nuffnang Ads

.

2017/11/30

SUMPAH BAI'AH PAS DAN ISU KAFIR MENGAFIR.

SUMPAH BAI'AH PAS

Dalam konteks Pas,  bai’ah ini ada dua yang pertama bai’ah kepada ahli umum  apabila mereka ini mengisi borang Pas.

Walaupun kita tidak menamakan ia sebagai bai’ah tetapi apabila mereka mengisi borang Pas ini mereka  mengakui dengan nama ALLAH, mereka mengakui bahawa masuk Pas adalah untuk menegakkan syariat Islam.

Tetapi bagaimana kalau parti itu sendiri tersasar dalam perjuangan dan menghianati syariat islam dan ahli mereka sendiri?.

Jika kita masih ingat, pada awal kemerdekaan, Pas dengan lantang berkempen mengatakan UMNO sebagai taghut, sesat dan tidak menuruti ajaran Islam kerana bekerjasama dengan kafir.

Pada Ogos 1963, Dewan Ulamak PAS yang bersidang di kediaman Menteri Besar Kelantan, JKR 10 Jalan Kampung Sirih, Kota Bharu, Kelantan, telah mengeluarkan hukum bersifat fatwa  "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram".

Kemudiannya sejarah politik orang Islam di negara ini menjadi kacau bilau sehingga menganggu kehidupan sosial mereka. Hukum yang bersifat fatwa ini akhirnya diringkaskan dengan nama KAFIR BERIKAT. Pengikut-pengikut PAS mulalah menyebarkan fatwa itu dari mulut ke mulut dan kemuncaknya berlakulah pemulauan, sakit dan kematian, nikah kahwin dan seterusnya sembahyang berasingan.

Dikatakan tempat pertama mendirikan sembahyang Jumaat dua imam ialah di Felda Kampung Rahmat Chalok, Setiu. Seterusnya berjangkit ke seluruh daerah dalam negeri Terengganu, kecuali Kemaman percubaan mendirikan Jumaat secara berasing gagal setelah tindakan segera dibuat oleh pihak berkuasa di daerah Kemaman.

Keadaan hanya reda seketika apabila Pas menyertai Barisan Nasional pada tahun 1970-an. Apabila Pas keluar BN, fatwa dan pandangan UMNO sesat dikumandangkan semula.

Tahun 1978: Dewan Ulamak, PAS Kelantan dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada BN, sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa "Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah".

Pada 1981, ketuanya telah mengeluarkan fatwa baru mengenai kekafiran UMNO. "mati syahid siapa yang menentang UMNO."

Ketika itu berlaku satu lagi perpecahan serius di kalangan orang Islam. Kenduri orang UMNO diboikot, solat yang diimamkan oleh imam kerajaan tidak sah, sembelihan ahli UMNO haram di makan. Malah ada keluarga yang bercerai berai kerana isu ini. Apabila sumpah bai'ah talak tiga yang dilafaz ahli PAS sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Firman Allah: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu
melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. ( Al-Ma ida: 87).

Kemuncaknya pada 1985, Ibrahim Libya dan rakan-rakan di Baling terbunuh kerana menganggap menentang polis dan kerajaan BN pimpinan UMNO adalah satu jihad. Matinya adalah mati syahid. Malahan Pas sendiri mengisytiharkan mereka yang mati ketika menyerang polis dengan parang sebagai mati syahid.

Pada tahun  2009, ketika ketuanya sendiri nampak seperti pulang ke pangkal jalan dengan mencadangkan kerajaan perpaduan, malangnya orang berkenaan yang kini telah meninggal telah membawa lagi isu UMNO kafir ini.

Kali ini UMNO disamakan dengan sebuah kumpulan ajaran sesat "Ayah Pin" - Kerajaan langit dan dengan sebuah ideologi yang menolak kepercayaan kepada tuhan - Komunis.

UMNO komunis dan serupa Ayah Pin. Dengan kata lain UMNO itu kafir.

Dalam ketiga fasa pengkafiran UMNO (1963, 1978 dan 2009) telah dinobatkan oleh seorang bekas pegawai KEMAS yang mengangkat dirinya sebagai Ulama zuhud.

Wajah dan pemikiran ahli Pas mungkin ada yang telah berubah. Namun selagi corak pemikiran seperti ini tertanam di dalam minda, selagi itulah semua ahli Pas harus menanggung dosa mengkafirkan orang Islam lain yang menjadi ahli UMNO.

Sesungguhnya Allah memaafkan dari umatku kesilapan, kekeliruan dan apa yang dipaksa ke atasnya.

Orang yang telah bersumpah untuk sesuatu yang akan datang, lalu kemudian dia mendapati sesuatu yang lebih baik dari apa yang dia sumpahkan, maka tidaklah bersalah untuk dia melanggar sumpahnya yang awal, asalkan dia membayar kafarat. Dalilnya ialah hadis berikut:

Apabila kamu bersumpah dengan sesuatu sumpah, lalu kamu melihat sesuatu lain yang lebih baik dari apa yang telah kamu sumpah, maka bayarlah kafarat dari sumpah kamu (yang awal itu) dan ambillah yang lebih baik itu.

Firman Allah: “Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.”
(Al-Ma’idah: 89).

Dalam video pas baiah (sumpah) yang dilafazkan adalah seperti berikut:-

"Dengan Nama Allah, Sekiranya kami meninggalkan atau melompat ke parti lain dengan kerelaan sendiri, setelah dipilih menjadi calon dan terpilih menjadi ahli dewan undangan negeri atau dewan rakyat atau dilantik menjadi senator, maka kami akan dilaknat oleh Allah, rasulnya, orang orang yang beriman serta sekalian yang melaknat.

Dan segala perbelanjaan kami dengan menggunakan wang elaun ahli dewan yang tersebut adalah haram.

Dan bahawa kami juga bersumpah dengan nama Allah, untuk meletak jawatan dari menjadi ahli dewan negeri atau dewan rakyat yang tersebut, apabila kami keluar atau dipecat dari parti.

Dan Allah bersaksi di atas apa yang saya tuturkan ini."

Oleh itu wahai orang orang islam yang beriman; di manakah letaknya kedudukan pas yang dikatakan meletakkan islam sebagai tiang politik utama mereka???....

2017/11/29

SEMUA ORANG BOLEH BUAT TUDUHAN , TAPI KENALAH TUDUHAN BERFAKTA

https://m.malaysiakini.com/news/394667

🔥🔥

**

1 . *ASJ* , tahun *1997* adalah waktu *KEGAGALAN SERIUS ASJ*. Dan *TAHUN 1997* ketika itu *MENTERI BESAR JOHOR* adalah *GHANI OTHMAN* dan *ASJ* adalah di bawah *SELIAN JOHOR CORPORATION* ataupun di kenali sebagai *JCorp*.

*1997* adalah tahun *JCorp* mengalami kerugian akibat *KEGAWATAN EKONOMI DUNIA*.

*ASJ DI SELAMATKAN* dengan bantuan Kementerian Kewangan sebanyak RM60 juta.

Kenapa hendak salahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kegagalan *TADBIR URUS ASJ DI BAWAH PENTADBIRAN GHANI OTHMAN*❓❓❓❓

2 . *FELDA CAHAYA BARU* , ini juga satu cerita pembohongan kerana kejadian tersebut berlaku apabila *1,495* daripada *3,135 hektar* tanah keseluruhannya termasuk kawasan kediaman yang dimiliki oleh *377 peneroka* terbabit telah *digadai oleh syarikat pemaju, Cahaya Bari Development Berhad (CBDB)* kepada sebuah bank tempatan kerana hendak dibangunkan untuk tujuan komersial (projek perumahan dan perindustrian). 

CBDB adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 1 September 1993 untuk melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Felda Cahaya Baru yang dianggotai 13 ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada kalangan peneroka. 

Bagi membangunan projek komersial itu, CBDB bersama Syarikat Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang bernama Pinggir Setar (M) Sdn Bhd.

Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah mendapat pinjaman sebanyak RM100 juta daripada Allied Bank (M) Bhd pada bulan September 1996 dengan mencagarkan tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru. 

Daripada jumlah itu, *RM75 juta telah dibayar kepada CBDB* , manakala peneroka-peneroka yang telah menyerahkan hak milik mereka kepada CBDB telah menerima *RM140,000 tiap-tiap seorang* sebagai pembayaran peringkat pertama.

