nuffnang Ads

.

2018/02/26

HARAPAN MUNGKIN TIDAK DAPAT GUNA LOGO YG. SAMA

GUNA SATU LOGO SAHAJA UNTUK HARAPAN NEGERI…

Jika gagal bertnding atas logo yang sama, apa pilihan lain untuk parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN)?

Apakah dengan kegagalan mendaftar HARAPAN, tidak ada cara lain untuk membolehkan pengundi mengecam parti HARAPAN, selain Barisan Nasional (BN) dan PAS?

Dengan kedudukan pertandingan dalam pilihan raya kali ini dijangka banyak berlaku tiga penjuru, sewajarnya tiga logo sahaja tercetak di kertas undi – sama ada untuk kerusi Parlimen atau juga Dewan Undangan Negeri (DUN).

Putrajaya memang ‘dengan segaja’ mahu Logo HARAPAN tidak dapat digunakan. Mereka  bimbang ia menjadi logo yang ‘meletup’ dan mempengaruhi pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Jika dibiarkan parti dalam HARAPAN – PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP dan AMANAH – menggunakan logo masing-masing, pastinya akan membingungkan pengundi.

Apa akan berlaku sekiranya di Parlimen AMANAH bertanding menggunakan logonya sementara di Dewan Undangan Negeri (DUN), tiga parti lain dalam HARAPAN turut bertanding?

Menggunakan logo masing-masing akan mengelirukan rakyat yang kurang pengetahuan mengenai logo parti-parti yang menyertai HARAPAN untuk PRU14 kali ini.

Inilah yang pemimpin BN mahukan. Apalagi jika banyak lagi logo lain terpaksa digunakan apabaila ada calon yang bertanding di atas tiket BEBAS.

Berikutan itu, walaupun komponen HARAPAN  tidak dapat bertanding menggunakan logo sama, rakyat seharusnya tahu akan empat parti komponen gabungan itu. Ini wajib diterangkan kepada rakyat.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan parti komponen HARAPAN  mungkin tidak dapat bertanding di bawah logo yang sama sebaliknya menggunakan logo masing-masing pada pilihan raya umum kali ini.

Malah, Pengerusi HARAPAN itu mengakui, semestinya jika HARAPAN bertanding atas tiket parti komponen dengan logo masing-masing, rakyat akan keliru.

"Sebab itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mendaftarkan HARAPAN," dakwa  bekas perdana menteri itu pada program JELAJAH HARAPAN di Alor Gajah, Melaka, malam tadi.

HARAPAN menghantar permohonan pendaftaran pada pertengahan tahun lalu dan pemimpin HARAPAN, termasuk Dr Mahathir sebelum ini mendakwa ROS berulang kali sengaja melambat-lambatkan proses itu.

Dalam kedudukan sebegini, sewajarnya parti komponen daripada sekarang wajar memikirkan untuk berpakat menggunakan satu atau dua logo sahaja untuk memudahkan pengundi.

Cara ini bukan baru kerana di Terengganu, pada pilihan raya umum tahun 1999, ada calon PKR menggunakan logo PAS.

Mungkin bagi Pulau Pinang, tidak sukar untuk menggunakan logo DAP walaupun ada calon dari PKR, AMANAH atau PPBM bertanding.

Sementara di negeri yang pengaruh PKR kuat, gunakan logo parti berkenaan.

Di Johor dan Kedah, rasanya logo ‘Bunga Raya’ (PPBM) digunakan untuk calon yang bertanding di negeri berkenaan.

Di Kelantan, Terengganu, Melaka, Perlis, Pahang dan Negeri Sembilan, rundingan mengenai penggunaan logo pastinya boleh dijalankan dalam suasana akrab dan persefahaman tinggi untuk menang.

Memanglah akan ada polimik kecil mengenai perkara ini tetapi llebih baik ketika berkempen memberitahu pengundi agar menggunakan satu logo daripada berbagai logo.

Majlis Presiden boleh membincangan isu ini apabila selesai pembahagian kerusi dijalankan bagi seluruh negeri.

Difahamkan, ada tujuh negeri di mana ada beberapa kerusi DUN bertindih antara komponen HARAPAN.

Dengan meminimumkan penggunaan logo akan memudahkan pengundi ingat logo apa yang mereka perlu pangkah - bukannya untuk Parlimen logo lain dan untuk tiga atau empat DUN dalam Parlimen berkenan dengan lago yang bermacam-macam.

Kaedah ini juga akan memudahkan kerja-kerja logistik dan mobiiisasi jika dijalankan dengan bijak dan teratur.

Malah, cara ini akan menguji kerjasama sebenar parti-parti dan pekerja parti-parti dalam HARAPAN yang ketika ini dilihat masih ‘rapuh’.

