAN dan rakan-rakan dalam gerakan rakyat perlu bangkit sebagai kekuatan raksasa, menggalas amanah menyelamatkan bangsa dan negara Malaysia tercinta.

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM adalah ketua umum HARAPAN yang juga bekas timbalan perdana menteri.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/390287#CLHtT3si16TLivFB.99

KISAH DAN TAULADAN - ALI BABA DAN 40 PENYAMUN versi P. RAMLEE

Kalau siapa tengok pakaian Ali Baba Bujang Lapok dan 40 Penyamun ketika keluar dari gua nak ke bandar. Ada yang memakai pakaian Tok Hakim, koboi, doktor dan lain2..
P Ramlee nak beritahu bahawa penyamun di negara kita ada bermacam2.

Setuju jika filem2 P. Ramlee dijadikan sebagai rujukan ilmiah. Banyak filem2 beliau menyampaikan mesej2 berbentuk masa hadapan, sindiran yg penuh makna, realiti pada pentas Malaysia skrg....
Penyamun pun ada ustaz/ustazah utk menjustifikasi hak menyamun. Penyamun pun ada Persatuan penyamun.

Penyamun pun ada doktor. Penyamun doktor kata "kurang vitamin C"

Orang kaya (Sarip dol dan Kemat Hassan) boleh berpakat dengan penyamun

Chief penyamun: Kamu Momotaro-San, gaji kamu 150 dirham. Bin Sarjan bin Sarjan, gaji kamu 30 dirham sebab kamu byk amik "I O U" daaa...

Satu jek respek kat penyamun2, tu walau mereka dikelilingi dengan emas dan harta yang banyak dalam gua tu, tapi mereka tak mencuri hasil organisasi, tetapi mereka masih menerima gaji dari ketua penyamun. Kalau tak cukup, pi cari rezeki lain kat luar walaupun dengan cara menipu lontar buah dadu yang semua bernombor dua. Tetapi tidak menipu organisasi dan bos.......

Berbeza dengan penyamun zaman sekarang. Walau dapat gaji, tapi masih lagi mencuri khazanah negara...

Sekadar utk renungan, mesej yang sangat mendalam dari karya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PEMBIAYAAN CHINA DAN DALIAN WANDA


(For English Read Below)

1. Saya ragu akan kenyataan YB Datuk Johari Ghani berkenaan pelaburan dari China bertarikh 25 Julai 2017.

2. Menjawab pertanyaan berkenaan perkembangan melibatkan pelaburan Wanda Group di luar China, YB Datuk menyatakan bahawa selagi sebarang usahasama dengan China melibatkan syarikat milik kerajaan (SMK), risiko akan dapat dikurangkan.

3. Walaupun saya bersetuju dengan logik beliau secara teori, hakikatnya profil risiko kredit mana-mana negara adalah unik dan lazimnya memerlukan applikasi teori ekonomi yang lebih dari kebiasaan.

4. Pertama sekali, jaminan kerajaan ke atas mana-mana pelaburan dan pendanaan pembangunan adalah sesuatu yang diterima umum.  Lebih-lebih lagi melihatkan penarafan kredit negara bagi China di tahap AA- (berdasarkan penarafan oleh Standard & Poors) dan secara amnya di tahap gred sederhana atas.

5. Namun begitu, penarafan kredit negara tersebut bukannya suatu yang termaktub.  Ianya diolah berdasarkan faktor-faktor ekonomi, politik dan perundangan yang dinamik keseluruhan negara China, yakni seakan China Inc. (Perbadanan China).

6. Orang awam (termasuk sebahagian di kalangan golongan profesional di dalam bidang kewangan) mungkin merasakan bahawa penarafan kredit ini sudah mencukupi untuk menangani risiko kredit dari segi pelaburan.  Tetapi, memandangkan betapa besarnya negara China dan kurangnya pengetahuan akan jalankerja sistem ekonomi China, ditambahkan lagi kebimbangan akan data ekonomi yang dilaporkan oleh China, sesiapa yang ingin bersandar di atas kuasa ekonomi China, perlu berhati-hati.

7. Sebenarnya, SMK China melibatkan sama ada kerajaan pusat atau tempatan (negeri). Dalam kebanyakan kes, jaminan kredit oleh kerajaan pusat kepada kerajaan tempatan adalah suatu yang implisit, dan bukan eksplisit, tidak seperti di Malaysia atau negara lain.  Dan setiap satu kerajaan tempatan punyai profil risiko kreditnya yang tersendiri, walaupun ianya tidak ditarafkan.

8. Tambahan pula, China berada di peringkat awal rancangan 5 tahunnya (dari 2016 sehingga 2020) yang berdasarkan strategi-strategi yang dibentuk sewaktu mesyuarat Third Plenum pada tahun 2013.

9. Asasnya, strategi tersebut melibatkan peralihan ekonomi China dari ekonomi berteraskan pelaburan dan eksport kepada ekonomi berteraskan kepenggunaan dan perkhidmatan.

10. China harus menangani perimbangan rumit faktor-faktor ekonomi yang berdasarkan kewangan dan bukan kewangan.  Faktor-faktor ini termasuk pengeluaran perkilangan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita, tahap pendidikan, demografi penduduk, dan terutama sekali produktiviti hasil setiap ringgit modal yang dibayar.  Modal inilah yang diperlukan semua pihak, dan yang sebelum ini di hasilkan di dalam bentuk pinjaman.

11. Akibat dari kegagalan melaksanakan reformasi ini menjelang 2020, telah diserlahkan oleh IMF dan institusi-institusi pelaburan yang lain. Ianya menjurus kepada krisis kredit buat China dan yang akan membawa kepada krisis perbankan seterusnya menggugat kekukuhan negara China.

12. Kunci bagi mengelak krisis ini bagi China ialah dengan mengurangkan pinjaman (diukur sebagai peratusan pinjaman berbanding KDNK). Peratusan pinjaman China terkini adalah melebihi 200% dan berkembang pada kadar yang agak tinggi.

13. Bagi orang awam, ini bermaksud, bagi setiap RMB1 dari KDNK dikeluarkan China, terdapat RMB2 yang dilaburkan bagi mengeluarkan ia.

14. Dan serupa dengan kes Malaysia dan 1MDB, pinjaman perlu dibayar balik.  Goldman Sachs telah menyatakan bahawa bayaran bunga ke atas pinjaman  yang dibuat oleh China telah melonjak dari 7.2% pada tahun 2009 kepada 13.0% pada tahun 2015. Bayangkan, bagi setiap RMB100 diperolehi, RMB13 perlu dibeanjakan bagi membayar bunga di atas pinjaman dan bukan dibelanjakan sebagai modal bagi usahasama baru yang lebih membawa keuntungan.

15. Memang terang sekali bahawa China Inc. tidak mampu melabur bagi projek-projek usahasama di luar negara dengan menggunakan dana yang dipinjam sepertimana lazimnya. Disebabkan inilah dilema yang dihadapi Wanda Group berkaitan cadangan pelaburannya di Bandar Malaysia.

16. Saya sebenarnya berkeyakinan akan potensi ekonomi China memandangkan saiznya yang besar.  Tetapi saya juga menyokong langkah-langkah reformasi ekonomi yang perlu diambil oleh China agar mencapai potensi pertumbuhan ekonomi yang optimal, walaupun memerlukan pengorbanan.

17. Kita memandang tinggi kemurahan hati dan sokongan China kepada pertumbuhan negara-negara membangun seperti Malaysia. Namun begitu, inisiatif-inisiatif dan sokongan kewangan oleh China berdasarkan semangat setiakawan dan juga faedah ekonomi tidak boleh terus berdasarkan pinjaman.  Pendekatan pendanaan yang baru amat perlu agar ia dapat memanfaatkan kedua-dua Malaysia dan China pada jangkamasa yang panjang.

18. Namun begitu, apa saja sokongan yang kita berikan kepada China di dalam proses reformasi ekonominya tidak harus menbawa kepada kekusutan ekonomi negara kita sendiri.

19. Inilah yang terjadi di dalam kes Forest City di mana kita akhirnya mengambil pekerja-pekerja dari China dan bukan pekerja-pekerja tempatan.  Pelaburan bersifat "pass-through" seperti ini, walau ianya kelihatan seolah memberi bantuan kewangan kepada Malaysia, sebenarnya membawa lebih manfaat kepada China dalam mencapai objektif reformasi ekonominya tetapi dibayar oleh Malaysia.

20. Semestinya perlu ada lebih perbincangan agar isu pelaburan pembangunan ini membawa manfaat bersama.

21. Memandangkan Malaysia juga sedang di dalam proses transformasi ekonominya sendiri, kebergantungan ke atas China diwaktu ini adalah lebih berisiko.

22. Oleh itu, tabiat Malaysia yang gemar menoleh ke arah China bagi mendapatkan pelaburan kewangan perlu difikir semula.  Lagi pula, China yang dilanda krisis akan turut menjatuhkan kita semua.

Tariq Ismail
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Ketua Bahagian P149 Sri Gading
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

------------------------------------------

STATEMENT ON CHINA INVESTMENTS AND DALIAN WANDA

1. I refer to YB Datuk Johari Ghani's take, dated 25 July 2017, on China related investments recently with skepticism.

2. In his response to a question regarding the recent developments involving the Wanda Group's proposed investments abroad, YB Datuk had iterated that so long as a Malaysian venture with China involve State Owned Enterprises (SOE), the risk should be able to be kept to a minimum.

3. Whilst I agree with his logic in theory, in essence, the credit risk profile of any country is unique to it and frequently requires a departure from conventional economic theory.

4. First and foremost, it is accepted that government guarantees on investments and development funding carry much weight in general. Particularly with China's sovereign credit rating of AA- (based on Standard & Poors rating) and being of upper medium grade in general. 

5. However, that sovereign credit rating is not a given. It is derived based on dynamic economic, political and regulatory factors of the nation as a whole, in essence on China Inc.

6. The average layman (and even some finance professionals) may think, this overall credit rating is sufficient in managing the credit risk when speaking of investments. However, given the giant that is China and the lack of visibility into the workings of the China economic system coupled with concerns about economic data coming out of China, anyone relying on China's economic might, should tread with caution.

7. The truth is, China's SOE's can be either Central or local (state) government.  In most cases, that Central government guarantee to the local government is implicit, not explicit, unlike in Malaysia or elsewhere. And each local government would likely have its own credit risk profile, even if it is unrated.

8. In addition to this, China is in the early stages of its 5 year plan (running from 2016 to 2020) which is based on the strategies developed during the Third Plenum meet in 2013.

9. In essence that strategy involves China's economy transitioning from an investment and export-led economy to a consumption and services based economy.

10. It is a complex balancing of factors which China has to manage - both financial and non-financial I might add. These factors range from manufacturing output to GDP per capita, from education levels to population demographics, and most of all on productivity per dollar of capital pumped in. It is this capital that is pursued by everyone, and which historically had been in the form of debts.

11. The outcome of not implementing these reforms by 2020, as highlighted by IMF and other investment houses, is a looming credit crisis, leading to a potential banking crisis and impacting overall stability. 