Cadangan pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu telah mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah Kerajaan Johor sendiri *TELAH BERSETUJU* pada dasarnya pada *7 Jun 1995* bagi tujuan pembangunan tanah Felda Cahaya Baru. 

Ini menyebabkan 377 orang peneroka Felda terbabit telah menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka untuk tujuan pembangunan komersial itu , manakala CBDB pula telah menggunakan surat serah kuasa para peneroka itu untuk mendapatkan pinjaman bank.

Bagaimanapun, projek pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu sehingga kini tidak dapat dimulakan kerana tanah-tanah itu dikategorikan dalam kelas *TANAH REZAB MELAYU*.

Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar *WAKTU ITU* , *Abdul Ghani Othman* , bagaimanapun *TIDAK* pula membantu peneroka-peneroka terbabit yang kini ternyata tertipu dan teranianya oleh Lembaga Pengarah CBDB yang terdiri daripada pimpinan *UMNO*.

3 . Pertukaran hari cuti dari *JUMAAT KEPADA HARI AHAD* kerana ingin menyelaraskan kegiatan warga Johor waktu itu.

4 . *PROJEK WATERFRONT CITY* yang di katakan juga di bawah pentadbiran TSMY juga adalah satu pembohongan , kerana projek itu di cetuskan ideanya oleh Tun Mahathir pada tahun *1999* , dan sekali lagi Kerajaan Johor di bawah *PENTADBIRAN GHANI OTHMAN* gagal melaksanakannya.

5 . *PERJANJIAN AIR 1961EMPAT KAWASAN YANG PERNAH DIURUSKAN PUB SINGAPURA IAITU EMPANGAN PONTIAN KECHIL, RUMAH PAM TEBRAU, LOJI AIR GUNUNG PULAI, LOJI AIR SUNGAI SKUDAI, TELAH DIKEMBALIKAN KEPADA JOHOR BERIKUTAN KONTRAK BEKALAN AIR JOHOR-SINGAPURA SELAMA 50 TAHUN TAMAT*

*Empangan Tasik Linggiu* milik Kerajaan Negeri Johor, *dikendali Public Utilities Board of Singapore / Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB)*. Singapura menanggung kos pembinaan serta semua kos operasinya . Ini adalah tambahan kepada *RM320 juta bayaran pampasan yang dibayar Singapura kepada Johor pada 1990* .

*Singapura masih terus menguruskan operasi Empangan Linggiu sehingga tahun 2061 kerana Perjanjian Air 1962 sah untuk tempoh 100 tahun.*

*Mengikut perjanjian* , PUB dibenar guna sehingga 250 juta gelen air sehari dari Sungai Johor. Sebagai balasan, Johor menerima air yang sudah dirawat sekitar 5 juta gelen dari jumlah penggunaan air harian Singapura. Rawatan air ini dilakukan di Loji Rawatan Air Sungai Johor juga diuruskan PUB mengikut perjanjian.Johor kini mengurus 43 dari 44 loji rawatan air.

Berkenaan harga air yang mahal kepada rakyat Johor , pendakwa sepatutnya *BERTANYA KEPADA RANHILL* yang menguruskan *SAJ*.

Apadaaa , semua dakwaan kepada TSMY adalah dakwaan penipuan semata-mata.

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/11/28

Lelaki Ini Kantoikan Muslihat Tentang Orang Gaji RM2,500, Kumpul 6 Buah Rumah?

sumber: Shaari Anuar


"Mereka ajar macam mana nak beli rumah banyak tapi tak ajar apa yang perlu dibuat jika dikejar oleh pihak bank," demikian kata Shaari Anuar yang difahamkan sudah lama berkecimpung dalam bidang hartanah.

Beliau tampil memberikan pandangan dan nasihat kepada anak-anak muda agar tidak hanya melihat 'keindahan' dalam ilmu yang diajar individu yang berkongsi cara membeli rumah banyak. Sebaliknya memikirkan kesan dan risiko pada masa akan datang bagi mengelakkan diri ditimpa masalah.

Semoga perkongsian dari Shaari Anuar mengenai realiti dan risiko membeli hartanah ini memberi manfaatkan kepada kita semua. KORANG jangan pandang yang indah saja tentang orang gaji RM2,500, kumpul enam buah rumah. Nak percaya pun, jangan bulat-bulat. Pengalaman saya sendiri mengumpul rumah, infact terlibat dengan pembinaan dan menjual rumah dah jumpa bermacam-macam ragam manusia. Ada seorang itu, asyik kena kejar dengan pihak bank setiap bulan untuk payment. Susah dia nak tidur malam. Dia juga ada syarikatnya sendiri, tetapi masalahnya ialah dia selalu lambat bayar gaji kakitangan kerana dia nak selesaikan bayaran propertiesnya.

Memanglah rumah sewa ada penyewa tetapi jangan anggap rumah itu akan ada penyewa selama-lamanya. Bulan ini pindah, ingat bulan depan terus ada penyewa? Itu belum termasuk kes penyewa sekejap bayar, sekejap bayar separuh dulu, sekejap bayar tertunggak, sekejap pura-pura terlupa nak bayar. Dan kena ada duit tambahan untuk maintenance, repair paip bocor, nak cat baru, wiring problem, dinding berlubang. Korang ingat deposit dua bulan itu boleh cover? Cat undercoat untuk seluruh rumah saiz 20 x 70 pun makan kos ribu. Tak tahulah diorang buat semua itu sendiri atau bawa member sesama mereka bergotong-royong. Legal fee pun korang kena standby juga. Korang kena tahu berapa kosnya kerana nak selesaikan itu dan ini.

Ada seorang individu ini sanggup berlapar dan makan catu. Pantang dapat makan free. Ada satu kes, tak nak langsung beli kereta. Dari bujang, kahwin sampailah ada anak, mereka hanya naik motosikal saja. Kalau diceritakan di Facebook, mesti ramai yang puji. Hakikatnya kasihan pada isteri berhujan dan berpanas bila pergi kerja. Nak kata tak berharta, rumah sewa pula berderet. Kes yang taksub mencatatkan segala perbelanjaan keluar masuk pun ada juga. Setiap masa ada saja ledger debit kredit. Sangat berkira. Masalahnya kalau tak menyusahkan orang tak apa. Ini tidak, dia nak pergi ke mana-mana pun nak tumpang kenderaan member sebab takut terlebih bajet.

Ini cerita orang kaya, bukannya tak ada. Sehingga member dia sendiri pun naik menyampah. Kisah seterusnya okay sikit dan tidak menyusahkan orang. Tetapi member-member tengok dia pula yang rasa kasihan. Time nak pergi kerja, balik kerja, sanggup berpeluh-peluh berjalan berkilometer sebab nak jimat dari bayar tren atau Uber. Bila waktu makan tengah hari, bawa keluar bekal. Bila petang sikit, member office keluarkan junk food atau biskut, dia lahap macam nak makan dengan plastik dan tupperware sekali. Kalau begini perangainya, memanglah duit banyak hasil dari rumah sewa yang banyak.

Kisah ini pula kisah orang sudah berumur. Bila cerita tentang tanah atau rumah memang dia menang. Pernah isteri dia mengadu selama berkahwin, nak ajak pergi melancong dalam negeri pun si suami dah bising. Masa cuti sekolah, dia cuma bawa anak-anak pergi mandi di kolam awam.

Banyak lagi kisah yang saya boleh kongsi tetapi yang satu ini tak boleh blah. Katanya menuntut dengan sifu dia, pengumpul hartanah. Semasa member ajak keluar makan, dia sengaja tak bawa wallet. Mula-mula orang ingat dia memang jenis pelupa. Tapi lama kelamaan kantoi juga temberangnya. Masalahnya wallet saja lupa. Makan, dan minum tak lupa pula? Korang rasa okay ke hidup seperti ini? Terpulang pada masing-masing. Tetapi kalau saya, tak teringin menyeksa dan memperbodohkan diri. Bila mati nanti, orang lain berpesta gembira. Lainlah dah hibahkan siap-siap harta untuk kebajikan dan bawa ke alam akhirat.