HAMBALI ABDUL LATIFF
Times Square
KUALA LUMPUR
26 Februari 2018

2018/02/25

UMNO Dan Kerosakan Akhbar

 

Pada tahun 1961 sebuah  mogok akhbar Utusan Melayu telah di lancarkan oleh kakitangan akhbar  di Jalan Chan Sow Lin , Kuala Lumpur . Mogok di ketuai oleh Ketua Pengarangnya yang berwibawa iatu Allahyarham Said Zahari . Punca mogok ialah kerana tidak bersetuju Utusan Melayu di ambilalih oleh UMNO . Menurut sumber yang berlainan , UMNO mengambilalih Utusan Melayu kerana yakin Jabatan Pengarang syarikat akhbar tersebut  telah mengikut telunjuk negara luar iatu Indonesia . Itu adalah waktu2 di mana Sukarno sedang giat mempromosikan Gagasan  Indonesia Rayanya . Ini  amat bertentangan dengan cita2 Tunku Abdul Rahman mengenai Gagasan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu , Singapura dan Sabah Sarawak

Tahun 1961 menandakan berakhirnya kebebasan sebuah suratkhabar Melayu paling berwibawa yang di tubuhkan pada bulan Jun 1938 dan menerbitkan suratkhabarnya yang pertama pada 29 Mei 1939 . Syarikat Utusan Melayu di asaskan oleh Allahyarham Yusuf Ishak yang merupakan anak kelahiran Padang Gajah , Perak . Beliau juga merupakan Presiden Singapura yang pertama . Sepertimana Dr Mahathir  yang berpenampilan tampan,  berkarisma , berprinsip , tegas , bijaksana , berani , maka itulah personaliti Yusuf Ishak . Ada sebuah kisah yang panjang lagi berwarna warni mengenai beliau , insyaallah di lain artikel penulis akan ceritakan . Mereka yang berasal dari Perak patut berasa bangga dengan Yusuf Ishak . Kerana beliau lah Lee Kuan Yew berasa sedikit tunduk dan hormat kepada bangsa Melayu . Jika ke Singapura , pergilah ke Cecil Street . Jika tidak pasti , gunakanlah Waze . Berhenti lah sejenak di sana sebagai tanda hormat kepada beliau

Utusan Melayu beroperasi secara bebas di Singapura . Ketua pengarangnya yang pertama ialah Allahyarham Rahim Kajai . Seorang yang amat tegas dan tidak ada sebarang tolak ansur mengenai kualiti penulisan . Artikel Allahyarham A. Samad Ismail pernah di carut olehnya , di ludah , di keroyok dan  artikel tersebut di masukkan ke dalam bakul sampah di hadapannya   . Mungkin artikel penulis pun boleh mendapat nasib yang sama seandainya penulis berkhidmat dengan beliau ketika itu . Mungkin penulis akan di baling dengan botol kicap oleh beliau kerana penulis kadangkala suka  mengarut di dalam penulisan .  Namun hasilnya ,  A . Samad Ismail telah di ingati di dalam sejarah sebagai wartawan lagenda yang tiada tolok bandingnya di negara ini

Menjelang 1959 , Yusuf Ishak telah di pisahkan dari Utusan Melayu . Ia ada kaitan dengan peranan yang di mainkan oleh Tunku Abdul Rahman . Tunku tidak senang dengan cara Yusuf mengendalikan Utusan kerana beliau berpendapat akhbar patut mengikut citarasa Parti pemerintah iatu UMNO . Yusuf Ishak pernah di ancam secara halus oleh Tunku untuk menarik balik lesen operasi syarikat akhbarnya jika terus mengendalikan syarikat tersebut mengikut citarasa tersendiri .Sememangnya Yusuf Ishak dan Tunku Abdul Rahman sangat tidak sehaluan dan sependapat . Yusuf cenderung kepada suara rakyat dan kurang senang dengan dasar kapitalis   . Tunku Abdul Rahman pula cenderung kepada Barat dan ekonomi kapitalis

Di sebalik itu juga , Tunku juga mendengar khabar2 angin bahawasanya wujud kecenderungan di Jabatan Pengarang Utusan yang menyokong Gagasan Indonesia Raya Sukarno . Di percayai inilah sebab sebenar Tunku mengambilalih Utusan dan menjadikannya milik UMNO pada tahun 1961 . Namun begitu ianya cuma penyebab kepada permusuhan panjang yang telah berlaku  antara UMNO - Utusan sejak tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu .pada 1948 . Utusan  walaupun menentang Malayan Union tetapi Utusan  juga menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Sejak dari itu suratkhabar Utusan Melayu yang di baca oleh rakyat negara ini ialah kebanyakannya berkisar mengenai kisah2 pemimpin UMNO . Pemimpin pembangkang hampir2 tiada tempat di dalam akhbar tersebut . Kisah mereka hanya boleh di baca jika ada keburukan yang ingin di lapurkan  . Tiada sebarang kisah  kebaikan pembangkang di dalam akhbar Utusan . Kisah2 berkaitan Melayu wajib menjadi tuan , Melayu pemilik negara ini , Melayu akan di pupus jika tidak mengundi UMNO , Melayu akan papa kedana jika tidak mengundi Barisan Nasional , Melayu akan merempat seperti Palestin.....itulah antara kisah2 yang di ' recyle ' oleh akhbar Utusan , tanpa rasa  jemu dan bosan

Penulis  berasa yakin , seandainya Yusuf Ishak masih hidup , beliau pasti menjerit dengan sekuat hati melihat produk yang di asaskannya menjadi produk pemusnah bangsa dan negara . Dengan memomokkan banyak perkara yang menakutkan orang2 Melayu , pemimpin2 UMNO akan mendapat peluang untuk terus berkuasa sehingga masuk ke dalam liang lahad , jika mereka mahu . Orang Melayu terus di dodoi oleh Utusan dengan  istilah ' tuan ' , dengan istilah ' ketuanan Melayu ' . Akibatnya orang2 Melayu di negara ini terus tidur lena dalam keselesaan . Samada mereka berusaha keras atau berusaha secara cukup2 makan , mereka percaya negara ini tetap jadi milik mereka . Benarkah begitu ?