12. The key to averting this crisis for China is for it to reduce its debts (measured as debt to GDP).  China's current debt ratio is in excess of 200% and growing at a considerable rate.

13. For the layman, this means for every RMB1 of GDP China produces, there is a debt of RMB2 that funded it.

14. And similar to Malaysia and 1MDB, debts require repayment. According to Goldman Sachs, China's interest payment for its debts jumped from 7.2% of GDP in 2009 to 13.0% in 2015. Imagine that, for every RMB100 earned, RMB13 has to go into interest payments instead of being plowed back as capital for other profitable ventures.

15. Clearly, China Inc. then cannot afford to continue to finance ventures abroad using debt as it had been doing these past years. Hence the conundrum faced in the Wanda Group proposed investment into Bandar  Malaysia.

16. I am as optimistic of China's economic might potential given its size as most. But I am equally supportive of these measures China is undertaking to grow optimally and reach that potential, even if some sacrifices have to be made.

17. That China has been generous and supportive of emerging market growth (including Malaysia) is well noted. The initiatives and financial support China have been giving based mostly on relationships as well as economic benefits cannot continue on the same leveraging approach though. A new funding arrangement is well overdue so that it might benefit both Malaysia and China in the long run.

18. Having said this however, whatever support we give to China in its reform journey cannot come at our expense. 

19. Such was the case of Forest City, where we ended up employing workers from China instead of our locals. This type of "pass through" investment whilst seeming to provide development assistance to Malaysia, in effect brings more benefit to China in terms of achieving its reform objectives but paid for by Malaysia.

20. Certainly more discussions must be had in order to address this issue of development investments in order for a win-win solution.

21. Given too that Malaysia is undergoing her own economic transformation and reforms, relying on a China in transition becomes twice as risky. 

22. Hence the Malaysian penchant of turning to China for financial investments need a serious rethink.  After all, a China in crisis will bring us all down.

Tariq Ismail
Supreme Council
Division Chief P149 Sri Gading
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

2017/07/30

ZAHID HAMIDI BERLAKU BIADAP DAN TIDAK SEDAR DIRI BILA MENGHINA TUN DR.MAHATHIR..

**
UMNO NAJIB nampaknya sudah benar-benar berada di tebing yang hampir roboh.
Zahid Hamidi yang suatu masa dahulu berdegar-degar nak membakar PWTC tempat di mana Pejabat UMNO Pusat berada sudah semakin gila sekarang.
Apa sahaja penipuan dan gertakan yang mereka mampu lakukan maka mereka akan lakukan tanpa *SEGAN SILU BERMARUAH*.
Negarawan Negara yang bernama *TUN MAHATHIR BIN MOHAMAD* yang di hina oleh Zahid Hamidi adalah *MAHATHIR BIN MOHAMAD* mantan PERDANA MENTERI dan MANTAN PRESIDEN UMNO , parti yang di anuti oleh Zahid Hamidi.
Zahid dengan bangga dan bangangnya telah menipu rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa Tun Mahathir Mohamad itu adalah *MAHATHIR A/L ISKANDAR KUTTY* adalah orang yang sama.
Bagi pemakan dedak dan sekoi mereka akan mengiyakan sahaja kata-kata Zahid tanpa memikir panjang.
MAHATHIR MOHAMAD di katakan sebagai seorang India yang mempergunakan Melayu dalam negara ini.
Zahid lupa bahawa MAHATHIR MOHAMAD ini lah juga orang yang sama , yang membangunkan negara ini serta di kenali di mata dunia.
Zahid tidak mahu ingat bahawa MAHATHIR MOHAMAD itu lah juga orang yang sama yang di sayangi oleh negara-negara Islam di Timur Tengah.
Zahid juga menunjukkan bangang dia , apabila menuduh MAHATHIR MOHAMAD mempergunakan Melayu apabila Zahid sebenarnya mendapat tempat sebagai "orang ada-ada" di dalam negara ini kerana jasa MAHATHIR MOHAMAD.
Zahid juga lupa jika bukan kerana MAHATHIR MOHAMAD maka Zahid tidak akan menjadi lembaga pengarah kepada beratus syarikat di dalam Malaysia ini.
Zahid juga menunjukkan tahap maruahnya yang amat rendah apabila menghina MAHATHIR MOHAMAD sebagai seorang berdarah INDIA dalam masa yang sama Zahid sendiri mempunyai "PROXY" yang berdarah India.
Zahid sebenarnya telah menghina kaum India dengan menggunakan penghinaan terhadap MAHATHIR MOHAMAD.
Cuma saya nak tanya Zahid satu perkara sahaja lah , apakah status AZEEZ RAHIM , RIZAL MARICAN di dalam UMNO hari ini , adakah mereka tidak menggunakan Melayu demi agenda hina mereka.
*MAHATHIR BIN MOHAMAD* dan *MAHATHIR A/L ISKANDAR KUTTY* adalah orang yang berbeza.
*SHUKUR MOHAMAD*

https://m.malaysiakini.com/news/390299

2017/07/29

INI YANG SEPATUTNYA PERKASA PERJUANGKAN..


--------

KENYATAAN MEDIA

DATUK RUHANIE AHMAD, NAIB PRESIDEN PERKASA MALAYSIA.

1.Perkasa Malaysia mendesak pemerintah membentangkan satu kertas putih yang komprehensif mengenai status ekonomi negara akibat pelbagai kecelaruan iktisad mutakhir ini.

2. Ini kerana ekonomi Malaysia sekarang adalah haru-biru akibat berbagai-bagai skandal dan salah guna kuasa, melibatkan beberapa syarikat milik kerajaan (GLC).

3. Perkasa harap, jangan  disebabkan PRU14 akan tiba, rakyat dipaksa untuk yakin secara membabi buta, bahawa ekonomi negara memang stabil, positif, dan memberangsangkan.

4.  Rakyat hanya akan buat keputusan mengenai status ekonomi negara selepas pembentangan kertas putih ini. 

5. Mereka mahukan kertas putih ini kerana petunjuk kepada kesihatan ekonomi sesebuah negara, bukan hanya berasaskan KDNK, jumlah pelaburan asing, dan lain-lainnya

6. Rakyat juga tahu, indikator kesihatan ekonomi sesebuah negara bukan hanya diukur mengikut statistik dan laporan-laporan badan penarafan dan pengurusan kewangan antarabangsa.

7. Ekonomi sesebuah negara perlu juga diukur dari sudut insani pengurus ekonomi dan ketua eksekutif negaranya, yang merangkumi elemen akhlak, integriti, dan akauntabiliti kepada rakyat

8. Selain di atas, pemerintah perlu sedar bahawa kelompok rakyat yang berinformasi kini amat insaf, satu skandal ekonomi yang mungkin lebih besar daripada kes 1MDB, melibatkan sebuah syarikat gergasi negara, dijangka meletus tidak lama lagi.

9. Dalam konteks ini, benar atau tidak bahawa sebuah syarikat milik PETRONAS yang beroperasi di sebuah negara asing, sudah gulung tikar, setelah melabur berbillion ringgit?

10. Benarkah jumlah wang yang sudah dilaburkan adalah lebih besar daripada wang yang membabitkan1MDB? Benar atau tidak, cadangan PETRONAS untuk melabur di negara asing ini pernah ditolak oleh pengurusan Tan Sri Hassan Merican?

11. Benarkah, cadangan yang sudah ditolak ini, dibawa semula untuk kelulusan PETRONAS di bawah pengurusan barunya, dan diluluskan tanpa sebarang kajian risiko yang komprehensif?

12. Benar atau tidak, pelaburan tersebut kini dibatalkan kerana pengurusan PETRONAS mutakhir, tidak mahu kerugian lebih besar akibat salah keputusan yang dibuat sebelumnya?

13. Seterusnya, kelomppok rakyat yang berinformasi, juga maklum bahawa Khazanah Nasional, tidak lama lagi dijangka menjual PLUS, yang turut dimiliki oleh KWSP. 

14. Kalau ini benar, rakyat perlu diberitahu, apa akan jadi kepada saham KWSP dalam PLUS, dan kalau saham KWSP dalam PLUS turut dijual, tidakkah ini merugikan pencarum-pencarum KWSP?

15. Terbaru sekali, rakyat Malaysia yang berinformasi, mendapat maklumat, bahawa skandal FGV telah menyebabkan banyak pihak turut kerugian besar.

16. Contohnya, benar atau tidak bahawa kejatuhan saham FGV kebelakangan ini menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit kepada KWSP, Tabung Haji, LTAT, PERKESO, Kerajaan Negeri Pahang, dan ASB?

17.  Rakyat perlu tahu, apakah pendekatan pemerintah untuk mengatasi fenomena kerugian ini? Tidakkah pemerintah prihatin bahawa fenomena ini menjejaskan pelaburan dan caruman rakyat jelata dalam organisasi-organisasi berkenaan?

18. Rakyat Malaysia yang berinformasi juga bimbang bahawa projek ECRL yang melibatkan pelaburan China mungkin menyebabkan Malaysia menanggung beban hutang yang besar di hari muka.

19. Jika benar, tidakkah ini bermakna bahawa Malaysia akan dilanda petaka besar di hari-hari mendatang, sama dengan petaka yang telah menimpa beberapa negara lain yang berurusan dengan syarikat-syarikat China sebelum ini.

20. Berdasarkan pelbagai kemusykilan di atas, Perkasa yakin bahawa pemerintah mempunyai tanggungjawab moral untuk menjelaskannya kepada rakyat.

21. Cara terbaik dalam hal ini adalah menerusi pembentangan di Parlimen Malaysia, satu kertas putih mengenai status ekonomi negara yang telus dan komprehensif.

22. Maklumat-maklumat dalam kertas putih ini akan membolehkan rakyat menggunakan kuasa demokrasi mereka menerusi peti undi dalam PRU 14 kelak, secara bijaksana.

2017/07/28

Lokasi Setiap Negeri Untuk Semak Wang Tak Dituntut

Dibawah ini adalah lokasi setiap negeri bagi menyemak wang tak dituntut. Anda boleh lihat senarai di bawah.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Negeri Sembilan
Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,
Jalan Dato´ Abdul Kadir,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia
@ Melaka
Aras 5, Menara Persekutuan,
Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Razak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my
Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Aras 1-8, Kompleks Kementerian
Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana,
Presint 2, 62594 Putrajaya,
Putrajaya, Wilayah Persekutuan,
Malaysia

Lobi Kementerian
Sumber Asli dan
Alam Sekitar
Putrajaya
Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Sabah
Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,
Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,
Sabah, 88400 Kota Kinabalu

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perlis
Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,
Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,
Perlis, Taman Pekeliling,
01000 Kangar, Perlis

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Labuan
Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,
Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Johor
Tingkat 8 dan 11, Lot 20485,
Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek,
80720 Johor Bahru,
Johor

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kelantan
Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,
Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,
Kelantan

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perak.
Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,
30300 Ipoh, Perak.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Terengganu.
Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,
20594 Kuala Terengganu, Terengganu,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kedah
Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,
Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,
Kedah

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Pulau Pinang
Tingkat 42, KOMTAR,
10000 Pulau Pinang

Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Sri Aman.
Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,
Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,
Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak
Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Pahang
Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,
25000 Kuantan,
Pahang.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Selangor
Bangunan Affin Bank,
Lot Presint 3.4, Persiaran Perbandaran
Seksyen 14, 40000 Shah Alam
Selangor
Cara dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara
1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, Sila klik Alamat Pejabat Jabatan Akautan Negara setiap Negeri.
2. Bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai bank akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.
3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.
4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in). 5. Wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan telah diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.
6. Lepas dokumen dan borang lengkap diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Duit akan dimasukkan secara Bank In Terus ke akaun dalam masa 30 hari sahaja.
Contoh Borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD)
Selepas pegawai buat semakan, akan tertera jumlah wang tidak dituntut dalam sistem. Selepas itu borang permohonan bayaran balik WTD harus diisi oleh pemohon beserta dokumen sokongan. Selesai hantar semula borang tersebut ke Pejabat Jabatan Akauntan, duit baki tuntutan akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 30 hari sahaja.