Yang penting, jangan taksub dengan keindahan-keindahan seperti yang diceritakan orang lain. Kalau argue secara logik, korang sebenarnya dihina tak berilmu. Itulah hakikatnya. Kisah realiti sebenar, mereka letak bawah karpet. Jangan mudah terpengaruh. Janji kita rasa seronok dengan kehidupan kita sekarang. Kasihan pada budak-budak yang baru nak up, yang tersilap langkah, hidup penuh dengan hutang, pagi petang siang malam memikirkan hutang dan teringat hutang.

Saya bukan berniat nak demotivated. Sebenarnya tak kisah pun korang nak beli 60 buah rumah sebelum meninggal. Beli sajalah kalau berkemampuan. Tujuan saya berkongsi pandangan ini hanya sskadar mahu mendidik anak muda yang baru nak kenal dunia sebenar agar mereka tidak taksub dengan cerita-cerita separuh dongeng yang indah-indah saja ceritanya. Tetapi mereka tak cerita yang mereka perlu mengikat perut, catu makanan, dikejar pihak bank.

Adik-adik tahu betapa azabnya kalau korang diburu oleh pihak bank? Masa zaman saya baru nak up dulu (macam korang sekarang). Ada member join seminar hartanah untuk beli rumah banyak-banyak. Ada 'Tok Guru Rumah' ajar bayar downpayment guna kad kredit. Balik je, member terus follow. Atas kertas molek saja, bila praktil penuh zip zap berliku dan akhirnya kecundang. Dah kena interest 18% dengan penalti. Hutang semakin menimbun. Lebih teruk lagi, dia ada buat personal loan. Ada satu kes sampai rumah tangga hancur. Kisahnya si suami join loan dengan isteri. Pihak bank call tanpa henti sampaikan isteri dia pun tertekan pada waktu itu. Apabila mertua masuk campur, akhirnya pasangan itu bercerai berai.

Yang biasa diajar pada budak-budak baru nak up adalah bagaimana nak dapatkan jumlah loan maksima untuk diluluskan. Bila terkandas, rumah tak dapat disewa, rumah lambat siap, tak ada pula mereka ajar apa yang perlu korang buat bila pihak bank kejar. Sebenarnya tak semua orang bernasib baik. Ada orang, selepas kahwin duduk di rumah mertua. Sewa tak payah bayar, bolehlah buat bayar beli rumah banyak-banyak. Kemudian bangga. Ada orang, anak-anak tak payah hantar ke nursery, maid tak perlu bayar. Hantar saja pada mak dan ayah, jadi orang gaji. Cuti sekolah, angkut semua sekali. Semua sebab nak berjimat, nak berlumba rumah siapa yang paling banyak sebelum mati.

Nak motivate anak muda, niat itu dah betul tetapi ayat yang digunakan untuk menyampaikan mesej itu perlu diperbetulkan. Cakap anak muda manja dan tak ada ilmu, tak semudah itu. Baru-baru ini saya jumpa fresh graduate bergaji RM2,000, di mana dia perlu menanggung lapan adik-beradiknya. Kasihan. Manjakah mereka?

Itu tak termasuk lagi individu yang menulis melahanatkan budak bergaji RM2,000 beli Myvi. Kasihan pada mereka. Masihg-masing ada lifestyle tersendiri. Tak semua orang sanggup berpanas hujan bergadai nyawa di jalan raya. Apapun, bab hutang ini jangan main-main. Kalau dah meninggal, even ada MRTA, rumah banyak, selagi tak diselesaikan, isteri kena bayar setiap bulan. Nak settle MRTA ini pun bukan ambil masa sebulan dua. Korang yang suka kumpul hutang ini pernah terfikir tak kalau kena buang kerja atau tak mampu bekerja? Macam mana?

Ada clients saya, kena buang dari syarikat minyak dan gas. Selama ini dia tak terfikir dengan gaji besar, syarikat terkenal boleh buang pekerja. Rumah ada banyak, cuba nak refinance, malangnya pihak bank tak layan. Hutang bank dah keliling pinggang. Rumah dah ada yang nak kena lelong. Hidup penuh stress.

Pokoknya, nak ajar cara betul ajar tentang pentingnya duit kecemasan. Kerja kuat, cari kerja yang bagi unlimited income. Ada cash back up kuat, jiwa lebih tenang. Hutang ini macam api, ada masanya boleh kawal dan kita pun senang. Tetapi apabila api dah besar, ianya akan membakar diri. Berhati-hatilah anak-anak muda.

Tolong SHARE agar ramai anak-anak muda yang mendapat manfaat dari abang otai yang masih berdosa.

LAGI PEMBELIAN BANGUNAN YANG MERAGUKAN OLEH MARA DI MELBOURNE.

Kaut! Jgn tak kaut! Sampai bila bangsat-bangsat bangsa ni puas?
Dengan dua syarikat yang berdaftar di British Virgin Islands (BVI), dokumen dan satu perjanjian yang meragukan serta laporan penilaian yang tinggi, sekumpulan rakyat Malaysia didakwa mengaut kira-kira RM60 juta daripada satu urusniaga hartanah yang dikatakan tanpa mengeluarkan satu sen pun.

Walaupun pembelian telah dilaporkan sebelum ini, kini kita dapat menunjukkan untuk pertama kalinya bagaimana pembelian dan penjualan hartanah itu dilakukan tanpa perlu meletakkan sebarang wang pendahuluan dan didakwa mengaut berpuluh-puluh juta ringgit.

Ia tertumpu kepada hartanah yang dikenali sebagai UniLodge, sebuah bangunan 12 tingkat di 746, Swanston Street di pusat bandar Melbourne. Ia telah "dijual" kepada Mara Inc untuk A$41.8 juta (RM138 juta) berbanding harga pasarannya ketika itu dan harga transksi AS$23.5 juta (kira-kira RM77.6 juta).

Pilihan Editor
image: https://i.malaysiakini.com/1183/f88395efe4de4e20cadb296b710a2657.jpeg


Parti lebai, parti badut
"Penjualan" pada 2012 itu datang dengan kaveat - hartanah itu, yang mempunyai 281 bilik penginapan pelajar, tidak bertukar tangan sehinggalah lewat kemudiannya. Apa yang ditransaksikan adalah pemilikan sebuah syarikat BVI yang mempunyai sedikit atau mempunyai apa-apa aset.

Mereka rakyat Malaysia yang terlibat dalam perjanjian itu telah dikenalpasti dalam pelbagai dokumen rasmi, termasuk bekas pegawai tertinggi Mara Inc.

Pada 28 Ogos 2012, berdasarkan satu penilaian UniLodge oleh juruukur dan penilai yang berpejabat di Malaysia, Mara Inc membayar A$41.8 juta untuk pembelian semua kepentingan dalam sebuah syarikat BVI yang dipanggil Thrushcross Ltd.

Malaysiakini tidak menyiarkan semua identiti itu sementara menunggu komen mereka.

Laporan penilaian itu adalah tambahan kepada perjanjian jual beli Thrushcross. Penjualnya ialah Scarlett Nominees Limited, sebuah lagi syarikat berdaftar BVI.

Perjanjian jual beli antara Scarlett dan Mara Inc menyatakan bahawa Thrushcross adalah “beneficial owner” UniLodge dan "mempunyai hak untuk menyelesaikan dan akan mempunyai hak milik yang sah terhadap hartanah itu."

Perjanjian ini untuk membeli syarikat BVI adalah untuk memperoleh "semua kepentingan" dalam Thrushcross Ltd, yang kemudiannya menukar namanya kepada Thrushcross Land Holdings Ltd.

Tetapi kedua-dua Scarlett dan Thrushcross tidak mempunyai harta tak alih atau sebarang harta atas nama mereka. Pendek kata, Mara Inc membeli "shell comppany" bernilai A$41.8 juta dari sebuah lagi "shell company" yang lain [Baca berita ini].

Pendedahan yang mengejutkan ini terkandung dalam dokumen yang diperoleh oleh Fairfax Media di Melbourne dan Malaysiakini.

Read more at https://m.malaysiakini.com/news/403697#wF18OOGv1OG4pHBW.99

2017/11/23

MENANGISLAH KAMU WAHAI MELAYU - DR. MAHATHIR

YSelepas sajak terkenalnya “Melayu Mudah Lupa” dan jika pada tahun lepas menzahirkan harapannya kepada pemuda-pemudi di Malaysia agar menyelamatkan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyiarkan sajak baru beliau bertajuk “Budi dan bahasa”.