Utusan Melayu yang ada pada hari ini bukanlah Utusan Melayu sebelum 1961 . Sama juga seperti UMNO yang ada pada hari ini bukanlah UMNO di zaman Tun Razak atau UMNO di zaman Dr Mahathir . Kebanyakan berita yang di lapurkan adalah berita yang di manipulasi , berita yang di besar2kan , berita yang di api2kan , berita yang di putarbelitkan . Itu adalah istilah yang agak lembut . Istilah yang kasar penulis tak sampai hati nak tulis . Utusan Melayu adalah tempat penulis bertugas dan cari makan pada suatu ketika dahulu . Ia tempat penulis mencari rezeki untuk anak2 . Biarlah pembaca sendiri fikirkan istilah yang penulis tak sampai hati nak sampaikan itu

Akibat dari cara pemberitaan Utusan , Kerajaan Singapura telah mengharamkan kemasukan akhbar tersebut . Ianya suatu keputusan yang logik . Tidak ada faedahnya Utusan bercerita mengenai kisah lalu . Ianya tidak  akan berulang lagi walau apa juga berlaku . Kaum Cina tidak akan pulang semula ke negara China dan kaum India tidak akan pulang semula ke India . Di sini , iatu di Tanah Melayu dan di Singapura lah tanah air mereka . Akhbar sepatutnya berperanan untuk menggalakkan rasa saling mempercayai antara kaum dan bukannya memomokkan kaum2 tertentu dengan secara langsung atau tidak langsung . Mereka tidak boleh berkata bahawa mereka cuma tidak suka DAP , dan bukannya kaum Cina ,  tetapi realistik  kah penjelasan ini ?

Dalam keadaan DAP itu di penuhi oleh kaum Cina ? Ini adalah suatu penjelasan dari manusia yang tidak memiliki pemikiran yang benar2 jelas lagi mendalam . Mereka tidak memikirkan penerimaan dari orang Melayu  akibat dari propaganda tersebut . Minda Melayu  tidak akan menerimanya sebagai DAP tetapi sebagai kaum Cina, sementara minda orang2 Cina yang membentuk  majoriti ahli DAP akan menerimanya sebagai sebuah serangan berbentuk perkauman . Oleh itu sampai bilakah rakyat di dalam negara ini boleh hidup dengan harmoni dan saling mempercayai ? Gara2 propaganda Utusan Melayu demi mengekalkan kuasa pemimpin UMNO sehingga ke liang lahad

Sudah sampai masanya kerajaan yang mengamalkan propaganda perkauman untuk terus berkuasa di tukar . Sebuah kerajaan baru dari Pakatan Harapan akan mengubah segala konsep mengenai akhbar di negara ini . Tidaka akan di benarkan lagi penguasaan parti politik ke atas syarikat akhbar . Ia hanya boleh di miliki oleh mereka yang tidak akan menjadikan akhbar sebagai senjata propaganda parti politik . Setiap Perdana Menteri , Menteri dan sekalian wakil rakyat wajib mengangkat sumpah untuk tidak menggunakan akhbar sebagai medan propaganda politik . Mereka wajib bersumpah untuk tidak merasuah pengarang akhbar demi kepentingan  mereka

Di pihak akhbar , semua wartawan dan Pengarang wajib mengangkat sumpah khas yang mengikrarkan bahawa semua berita dan penulisan tidak akan memihak kepada mana2 parti politik . Semua berita adalah berkaitan ulasan pemimpin yang di lapurkan semula tanpa sebarang tokok tambah . Ulasan mengenai politik di benarkan tetapi bersyarat . Ia hanya boleh di lakukan oleh pemimpin atau penulis luar DAN ia mestilah seimbang antara kedua2 pihak iatu pihak parti pemerintah dan pembangkang . Di pihak akhbar , ulasan dan pendapat mengenai politik  adalah TIDAK  DI BENARKAN samasekali . Fungsi wartawan dan pengarang akhbar cuma MELAPURKAN berita sahaja

Insyaallah konsep ini akan di laksanakan sekiranya kerajaan yang sedia  ada di tukar . Ini bukanlah janji dari Pakatan Harapan , tetapi suatu perjuangan yang akan penulis lancarkan sekiranya kerajaan bertukar tangan pada pilihanraya ke 14 negara . Penulis yakin seluruh rakyat akan menyokong perjuangan ini . Sesungguhnya kemakmuran sesebuah negara itu bermula dari keadilan dan sesungguhnya kehancuran sesebuah negara itu bemula dari fitnah

Pilihlah Pakatan Harapan agar keadilan Media tidak tinggal hanya sebagai sebuah angan2 . Buatlah pilihan tidak lama lagi . Insyaallah anak cucu kita akan berterimakasih kepada perjuangan ini sebagaimana kita berterimakasih kepada Allahyarham Yusuf Ishak

Selamat Pagi Isnin

Rayyan Adam
26 Februari 2018

2018/02/23

ANTARA JASA TUN DR. MAHATHIR KPD MALAYSIA DAN KEHEBATAN BELIAU DI PERSADA DUNIA.