Senarai 27 Barang Kemas Gang, Dihadiahkan Jho Low Kepada Isteri MO1.. Sebarkan

 


Sumber: suarakami14.blogspot.com


Jabatan Kehakiman AS berkata, taikun itu mengatur pembelian dan pembayaran 27 utas rantai dan gelang emas 18 karat. – Foto FMT

Kira-kira AS$1.3 juta (RM5.5 juta) dalam dana boleh dikesan kepada penyalahgunaan pinjaman Bank Deutsche untuk membeli 27 barang kemas bagi isteri “Malaysian Official 1” (MO1) pada 2014.

Menurut Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ), taikun kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, mengatur pembelian dan pembayaran rantai serta gelang emas 18 karat dari Schwartz Inc di New York.

DoJ berkata, pereka barang kemas, Lorraine Schwartz turut dipelawa menunjukkan MO1 barang kemas itu di Hotel Bel-Air, Los Angeles pada atau sekitar 3 Januari 2014 lapor FMT.

Low menghantar pesanan teks kepada Schwartz pada hari itu untuk mengesahkan beliau berada di sana. Di hotel, Schwartz bermakan malam bersama MO1 dan hadirin lain, sebelum dijemput ke sebuah suite untuk menunjukkan barang kemas itu.
Advertisement

Menurut DoJ, Schwartz memilih 27 utas rantai dan gelang berbeza.

Invois untuk barang kemas itu dihantar ke Blackrock dengan catatan “Perhatian: Lembaga Pengarah”. Menurut DoJ, nombor invois itu ialah 6039.

Invois bertarikh 23 Jun 2014 itu termasuk 1 gelang tangan emas putih bertata berlian bernilai AS$52,000, 4 gelang emas putih bertatah berlian putih dan jed hitam berjumlah AS$68,000 serta seutas rantai emas putih bertatah berlian hitam dan putih bernilai AS$240,000.

Invois itu termasuk barang kemas lain seperti seutas rantai berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati bernilai AS$150,000 serta seutas rantai “rose gold” bertatah berlian putih bernilai AS$70,714 dan 3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang bernilai AS$76,125. – Free Malaysia Today

Berikut senarai 27 barang kemas yang dihadiahkan kepada isteri MO1:

1 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$52,000
1 gelang tangan emas bertatah berlian putih 18K (sederdana) AS$52,000
1 gelang tangan “rose gold” bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$52,000
2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang (sederhana) AS$99,000
3 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (nipis) AS$91,200
2 gelang tangan emas bertatah berlian 18K (nipis) AS$60,800
3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang (nipis) AS$76,125
2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian hitam 18K (nipis) AS$35,500
2 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K (sederhana) AS$92,000
4 gelang tangan emas putih bertatah berlian putih 18K dan jed hitam AS$68,000
1 gelang tangan emas bertatah berlian putih 18K AS$65,000
1 utas rantai “rose gold” berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati AS$150,000
1 utas rantai “rose gold” bertatah berlian putih 18K AS$70,714
1 utas rantai emas bertatah berlian putih 18K AS$55,489
1 utas rantai emas putih bertatah berlian putih 18K AS$40,172
1 utas rantai emas putih bertatah berlian putih dan hitam 18K AS$240,000

What has happened to governance in Malaysia..? A letter to the Malaysian People

John Malott :  

Some people were surprised when I said that the US government's seizure of assets - condos, mansions, hotels and art work - all of which were  purchased with money stolen from 1MDB and the Malaysian people - was only the beginning.

It's true. There's lots more to come.

There will be criminal indictments coming, most likely including Riza Aziz and Jho Low, who both are very closely connected to Prime Minister Najib Razak. 

There will be a mention in a future criminal prosecution of an "unindicted co-conspirator", who now is widely known as "Malaysian Official 1". When he no longer is in office, he will be indicted in th US.

Here are some thoughts about what happens next on the US side. The US government already has seized these assets, or asked other governments, such as Switzerland and the UK, to seize them.
They have been blocked.

Under US law, the next step is for Aziz, Jho Low and others to try and prove in a court of law that the assets that were seized from them truly were purchased with their own money - and not from funds stolen from 1MDB.

Of course, they cannot prove that. The Federal Bureau of Investigation (FBI) and the Department of Justice (DOJ) filing was meticulous, thorough and totally professional. The evidence is all there. It even includes the transcripts of wiretapped phone calls of a panicked Jho Low talking to his bankers. 

Thanks to the FBI and the DOJ, it is so clear. We know where the money came from.  It was stolen from the Malaysian people through 1MDB.

Your money, not ours.

As US Attorney-General Loretta Lynch and the others pointed out many times, the money was stolen from the people of Malaysia. The assets belong to  them.

So the US government will hold all of the seized assets - the real estate, the paintings, the rights to "Wolf of Wall Street" etc - in trust on behalf of the people of Malaysia, from whom the money was stolen.

The assets will not belong to the US government.

(How ironic that the US attorney general seems to care more about this thievery than the Malaysian attorney-general does..)

In the meantime, the US government will rent out Aziz's condo in New York and his Beverly Hills house. It will take over the management of the hotels in New York  and Beverly Hills  that were purchased by Jho Low with the stolen money.

The US government will collect the profits from all future sales of the DVDs and TV rights of "The Wolf of Wall Street".  The Monet and Van Gogh paintings will go on exhibition somewhere, so everyone can enjoy. And so on.

And all of the profit that is earned will be held in trust by the US government on behalf of the Malaysian people. It is your money, not ours. 

What about Rosmah's son, Riza ?

Young Riza will soon be homeless. The US government has seized his homes.

In order to save itself and the films it has in production (including a new film about George Washington, starring Leonardo DiCaprio), I predict that Red Granite Pictures will get rid of Aziz.

So Aziz will be jobless too.

When the US government files criminal charges against Aziz (and I am sure they will), they will ask the court to seize his passport so he cannot leave the US.

The Malaysian Embassy in Washington may try to defraud the US government and issue a new passport to Aziz, with a new number, so he can leave the country. At that point, we will see how efficient the US government is at catching this.

If the Malaysian government asks for the seized assets to be transferred back to them, the US will do so.

But will Najib do that ? No. If Najib asks for the money back, it means that he is admitting that the money was stolen from the development fund that he headed, that the stolen money went to his stepson and his "advisor" Jho Low, and that he has been lying about this to the Malaysian people for years.

So, of course he will never do that. 

Asking for the money back will have to wait for a future prime minister.

And why would Najib want to ask "for the money back" when he and his family and cronies already have it - or have  spent it ?

An international pariah.

From an international viewpoint, this is the end of Najib.  He is an international pariah. The world now thinks he is a crook. He is a fraud. The world will want nothing to do with him. He will not be welcomed anywhere. When he speaks to the United Nations General Assembly next fall, there will be only 30 or so people in the room, mostly Malaysians.

Other leaders will be embarrassed to be seen with him, to shake his hand, to be photographed with him.

As for Rosmah, her credit at Hermes and Tiffany's and elsewhere is now cut off. Those luxury stores now know the money was not hers. it was stolen from the Malaysian people. They do not want to be complicit in international money laundering. They have their own reputations to protect.

That is how the world will react. But how will the Malaysian people react ?  Will Najib get away with this, back in Malaysia ?

I fear that the answer is yes. If so, it means that Malaysia is now in Mugabe-land.

The inspector-general of police (IGP)  says that the US government never asked for cooperation from the Malaysian government in their investigation. Yet both the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and teh FBI have said that they cooperated with each other in this investigation. The IGP knows the truth, so why did he say otherwise ? Why did he lie ?

The Malaysian AG says that this is all speculation and innuendo, and that there is no proof of the US government's charges. Yet the US government has issued a very thorough, professional and detailed 136-page filing evidence with th court. It i there for the AG to read. Instead, why did he choose to insult the integrity of the US government ?

Why did he lie ?

As long as Malaysia's IGP and AG continue to deny the truth in the face of the overwhelming facts, we know where this is going.

How ironic it is, that is the US government - the FBI and the US Attorney-General - who are doing the job that the IGP and Malaysian AG should be doing.

As US AG Lynch said, this is the Malaysian people's money. It is not America's.

We want to give it back to you.

JOHN MALOTT is a former US ambassador to Malaysia,

2017/07/27

Insentif Peneroka Felda Sebenarnya Pinjaman, Bukan Bonus - Kadir Jasin

BANGI, 2 Zulkaedah 1438H, Rabu – Baguslah peneroka Felda mendapat durian runtuh. Tetapi siapa yang membiayainya? Silap-silap peneroka sendiri yang berhutang untuk membiayai insentif itu. Demikian kata, Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin mengulas enam insentif diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, 23 Julai lalu.

Menjelaskan telahan beliau itu, Kadir berkata, oleh kerana kedudukan kewangan Felda, khususnya dan Kerajaan Pusat amnya, lemah longlai, adalah mustahil insentif itu diberikan sebagai bonus atau habuan, tetapi lebih berupa pinjaman yang secara tersirat atau tersurat terpaksa dibayar balik oleh penerima.

Katanya, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad sendiri mengaku bahawa Felda kekurangan belanjawan sebanyak RM1 bilion sejak tahun 2015 yang bermakna pendapatan agensi itu kurang RM1 bilion daripada perbelanjaan.

“Jadi dalam keadaan di mana kerajaan dan Felda tidak ada duit untuk diboroskan, jelaslah bahawa insentif yang dijanjikan itu tidak lain tidak bukan adalah untuk tujuan politik kepartian, iaitu menyogok peneroka dan ahli keluarga mereka agar menyokong Umno/BN dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Sogokan ini adalah pengakuan mutakhir Najib dan konco-konco beliau bahawa Umno/BN bukan lagi pilihan eksklusif di rancangan-rancangan Felda, khususnya dan di kawasan luar bandar, amnya.