Sajak itu menyentuh pelbagai perkembangan terkini berkaitan dirinya, termasuk tidak disediakan kerusi untuk acara rasmi istana dan bagaimana “duit menjadi raja”.

Perdana menteri keempat itu juga, dalam bahasa lembut, menyindir keras golongan yang disifatkannya sebagai penerima “dedak.

BUDI DAN BAHASA

oleh Dr Mahathir Bin Mohamad

Budi bahasa budaya kita
Slogan mendesak di mana-mana sahaja
Jangan lupa budaya bangsa
Ulangi di mulut mencukupilah juga.

Kita diingat jangan lupa
Budaya silam warisan kita
Tetapi jika tersalah apa-apa
Rentap kursi balik tidak mengapa.

Budi bahasa budaya Melayu
Sering bertukar mengikut masa
Jika tersilap jangan malu
Budi bahasa perkara lama.

Kesipuan jangan dibiar berlaku
Tiada kursi alasan mencukupi
Kurang santapan diganti muruku
Bangsa tersungkur takdir disalahi.

Budi bahasa slogan negara
Bersopan santun pakaian disedia
Selempang kanan jangan dikirikan
Jangan guna tangan kiri waktu makan.

Budaya bangsa budi dikenang
Itulah adat Melayu lama
Setelah naik tangga ditendang
Kalau nak turun terjun sahaja.

Wahai bangsaku berbudaya barukah kamu
Atau berbangsa lainkah kamu
Hilang adat hilang malu
Duit disembah raja baharu.

Lanun sudah menjadi raja
Bukan jenayah bila mencuri
Bintang di langit dipasang di dada
Rakyat menyembah duit yang diberi.

Batu putih bertuan baru
LKY menjadi Raja
Bila terkenang zaman dahulu
duduk mengalir air mata.

Menangislah kamu wahai Melayu
Negara dijual kerana duit itu raja
Sembahlah kamu raja baharu
Itulah peranan hamba raja.

Tangisan tidak membawa ke mana-mana
Setelah negara dimiliki orang
Junjunglah penjual negara yang kaya
Mungkin sekupang dua tercicir di belakang.

Kutiplah kamu dedak dan serdak
Itu sahaja yang tertinggal bagimu
Tertutup mata, mulut dan pekak,
Tersumbat hidung, matilah kamu.

Menangis meratap penjunjung jenazah
Kenapakah dedak disumbat hidung
Baunya sedap menolak payah
Akhirnya maut diangkat perusung.

Wahai bangsaku bijak bestari
Tak fahamkah kamu kesannya tenggelam
Tidak bernyawa bermakna mati
Berakhirlah sudah cerita silam.

Wang SRC dipinjam dari dana pencen ‘sangkut’ di Bank BSI - Menteri Kewangan II


KUALA LUMPUR  1 Nov 2016 – Wang pelaburan syarikat Kementerian Kewangan SRC International tidak dapat dikeluarkan dari Bank BSI selepas bank Switzerland itu berdepan siasatan berkaitan 1MDB, kata Menteri Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani.

“Kebanyakan wangnya yang dilabur, mereka letak di Bank BSI.

“Oleh kerana Bank BSI sedang disiasat, saya diberitahu oleh pengurusan SRC bahawa wang itu berada di BSI Bank tetapi dibeku dan oleh itu mereka tidak dapat ambil balik.

“Tetapi saya tidak dapat beri kamu perincian lebih daripada itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama dalam Sidang Kemuncak Pasaran Modal Malaysia ke-21 di sebuah hotel di Kuala Lumpur lapor Malaysiakini.

Beliau mengulas soalan berkaitan rancangan SRC untuk membayar faedah tahunan kepada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

SRC meminjam RM4 bilion daripada tabung itu.

SRC membayar faedah tahunan RM164 juta kepada KWAP tetapi jumlah itu dianggarkan akan meningkat kepada RM660 juta tahun depan, untuk melangsaikan pinjaman pokok.

BSI setakat ini berdepan prosiding jenayah, antaranya susulan kegagalan mematuhi peraturan antipengubahan wang haram dalam menguruskan transaksi berkaitan 1MDB.

Ia disiasat oleh pihak berkuasa Singapura dan Switzerland.

Mei lalu, Singapura juga mengarahkan BSI di kota itu ditutup.

2017/11/22

DR.MAHATHIR TIDAK AKAN BERJAYA SINGKIRKAN SAYA PADA PRU YANG AKAN DATANG.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=856386441198981&id=379029638934666

🔥🔥

*SAYA MENCARI LINK NAJIB YANG DENGAN BONGKAK MENGATAKAN TUN MAHATHIR TIDAK AKAN DAPAT SINGKIRKANNYA , TETAPI LINK ITU HILANG ENTAH KEMANA , MAKA SAYA PINJAMLAH LINK DATO SRI KHAIRUDIN*

Saya hanya dapat membaca *LINK* tersebut sepintas lalu dan apabila saya cuba mencari semula ianya telah hilang.

Najib dengan bongkak mengatakan bahawa Tun Mahathir *TIDAK AKAN BERJAYA MENYINGKIRKAN BELIAU DI DALAM PRU AKAN DATANG*.

*FIRAUN* juga pernah *BONGKAK* , dan akhirnya mati di telan laut merah.

*QARUN* juga pernah bongkak , dan akhirnya mati di telan bumi bersama-sama harta kekayaannya.

*NAMRUD* juga pernah bongkak , tapi akhirnya mati kerana seekor nyamuk masuk dalam telinganya.

*KUASA ALLAH* tiada *BATASAN* dan *TIADA DI DALAM AKAL MANUSIA* untuk mampu memikirkannya.

*TIADA KUASA DUKUN atau BOMOH* boleh *MENANDINGI KUASA ALLAH SWT*.

*DOA ORANG TERANIAYA* amat mustajab , tiada satu pun yang *AKAN DI TOLAK* oleh *ALLAH*.

Najib dan suku sakat samunannya boleh terus untuk menjadi *BONGKAK* dan *TAKBUR* ke atas keperitan rakyat marhaen.

Ada rakyat yang masih makan sehari sekali kerana keperitan hidup.

Ada rakyat yang terpaksa mengesat air mata demi kelangsungan hidup anak-anaknya.

Ada rakyat yang terpaksa mengikat perut untuk menabung bagi pembelajaran anak-anaknya.

Ada rakyat yang terpaksa membuat dua tiga kerja sehari demi kelangsungan kehidupan keluarganya.

Makcik JR , ketua cawangan UMNO , paknaib dan pemakan dedak juga duduk di dalam golongan subahat menyusahkan rakyat marhaen apabila terus menerus menyokong Najib dan rejim samunannya.

*AZAB ALLAH* sudah di *PERISTIWAKAN* dan telah *TERBUKTI* , maka Najib dan sekutunya kena beringat dan muhasabah diri masing-masing.

*AZAB ALLAH* melangkaui *ILMU BOMOH DAN DUKUN* , tunggu sahaja *HARI PEMBALASAN DARI ALLAH*.

*TERUSKAN BONGKAK DAN TAKBUR* pasti akan *ALLAH BUKTIKAN KEKUASAANNYA*.

*SHUKUR MOHAMAD*

KEBANJIRAN WARGA ASING MENGANCAM EKONOMI NEGARA SERTA RAKYAT MALAYSIA KESELURUHANNYA

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/7-juta-pekerja-asing-di-malaysia-1.108348

**

Kongres Kesatuan Sekerja(MTUC) melaporkan terdapat 7 juta warga asing yg berkerja di Malaysia. Tapi hanya 2.2 juta yg di daftar. Lambakkan warga asing ini boleh mengancam negara serta kehidupan rakyat malaysia melalui hal² yang berikut.

EKONOMI NEGARA DAN WARGA TEMPATAN
- Berbillion ringgit setahun aliran tunai tidak di belanjakan di dlm negara kerana di hantar balik ke negara² asal perkerja² asing ini.
Sebagai contoh. Gaji minimum mereka sekitar RM1500.00 sebulan. Mereka hanya akan membelanjakan sekitar RM500.00 sebulan utk makan dan minum mereka. Ini bermakna mereka akan hantar RM1000.00 sebulan kpd keluarga mereka.
Matematiknya...
RM1000 x 7 juta x 12 bulan = jawapannya cuba kira sdiri ??

Ini bermakna negara kehilangan berbillion ringgit setahun..