Kejayaan merampas semula Guthrie, Sime Darby dan Golden Hope, kemudiannya disusuli pula kejayaan Mahathir mengambil alih Carcosa Seri Negara yang telah diserahkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kepada British. Semuanya bermula pada 11 September 1982 apabila wakil Wanita UMNO, Rahmah Osman menyuarakan dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-33.

Carcosa Seri Negara kembali ke tangan Malaysia pada 12 Mei 1984 dengan pertukaran sebidang tanah di Jalan Ampang sebagai Residensi dan Kedutaan Britain di Malaysia.

PETRONAS merupakan antara syarikat minyak utama yang mendapat ‘keistimewaan’ di Sudan. Malah PETRONAS sebenarnya merupakan syarikat petroleum terbesar dan banyak mendapat projek di negara-negara Afrika berbanding syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat. Dan semuanya merujuk kepada kebijaksanaan dan keberanian Mahathir berhadapan dengan Amerika Syarikat.

Bagaimana boleh jadi begitu?

Tahun 1988, apabila Sudan mulai stabil dan hendak memajukan negara, negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat menawarkan bantuan untuk memajukan industri carigali minyak di negara tersebut memandangkan Sudan tidak mempunyai modal dan kepakaran sendiri. Amerika Syarikat membuat tawaran menerusi TEXAS OIL yang telah datang ke Sudan dan membuat kajian selama tiga bulan.

Atas helah Zionis dan bertujuan untuk melakukan penjajahan dan tipu daya, Texas Oil menyatakan, bumi Sudan tidak mempunyai minyak yang cukup meskipun Sudan yakin, simpanan minyak mereka cukup banyak dan cukup ekonomikal bagi tujuan pengeluaran.

Tiada negara lain yang berani ‘menentang’ Amerika Syarikat. Apatah lagi Amerika Syarikat telah memberikan isyarat agar urusan mereka dengan Sudan tidak dicampuri oleh negara-negara lain.

Namun, sekali lagi Dr. Mahathir menunjukkan kewibawaan dan kebijaksanaannya. Atas arahannya, PETRONAS masuk ke Sudan dan membuat tawaran selain melakukan kajian. Hasil daripada kajian yang dibuat oleh PETRONAS mendapati, simpanan minyak di Sudan adalah antara yang terbesar di dunia.

Apabila kapal-kapal dari Malaysia hendak berlabuh di Sudan, Amerika Syarikat membuat sekatan di perairan antarabangsa yang bersempadan dengan Sudan. Isyaratnya ialah, seandainya kapal-kapal Malaysia melepasi sekatan tersebut, Malaysia telah mengisytiharkan perang terhadap Amerika Syarikat.

Walaupun CEO PETRONAS mahu membuat keputusan mengarahkan kapal-kapal Malaysia balik, namun Tun Dr. Mahathir dengan beraninya telah mengarahkan agar pelayaran diteruskan dan dia berjanji, sebarang risiko akan ditanggungnya. Malah dia sendiri akan menyelesaikan masalah dengan Amerika Syarikat.

Rupa-rupanya, Mahathir mempunyai agenda lain untuk memalukan dan menakut-nakutkan Amerika Syarikat. Mahathir menggunakan helah Tun Perak, Bendahara Kesultanan Melayu Melaka pada abad Ke-15 yang terkenal itu dengan berkunjung ke China dan menjadikan China sebagai rakan kongsi PETRONAS dalam projek minyak di Sudan. Syarikat minyak China telah diberikan tanggungjawab memasang paip.

Apabila Amerika Syarikat mengetahui perkara tersebut, kapal-kapal perangnya yang melakukan sekatan serta-merta diarahkan menggantung sekatan. Amerika Syarikat tidak berani berhadapan dan tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan China.

Selesai masalah dengan sekatan Amerika Syarikat, Tun Dr. Mahathir sekali lagi membuat perjanjian dengan Sudan yang dilihat lebih menguntungkan pada masa hadapan. Standard rundingan pada waktu itu adalah 70% keuntungan untuk syarikat dan 30% keuntungan untuk negara tersebut. Petronas bagaimanapun, telah meminda standard tersebut yang sudah tentu akan membuatkan syarikat-syarikat minyak dari Amerika Syarikat menggigit jari.

PETRONAS hanya mengambil 15% daripada keuntungan di Sudan dengan 85% yang lain dipulangkan kepada Sudan. Bagaimanapun, hanya 25% dari 85% keuntungan tersebut diberikan dalam bentuk kewangan, manakala bakinya, PETRONAS bertanggungjawab membangunkan bandar-bandar, mendirikan sekolah, infrastruktur dan sebagainya.

Sebabnya, mudah… Tun Dr. Mahathir sangat sedar, kalau Amerika Syarikat tidak boleh dapat projek minyak di Sudan, mereka akan cuba menjual senjata pula agar Sudan kucar-kacir dan mereka akan dapat masuk menjajah negara itu dengan lebih mudah.

Tawaran yang dibuat oleh PETRONAS itu mendapat perhatian daripada negara-negara Afrika yang lain. Bermula dari itu, PETRONAS mendapat tawaran kerja sehingga menjadikan syarikat petroleum Malaysia itu menjadi syarikat minyak asing kedua terbesar dalam penguasaan kawasan di dunia.

Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.

2018/02/18

HEBATNYA INDONESIA HARI INI DI BAWAH JOKOWI UMPAMA HEBATNYA MALAYSIA DI ZAMAN YBHG TUN. DR. MAHATHIR MEMIMPIN MALAYSIA.

Walau di hina negara miskin, diperlekeh panggil "indon" ke apa. Indonesia tak perlu bising2 sampai ke bulan, utk bantu saudara muslim kat negara lain, dan tak pernah menjadikan bantuan kemanusian isu politik  bagi mengemis  balas jasa spt yg diamalkan di Malaysia..

Mereka tidak bising2 satu dunia membina sendiri hospital “ RS Indonesia”  di Gaza th 2011-2015, bantuan rakyat Indonesia utk rakyat Palestine including  alat alat medic da nisi hospital , walau terhalang beberapa kali oleh perang Israel - Palestine terutama pd tahun 2012-2014,  walau bawah blockade Israel dan harus belanja material ke Yordania, dan hujan bom Israel krn hospital hanya 3km dari sempadan Gaza- Israel yg bina 100% dgn tangan org Indonesia sendiri, dgn 100%   wang kos sendiri tanpa bantuan Negara asing dan juga membantu membina beberapa sekolah dan pengajian utk Palestine. Walau terud menerus di halang Israel, Indonesia menggunakan kedaulatan negaranya utk membantu negara muslim lain...

Indonesia tak perlu bising2 ..utk membantu  membina 4 buah sekolah, 2 hospital di Rakhine utk Rohingya sejak tahun 2014…. Dah tidak pernah  menggunakan penderitaan Rohingya utk kepentingan politik parti,  spt yg dibuat Najib, membantah katak dan semak di Stadium Titiwangsa   pada 4 Dec 2016,..(yg kononnya membantah junta Myanmar) dan perli, minta Indonesia berkongsi  utk mula membantu Rohingya. Jokowi hanya tersenyum bagi membalas perli.

Indonesia tidak bising² kerana sdh membantu Rohingya sejak tahub 2014. Negara sebelah baru nak bantu pd tahun 2016 pun nak kecoh seantero dunia.

Usah hairan Indonesia satu²nya negara yg diberikan permit kerajaan Myanmar utk masuk beberapa kali menghantar bantuan secara terus kepada etnik  Rohingya di Rakhine dan  sempadan Bangladesh hingga skrg , bukan serah pd tentera myanmar dan sami bangang modal  membantai Rohingya spt team Najib buat....

Negara lain sudah cakap hantar org ke bulan…. Najib baru hantar org ke Sg Buloh pun nak kecoh, barang kali penyokong Najib taj nk cari berita luar hanya harap berita tempatan terutama dari TV3suku. Sebab tu senang kena tipu...

edit, copy & paste..

2018/02/15

KAMI TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN MENJADI RASIS - VAT. TENTERA


MAJOR (R) MIOR ROSLI (TUDM)

Saya harap Menteri Pertahanan, Timbalan Menteri Pertahanan membaca dan mendengar apa yang saya katakan dengan benar-benar teliti.

Semalam, Hishamuddin menuduh Persatuan Patriot Kebangsaan sebagai rasis…saya menuntut anda memohon maaf kepada kami kerana bukan kami yang rasis…tetapi anda. Masih ingatkan anda sewaktu anda menjadi Ketua Pemuda Umno? Anda menghunuskan keris, menjulangnya ke udara dan menuntut darah Cina? Bukankah itu rasis dan berbahaya? Polis sepatutnya menahan anda di bawah ISA, masukkan anda ke dalam penjara dan buang kuncinya. Kami tidak memerlukan seorang yang rasis seperti anda memimpin negara pelbagai kaum ini. Sekarang disebabkan pilihan raya akan diadakan tidak lama lagi, anda tidak malu untuk bercakap mengenai hasrat meningkatkan jumlah anggota bukan Melayu dalam Pasukan Keselamatan. Sesuatu yang kami dah dengar banyak kali sejak beberapa tahun dahulu.

Biar saya beritahu anda dan puak-puak Umno yang lain…TIDAK ADA SEBARANG KONFIK ATAU SENTIMEN KAUM DALAM KALANGAN ANGGOTA TENTERA. Kami telah melalui latihan berpasukan yang keras malam dan siang selama enam bulan untuk lain-lain pangkat dan 12 bulan untuk pegawai. Kami makan, tidur, berlatih, berpeluh, menangis dan ketawa bersama. Selepas latihan kadet dan rekrut kami dipilih dan dimasukkan oleh Suruhanjaya ke dalam pelbagai Kor dan perkhidmatan. Kecuali untuk Rejimen Askar Melayu Diraja, dalam apa jua Kor dan perkhidmatan, kami tidak ambil peduli sama ada seseorang itu Melayu, Cina, India, Punjabi, Iban atau Kadazan. Kesetiaan kami hanyalah kepada Komander tidak mengira bangsa dan agamanya, kepada cabang dan perkhidmatan, kepada ATM, kepada Raja dan negara. Itulah cara kami diajar dan dilatih.