“Secara terang-terangan Najib memberi gambaran bahawa ini adalah pemberian bersyarat apabila beliau berkata 20,000 peneroka bebas yang tidak termasuk dalam senarai penerima boleh dipertimbangkan dengan syarat kembali ke pangkuan Felda, iaitu kembali setia kepada Umno/BN,” katanya hari ini

Katanya, UMNO dan Barisan Nasional (BN bukan lagi parti yang membawa kemajuan dan kesejahteraan kepada rakyat, sebaliknya menjadi parti yang membebankan mereka dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kenaikan kos sara hidup, pengangguran, pemotongan biasiswa, penghapusan pinjaman pengajian tinggi dan pengurangan kemudahan rawatan di hospital kerajaan.

Bekas Ketua Pengarang New Straits Times itu berkata, UMNO dan BN adalah parti yang mencipta 1MDB bagi memperkayakan Jho Low, Riza Abdul Aziz, Tim Leissner dan gerombolan mereka dan membebankan rakyat jelata serta negara dengan hutang paling besar dalam sejarah.

“Kita yang faham keadaan sebenar ekonomi negara dan bebannya kepada rakyat jelata tidak akan menyalahkan peneroka dan sesiapa saja yang teruja dan berasa amat gembira dengan sogokan yang dilabelkan sebagai insentif, bonus dan bantuan itu.

“Pokok pangkalnya itu lah yang akan terjadi apabila kerajaan Umno/BN menggagalkan ekonomi negara dan memiskinkan rakyat jelata. Rakyat jelata yang dulu senang, selesa dan berkeyakinan hari ini menjadi pengemis yang mengharapkan sedekah dan bantuan.

“Soalnya, adakah cukup dan memadai bantuan bermusim ini atau kita berusaha memulihkan ekonomi kita dan ekonomi negara kita agar menjadi lestari semula? Kalau pilihan kita adalah yang kedua, maka kita perlu menolak kerajaan kleptokrat Unmo/BN yang mencuri harta rakyat jelata,” katanya.

Sehubungan itu, Kadir mempertikaikan dari mana datang peruntukan ‘durian runtuh’ untuk peneroka dan rakyat miskin ini kalau tidak daripada hutang dan perahan hasil daripada syarikat serta tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLC/GLIC)?

“Inilah yang saya tulis dan sebut berulang kali sebagai punca kebimbangan yang amat sangat bahawa kerajaan kleptokrasi yang ketandusan wang ini akan berhutang lagi dan memerah duit GLC/GLIC. Tanpa hutang baru pun, hutang kerajaan pusat sudah melambung kepada RM833.75 bilion pada tahun 2015, iaitu paras paling tinggi dalam sejarah negara.

“Sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib adalah “bapa hutang negara”. Di bawah kelolaannya, hutang kerajaan naik kepada RM376.39 bilion pada tahun 2009 berbanding RM317.44 bilion yang ditinggalkan oleh (Tun) Abdullah Ahmad Badawi dan RM188.79 bilion oleh Tun Dr Mahathir,” katanya.

Kerana itu juga, katanya, beliau bimbang syarikat milik Permodalan Nasional Berhad (PNB), khususnya Maybank, akan dijadikan sasaran kerana mereka masih mempunyai rizab yang banyak.

Najib, katanya, tidak berani lagi menjadikan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai harta karun setelah meminjam RM25 bilion untuk syarikat misteri – Pembinaan PFI Sdn Bhd.

“Apatah lagi meminjam daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (pencen kakitangan awam) setelah mengaut RM4.4 bilion untuk sebuah lagi syarikat misteri bernama SRC International Sdn Bhd.

“Begitu juga daripada Tabung Haji yang telah diperah untuk membiayai kegiatan 1MDB dan menyokong terbitan awam permulaan (IPO) FGV pada tahun 2012. Jadi yang mungkin menjadi sasaran adalah syarikat-syarikat PNB dan GLIC milik Khazanah Nasional Berhad.

“Inilah yang ditakuti dan wajib diawasi dengan serapi-rapinya kerana kerajaan kleptokrasi yang mencuri ini mungkin terus menggali sumber GLC dan GLIC bagi menampung perbendaharaan yang semakin kering” katanya.

http://www.ismaweb.net/2017/07/insentif-peneroka-felda-sebenarnya-pinjaman-bukan-bonus-kata-kadir-jasin/

TUN M DAN HALA TUJU POLITIK MALAYSIA

:

1.Pagi tadi berlangsungnya Dialog Tokoh Politik Bersama Cendikiawan Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana. Tun M merupakan tokoh politik yg berganding bersama Dato' Paduka Haji Husam Musa. Perbincangan itu dilihat oleh Tun M sebagai perbincangan perkara-perkara yang ada kaitannya dengan diri kita sendiri.

2. Tun M juga membawa kita kepada pembentukan awal negara ini di mana negara kita adalah negara berbilang kaum, dengan ini di dalam sejarah pembinaannya kita telah  berusaha dan mencuba hidup besama. Di Malaysia ada kaum yang kuat, ada kaum yang lemah. Kita tidak boleh samakan yang kuat dengan yang lemah dari segi sesuatu pemberian dan pembelaan. Beliau mengambil contoh sukan golf di mana pemain masing-masingnya mempunyai handycap tersendiri. Oleh itu menjadi pekara biasa dalam sesebuah negara untuk memberikan layanan bersesuaian kepada yang lemah dengan yg kuat.

3. Beliau melihat bahawa di negara kita, kaum yang kuat ialah masyarakat Cina manakala yang lemah pula ialah orang Melayu. Memang sukar untuk menyatukan pelbagai kaum.. menyatukan satu kaum pun menjadi suatu perkara yg agak sukar. Permusuhan tidak dapat dielak dan kita sentiasa terdedah kepad civil war dan rusuhan

4. Beliau juga mengucapkan Alhamdulillah Malaysia berjaya suatu ketika mengekalkan keamanan negara. Beliau melihat bahawa kalangan pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu memilih sistem demokrasi kerana konsep "the majoriti rule". Pemimpin awal berfikir orang Melayu mewakili majoriti penduduk oleh itu ada kemungkinan mereka akan boleh bekuasa selamanya. Malangnya yg mereka tidak jangka ialah perpecahan orang Melayu kini telah menyebabkan mereka bukan lagi majoriti dari segi konsep demokrasi.

5. Beliau menambah mengenai sejarah pepecahan orang Melayu bermula dari dalam Umno sendiri, suatu ketika dahulu contohnya, bibit awal perpecahan antara lain dicetuskan oleh kalangan ulama umno yg pada suatu ketika mulai berfikir mereka tiada tempat dalam umno. Oleh itu mereka keluar umno dan membentuk parti Pas.

6. Dalam perbincangan itu juga Tun M membawakan konsep "Kita tidak mendapat sesuatu tanpa kita memberi sesuatu". Konsep ini harus menjadi pembina kesedaran untuk kita saling berkerjasama memajukan negara.

7. Beliau menambah bahawa setiap warganegara mempunyai perasaan ketakutannya yang tersendiri. Contohnya orang Melayu kadang-kadang berasa takut jika mereka tidak mendapat tempat kerana persaingan dan takut mereka akan ditindas. Hal inilah yang menjadikan mereka bangkit untuk memperjuangkan nasib diri sendiri.

8. Beliau turut membincangkan bagaimana dalam sejarah kita, suatu ketika kita pernah stabil disebabkan situasi keseimbangan berlaku di mana satu kaum ada kekuatan politik dan satu kaum lagi iaitu Cina ada kekuatan ekonomi.

9. Beliau melihat betapa malangnya hal ini sudah mula terhakis. Kuasa politik Melayu  mulai betkurang dengan kurangnya kekuatan kepimpinan Umno sekarang yang sebelum ini parti ini dianggap sebagai parti yang boleh menjaga kepentingan orang Melayu

10. Lama kelamaan, Tun M berpandangan bahawa kita dapati kepimpinan umno kini makin lemah. Kepimpinan mula merosot,  keahlian Umno dan kepimpinan Umno didominasi oleh orang yang berkepentingan peribadi.

11. Pemimpin-pemimpin umno kini, mengikut beliau mengguna perasaan tamak hingga terdapat kalangan pemimpin umno yang bejuang untuk mendapat kuasa. Oleh itu wang digunakan dengan begitu banyak untuk mengekalkan kuasa. Orang yang ingin berkuasa perlukan wang yang banyak. Oleh itu satu usaha dibuat utk mencuri wang, sehingga menjadikan negara kita mulai terjejas reputasinya secara mendadak.

12. Tun M kemudian menyoal, apakah orang Melayu patut lagi sokong Umno yang dahulunya mereka anggap sebagai pejuang kemerdekaan. Beliau mengingatkan para hadirin bahawa parti cumalah alat, sekiranya alat sudah terpesong maka perlukah lagi kita sokong parti itu.

13. Terdapat beberapa soalan daripada hadirin kalangan ahli akademik yang mengemukakan pertanyaan yang antara lain, kenapa Tun M sekali lagi berada di luar umno sekarang. Jawaban yang beliau berikan ialah kerana umno tidak lagi seperti dahulu. Umno kini telah diguna sebagai alat. Kata beliau "Inilah yang saya buat sekarang sehingga berbaik dengan orang yang dahulunya anggap saya Mahafiraun"

14. Beliau menambah bahawa jika kita mahu mengalahkan umno Bn maka pembangkang mestilah bersatu dan mesti bergabung. Matlamat sekarang ialah utk menjatuhkan kerajaan yang dunia sudah cop sebagai pencuri.

15. Beliau mengakhiri dengan harapan bahawa kita perlu menang sekarang jika ingin selamat. Jika kita tidak berubah sekarang maka orang Melayu akan berdepan dengan ancaman yang amat besar dan terdedah pula kepada kehilangan kuasa Melayu.

Ulasan
Samsul Adabi Mamat
25hb. Julai 2017

Hamas Ucap Terima Kasih Kepada Korea Utara. Puncanya Buat Ramai Umat Islam TERPANA


Tak Sangka Walau Korea Utara Ni Pelik Tapi Begini Perangainya



AMARAN PYONGYANG TERHADAP ISRAEL

Hamas memuji Korea Utara pada Ahad lalu selepas rejim Pyongyang mengeluarkan ancaman keras terhadap Israel.

Sebelum ini, Kementerian Luar Korea Utara berikrar negara itu akan “menghukum tanpa belas kasihan” mereka yang menyinggung maruah kepimpinan negara”.

Ia adalah merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, di mana dia menggelar pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, sebagai “melampau dan gila.”

“Kami memberi amaran kepada Israel untuk berfikir dua kali mengenai implikasi kempen fitnah terhadap kami,” kata Kementerian Luar Korea Utara.

Korea Utara juga mendakwa bahawa Israel adalah satu-satunya ‘pemilik haram’ senjata nuklear di Timur Tengah dan turut menyatakan sokongan perjuangan rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara merdeka dengan Quds (Jerusalem) sebagai ibu negaranya.

PENGHARGAAN TERHADAP KEBERANIAN KOREA UTARA

Ekoran kenyataan itu, pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, melahirkan penghargaan kenyataan Korea Utara yang menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin dan menolak sikap penjajah.

Kim Jong-un mengecam Israel dengan mendakwa ‘Israel adalah satu kutukan di Timur Tengah’ dan menolak sikap besar kepada Israel yang suka menjajah.