Di kala ini seolah kerajaan Malaysia membuka pintu seluas luasnya kpd pendatang asing. Ini memberi kesan yg sgt buruk kpd warga tempatan.
Ditambah pula dgn dasar kerajaan tempatan yg amat mesra dgn warga asing.

Peluang2 perniagaan dari gerai tepi jalan, sebahagian besarnya telah dibolot oleh warga asing, yg mana ini telah menyekat peluang anak tempatan. Bila anak tempatan berniaga di tepi jalan, mereka akan di saman dn peralatan perniagaan mereka di rampas.. Bilamana warga asing yg berniaga.. Seolah² tiada apa² tindakkan penguatkuasaan. Adakah warga asing ini telah membayar wang perlindungan dari penyamun² berlesen yg membolehkan mereka berniaga tanpa gangguan..??

Hari ini kita lihat di pasar2 malam dan pasar pagi, dikuasai oleh kemboja, restoran mkn mlm, sinonim dgn warga thai, kedai2 runcit dgn bangla dan acheh, sebahagian besar dari bandaraya KL telah dimonopoli oleh warga myanmar,nepal,bangla.

Kemasukkan warga asing ini beramai² boleh juga di ketogerikan *Pemerdagangan Manusia* yg di halalkan..  Ini hanya memberi keuntungan kpd individu² tertentu terutama pada individu² yg berada di agensi yg mengeluarkan permit perkerja asing. Bak kata *Husin Lempuyang," Jual org lagi untung dari jual unta"*

SOSIO BUDAYA
- Bila sudah terlalu ramai bilangan meraka terutama yg bukan bukan islam. Pastinya budaya² mereka yg tidak sesuai di bawa sekali ke sini. Ianya sering di pertonton di tempat² awam spt berpeluk²kan  antara lelaki/perempuan ada juga golongan gay di kalangan mereka yg tanpa segan silu berpeluk²kan mahu pun berciuman di tempat awam. Mabuk dll.

Ini semua budaya² negetif yg tak wajar di perlihatkan dn di pertontonkan di tempat² awam.

KESIHATAN
- Tahap kesihatan mereka juga sgt di ragui. Kerana sebahagian besar dari mereka tidak menitik beratkan kebersihan persekitaran mereka.. Ini pastinya akan mengundang pelbagai penyakit berjangkit yg tempiasnya pasti akan terkena kpd warga tempatan.

KADAR JENAYAH
- Statistik menunjukkan warga asing menyumbang 13% perlakuan jenayah spt jenayah rogol, samun, bunuh dll. Ini menjadikan rakyat merasa tidak lagi merasa selamat utk berada di mana² sekali pun, sama ada berada di dalam mahu pun di luar rumah.

KESIMPULANNYA
- Mari kita bersatu mengubah kerajaan sedia ada bagi membina semula dan membaik pulih segala sistem sedia ada yg telah mereka rosakkan dgn sgt teruk..

Semua ini merupakan ancaman jangka panjang kpd ekonomi negara dan kpd rakyat Malaysia keseluruhannya..

#PRU14
#PAKATANHARAPAN

2017/11/21

PEMIMPIN KERAJAAN TIDAK BERPRINSIP DAKWA VET. ATM MAHU GULING KERAJAAN - Datuk Mohd Arshad Raji.


sumber: MALAYSIA DATELINE

Dakwaan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum bahawa sebahagian veteran angkatan tentera bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu dalam mengejar kepentingan politik, dinafikan Persatuan Patrioit Kebangsaan (PPK).

Presidennya Brid Jeneral (B) Datuk Mohd Arshad Raji berkata, keanggotaan PPK yang terdiri daripada pesara tentera dan polis, ingin mengingatkan ahli-ahli politik yang memerintah untuk berhenti mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan, keresahan dan ketakutan di kalangan rakyat.

“Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai rekod yang kukuh di mana pasukan keselamatan sentiasa taat dan berdiri teguh dalam mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan yang merupakan tonggak sistem demokrasi negara kita yang tercinta,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengulas mengenia kenyataan  Timbalan Menteri Pertahanan Mohd Johari Baharum dilaporkan berkata bahawa veteran angkatan tentera bekerjasama dengan pemimpin politik pembangkang untuk ‘menggulingkan kerajaan’  sedangkan ujar Moh Johari lagi, kerajaan memberi pelbagai bentuk bantuan, penghargaan serta imbuhan kepada veteran.

Beliau bercakap demikian dalam sidang media selepas  menyampaikan  penganugerahan kepada 242 Veteran ATM dan balu Veteran ATM Kedah dan Perlis yang  menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) di Dewan Ibnu Sina, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada Ahad.

Mohd Arshad berkata, dakwaan Mohd Johari itu secara umum kepada bekas anggota tentera kononnya merancang untuk mengulingkan kerajaan dilihat menanam benih ketidakstabilan, perpecahan dan kecurigaan di kalangan rakyat, termasuk anggota keselamatan yang masih berkhidmat ataupun yang telah bersara.

“Adalah paling tidak berprinsip bagi seorang pemimpin untuk menyatakan bahawa “walaupun pelbagai bantuan dan kemudahan diberikan” kepada bekas anggota tentera dan ahli keluarga mereka yang masih hidup, mereka masih “bercita-cita untuk menjadi wakil rakyat” dengan parti-parti politik selain dari parti politik yang membentuk kerajaan majoriti hari ini.

“Pertama, beliau perlu disekolahkan dengan apa yang dimaksudkan ‘kerajaan’ dan mengapa beliau mesti faham dengan jelas perbezaan antara parti politik dan kerajaan.

“Malah, dengan memberi isyarat (hint) yang berniat jahat (malevolence) dan mengaitkan negara-negara seperti “Libya, Iraq dan Lubnan” adalah sama seperti mengugut negara kita yang aman, patriotik, taat dan ghairah (fervent) mempertahankan keamanan dan kemajuan yang dikecapi.

“PPK tidak akan menyerah kepada strategi mempecah-belah dan ugutan oleh ahli-ahli politik dan parti-parti politik yang percaya bahawa hanya mereka sahaja yang mampu dan mesti membentuk kerajaan.

“Kami juga ingin mengingatkan Timbalan Menteri bahawa mempersoalkan tahap kecekapan dan menuntut ketelusan daripada ahli-ahli politik dan akauntabiliti yang tidak dapat diragui bukanlah sama dengan bertujuan “menggulingkan” kerajaan.

“Sebaliknya adalah kewajipan setiap rakyat yang patriotik untuk memastikan bahawa negara kita dan Raja-Raja sentiasa dilindungi daripada mereka yang mempunyai motif tersembunyi yang didorong oleh kepentingan dan keuntungan peribadi dengan mengorbankan keamanan, kemajuan dan pembangunan jangka panjang negara kita Malaysia,” ujarnya.

Tambah beliau lagi veteran tidak hidup dengan ihsan mana-mana parti politik. Mereka juga tidak perlu bersumpah setia kepada mana-mana parti politik, sama ada yang berkuasa atau yang bercita-cita menjadi pilihan majoriti para pengundi, semata-mata kerana “pelbagai bantuan dan kemudahan diberikan kepada mereka”. Untuk berbuat demikian adalah sama seperti penyuapan yang melintasi sempadan rasuah.

Dikalangan veteran ujarnya lagi dibayar yuran, pencen, seperti yang termaktub dalam dasar dan undang-undang negara.

“Adalah menjadi tugas parti politik yang membentuk kerajaan hari ini untuk memastikan bahawa setiap Terma dan Syarat yang termaktub dilindungi bagi kepentingan mereka yang telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka untuk mempertahankan negara dan berbakti kepada Raja Perlembagaan.

” Ahli politik yang menyemai benih ketakutan adalah pengkhianat sebenar kepada rakyat, Raja dan negara,” ujarnya.

MALAYSIA BAKAL TERIMA NASIB SEPERTI ZIMBABWE.

Sumber: DALIA ISMAIL
June 12, 2017 3:06

Apa yang saya tulis di bawah ini pengalaman yang saya lalui selama 21 tahun di Zimbabwe. Mungkin banyak kekurangan dari segi ‘facts and figures’ tetapi dari apa yang sedang berlaku disini, banyak persamaannya dengan apa yan
g dilakukan oleh kerajaan negara China terhadap Zimbabwe melalui syarikat milik kerajaan negara itu.