Dalam kedua-dua peristiwa darurat (1948-1960/1960-1989), sewaktu konfrontasi dengan Indonesia, dan perang di Sarawak sehingga awal 90-an, kami berjuang seperti adik beradik untuk mempertahankan negara ini dan mengekalkan kemerdekaan negara ini. Kami pastikan orang seperti anda selamat dan mengekalkan kebebasan anda di negara ini.

Anda tidak ada di situ menyaksikan komrad kita mati, kaki dan tangan putus kena letupan. Anda tidak ada di situ untuk melihat bagaimana isteri dan anak-anak mereka menangis apabila suami mereka balik dalam keranda atau tidak mempunyai kaki atau tangan.

Anda dilahirkan dalam suasana kaya, anda tidak lebih melainkan untuk menunjuk-nunjuk. Mengenakan pakaian seragam tentera, dengan beret komando, dengan sayap udara disemat di dada. Anda membuatkan veteran meluat melihat kebodohan anda.

Sewaktu darurat menentang komunis, ramai anggota bukan Melayu membuat operasi penyamaran, menjadi agen dalam pasukan musuh dan beraksi sebagai penoreh getah, pekebun dll, dan sebahagiannya ditangkap dan mati dibunuh.

Juruterbang kita, ramai yang bukan Melayu juga ditembak jatuh, dan bila mereka melaksanakan misi menyelamat, mengangkut mayat dan perubatan, mereka tidak peduli yang mati atau cedera itu Melayu, Cina Iban atau India, atau apa juga bangsa mereka.

Hari ini Umno berkucupan dengan Parti Komunis China (PKC). Mengadakan rundingan belakang pintu, semua untuk kuasa dan wang, melupakan pengorbanan mereka supaya Umno boleh terus wujud sehingga hari ini.

Pembuat dasar andalah (Umno) yang cuba memisahkan dan membahagikan kami mengikut kaum. Parti andalah yang membuat kuota dan pelantikan, parti andalah yang mengawal siapakah yang patut menjadi Jeneral dan siapa pula tidak.

Menjadi anggota tentera merupakan pekerjaan profesional. Jika orang yang tidak mempunyai kemahiran dinaikkan pangkat, anda akan dapat Pasukan Bersenjata yang separuh masak. Pasukan Bersenjata yang separuh masak tidak akan dapat mempertahankan negara ini dengan berkesan.

Jika anda mahukan orang Cina dapat dilihat kesetiaan mereka, jadikan Pasukan Bersenjata lebih profesional, bukannya politikal.

Kami, veteran Pegawai Pasukan Bersenjata dan bekas pegawai kanan polis adalah patriot sebenar. Lebih patriotik daripada mana-mana anda ahli politik gila “kuasa dan kleptokrasi”. JANGAN SESEKALI MEMANDANG RENDAH KEPADA KAMI. JIKA BERLAKU PERANG UNTUK MEMPERTAHANKAN BUMI INI, KAMI AKAN BERADA DI BARISAN KEDUA ATAU KETIGA DI BELAKANG PASUKAN UTAMA UNTUK MEMPERTAHANKAN NEGARA INI. TOLONG JANGAN CAMPURADUKKAN SEMUA INI DENGAN IMPIAN POLITIK ANDA!!

Apa yang parti anda telah lakukan terhadap ATM ialah merendahkan martabat mereka, membuatkan mereka lemah, menjadikan Jeneral seperti patung yang digantung tali sehingga mereka tidak tahu lagi membezakan apa yang benar dan apa yang salah.

Anda membuatkan rakyat hidup dalam “SINDROM KATAK REBUS”. Sebaik sahaja rakyat sedar apa yang berlaku pada negara ini, semuanya telah terlewat.

Yang menjadi masalah kepada ahli politik seperti anda ialah anda naik bukan dari pemimpin akar umbi, dari awal sehingga sekarang anda hanyalah “KURA-KURA DI ATAS TUNGGUL”, tidak tahu bagaimana anda boleh berada di atas tetapi hanya kerana bapa anda adalah PM, jika bukan anda tidak ada apa-apa.

Kami, yang telah berkhidmat dari 1948-1989/91, majoritinya masih hidup. Parti anda telah membeloti kami, mengetepikan kami, menipu kami dan kebanyakan kami terpaksa berjuang untuk meneruskan kehidupan kami. Sementara itu dalam beberapa tahun ini, anda dan ahli parti anda menjadi kleptokrat dan membawa pergi apa yang sebenarnya menjadi milik kami dan rakyat.

Semoga Allah melaknati anda semua jika anda tidak sedar semua yang anda lakukan ini adalah salah.

Mejar (B) Mior Rosli TUDM

2018/02/14

NASIB PAS DI BUMI MALAYSIA


 

 

Ditubuhkan pada tahun 1951, PAS berjaya menawan satu-satunya kerusi pembangkang dalam pilihan raya tahun 1955 sebelum Malaya mencapai kemerdekaannya. Pilihan raya umum (PRU) pertama selepas kemerdekaan yang diadakan pada tahun 1959 menyaksikan PAS menawan kerajaan negeri Kelantan dengan 28 kerusi DUN (daripada jumlah 30 DUN), dan kerajaan negeri Terengganu dengan 13 kerusi DUN (daripada jumlah 24 DUN).

