nuffnang Ads

.

2019/11/05

SIAPA PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU

Interesting speech to read from Ex Presiden Alumni bekas Pelajar murid2 tua Kolej Melayu Kuala Kangsar

[17/09, 1:38 pm] Tan Sri Dato' Dr Megat Najmuddin Megat Khas: 



Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, *Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi,* sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan *peneroka dan kini 4 generasi* mereka terperangkap sebagai *peneroka FELDA* yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana *FELDA dihancurkan oleh bukan Cina.* *Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.*
Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan *bank safe deposit kuasa UMNO* yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .
*Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita*. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP? 
*Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.*
Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf  parti *GERAKAN* yang berkuasa disana?
*Kenapa salahkan DAP* yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?
*Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP* .
*Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.*
Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada *ramai ahli Melayu.* Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.
Hanya yang ketara *MCA* dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam *bahasa Cina* menakala *DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.*
MCA didalam perlembagaanya *menolak Perkara 152* iaitu *Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan* dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik  dinegara ini dan faham matlamat mereka semua.  *Semua mereka kecuali MCA* seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita?

*Jelasnya inilah manipulasi UMNO.*

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.

Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan *Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.*
Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

*Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu* tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari *persepsi* perkauman yang menakutkan Melayu.
Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya *menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu .*
Cina sebagai sinonim Komunis.
Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.
Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.
Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

*Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969.

Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
*Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik* sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar,
 Kluang.

*Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969* yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.
*YB2 Melayu UMNO* kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.
Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.

Pada masa yang sama  kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

*Apakah semua ini angkara DAP ?*

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha *menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.*

*Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO* yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN.

*Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.*

Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

*Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.*

Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. *Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.*

Maka di atas pendekatan ini lah *pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina* dan *membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.*
Ini jelas dilaksanakan secara *halus dan sulit* di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain

Seterusnya *mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina* yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan *prasangka jahat terhadap Cina* untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu *menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.*

Maka kini berjayalah *UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.*

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
*Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.*

Bahkan *DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.*

Dimana UMNO dalam BN ? *Satu* parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.

Di Selangor, *Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama* yang membentuk *kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya* tidak seperti dibawah BN dahulu.

Sedarlah *kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden* ini adalah ditentukan oleh *bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.*

*Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.*

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.
*Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.*

*What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.*

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.
*Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.*

Kini telah wjud *wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.*
Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar *China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.*
*Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.*

Puncaknya kini *UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.*
Apakah akan berlaku *transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.*

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh *kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?*

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA  pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor *adalah malapetaka dan angkara DAP ?*

*Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Neg  ara .*

[17/09, 1:42 pm] Tan Sri Dato' Megat Najmuddin Megat Khas: Interesting viewpoints! We Malays, esp UMNO/PAS,love to blame DAP for our problems! Fair it not? Read on please!

FATWA UNDI BUKAN ISLAM PAS BERUBAH-UBAH, INI KAEDAH ISLAM YANG SEBENAR


Lolz
 
 
FATWA UNDI BUKAN ISLAM PAS BERUBAH-UBAH, INI KAEDAH ISLAM YANG SEBENAR

.Ramai yang telah beri amaran tentang bahayanya menggunakan agama secara keterlaluan dalam politik. Ada perbezaan yang besar di antara; tidak mahu menggunakan agama dalam kempen politik dengan menolak agama dalam politik. Seringkali ahli politik yang tidak menggunakan agama dalam kempen politik dilabel sebagai orang yang memisahkan agama dari politik (baca: sekular). Ia adalah persoalan yang kompleks, dan memerlukan perbincangan yang matang, bebas dari emosi.