Sumber : Laicikang

STATUS PEMBELIAN TANAH OLEH NOH OMAR LEBIH TERUK DARI PEMBELIAN BANGLO LIM GUAN ENG.

BISMILAHHIRAHMANNIRRAHIM,,

PATUTLAH NAJIB NAK SANGAT KETUA SETIAUSAHA SULITNYA UNTUK MENJAWAT JAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH SPRM,,

NAK TUTUP SEMUA SKANDAL PEMIMPIN2 HAPRAK UMNO,,

✔    Skandal Noh Omar pula didedah.. beli 30 ekar tanah pada harga RM100,000 saja

Dewan Negeri Selangor (DNS) digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.

Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.

Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.

Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.

“Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang,” katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.

Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.

Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.

“Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.

“Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?” soalnya.

Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.

Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal. Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas - Selangorku

Jet ACJ320 9M-NAB (PERDANA ONE) Berada Di Kazakhstan Tanpa Najib Razak , Siapa Guna..??

sumber : suarakami14

Rafizi Ramli meminta Jabatan Perdana Menteri supaya mengesahkan sama ada jet ACJ320 9M-NAB berada di Kazakhstan untuk diselenggara atau tidak.
Ini kerana Rafizi dimaklumkan sehingga kini tidak ada sebarang laporan mengenai aktiviti senggaraan ke atas ACJ320 9M-NAB seperti yang didakwa.
“Selalunya pergerakan dan aktiviti jet dilaporkan secara terperinci oleh perunding penerbangan seperti Aero Transport Databank (www.aerotransport.org),” katanya dalam satu sideng media di Ibu Pejabat Amanah Kuala Kangsar.
Dalam pada itu Rafizi meminta kerajaan menerangkan kenapa tidak ada jet gantian sepertimana amalan biasa sehingga perlu menyewa sebuah jet baru daripada Emirates.
“Datin Seri Rosmah Mansor boleh sahaja menggunakan satu lagi jet sedia ada iaitu ACJ319 9M-NAA memandangkan sekarang pun ada 2 jet yang beroperasi iaitu ACJ319 9M-NAA dan BBJ737-700 M53-01,” katanya.
Dalam beberapa sidang media sebelum ini, Rafizi antara lain mendakwa kerajaan membelanjakan sehingga RM86 juta bagi menyewa jet tersebut.
Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor mewajarkan tindakan menyewa itu dengan berkata Rosmah memiliki jadual yang padat.
Persoalan
1. Mengapa Perdana One berada di Kazakhstan sedangkan Najib ber
ada dalam negara?
2. Mengapa Rosmah perlu menyewa jet membazir wang rakyat sedangkan jet kedua ada?
3. Mengapa tiada laporan Perdana One diselenggara diKazakhsatan?
Soalan utama siapa yang menggunakan Perdana One di Kazakhtan jika pesawat tidak diselenggara???


ANTARA MCA DAN DAP... SIAPA YANG ANTI MELAYU DAN ISLAM..??

MCA, salah sebuah parti komponen BN yang sebelum ini diketahui merupakan antara penentang kuat Akta 355 daripada diambil-alih pembentangannya oleh kerajaan sehingga Najib Razak tunduk kepadanya, dalam perkembangan terbaru menyelar DAP kerana memberi lebih banyak bantuan kepada orang Melayu dan perkembangan agama Islam di Pulau Pinang.
Kata Ketua Biro Publisiti MCA, Chai Kim Sen, tindakan itu bermakna DAP telah meminggirkan masyarakat bukan Melayu dan bukan Islam di negeri itu.
"Selepas mengambil lih Pulau Pinang pada 2008, hanya dalam tempoh 8 tahun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah memperuntukkan RM4.5 juta untuk hal ehwal Islam dan RM8 juta kepada 20 buah sekolah aliran agama Islam, satu jumlah yang lebih banyak berbanding agama lain.
"Pemberian kontrak kerajaan pula, 90 peratus daripadanya diberikan kepada Bumiputera," ujar beliau.
Selain itu, tambah beliau, dibandingkan dengan pentadbiran di bawah Gerakan sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang di bawah DAP juga memperuntukkan lebih banyak kepada masyarakat Bumiputera berbanding kaum-kaum lain.
Maka, antara DAP dan MCA, siapa yang sebenarnya anti Melayu dan anti Islam?
Kenapa MCA perlu  marah kepada DAP hanya disebabkan memberi lebih banyak bantuan serta pertolongan kepada orang Melayu dan agama Islam?
Bukan tindakan DAP itu membuktikan mereka menghormati kedudukan Melayu sebagai kaum majoriti serta Islam sebagai agama rasmi Persekutuan?
Adakah MCA kini ingin membuka topeng dan mendedahkan wajah sebenar mereka bahawa meskipun berada di dalam BN menjadi rakan karib kepada UMNO, sikap sebenar mereka ialah anti Melayu dan anti Islam?
Jika begitu, tidakkah BN yang ada MCA didalamnya lebih merbahaya untuk terus mentadbir negara berbanding Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP?
Selama ini, DAP selalu digambar dan dijeritkan sebagai parti yang anti Melayu dan anti Islam, terutama kepada orang-orang kampung dan mereka yang tinggal di luar bandar.
Memilih DAP atau mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengannya kerapkali ditafsirkan sebagai ancaman kepada kedudukan Melayu dan Islam di negara ini.
Di Pulau Pinang, pelbagai gambaran buruk kepada Melayu dan Islam konon telah dilakukan oleh DAP sejak mereka menguasai pemerintahan negeri itu.
Daripada pemimpin atasan UMNO, menteri, pimpinan di bahagian, pencacai di cawangan, blogger berbayar sehinggalah pengomen-pengomen di blog dan media sosial yang diketahui cuma dihadiahkan telefon pintar A9 dan duit raya setahun sekali sebanyak RM900, mainan mereka mengenai DAP itu anti Melayu dan anti Islam bagaikan tiada kesudahannya, meskipun sudah banyak bukti ditampilkan untuk menidakkannya.
Akhirnya, kenyataan pemimpin MCA sendiri telah memberikan jawapan yang sebenarnya.
-ShahbudinHusin

PEMINDAHAN BEBERAPA UNIT TENTERA DARAT BAKAL MENGUBAH LANSKAP UNDI POS

Kami telah menerima maklumat bahawa beberapa unit Tentera Darat (TD) akan/telah berpindah kekawasan baru yang akan mengubah lanskap pengundi pos dikawasan baru itu. Pemindahan ini melibatkan unit-unit berikut:

1.  Satu Batalion Infantri dan satu Rejimen Artileri ke Kem Hutan Melintang, Perak. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan Parlimen Bagan Datuk dan DUN Hutan Melintang.
2.  Satu Skuderan Jurutera dan satu Rejimen Artileri ke Kem Paloh, Johor. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan Parlimen Semberong dan DUN Paloh.
3.  Satu unit baru Risik ke Kem Bera, Pahang. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan Parlimen Bera dan DUN Kemayan.
4.  Satu Rejimen Artileri ke Kem Segamat, Johor. Pemindahan ini bakal menambahkan undi pos bagi kawasan Parlimen Segamat dan DUN Buloh Kasap.

Sekiranya maklumat pemindahan ini benar, maka dua kawasan undi Parlimen yang penting mesti dipertahankan oleh BN, akan menerima tambahan undi pos iaitu, Parlimen Bagan Datuk, Perak dan Parlimen Semberong, Johor.

Pada PRU13 lalu, Parlimen Bagan Datuk dimenangi oleh YAB Dato Zahid Hamidi (BN), manakala Parlimen Semberong dimenangi oleh YB Dato Hishamuddin Hussein (BN),

Nyata juga Parlimen Bera, Pahang dan Parlimen Segamat, Johor penting bagi BN untuk dipertahankan. Pada PRU13 lalu, Parlimen Bera dimenangi oleh YB Dato Ismail Sabri (BN), manakala Parlimen Segamat dimenangi oleh YB Dato Dr. Subramaniam, Presiden MIC.

Kami kurang pasti status kem-kem seperti diperanggan 1hingga 4 diatas, yang akan menerima unit-unit baru ini, iaitu:

1.  Samada sudah siap lengkap.
2.  Samada masih dalam binaan.
3.  Samada separuh siap.
4.  Samada masih dalam rancangan untuk dibina.

Dalam apajua status kem-kem tersebut, atau samada pemindahan telah dilaksanakan secara fisikal atau tidak, tindakan ini bakal mengubah lanskap bilangan pengundi pos bagi kawasan Parlimen dan DUN dimana unit-unit TD ditempatkan.

Jika maklumat pemindahan ini benar, maka kami ingin mengajukan soalan berikut kepada SPR , BN dan TD:

1.  Tidakkah pemindahan ini dirancang bagi memberi kemenangan kepada calon BN?
2.  Tidakkah kamu sedar perbuatan ini satu penipuan terlarang oleh agama anutan kamu?
3.  Jika kamu menang dalam PRU nanti, tidakkah kamu rasa bersalah dengan perbuatan penipu kamu itu?
4.  Sekiranya kem-kem belum siap untuk diduduki, maka bolehkah anggota unit tersebut membuang undi secara pos dikawasan baru mereka itu
5.  Tidakkah menindahkan unit-unit TD kekawasan baru sebelum PRU 14 mempunyai alasan opolitik semata mata?
6.  Adakah pemindahan ini dilakukan atas alasan bahawa kem lama unit-unit terlibat tidak lagi SESUAI, seperti jawapan Timbalan Menteri Pertahanan baru baru ini terhadap penjualan Kem Batu Kantomen?

Kepada sesiapa saja yang terlibat dengan rancangan pemindahan  ini, maka saya minta kamu semua lihat dalam diri kamu dan bertanya samada perbuatan kamu salah atau benar. Apa perlunya kita bermegah jika kemenangan itu berlaku atas perbuatan penipuan? Lakukan lah kerja benar, ikhlas dan jumur yang akan menerima keberkatan dari Allah swt.

Fikir fikirkan lah......

2017/07/24

PEMBESAR² UMNO AKAN TERKENCING JIKA UMNO KALAH PADA PRU14

Credit: Mustapha Kamil...

Ancam sana, ancam sini, gertak sana, gertak sini. Pendek kata, orang Melayu akan terus masuk gua jika UMNO kalah pilihanraya.
Itu cakap politik orang besar UMNO, dan setiap batang dedalu yang bergantung harap dan rezeki pada parti itu saja.

Jika UMNO kalah, mereka ini lah yang sebenarnya akan terkencing dahulu. Ramai yang sudah biasa dengan hidup di coffee house, rancang sana, rancang sini, berlagak macam ditangan merekalah masa depan negara ini berada, sedangkan sumbangan produktif pada ekonomi orang Melayu sedikit pun tak ada kerana selain dari mengampu, mereka sebenarnya tidak ada kebolehan. Mereka ini akan terpaksa lah mencari sumber pendapatan lain jika UMNO tewas.

Adakah patut orang Melayu bergantung harap pada mereka ini? Sama sekali tidak.
Orang Melayu ini jauh lebih pandai dari yang kita sangka sebenarnya. Diluar negara dan didalam jua ramai orang Melayu ini yang berjaya dengan bekerja dengan jujur dan profesional.