Dua tahun kemudian, kerajaan PAS di negeri Terengganu dijatuhkan dengan lompatan ADUN PAS dan Parti Negara ke kem Perikatan. Kemudian pada tahun 1964, PRU sulung selepas Malaysia dibentuk, Yang Dipertua Agung PAS, Dr Burhanuddin Al-Helmy (bawah) hilang kelayakan untuk bertanding kerana disabitkan kesalahan dalam satu kes mahkamah. Pada tahun 1965, Dr Burhanuddin ditahan bawah ISA atas tuduhan “menggulingkan kerajaan”. Beliau dibebaskan setahun kemudian, tetapi merana keuzuran meninggal pada tahun 1969.

image: https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/5/56/BurhanuddinHilmi.PNG

PAS menyertai BN selepas tragedi 13 Mei pada tahun 1969, dan kemudian memenangi kesemua 22 kerusi DUN yang dipertandingkan di Kelantan pada tahun 1974. Bagaimanapun, PAS berselisih dengan Umno dalam isu calon menteri besar, dan berakhir dengan “undi tidak percaya” dan pengumuman darurat. Untuk memendekkan cerita, PAS hanya mampu mempertahankan dua kerusi DUN dengan majoriti kurang daripada 100 undi dalam pilihan raya kilat yang diadakan. Kerajaan negeri Kelantan dirampas dari tangan PAS, dan hanya berjaya dikembalikan selepas 12 tahun.

Memasuki zaman 1980-an, PAS terpengaruh dengan gelombang Revolusi Iran. Konsep “kepimpinan ulama” diseludup, malah retorik dan aksi politik PAS semakin radikal sepanjang dekad itu – dengan Amanat Hadi, peristiwa berdarah Memali dan sebagainya. Ironinya, sementara semangat PAS berkobar-kobar pada tahap kemuncaknya, prestasi PAS dalam PRU tahun 1986 pula menjunam di sebaliknya, sehingga satu kerusi parlimen sahaja dimenanginya, iaitu Pengkalan Chepa, daripada 98 yang dipertandingkan.

Umno berdepan dengan PRU sepanjang tahun 1990-an dalam keadaan berpecah. Puak yang tersingkir menubuhkan parti baru dan menentang Umno dari luar bersama pembangkang sedia ada. Dalam PRU8 pada tahun 1990, PAS berjaya mengembalikan kerajaan negeri Kelantan; sementara dalam PRU10 pada tahun 1999, PAS dilambung gelombang Reformasi untuk merangkul 27 kerusi parlimen, dan menawan semula kerajaan negeri Terengganu. Bagaimanapun, lima tahun kemudian, PAS hilang 20 kerusi parlimen, juga kerajaan negeri di Terengganu yang diterajui Tuan Guru Haji Hadi Awang.

image: https://i.malaysiakini.com/312/152ac772f4167649c135ba5f4b46d221.JPG

Setelah iktibar diambil daripada kekalahan teruk dalam PRU11 tahun 2004, PAS masuk gelanggang untuk berdepan dengan PRU12 pada tahun 2008. Anwar Ibrahim menjalinkan hubungan kerjasama antara PAS dengan DAP sekali lagi. Ia berbeza kali ini, berbanding jalinan kerjasama pada tahun 1990 yang Semangat 46 membentuk dua gandingan berbeza, dengan PAS dan DAP. Ia berbeza juga jika dibandingkan dengan Barisan Alternatif pada tahun 1999 kerana Pakatan Rakyat yang dibentuk selepas PRU12 tahun 2008, berkongsi wadah kerajaan negeri.

Harus diingatkan, PAS bukan lagi bekerjasama dengan parti politik bukan Islam semata-mata untuk bertanding dalam pilihan raya, tetapi juga berkongsi kuasa. Di Kedah, PAS mendominasi kerajaan negeri kerana bilangan ADUN parti itu majoriti; Di Selangor, kedudukannya lebih seimbang dalam kerajaan negeri, antara PKR-DAP-PAS; Di Perak, PAS yang mempunyai bilangan ADUN minoriti diamanahkan jawatan menteri mesar untuk mengetuai kerajaan negeri. Sudah tentu senario yang berbeza ini menguji bagaimana PAS memposisikan dirinya dalam hubungan ini, untuk menyerlahkan pengaruhnya.

Proses kematangan

Sejarah ini ditelusuri untuk memperlihatkan proses kematangan PAS. Sebagai parti pembangkang, PAS berdepan dengan tekanan daripada kerajaan persekutuan, namun tetap bertahan di atas gelanggang pilihan raya dalam sistem demokrasi, sungguhpun gelanggang ini tidak sama rata. PAS pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan (BN), sungguhpun berakhir dengan pengalaman dikhianati Umno-BN.

PAS pernah menubuhkan Majlis Perunding Cina (CCC) pada tahun 1986, sebagai cubaan untuk mendampingi masyarakat Cina. Setelah usahanya gagal, PAS menjalin hubungan kerjasama secara tidak langsung dan kemudiannya secara langsung dengan parti bukan Islam, iaitu DAP. Di samping tekanan daripada kerajaan persekutuan, PAS juga perlu berdepan dengan suara rakyat dan keperluan pengundi.