Sudah lama kami ingin mencari contoh yang praktikal untuk memperlihatkan bagaimana ‘meng-agamakan’ politik membawa kesan yang tidak baik, bahkan mampu memalukan diri sendiri…

Contoh yang paling baik adalah bagaimana ‘fatwa’ PAS tentang calon pilihan raya bukan Islam…

Ulama PAS tegaskan, larangan parti tu untuk undi calon bukan Islam dalam pilihan raya bukan bersifat mutlak, sebaliknya bergantung kepada keadaan tertentu. Ketua Ulama PAS Pusat, Dr Nik Zawawi Salleh kata; penentangan parti itu terhadap calon bukan Islam berdasarkan kepada sentimen berlainan agama atau bangsa.

1
Dr Nik Zawawi. Via Berita Harian

Katanya Islam tak larang untuk berbuat baik dan melakukan keadilan kepada non-Muslim yang tidak melawan Islam. Nik Zawawi kata kata macam tu semasa buat gesaan kepada pengundi Tanjung Piai untuk memberikan undi kepada calon dari MCA – yang mewakili pembangkang – dalam PRK kali ini.

“Walaupun calon dari Muafakat Nasional (gabungan PAS dan Umno) yang diwakili oleh BN adalah non-Muslim, namun ia bukanlah terlarang secara mutlak,” – Nik Zawawi, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Jb04 281019 Calon
Calon MCA di Tanjung Piai. Via The Star

Benda ni berbeza dengan gesaan semasa PRK Cameron Highlands. Masa tu Presiden PAS TG Abdul Hadi Awang kata pengundi Islam wajib sokong calon BN berdasarkan kepada sifat keagamaannya. Menurut TG Hadi Awang, umat Islam tak sepatutnya pilih calon DAP yang menurutnya menunjukkan tanda-tanda negatif yang tak dapat disembunyikan terhadap Islam.

3
Via Suara Rakyat

“Kita minta supaya kaum yang bukan Islam kalau mahu selamat, jangan undi DAP. Undi calon Islam ini, semua selamat. Orang Islam selamat, orang bukan Islam pun selamat,” – TG Hadi Awang, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Mokhtar Senik pulak kata, orang yang menentang PH semasa PRK dapat pahala…

Seorang lagi ulama kanan PAS, Mokhtar Senik, berpendapat anggota PAS, petugas dan penderma PAS dapat pahala kerana bantu kemenangan BN di PRK Cameron Highlands dan Semenyih. Menurut anggota Jawatankuasa Pusat PAS tu, mengalahkan PH adalah sebahagian daripada amalan mencegah kemungkaran yang tarafnya sama penting dengan menegakkan kebaikan.

4
Mokthar Senik. Via MalaysiaKini

Bagi PRK Tanjung Piai yang akan berlangsung pada 16 November ni, PH turunkan calon Melayu dan Islam, iaitu Karmaine Sardini. Nik Zawawi kata walaupun calon terbabit bukan dari DAP, beri undi kepada PH didakwanya boleh dianggap mengekalkan kuasa parti terbabit dan ia adalah mudarat besar yang mesti dielakkan.

“Sehubungan itu, Dewan Ulama PAS Pusat menyokong calon yang dikemukakan dari MCA, Wee Jeck Seng untuk bertanding dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November 2019 nanti. Sokongan ini berasaskan kepada semangat Muafakat Nasional yang telah dimeterai di antara PAS dan Umno pada 14 September lalu, sekali gus melibatkan parti-parti dalam komponen Gagasan Sejahtera dan BN,” – Mokhtar Senik, dipetik dari MalaysiaKini

Anggota parlimen Pasir Puteh itu kata “wajib” untuk sokong usaha “menyelamatkan negara” ketika ni.

Fatwa tu sebenarnya hanya untuk kepentingan parti, ini garis panduan sebenar Islam tentang pemimpin bukan Islam…

“Fatwa” berubah-ubah mengikut kehendak parti, bukan sekadar tak baik, malah boleh lahirkan imej buruk pada agama Islam. Apatah lagi, apabila fatwa itu disertakan dakwaan kononnya ia ajaran kitab suci muslim – al-Quran.