Tidak mustahil, tidak lama lagi perkara yang sama berlaku di negara kita. Nahuzubillah.China telah lama “melabur” dalam pelbagai projek infrastruktur di Zimbabwe sejak 1980 dengan nilai sebanyak AS$5bilion.

Antara puluhan projek China di Zimbabwe, yang menarik perhatian saya adalah pada tahun 2012 yang mana China “membantu” membaikpulih
rel keretapi di Zimbabwe.

Selepas 4 tahun projek keretapi itu bermula, pada hari ini, China telah berjaya mengawal 80% dari ekonomi dan pentadbiran negara Zimbabwe dan menjadikan Zimbabwe seolah-olah seperti sebuah koloninya di benua Afrika.

Matawang Yuan, bar-baru ini, juga telah di jadikan matawang rasmi di Zimbabwe apabila China mengecualikan pembayaran balik hutang sebanyak AS$40juta kepada Zimbabwe.

Ternyata penjajahan bentuk baharu bukan lagi secara ketenteaan tetapi penaklukan eonomi kuasa besar terhadap negara dunia yang lemah mengurusan ekonominya.

Rakyat Zimbabwe terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dan kelemahan pentadbiran kerajan mereka yang dipimpin oleh Presidennya Robert Mugabe.

Barang dijauhi Allah, Malaysia menjadi seperti Zimbabwe. Tapi dari apa yang sedang berlaku sekarang, musibah yang sama akan melanda kita kalau tidak melihat Zimbabwe sebagai iktibar dan belajar dari kesilapan itu.

Zimbabwe satu-satunya negara yang tidak mempunyai matawangnya sendiri yang mana Dollar Amerika mendominasi urusniaga sejak 2003.

Ketika inilah China mencurahkan pelaburannya dengan membina lapangan terbang baharu, membaikpulih lebuh raya, bandar dan perkampungan baharu berkonsepkan China sehinggakan terujud Little Beijing in Harare.

Penduduk China diseluruh Zimbabwe lebih kurang 80-90,000 orang yang hampir sama dengan penduduk asal di negara tersebut. Rakyat China yang bekerja di Zababwe dan penduduk tempatan yang bekerja dengan syarikat China dibayar dengan Remimbi atau Yuan.
Terdapat juga emas dan logam dari penduduk tempatan dibayar dengan Remimbi dan adakalanya dibayar dengan barang-barang peralatan rumah buatan China yg kualiti rendah.

Sebanya 70% rakyat Zimbabwe dikalangan petani. Mereka jemu untuk ambil peduli ‘apa yang betul’ dan ‘apa yang salah’ dilakukan oleh kerajaan mereka.

Tiba masa mengundi, mereka mengundi. Apa yang merekaperlu ialah air yang cukup bukan Mugabe. Mereka akan menikmati ‘bumper harvest year’ pada bulan Jun kalau cukup hujan pada awal tahun ini.

Mereka bukan tak tahu kezaliman Mugabe yang selama ini merosakkan negara, tetapi mereka dah sampai ketahap benci untuk berbuat sesuatu.

Jangan ketawa kan saya. Apa yang saya alami dari 1995 hingga sekrang, 21 tahun lamanya, sedang berlaku di negara ini. Kita akan dengar kata-katasaperti; “Zimbab dan Malaysia tak sama”;”Tidak akan berlaku di Malaysa” dan sebagainya.

Apa yang saya dengar itulah juga diungkapkan sejak 17 tahun yang lalu dari mulut menteri Zimbabwe.

Masalah sedang menunggu. Kalau masalah dari 1MDB tidak di selesaikan kita akan jadi mangsa Amerka. Sekarang ini apa yang  Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib  Razak cuba lakukan ialah “cuba lari” dari Amerika) dengan mengunakan kuasa China. Tidak ubah seperti bidalan “cuba keluar dari mulut buaya dan masuk ke mulut naga”.

Dalil-dalil  yangg negara kita menjejaki Zimbabwe telah banyak berlaku dan kan terus berlaku dalam masa yang amat pantas.

Contoh:
•Apabila banyak cawangan bank ditutup, money changer akan mengikuti nilai mata wang seperti Dollar AS akan sukar didapati. Black market
yang taboo kepada Bank Negara akan muncul.Budget negara tipu salah satu darinya. Kerap berlaku di Zimbabwe akan berlaku disini juga.
•Tarik subsidi kerajaan menyebabkan barang dapur jadi bertambah mahal.
•Tidak mustahil Felda akan dimiliki syarikat China dengan hanya membeli share FGV dan tak mustahil jika minyak sawit didagangkan dengan Remimbi. Peneroka Felda akan dibayar denga matawang cina. Kedai 1Msia akan dipenuhi dengan barangan buatan China yang rendah kualitidan substandard mutunya.
• Pelabur dari barat kurang minat melabur di Malaysia kerana tidak yakin akan ditawarkan project kerana GLC China telah bertapak dengan kuat dan menguasai penjawat awam. Bila kurang pelaburan dari barat, maka akan berlaku kekurangan pertukaran wang asing dalam
negara yang akan mengakibatkan nilai ringgit turun dan terus turun.
• Credit rating negara akan menurun yang akan meyebabkan akses kepada modal asing menjadi sukar dan mahal.

Tunggu!! tidak lama lagi, di pasar raya kita hanya dapat membeli buah-buahan tempatan saja. Kalau ada epal dan anggur pun, didatangkan dari China.

Saya ulangi, apa yang g saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman saya selama 21 tahun di Zimbabwe.

Apa ada untuk rakyat sesebuah negara sekiranya aset seperti letrik, air, rel, lebuhraya strategik, pelabuhan dan telekomunikasi dimiliki orang asing?.

Selamatkanlah negara ini dari di REMIMBIrised atau YUANised oleh China.

https://malaysiadateline.com/malaysia-bakal-terima-nasib-serupa-zimbabwe/

2017/11/20

INILAH KISAH SITI NOOR AISHAH YANG DI TAHAN DI BAWAH SOSMA.

Dari jauh aku lihat dia mengesat air mata. Bukan kerana bebanan yang menimpa, tapi rasa malu kerana terpaksa menyusahkan orang lain.

“Terima kasih banyak. Mak Cik tak ada duit nak bagi, makcik malu dengan kamu. Semoga tuhan balas jasa kamu”.

Mundar-mandir dia berjalan pergi menuju ke dalam bas. Waktu itu aku lihat dia mengesat air mata, walau sebenarnya dia cuba sembunyikan dengan berselindung di celah-celah kereta. 

Pak Cik Atam terus menunggu di tepi kereta aku. Ingin dihulurnya duit, sedang aku tahu, orang tua ini, seorang OKU, yang hanya menyara hidup anak isteri hasil wang RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, serta wang pencen SOCSO sebanyak RM600, tak punya duit untuk diberikan. Aku menolak bukan kerana aku berduit, tapi tak tergamak seorang manusia yang waras mengambilnya.

“Terima kasih banyaklah encik. Pak Cik tak tahu dah nak mengadu dekat siapa. Di KL ni kami sekeluarga tak ada siapa-siapa nak mengadu”

Pakcik Atam Jusof, dan Isterinya, Makcik Saadiah Ibrahim adalah ibu dan ayah kepada Siti Noor Aishah, seorang bekas pelajar Universiti Malaya, yang dituduh dibawah SOSMA kerana kononnya memiliki 12 buah buku yang diharamkan.

Mereka ini aku hantar ke Stesen Bas Sementara Shah Alam, untuk pulang ke rumah mereka di Dungun, Terengganu. Siang tadi, baru sahaja anak mereka ditahan semula dibawah SOSMA, dan dihantar ke Penjara Kajang.

Tak dapat aku bayangkan, jika 2 orang tua itu adalah ibu dan bapa aku. Aku tak tahu sialan apa yang merasuk dalam diri orang yang sanggup mendera mereka sekeluarga.

Siti Noor Aishah pelajar pintar. Menyambung ijazah di KUIN, kerana bahasa Arab diguna sebagai bahasa pengantar, walau sebenarnya menerima beberapa tawaran dari universiti lain. Beliau kemudiannya menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam jurusan Usuluddin (Akidah) di Universiti Malaya. Suka membaca, malah sewaktu berjumpa dengannya, kami sempat bertanya apa harapan jika dibebaskan kelak. Jawabnya;

“Saya harap minat saya untuk membaca tak dihalang”.