Sesungguhnya, PAS sebagai parti politik yang meluncur di landasan gelanggang pilihan raya, memiliki pengalaman yang pelbagai. Lebih-lebih lagi, PAS berpijak di atas bumi Malaysia, sebuah masyarakat yang berbilang etnik, agama, bahasa, budaya dan sebagainya. Sejarahnya dicorakkan dengan pelbagai pengalaman – sebagai pembangkang yang pernah menyertai kerajaan persekutuan, kerajaan negerinya dijatuhkan dengan rampasan kuasa, membentuk gandingan dengan parti bukan Islam, berkongsi kuasa dengan bukan Islam, pernah dikhianati, tidak terelak juga dibadai suara pengundi – kesemua ini memadai untuk dijadikan rujukan parti-parti islam


Malah, seandainya PAS mampu mentadbir, memimpin dan menyatukan sesebuah masyarakat majmuk dengan nilai sejagat, mempertingkatkan kecekapan, kepakaran dan keberkesanan urus tadbirnya, tidak mustahil PAS menjadi teladan yang dicontohi parti politik Islam di serata dunia. Ini kerana untuk seketika dahulu selepas tercetusnya “Arab Spring”, dunia Islam menemui kebuntuan kerana tercari-cari formula terbaik untuk mengurus-tadbir negara. Diktator korup digulingkan, tetapi negara Timur Tengah belum menemui sistem politik yang paling sesuai untuk masyarakatnya. Bukankah PAS yang sudah berlegar-legar di litar sistem demokrasi sejak lebih setengah abad dahulu, boleh menawarkan diri sebagai teladan dalam dunia Islam?

PAS hampir melakukannya dengan keputusan PRU13 pada tahun 2013. PAS masih meraih sokongan tradisionalnya di Kelantan dan Terengganu; meluaskan pengaruhnya ke Selangor, Perak dan Pahang; PAS berjaya memenangi satu kerusi DUN di Melaka, yang selama ini gagal ditembusinya atas logo PAS; malah prestasinya di Johor memperlihatkan peningkatan. Sungguhpun PAS bukan parti yang paling terserlah prestasi PRU13-nya dalam Pakatan Rakyat, namun ia bukan juga kekalahan paling teruk dalam sejarah PAS.

Malangnya, pimpinan TGHH terlepas pandang realiti ini, sebaliknya terkongkong dalam kerangka retorik lapuk seperti “perpaduan Melayu dan umat Islam”. Proses transformasi dalaman PAS terbantut, dan kini PAS semakin sempit dan hilang ciri-ciri kemajmukan sebagaimana dahulunya. PAS sebelum perpecahan tahun 2015 boleh menjuarai isu yang lebih pelbagai, dari agama, budaya hinggalah ekonomi. PAS selepas perpecahan bukan lagi “PAS Untuk Semua”, dan ia gagal menggarap imaginasi seluruh rakyat Malaysia.

PAS kini bermegah dengan percaturan strateginya, yang enggan terikat kepada mana-mana barisan mahupun pakatan. Perhitungannya mudah, dengan menjadikan dirinya sebagai “kuasa ketiga yang berkecuali”, PAS boleh mengambil kesempatan untuk menambah nilai dirinya jikalau BN dan HARAPAN masing-masing memerlukan rakan sekutu untuk membentuk kerajaan. Di sini PAS boleh mengenakan syaratnya, sama ada tuntutan jawatan kerajaan untuk pemimpinnya, ataupun pelaksanaan agenda untuk partinya.

'PAS untuk Semua' berkecai

Percaturan strategi yang “bijak” dari satu seginya, tetapi dibayar dengan harga yang tinggi. Imej “PAS untuk Semua” yang ditampilkan berkecai dari kaca mata masyarakat bukan Islam sejak perpecahan Pakatan Rakyat. Seketika dahulu PAS masih dikagumi sungguhpun masyarakat bukan Islam berbeza pandangan dengannya dalam bab hudud. Tetapi dengan pendekatannya yang dilihat seolah-olah untuk melanjutkan hayat politik Najib Razak selepas terbongkarnya skandal 1MDB, PAS telah hilang kredibilitinya.

Saf pimpinan PAS semestinya terbaca sentimen sedemikian, lantas retorik dan hujahnya semakin cenderung ke arah “Melayu” dan “Islam” dengan tafsiran yang sempit, dan konservatif, khususnya dari kaca mata bukan Islam. Risikonya pengaruh PAS menyusut, kembali semula ke Pantai Timur. Jikalau senario terburuk berlaku, tidak mustahil PAS hilang negeri Kelantan, lantaran ketidakcekapan urus-tadbir kerajaannya.

Apa lagi yang ada dengan PAS, jikalau berakhir dengan kesudahan sedemikian? Apakah ia masih bernilai di mata Umno, jikalau Umno mampu bertahan dengan kekuatannya sendiri? Pemimpin datang dan pergi, TGHH juga tetap akan berundur satu hari nanti. Cuma, apakah nasib parti pembangkang yang paling bersejarah, tertinggi keanggotaannya, paling berorganisasi akar umbinya, paling lengkap jenteranya di bumi Malaysia selepas ini?

LIM HONG SIANG ialah bekas editor Merdeka Review, edisi bahasa Melayu dan penyunting buku Tsunami Cina: Retorik atau Realiti?

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis serta tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini

Read more at https://www.malaysiakini.com/columns/410753#lSyyGtdYY6smizRI.99