Wahai anak-anak Melayu, adakah anda fikir mereka yang duduk macam bagus di coffee house berjenama, rancang sana rancang sini itu merancangkan masa depan anda, anak-anak dan keturunan anda?

Tidak. Saya kenal ramai mereka ini. Mereka cuma memikirkan kesenangan mereka sahaja.
Ada yang kaya raya, tidak hirau pasal kos sara hidup yang tinggi sedangkan anda yang gaji naik 4 peratus setahun bayar GST 6 peratus pula.

Ada yang nak pergi Legoland pun ancam pula tuanpunya Legoland itu. Jika tidak diberi tiket free, ia akan diserang didalam penulisan mereka.
Sudah lah. Nyahkan saja mereka ini untuk masa depan bangsa dan negara kita ini.

“BUKA SEMULA AL-AQSA ATAU KAMU HILANG NEGARA!” RAJA JORDAN




Masjid Al-Aqsa Terus Diserang, Raja Jordan Ancam Israel

AMMAN – Pemimpin Jordan Raja Abdullah II nampaknya sudah mulai hilang sabar dengan sikap yang ditunjukan tentara Israel. Tentara Zionis itu tidak mengindahkah kecaman Jordan, dan terus  melakukan serangan dan pelanggaran hak dan batasan yang dipersetujui terhadap masjid al-Aqsa.
Dalam sebuah pernyataan Abdullah mengatakan, jika pemerintah Israel tidak segera menghentikan aksinya di al-Aqsa, maka Jordan akan menghentam Israel habis-habisan. Perkara ini menurut Abdullah boleh buatkan hubungan kedua negara terganggu.
“Setiap provokasi lainnya di Jerusalem akan mempengaruhi hubungan antara Jordan dan Israel, yang telah memiliki perjanjian damai sejak 1994,” kata Abdullah dalam pernyataannya, selepas melakukan pertemuan dengan Perdana Menteri UK di Amman.
“Jordan, sayangnya tidak memiliki pilihan lain, kecuali mengambil tindakan keras mengenai hal ini,” sambungnya, seperti dipetik Al Arabiya.
Sebelumnya, Pemerintah Jordan melalui Menteri Informasi mereka Mohammed Momani telah melemparkan kecaman atas tindakan tentara Israel di al-Aqsa. Menurut Momani, Israel sengaja melakukan provokasi tersebut, dengan harapan dapat merubah status quo di kompleks yang menjadi lokasi tiga Tempat suci untuk tiga agama yang berbeza tersebut.
Di bawah status quo, orang-orang Yahudi diizinkan untuk mengunjungi wilayah yang kerap juga disebut komplek Kuil Suci. Tapi, warga Yahudi tidak diperkenankan untuk berdoa di sana, karena takut akan menimbulkan persalisihan dan perbalahan dengan jamaah Muslim.
Jordan sendiri sejatinya adalah pemegang hak kompleks Kuil Suci di sana. Dimana, di dalamnya terdapat tiga tempat suci, untuk tiga agama yang berbeza, yakni Islam, Kristian dan Yahudi.

TS Shahrir... Mengapa Berbohong?

KENYATAAN MEDIA ANAK

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) amat dukacita dengan penafian Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad, mengenai jumlah sebenar hutang peneroka Felda yang di kategorikan bersama Felda@menyerahkan tanam semula kepada Felda.

Isu timbunan hutang peneroka adalah sesuatu yang diketahui umum. Jumlahnya bukan sahaja mencecah RM100,000 seperti disebut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir; di Kota Tinggi pada 15 julai lalu, bahkan ANAK boleh buktikan di sesetengah felda sedang menghampiri RM170,000!

Sebagai Pengerusi Felda sejak 6 Jan 2017 lalu, seharusnya TS Shahrir beroleh gambaran tepat mengenai jumlah hutang 94,956 orang peneroka. Apabila hutangnya besar, tempoh membayar balik memakan masa hingga 20 tahun. Kadangkala, belum merasa lega atau merdeka dari bebanan hutang, proses tanam semula berikutnya bermula, dimana hutang baru khususnya pinjaman sara hidup antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan dibuat hingga tempoh 7-8 tahun.

Justeru, insentif yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri mengenai pelupusan hutang bernilai RM5,000 seorang peneroka dan dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula berjumlah RM300 juta bagi tempoh lima tahun antara 2017-2021, bagi melupuskan hutang kos operasi,melebihi jangkaan RM40,000; tidak akan menyelesaikan derita dan sengsara peneroka mengenai beban hutang yang terlalu tinggi.

ANAK konsisten mencadangkan:

1. Melupuskan hutang peneroka sekurang2nya 50% seperti dalam penyata Kos Tanam Semula,

2. Mansuhkan faedah 6.25% atas pinjaman seperti dalam perjanjian Tanam Semula,

3. Mengkaji semula terma hutang pembangunan ladang seperti baja( mahal tetapi didakwa tidak berkualiti), kos penyelenggaraan ladang dan pinjaman persendirian seperti pembesaran rumah yang mengenakan kos perkhidmatan 2.5%.

4. Mempercepatkan proses Tanam Semula dari kerja penebangan, penyediaan tapak nurseri, menanam benih dan penyelenggaraannya. Proses tanam semula yang lambat@tidak efisien; menyebabkan Kos sara hidup meningkat.

Adakah TS Shahrir maklum, ada kes yang diadukan kepada saya, beserta penyata yang dilampirkan, ada peneroka yang terpaksa menanggung kos faedah atas pinjaman sahaja bernilai RM47,000!

ANAK sependapat dengan pengumuman YAB Perdana Menteri mengenai pembentukan geran khas tanam semula peneroka yang diluluskan Lembaga Minyak Sawit Malaysia( MPOB)kepada Felda hingga tahun 2020. Ia telah diperjuangkan ANAK sekian lama dan perjumpaan dengan pengurusan MPOB pun telah dibuat sebelum ini. Soalnya, mengapa setakat tahun 2020 sahaja?

ANAK ingin mengingatkan TS Shahrir, selagi mana isu hutang dan pendapatan peneroka tidak ditangani secara menyeluruh dan mekanisme yang betul, gesaan terhadap 17,000 peneroka felda yang melaksanakan kebun secara bersendirian , agar kembali bersama Felda, dalam tempoh 6 bulan ini, tidak akan berkesan.

Jika mereka bebas dari hutang dan beroleh pendapatan lebih baik, apa alasan untuk mereka bersama Felda?

Seharusnya, Kerajaan berterima kasih kepada 17,000 orang peneroka ini yang hakikatnya memenuhi hasrat dan dasar Felda ditubuhkan. Mereka tidak perlu terus menerus bergantung kepada Felda. Jika pun ada masalah penyelenggaraan kebun, beri khidmat nasihat dan tunjuk ajar yang sepatutnya.

Tindakan mengasingkan mereka dan dinafikan dari mendapat sebarang insentif adalah suatu diskriminasi dan tindakan kejam yang bertentangan dengan ajaran Islam dan hak asasi yang dijamin perlembagaan persekutuan.

ANAK mendesak TS Shahrir, jangan diteruskan amalan tidak demokratik seperti dilakukan TS Isa Samad.

Akuilah pandangan pihak lain termasuk parti pembangkang. ANAK yakin 6 insentif yang di umumkan YAB Perdana Menteri ada kaitan dengan kebimbangan terlepasnya 54 Parlimen yang ada Felda di dalamnya, pada PRU 14 akan datang.

ANAK dan Ngo2 lain bersedia mengadakan perbincangan demi kebaikan bersama.

Zaman Ugut dan ancam kepada peneroka sudah berlalu.

Muafakat membawa berkat!

Mazlan Aliman
Presiden ANAK
24 Julai 2017

2017/07/23

CABARAN TERBUKA TUN DR. MAHATHIR BUAT REGIM NAJIB RAZAK & CO

Tun saperti biasa bersedia menerima siapa sahaja samada najib atau wakilnya. Ada kah mungkin kali ini hasrat Tun tercapai?

Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia berdebat dengan sesiapa saja sama ada Datuk Seri Najib Razak atau penyokong perdana menteri itu.

"Datanglah Nazri, Najib, apa nak takut? Saya orang tua dah.

"Takut orang tua ka?"

Program itu akan diadakan di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam 13 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Puad Zarkashi sebelum ini sudah menawarkan diri menggantikan Najib bagi menjawab segala persoalan yang akan dibangkitkan pada forum berkenaan.

Justeru kata Dr Mahathir beliau terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menjawab bagi pihak Najib.

Untuk rekod sebelum ini sudah pernah diaturkan debat antara Dr Mahathir dengan Datuk Seri Nazri Aziz.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak kesampaian selepas gagal mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia yang memberikan alasan keselamatan awam.

Nothing to Hide 2.0 Dr Mahathir bercadang untuk mendapatkan penjelasan daripada Najib mengenai dana bernilai RM2.6 biion yang dimasukkan ke akaun persendiriannya.

Menurut Dr Mahathir wang itu sebenarnya dicuri dari dana 1MDB, namun Najib yang secara konsisten menafikan tuduhan itu sebaliknya bertegas ia adalah derma daripada seorang hartawan Arab Saudi.

2017/07/22

Sultan Brunei sangka Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia

 



SEBUAH berita yang agak ganjil disiarkan oleh akhbar Sinar Harian berkenaan majlis persandingan puteri Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah.

Kalau kita lihat pemimpin-pemimpin negara ASEAN dijemput untuk menghadiri majlis gilang gemilang tersebut. Ketua-ketua negara ASEAN hadir atau diwakili menteri luar negara masing-masing.

Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra, Presiden Filipina Benigno S. Aquino, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan Menteri Luar Singapura K. Shanmugam turut hadir pada istiadat persandingan diraja itu

Bagaimanapun, di tengah-tengah kehadiran ketua-ketua negara ASEAN ini, Rosmah Mansor pula hadir sebagai ketua kerajaan Malaysia.

Nampaknya Rosmah akan bergaul dengan ketua-ketua negara ASEAN memainkan peranan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Persoalannya, kenapa Rosmah yang hadir?

Rosmah sibuk nak menggantikan Najib atau Sultan Brunei sangka Rosmah Mansor Perdana Menteri Malaysia lalu beliau yang dijemput?

Negara lain hantar ketua negara, tapi Malaysia hantar Bik Mama kah kah kah...

Timbalan Perdana Menteri tunggul kayu kah kah kah... "

2017/07/20

SURAT TERBUKA BRIG JENERAL [B] ARSHAD RAJI KEPADA LAKSAMANA [B] TAN SRI MOHD ANWAR, PRESIDEN PVATM



sumber : malaysiakini

oleh Dato’ Mohd Arshad Raji

Saya menerima banyak maklumbalas terhadap tulisan saya mengenai pengumuman mengadakan perhimpunkan seramai 100,000 veteran pada bulan Julai tahun ini, yang dikatakan dilafazkan oleh Tan Sri baru baru ini pada Sidang Meja Bulat yang di hadiri oleh berbagai persatuan veteran Angkatan Tentera di Kuala Lumpur.