Aku sempat ke rumah mereka beberapa minggu yang lepas. Rumah itu cuma ada satu bilik, dan bilik itu pun tak berpintu, cuma ditutup dengan langsir.

Aishah tak pernah keluar dari rumah, sejak dikenakan sekatan rumah, dan dipakaikan Alat Peranti Eletronik (EMD), selepas ditahan kali kedua dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Sekatan ini dikenakan kepadanya selama 2 tahun.

Ketika kami datang itulah baru dia keluar. Kata ibunya, wajah Aishah sedikit ceria.

Aishah merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik. 3 orang adiknya, masing-masing baru menamatkan pengajian di peringkat sijil dan diploma, bekerja kilang di Senawang, Shah Alam dan Kerteh. Seorang lagi masih menuntut di Institut Latihan Perindustrian.

Dalam semua, Aishahlah menjadi harapan keluarga, kerana diberi kesempatan untuk belajar lebih tinggi.

Aishah ditahan

22 Mac 2016, jam 12.25 tengah hari, sepasukan polis Bahagian Counter-Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman, lengkap bersenjata berat M-16, menyerbu kediaman Siti Noor Aishah di Dungun, Terengganu.

Aishah yang sedang tidur di bilik, dibawa masuk ke dalam kereta polis dalam keadaan terpinga-pinga. 25 buah buku, termasuk telefon bimbit dirampas oleh polis.

“Masuk je dalam kereta polis, diorang dah mula soal siasat. Polis tanya saya, mana bendera? Mana bom?” Kata Aishah.

Aishah kemudiannya dibawa ke IPD Dungun, sebelum dihantar ke pusat tahanan yang dirahsiakan lokasinya selama 28 hari. Bilik tahanan itu sempit, tidak bertilam dan bantal, lampu dibuka 24 jam sehari. Setiap hari, Aishah akan disoal siasat selama 12 jam. Itulah rutin yang dijalani sepanjang 28 hari.

“Mereka tak pukul saya, tapi kalau jawapan yang saya beri tidak memuaskan mereka, mereka ‘cuma’ suruh saya ketuk ketampi, jalan itik dan berdiri separuh duduk”

“Sepanjang 28 hari itu saya beberapa kali mohon kepada polis, supaya menghubungi ayah saya, dan minta dilantik seorang peguam untuk mewakili saya. Polis jawab kami dah beberapa kali maklum pada ayah kamu, tapi tiada jawapan”

Realitinya polis tidak memaklumkan pada ayah Siti Noor Aishah. Malah apabila ayahnya melantik peguam, polis memarahi ayah beliau. Mereka minta Pakcik Atam untuk tidak melantik peguam mewakili Aishah.

Bangsat apa ni!

Atas dasar ingin memudahkan kerja, kau layan mereka macam sampah. Ayah mana yang akan biar anaknya meringkuk dalam penjara tanpa pembelaan?!

Kalau sekalipun Aishah bersalah, kenapa kau hukum keluarga mereka? Demi duit? Demi pangkat? Bangsat!

Tamat tempoh reman 28 hari, Aishah di bawa ke Mahkamah Majistret Kemaman, pada 19 April 2016, dan dituduh dibawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana dikatakan memiliki buku-buku berunsur keganasan yang berkaitan dengan kumpulan pengganas.

Aishah ditahan di Penjara Pengkalan Chepa selama lebih dari sebulan, kemudian dipindahkan ke Penjara Kajang selama hampir 5 bulan. Sepanjang perbicaraan berlangsung, Aishah tidak dibenarkan untuk diikat jamin. Itu adalah prosedur di bawah SOSMA.

29 September 2016, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Sharif Abu Samah, memerintahkan supaya Siti Noor Aishah dibebaskan. Hal ini kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa buku-buku yang dimiliki oleh Siti Noor Aishah itu telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri. Malah buku-buku tersebut masih tidak diharamkan sehingga hari ini!

“Apalah ertinya pemilikan buku-buku tersebut yang dikatakan mempunyai kaitan dan unsur-unsur pengganas menjadi suatu kesalahan keatas sesiapa yang memiliki buku-buku tersebut, walhal pihak Kementerian Dalam Negeri gagal menjalankan fungsi sebenarnya untuk mengharamkan dan seterusnya menghapuskan buku-buku tersebut.” 29 September 2016, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah.

Berikut adalah senarai buku-buku tersebut:

Visi Politik Gerakan Jihad

Penulis: Hazim Al-Madani & Abu Mush’ab As-Suri

Penterjemah: Luqman Hakim

Penerbit: Jazera

 

Generasi Kedua Al-Qaedah: Apa dan siapa Zarqawi, apa rencana mereka ke depan

Penulis: Fuad Hussein

Penterjemah: Ahmad Syakrikin

Penerbit: Jazera

 

Akankan Sejarah Terulang

Penulis: Dr.Muhammad Al-Abdah

Penterjemah: Abas Mansur Tamam

Penerbit: Jazera

 

Deklarasi Daulah Islam Iraq

Penulis: Dewan Syariah Daulah Islam Iraq

Penterjemah: Abu Hafsh As-Sayyar & Abu Musa Ath-Thayyar

Penerbit: Islamika

 

Merentas Jalan Jihad Fisabillah

Penulis: Shaikh Abdul Qadir Abdul Aziz

Penterjemah: Hassan As-Sayyari

Penerbit: Pustaka Al Alaq

 

Misteri Pasukan Panji Hitam

Penulis: Muhammad Abu Fatiha Al-Adani

Penterjemah: H.Muhammad Harun Zein

Penerbit: Jasmin Publication

 

Turki Negara Dua Wajah

Penulis: Abdullah Azam

Penterjemah: Abdurrahman

Penerbit: Al Alaq

 

Masterplan 2020: Strategi Al-Qaeda Menjebak Amerika

Penulis: Fahmi Suwaidi

Penerbit: Jazera

 

Dari Usama Kepada Para Aktivis

Penulis: Syaikh Usamah Bin Ladin dan Syaikh Yusuf Al_Uyairi

Penterjemah: Umar Burhanuddin, Abu Hafs As Sayyar & Syahida Man

Penerbit: Kafayeh

 

Dari Rahim Ikhwanul Muslimin Ke Pangkuan Al-Qaeda

Penulis: Ayman Az-Zawahiri

Penterjemah: Umar Burhanuddin

Penerbit: Kafayeh           

            

Ketika Maslahat Dipertuhankan dan menjadi Taghut Model Baru

Penulis: Abu Muhammad Ashim Al Maqdisiy

Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman

Penerbit: Tiada

 

Seri Materi Tauhid for the greatest happiness

Penulis: Tiada

Penterjemah: Abu Sulaiman Aman Abdurrahman

Penerbit: Tiada

 

Mengikut kata ibu Siti Noor Aishah, Datuk Mohamad Shariff secara tegas mengarahkan supaya Siti Noor Aishah dibebaskan dan tidak ditahan semula.

“Kamu nak tahan dia semula ke? Kamu bebaskan dia segera”, kata Pesuruhjaya Kehakiman, kepada pendakwaraya, menurut kata ibu Siti Noor Aishah.

Namun keluar dari mahkamah, Siti Noor Aishah ditahan semula dibawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA). Aku tak tahu apa yang berada dalam fikiran mereka. Kali ini, Aishah dituduh mengimport bendera ISIS ke dalam Malaysia. Tapi buktinya? TIADA.

Lebih dari sebulan ditahan didalam solitary confinement di bawah POCA, AISHAH diarahkan untuk dikenakan tahanan rumah selama 2 tahun, dan dipakaikan alat peranti pemantauan eletronik (EMD). 2 tahun ini, setiap minggu, Aishah perlu melaporkan diri ke IPD Dungun. Aishah tidak boleh keluar dari kawasan sekatan. Ada peluang pekerjaaan untuk Aishah? TIDAK ADA.

Kami sempat ke rumahnya di Dungun, menemubual Aishah sambil makan petang bersama keluarga. Aishah sedikit ceria.

Keluarga kini berhutang ribuan ringgit, untuk kegunaan kes Aishah. Orang kampung, setiap kali akan bertanya perihal Aishah.

“Pakcik dah tak tahu nak jawab apa pada orang kampung. Pakcik sekarang bawa keratan akhbar ke mana-mana, setiap kali orang kampung tanya, pak cik tunjuk keratan akhbar ini.”