Prk Tanjung Piai
PRK Tanjung Piai. Via Berita Harian

Dalam tempoh 600 tahun selepas kewafatan Rasulullah, seorang ulama Islam bernama Ibn Taimiyah mengungkapkan sedemikian, “Allah tolong negara yang adil, walau ia diperintah non-muslim sekalipun. Allah tak akan tolong negara yang zalim, walau diperintah oleh muslim sekalipun”.

Kenyataan ini, jikalau direnung, didapati mempunyai kebenarannya sendiri:

Soal adil dan zalim, ia takde kaitan dengan status agama seseorang

Dalam dunia pun, memang ada muslim yang kuat beribadat, tapi zalim terhadap anak dan isterinya. Macam tu jugak dari sudut pemerintahan yang dilihat dari sejarah umat muslim dalam dunia.

5
Via Islamic Poster

Takde siapa pun boleh nafikan bahawa ada pemimpin dari kalangan non-muslim yang adil. Dari sudut Hadis pun, Nabi saw pernah puji keadilan Raja Habsyah yang ketika tu beragama Kristian. Malah, apabila sebilangan sahabat dapat penindasan daripada orang-orang besar Quraish di Mekah, nabi mengarahkan diorang berhijrah dan mendapat suaka politik dari Raja Habsyah tu.

Status anutan agama seseorang, adalah urusan dirinya dengan Tuhannya

Status anutan agama seseorang, adalah urusan dirinya dengan Tuhannya. Namun, soal adil dan zalim, benda tu libatkan hubungan sesama manusia. Dengan sebab tu, rakyat muslim dan non-muslim pasti menderita di bawah pemimpin zalim. Berbeza dengan pemimpin adil, sudah pasti semua pihak akan mendapat kebaikan daripada pentadbiran tersebut.

Inilah pemimpin. Via Giphy
Allah takkan binasakan sesebuah tempat, walaupun penghuninya terdiri daripada non-muslim

Dalam Al-Quran – Surah Hud 11 : 117 – Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan membinasakan sesebuah negara atau negeri, andai penghuninya terdiri dari kalangan non-muslim – sepertimana kupasan Imam al-Razi – saling melakukan kebaikan, keadilan, kebajikan dan kemakmuran (Arab: muslihun).

Matlamat utama politik Islam adalah untuk capai kebaikan pada rakyat jelata, tak kisahlah siapa yang jadi pemimpin…

Sebab itu kami kata penggunaan agama yang keterlaluan dalam politik boleh mendatang masalah dan malu pada diri sendiri. Kalau dahulu mungkin ‘PAS’ berfatwa supaya menyokong DAP kerana kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat, atau yang lebih jauh ke belakang; Barisan Alternatif.

Lol2
Siapakah akan menang? Via FMT

Sekarang fatwanya berbeza, kerana ‘kawan’ pun dah berbeza. Ia beri masalah apabila ‘fatwa’ tak konsisten dan bergantung pada keuntungan parti.  Tujuan politik dalam Islam adalah mencapai kebaikan untuk rakyat jelata. Sebarang pelantikan pemerintah hendaklah berorientasikan matlamat tu, tak kira apa anutan agamanya, dan tak kira apa bangsa dan etnik dia.

Kedua, dalam capai tujuan itu, al-Quran menyatakan pemimpin perlu ada dua sifat, iaitu berkemampuan dan beramanah. Banyak perbezaan berlaku dalam kalangan muslim berkenaan pelantikan non-muslim sebagai pemimpin – hakikatnya berfaktorkan kepentingan politik, bukan penafsiran teks wahyu yang mengikut tatacara pemahaman yang sebenar.

Bagi bahagian Fatwa sebenarnya hanya untuk kepentingan parti, ini garis panduan sebenar Islam tentang pemimpin bukan Islam, ia diambil dan disunting dari website SAUDARA.