Saya tidak tahu apakah tujuan perhimpunan itu di adakan, tapi mendapati bahawa kehadiran nya agak luar biasa ramainya. Saya mula menyoal akan diri saya, apakah tujuan perhimpunan sebesar ini di adakan?

Lantas terfikir pada diri saya mengenai berita yang tersebar yang mengatakan kemungkinan PRU 14 akan berlangsung pada hujung tahun ini.

Saya percaya Tan Sri tidak membuat pengumum ini mengikut kehendak diri sendiri, tapi saya percaya pengumuman ini dibuat atas kehendak saorang yang tinggi dalam ‘hierarchy’ kepimipinan politik negara, yang mempunyai kepentingan ajenda politik tersendiri.

Saya hanya boleh beranggapan, iaitu perhimpunan tersebut adalah bagi mempengaruh minda veteran supaya menyokong regim yang ada sekarang. Rejim pemerintah harus faham apakah dia penugasan veteran Angkatan Tentera, yang mana ramai di antara mereka telah gugur dan ramai yang lain telah tercedera di medan dalam tugas mempertahankan negara.

Selain dari itu, rejim pemerintah hari ini tidak boleh menyoal kesetiaan veteran oleh kerana mereka telah membuktikan ketaatan mereka pada Negara dan Raja dengan ikhlas, dan telah memberikan keamanan dan keselamatan sediada pada negara.

Isu isu utama yang memberi kesan terhadap negara terkini amat merunsingkan, hingga timbul kegusaran bahawa negara yang telah kita pertahankan dengan nyawa kita akan hilang kedaulatan kepada negara asing sekiranya rejim masih lalai memahami tiga isu utama seperti berikut:-

Pertama, bebanan hutang negara yang kian meningkat;

kedua, penjualan hartanah sebegitu luas kepada pemilik negara asing atas alasan pembangunan bersama dengan syarikat negara asing;

ketiga, kesediaan kita membenarkan syarikat negara asing membangunkan pelabuhan Kuantan dan Melaka atas alasan bagi memudah dan memajukan perusahaan pekapalan.

Sekarang, nyatakan kepada saya siapakah yang akan membiayai semua projek ini bilamana kita tahu kerajaan tidak mempunyai kemampuan kewangan.

Adakah semua ini wang pinjaman dari syarikat negara asing yang akan dilunaskan beberapa tahun akan datang?

Adakah semua projek ini didebat dengan penyeluruh dan di luluskan oleh parlimen? Siapa sebenarnya mencadang dan meluluskan projek tersebut dengan mengambilkira kemampuan negara melunaskan pinjaman tersebut?

Biarlah saya nyatakan secara terus terang bahawa semua projek tersebut mempunyai implikasi keselamatan jangka panjang pada negara, dan saya ingin bertanya samada kepimpinan Angkatan Tentera dan kepimpinan Polis Diraja negara ini pernah dijemput runding bersama mengenai projek tersebut.

Sekiranya mereka telah di jemput dalam rundingan bersama dan telah memberi sokongan, maka saya katakan bahawa mereka kurang cerdik dan dangkal pemikiran, iaitu sama seperti pemimpin politik sediada dalam memahami impak keselamatan jangka panjang terhadap negara ini. Kita hanya perlu melihat apa yang sedang berlaku pada Sri Lanka sekarang.

Mengalih semula kepada cadangan mengadakan perhimpunan raksaksa yang akan membabitkan penyertaan veteran itu, maka saya tuntut tujuan perhimpunan dinyatakan dengan jelas.

Sekiranya terdapat unsur politik, iaitu bagi menunjulkan imej mana mana pemimpin politik untuk mendokong agenda politik mereka, maka saya tuntut perhimpunan ini dibatalkan. – Sumber Alias Md Jali | February 22 at 11:25am · Melaka · Foto Malaysiakini 

PENDEDAHAN SATU LAGI KEM ATM AKAN DI JUAL ATAU SUDAH DI JUAL

Surat terbuka kepada Menteri Pertahanan Malaysia

Kami dimaklumkan bahawa sebuah kem tentera peninggalan tentera British yang menyimpan banyak sejarah dan kenangan pahit manis pada ribuan veteran ATM yang pernah berkhidmat dan menduduki kem tersebut, akan dijual (atau pun sudah dijual) dengan sewenang- wenangnya kepada pihak awam.

Ini bukan kali pertama sebuah kem tentera peninggalan British dijual, tanpa menghormati sejarah silam, iaitu sesuatau yang amat berharga kepada veteran ATM, terutama bagi mereka-mereka yang pernah bertugas dan menduduki kem tersebut. Kem-kem peninggalan tentera British yang telah dijual oleh kerajaan adalah seperti berikut:

1.  Kem Majidee, Johor Baharu, Johor
2.  Kem Transit, Ampang, Selangor
3.  Kem Tebrau, Johor Baharu, Johor
4.  Kem Lapangan Terbang Sg. Besi, Kuala Lumpur

Kami baru difahamkan bahawa Kem Batu Kantomen, iaitu sebuah kem induk lojistik bagi Tentera Darat Malaysia bertempat di Jalan. Ipoh, Kuala Lumpur akan/telah menjadi mangsa untuk dijual/telah dijual. Disini kami ingin tahu samada maklumat berikut benar atau tidak:

1.  Keluasan kem tersebut adalah dalam jangkauan 200 ekar.
2.  Benarkah kem tersebut dijual secara rundingan terus kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)?
3.  Benarkah harga yang ditawarkan kepada LTAT ialah RM2.3 bilion, dan bukan mengikut nilai pasaran semasa?
4.  Benarkah arahan sudah pun dikeluarkan bagi semua anggota dan unit yang sekarang masih bertempat di Kem tersebut berpindah keluar dengan secepat mungkin?
5.  Benarkah peruntukan sebanyak RM700 juta disediaka untuk pemindahan ke kem-kem lain buat sementara waktu sehingga kem baru disediakan?
6.  Benarkah RM1,6 bilion dari harga jualan tersebut akan digunakan bagi membayar veteran-veteran yang tidak berpencen, yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Perhimpunan Raksaksa Veteran pada 31 Jułai ini di MIECC, Balakong, Selangor.

Persoalan nya sekarang......apa perlunya Kem yang besejarah ini dijual dengan begitu tergesa gesa dan melalui rundingan terus?

Sekiranya tiada sebarang kenyataan dibuat oleh Menteri Pertahanan dalam tempoh 14 hari dimana mana media massa menafikan maklumat ini, maka kami anggap maklumat ini benar. Jika ianya benar, maka adakah ini satu petanda bahawa kerajaan sedang menghadapi kesulitan kewangan akibat skandal 1MDB, dan tujuan Kem Batu Kantomen dijual secara tergesa gesa adalah bagi menyelamat kan kerajaan dari masalah kesulitan kewangan serius yang dihadapi sekarang?

Brig Jen Dato Arshad Raji ( B)

KE MANA PERGI SUBSIDI KAMI - DR.MAZA 2010

UCAPAN TAKZIAH KEPADA TUAN TARIQ ISMAIL SEKELUARGA

Inalillahi wa'inalillahi rojiun...

Allahuma firghlaha warhamha wa'afihi wafu anha..
Allahuma firghlaha warhamha wa'afihi wafu anha..
Allahuma firghlaha warhamha wa'afihi wafu anha..

UCAPAN TAKZIAH

Hari ini 21/7/2017 bersamaan 27hb. Syawal 1438 hijrah.. Kira² jam 4.30 pagi . Telah kembali Bonda kepada KB Penaja PPBM Sri Gading Tuan Tariq Ismail b. Mustafa merangkap AMPT PPBM ke rahmahtullah , telah kembali Allahyarhamah menemui Allah Azza  Wajallah..

Kami seluruh AJK Penaja serta seluruh ahli PPBM Sri Gading mendoakan agar Bonda Tuan Tariq di ampunkan segala dosa dan di tempatkan di kalangan roh org² yg beriman dan beramal soleh..

Kami juga ingin merakamkan ucapan takziah buat Tuan Tariq sekeluarga.. Moga Allah swt gantikan dgn perkara yg lebih baik pada masa yg akan datang.. Aamin..

Yg hidup pasti akan merasa kematian.. Bila, di mana dan bagaimana maut mengundang, makhluk tidak miliki pengetahuan tentangnya.. Sebagai umat Muhamad saw, yakni umat yg terpilih.. Kita sewajarnya bersedia pd setiap detik..

Berehat la seketika dlm tempoh berkabung tuan.. Sebelum mengatur dn mengorak langkah kembali bersama kami dlm menyusun gerak langkah dlm menghadapi PRU14 yg kian menghampiri..

Azman Jamel
AJK Penaja
PPBM Sri Gading

Tragedi di Malaysia Sejak Malaysia Di Terajui Oleh Najib Razak

Credit : FB Taw.

1. Misteri kehilangan MH370
2. Pesawat MH17 ditembak jatuh
3. Pencerobohan di Lahad Datu
4. Gempa bumi di Sabah
5. Banjir terbesar sejak 30tahun
6. Cuaca panas( Elnino)
7. Jerebu terburuk dalam sejarah
8. MT Jaoquim dirampas
9. MT Orkim Harmony dirampas
10. MT Ai Maru yang ditawan lanun
11. MT Oriental Glory dirampas sekumpulan lanun
12. Kes pembunuhan Pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi
13. Kes pembunuhan Kevin Morais
14. Skandal 1MDB ( laporan PAC m/s 76 nyatakan Hutang 1mdb kini mencecah 53 Billion )
15. Menghapuskan DEB ( Dasar Ekonomi Baru )
16. Kes lebih RM100 juta Kementerian Belia dan Sukan
17. Kes pembelian hartanah oleh MARA di Australia
18. Curi 2.6Billion dan di masukkan kedalam akaun peribadi
19. Perlaksanaan GST sebelum SST dimansuhkan.
20. Kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen
21. Perlantikan Paul Stadlen oleh kerajaan
22. Banyak Kilang tutup dan berpindah.
23. Dikaitkan dgn individu bernama Jho Low
24. Dilihat rapat dengan Peter Sondakh
25. Tidak Mampu berbuat sesuatu ketika ringgit jatuh terok
26. Menaikkan Harga Minyak
27. Peningkatan hutang negara dan hutang isi rumah sehingga Mencecah RM847Billion
28. Penghapusan subsidi bahan api, gula, dan beberapa lagi
29. Isu projek ‘Global Strategic Communication Campaign’
30. Isu Lynas di Pahang
31. Skandal NFC
32. Peluang pekerjaan berkurangan.
33. Kes Pembunuhan Altantuya dan Pembunohnya terlepas ke luar negara
34. Pemansuhan ISA dan Di gantikan dengan pelbagai akta ( Pota , Sosma , Mkn )
35. Isu Felda Global Venture (FGV )
36. MAS Bangkrap
37. Kenaikkan bil hospital
38. Pengurangan Biasiswa
39. Kes jenayah berat seperti pembunuhan meningkat
40. Helikoter yang membawa DS JJ terhempas bersama Yg lain
41. Helikopter yang membawa MP k,kangsar & MP sg besar dn VIP terhempas semasa Kempen PRN sarawak
42. Isteri PM ( Rosmah Mansor ) terlalu Boros
43. Isu anak kandung dan anak tiri DS Najib Razak berjoli guna duit rakyat.
44. Pemecatan TImbalan Perdana Menteri Muhyidin
45. Penyingkiran Naib Presiden UMNO, DS Shafie Apdal
46. Penyingkiran MB Terengganu DS Ahmad Said
47. Penyingkiran MB Kedah DS Mukriz
48. Pemecatan Ketua Cawangan UMNO
49. Tamatkan khidmat Peguam Negara alasan ( sakit )
50. Tukar Timbalan Pengarah SB
51. Bubar Pasukan Task Force
52. Bubar PAC ( Ahli PAC lama d naikkan Pangkat Timb Menteri )
53. Menangkap Dato khairudin ( kerana membuat laporan )
54. Menangkap Mathias Chang ( kerana membuat laporan )
55. Isu Bauksit di Pahang
56. Mencagar Telaga Minyak Petronas ( Menurut laporan bekas MB terenganu )
57. Menandatangan perjanjian TPPA
58. Malaysia menduduki Rangking Rasuah ke 2 dunia
59. Menjual Aset Negara kepada Negara China
60. IPIC mengheret 1Mdb ke mahkamah Timbang Tara
61. DOJ & FBI melaporkan rakyat malaysia di tipu Pada skala besar  dan bakal merampas segala aset milik anak tiri PM dan Jho low
62. Singapura menyiasat dan merampas aset milik Jho low ( Kroni Najib ) dan Menjatuhkan hukuman penjara kepada mereka yang bersubahat dengan jholow.
63. Pertambahan Negara yang menyiasat 1mdb.
64. Membuat hutang Baru dengan kerajaan Negara china.
65. Kwap , ltat , kwsp , Tabung Haji Menghadapi krisis kewangan
66. Felda Semakin Tenat.
67. Pejabat tourism Malaysia negeri di tutup.
68. Penutupan Institut Pendidikan Guru.
69. Proton di jual.
70. Cawagan bank banyak di tutup.
71. Tidak Mampu membeli Mesin Semak kertas SPM
72. Isu korea utara

Senarai yang kelihatannya seperti tidak berpenghujung.

2017/07/19

Ringgit adalah Mata Wang Termurah Di Asia Tenggara

(For English Read Below)

Saya merujuk rencana yang disiarkan oleh Bloomberg tempoh hari.  Ianya menggambarkan bahawa Malaysia mempunyai kelebihan eksport ke atas negara Asia Tenggara lain memandangkan Ringgit Malaysia adalah matawang paling murah berbanding matawang negara Asia Tenggara yang lain di kala aktiviti perdagangan antarabangsa meningkat.  Pendapat mereka adalah menjurus kepada pendapat pakar ekonomi bahawa matawang yang lebih murah mempunyai kelebihan bagi pasaran eksport.  Memandangkan 70% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia di perolehi dari dagangan eksport, andaian ini memang masuk akal. 

Namun begitu, walaupun kami sependapat dengan andaian ini, kami juga ingin menekankan bahawa profil eksport memainkan peranan kritikal dalam menentukan pencapaian pertumbuhan eksport negara.

Malaysia telah melalui fasa pengindustrian beberapa dekad yang lalu, yang mana ianya membawa perubahan yang material ke atas profil eksport Malaysia.  Daripada pengeksport komoditi dan bahan mentah, Malaysia berubah menjadi pengeksport produk yang dikilang.

Ini meluaskan lagi profil eksport kita, sekaligus meletakkan aras ukur baru dari segi daya tahan sektor eksport kita.  Ia juga meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia, yang mana mengakibatkan pertambahan import bagi kegunaan peribadi serta industri.

Seharusnya kita menilai kesan dari matawang yang lebih murah berdasarkan profil eksport ini – dengan menilai keseimbangan di antara nilai eksport yang lebih murah dengan nilai import yang lebih mahal.  Malangnya juga, berdasarkan profil asas inilah kegusaran timbul di benak kami melihatkan perkembangan sektor industri dan komersial di Malaysia sejak beberapa tahun lalu. Wajar kita ingat juga bahawa di dalam jangkamasa yang sama, Malaysia telah terkeluar dari senarai 20 negara dagangan dunia yang teratas.

Di samping itu, perpindahan ketara para pengeluar Malaysia ke negara-negara pesaing di Asia Tenggara, diikuti pula oleh konsolidasi syarikat-syarikat multinasional yang mengakibatkan penutupan kilang-kilang, semestinya akan memberi kesan ketara sekali lagi ke atas profil eksport Malaysia. 

Lebih ketara lagi, saya ingin memetik sebuah artikel yang menyatakan bahawa di bawah pentadbiran semasa, penjana ekonomi utama negara telah beralih kepada syarikat berkait kerajaan (seperti monopoli oleh agensi negeri), walaupun sebelum ini penjana utama ekonomi adalah syarikat-syarikat dan pengeluar-pengeluar swasta.

Ini menimbulkan kebimbangan kepada kami – profil eksport Malaysia semakin dipengaruhi kuasa-kuasa politik secara langsung dan bukan hanya melalui mekanisma penggubalan polisi.

Bila diambilkira kepimpinan negara yang semakin autokratik dan kurang telus, perkembangan terbaru ini tidak memberi keyakinan ke atas kemampanan ekonomi mahupun daya tahan eksport negara.

Hakikatnya, perkara yang sebaliknya adalah lebih mungkin berlaku kecuali masyarakat dapat membuat perubahan ketara dalam gaya hidup mereka bagi mengurangkan import. Namun begitu, memandangkan banyak barangan dan perkhidmatan tidak dikeluarkan di Malaysia, sebarang perubahan dalam penggunaan import adalah terbatas.

Diwaktu di mana institusi-institusi yang mengurus pasaran eksport juga bertungkus lumus mengurangkan kos, perkhidmatan menjadi mahal dan kesannya dirasai di semua peringkat sektor eksport.  Ianya menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat kerana kos perkhidmatan itu akan dipindahkan ke pengguna.  Ini tidak dapat dielakkan.

Malangnya, ini akan semestinya menyebabkan kemerosotan kualiti hidup rakyat Malaysia secara amnya.  Rakyat manghadapi pilihan sama ada memilih barangan atau perkhidmata yang berkualiti lebih rendah, atau membelanja lebih untuk barangan atau perkhidmatan yang lebih bermutu.

Sekiranya kesan ini dihadkan hanya bagi barangan pengguna sahaja, kesan jangka panjang tidak mungkin serius seperti ini.  Tetapi, di antara sektor yang mengalami kesan ketara akibat Ringgit yang lebih murah adalah perkhidmatan pendidikan dan barangan berteknologi tinggi – yang mana keduanya adalah penyumbang utama sebagai modal sektor pembuatan.  Maka, apa-apa kemerosotan di dalam kualiti perkhidmatan dan pembuatan, akan memberi kesan secara langsung kepada pelan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Jelas sekali bahawa hanya keazaman bersama antara politik dan awam yang akan dapat membawa kepada pertumbuhan eksport yang diwar-warkan.

Di sinilah pentingnya sebuah kerajaan yang telus dan inklusif, yang akan menyerahkan semula kuasa ekonomi kepada masyarakat dan institusi-institusi awam di mana hal ehwal politik tidak memainkan peranan secara langsung di dalam hal-hal ekonomi dan industry kecuali pelalui penggubalan polisi-polisi negara dan undang-undang berkait. 

Ianya disebabkan isu-isu berbangkit inilah yang menyebabkan kami lebih berhati-hati dalam mendabik dada melaungkan “Ringgit yang murah” sebagai petanda kebangkitan ekonomi dan kehidupan yang lebih mewah.

Tariq Ismail bin Mustafa
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Ketua Bahagian P149 Sri Gading
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

---------------------------------------

The Ringgit is South East Asia's Cheapest Currency

I read with interest the article by Bloomberg positing that Malaysia holds an advantage in having the cheapest currency in South East Asia at a time when global trade is rebounding.  Their logic seems to stem from a perception amongst economists that the cheaper currency holds an edge in exports.  With 70% of Malaysia’s Gross Domestic Product (GDP) derived from exports, this seems to be the logical assumption to make. 

Whilst we agree to this assertion, we are also cautious in pointing out that the export profile plays a critical role in determining the extent of export growth. 

Malaysia had ventured on its industrialization path some decades ago, which materially changed her export profile from being an exporter of commodities and raw materials, to being an exporter of manufactured goods. 

That added depth to our export profile and set a new benchmark in terms of our export resilience.  It also raised the quality of life of Malaysians resulting in more imports for consumption and industrial purposes.

It is against this export profile that we must assess the impact of a cheaper currency – this balance between cheaper exports but more expensive imports.  It is also this base profile which has us concerned about the developments in the industrial and commercial sector in Malaysia in the past couple of years which also saw Malaysia losing its position in the Top 20 global trading nation. 

The noticeable movement in manufacturers to other competing nations in South East Asia, as well as the consolidation of multinational corporations leading to a shutdown in factories and industrial ventures, will undoubtedly cause a major change in the export profile again.

On top of that, a recent article mentioned that under the current administration, the main economic drivers have shifted to government linked corporations (GLCs) e.g. state monopolies, where previously it fell on private industries, corporations and enterprises.     

This gives rise to our greatest concern -- Malaysia’s export profile is increasingly being shaped almost purely by political will through more direct means as well as through policy-setting mechanisms.

Coupled with an increasingly autocratic and opaque national leadership, this turn of events does not give rise to confidence in the sustainability of the nation’s economy and its export resilience.  Nor does it easily translate to an immediate export growth due to a cheaper currency as global trade continues its uptick.

In fact, the opposite might actually be true unless society can make an immediate adjustment in its lifestyle to significantly decrease imports.  However, as some products and services do not have local equivalents (such as manufacturing of heavy machinery and equipment), any adjustment is very likely to be limited.

At a time when even the institutions governing the export market are also implementing cost cutting measures, services are expensive and the trickle-down effect on cost is having a negative impact as costs are passed on to consumers.  We cannot blame them.

Unfortunately, this will all almost surely result in a decreased quality of life for Malaysians in general.  Malaysians face the choice of choosing a lesser quality good or service, or spending more for a better quality one. 

Had this been limited only to private consumer goods, the long term impact would not be as serious.  However, among those sectors significantly hit by a cheaper currency are education and technology - both of which are major contributors to productive capital.  Hence any erosion in quality will surely impact future growth plans.

It is clear that only through a combined political and public will, can the necessary actions be implemented and the expected export growth be realised.

This is where we need a transparent and inclusive government who will release the reins of economic power back to society and public institutions, and leave politics out of the economic equation.

It is with these issues in mind that we would exercise caution in hailing our “cheapest in South East Asia” currency as a prophecy of good times and a better life.

Tariq Ismail bin Mustafa
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Ketua Bahagian P149 Sri Gading
Parti Pribumi Bersatu Malaysia