27 Mac 2017, mahkamah rayuan meluluskan rayuan pendakwaraya untuk kes Siti Noor Aishah dibawah SOSMA. Keluarga tak tahu langsung, yang Aishah akan ditahan semula pada hari itu. Tidak ada permohonan tahanan dibuat kepada Aishah didalam mahkamah.

Selesai perbicaraan, keluarga membawa Aishah keluar makan di restoran. Peguam pula sudah dalam perjalanan pulang ke Terengganu. Namun ketika itulah baru ayah Aishah dihubungi Pegawai Penyiasat, supaya membawa semula Aishah ke mahkamah.

Aishah ditahan semula

Rupanya Aishah akan ditahan semula. Pak cik Atam, seorang OKU, tak dapat berfikir lurus. Aku dihubungi, memaklumkan penahanan semula kes. Pagi itu aku tak sempat ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya, kerana terpaksa bergegas ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, untuk satu lagi kes, melibatkan kanak-kanak Rohingya berusia 15 tahun yang dipenjara sejak Disember tahun lalu.

Petang itu, aku bawa keluarga ke SUHAKAM untuk aduan. Perkara paling dirisaukan ialah kedudukan Aishah. Di mana dia berada sekarang?

SUHAKAM menghubungi Pegawai Penyiasat untuk bertanyakan lokasi Aishah. Yang diterima hanyalah persoalan lain.

“Aishah ditahan siapa? Polis atau Mahkamah?” Soal Pegawai Penyiasat pula kepada pegawai SUHAKAM.

Seperti bola kamu buat keluarga ini. Tendang ke sana ke mari. Kamu hukum Aishah, kamu hukum keluarga.

Kini Aishah ditahan di Penjara Kajang, sehinggalah perbicaraan selesai. Kalau menang sekali lagi pun, pendakwaraya boleh membuat rayuan sekali lagi, dan Aishah akan ditahan lagi. Inilah SOSMA, inilah tahan tanpa bicara.

Yang ditahan, kebanyakannya orang-orang miskin. Diseksa terus mereka. Keluarga mereka turut sama diseksa. Sampai bila? Kalau mereka bersalah, bicaralah dengan adil. Setiap orang ada hak untuk dibicarakan secara adil bukan? Bukan kita yang perlu jatuhkan hukuman.

Hari ini keluarga mereka, hari esok, mungkin kita pula…..

*Amir Abd Hadi ialah Penyelaras SUARAM, serta merupakan jurucakap Gerakan Anak Muda DEMI MALAYSIA.

INI SEDANG BERLAKU DI TAHUN 2017 , APA PULA AKAN BERLAKU DI TAHUN MENDATANG JIKA BN MASIH KEKAL MEMERINTAH

🔥🔥

**.

Sila baca dan viralkan sebanyak yang boleh posting yang saya "copy paste" ini.

Jika posting yang saya copy paste ini tidak benar maka mohon *UUM SINTOK* menafikannya.

Realitinya , ada kejadian seperti yang di tulis itu sedang berlaku di kalangan masyarakat kita.
_________________________

*Fwd:*

_*Info dari grup kaji selidik ruang dapur rakyat malaysia...*_

Baru2 ini, ada sekumpulan pelajar *UUM Sintok Kedah* pergi membuat research dari rumah ke rumah untuk mengintai dapur2 golongan berpendapatan rendah. Rata2 mereka bekeluarga anak 1 atau 2 orang.

Hasil kajian mendapati ada beberapa golongan kategori keluarga hidup dalam keadaan yg agak membimbangkan...

*Kategori 1*

Sebulan sekali makan ayam atau daging, hari2 biasa lauk berkuah seperti kari telur itik, sayur tauge goreng dan ulaman... air sirap

*Kategori 2*

Setiap hari berlaukan telur dadar atau sekadar goreng telur ayam makan bersama kicap... air kosong

*Kategori 3*

Yg paling sedih, hanya makan nasi dgn kicap tanpa lauk, beras dari ehsan keluarga & sumbangan orang ramai.. minum air kosong

*Kategori 4*

Makan roti cicah air kopi atau teh, tiada stok di dapur... nasi makan seminggu sekali.

Kebanyakan mereka mempunyai pekerjaan dan mempunyai kenderaan utk pergi ke tempat kerja. Gaji atau pendapatan mereka sekitar *RM2,000 kebawah sebulan.*

Ini tahun 2017...para penyelidik semua menyerahkan hasil kajiselidik kpd pensyarah mereka masing2.. ternyata raut wajah mereka semua risau akan masa depan diri mereka masing2..

Semoga artikel ini sampai kepada pembesar2 negara kita agar mereka tahu yg rakyat malaysia sedang dalam seksa dan derita.

T.Kasih

*UUM Sintok Kedah*
_________________________

Kenaikkan harga barangan yang di sebabkan oleh *GST* dan ketidaktentuan harga minyak memang memeritkan kehidupan rakyat.

Alasan *BODOH* pemimpin UMNO yang mengatakan kenaikkan harga minyak demi membantu orang susah memang tidak boleh di terima akal.

*BAYANGKAN* apa yang akan berlaku jika *BARISAN NASIONAL* terus memerintah negara ini.

*SHUKUR MOHAMAD*

NAJIB RAZAK MENCARI TALIAN HAYAT DAN BAYANGAN TUN DR. MAHATHIR MENGHANTUI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

sumber: RAKYAT MARHAEN


Perkara pokok yang harus kita fahami ialah apakah Najib Razak sedia melawat Anwar Ibrahim di hospital jika beliau benar-benar kuat untuk menghadapi PRU 14 akan datang?

Masih ingatkah kita bagaimana Najib begitu takut dengan Langkah Kajang yang mahu meletakkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor, lalu proses rayuan kes liwatnya dipercepatkan sehingga perbicaraan berlarutan sampai ke malam?

Lupakah kita, walaupun kes liwat Anwar dikatakan hanya kes peribadi antara Ketua Umum PKR itu dengan Saiful Bukhari Azlan, tetapi kerajaan kemudian melantik Shafee Abdullah, seorang peguam kanan yang mesra UMNO untuk mengetuai pendakwaan yang seterusnya di didedahkan oleh Sarawak Report menerima wang sebanyak RM9.5 juta daripada Najib?

Meskipun Shafee menyatakan tidak masuk akal untuknya menerima wang tersebut, tetapi penafiannya hanya dilakukan beberapa bulan selepas itu, sedangkan sebelumnya beliau sentiasa mengelak untuk memberikan jawapan.

Najib pula, sehingga ke hari ini tidak pernah mengia atau menidakkannya, meskipun wang tersebut turut didakwa bersumberkan daripada dana 1MDB yang diselewengkan.

Jika tidak terdesak dan mencari-cari talian hayat, apakah Najib mungkin sudi meluangkan masa menziarahi Anwar setelah didapati bertungkus-lumus mahu "mematikan" semua langkah politik pencabarnya yang hampir menjatuhkannya dalam PRU 2013 lalu?
Hakikatnya, stail politik Najib untuk merapatkan diri dengan lawannya memang selalu bermula dengan ziarah di hospital. Pas dapat dilembutkan hatinya kerana beliau sebelum itu beberapa kali melawat Dr. Haron Din (kini allahyarham) dan Hadi Awang di hospital ketika kedua-duanya menerima rawatan.

Najib ternyata sekali lagi menggunakan pendekatan yang sama untuk menyelamatkan dirinya daripada asakan Tun Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan yang semakin melemaskan dirinya.

Bagaimana Najib begitu terganggu dan dihantui oleh bayangan Tun Mahathir kebelakangan ini dengan kerap membandingkan dirinya dengan bekas Perdana Menteri adalah bukti yang menunjukkan harapan kemenangan semakin jauh daripada UMNO dan BN.

Selain laporan pelbagai agensi yang membuat kajian mengenai kecenderungan rakyat masih lagi memperlihatkan hasil negatif, seseorang yang rapat dengan puncak kuasa di Putrajaya memberitahu, jumlah kerusi Parlimen yang selamat bagi UMNO ketika ini hanyalah  sekitar 50 hingga 60 kerusi saja.

Dalam masa yang sama, seorang pemimpin veteran UMNO pula menyebut, parti-parti komponen seperti MCA, MIC dan Gerakan bukan saja "lingkup" dalam pilihanraya akan datang ini, bahkan mungkin membuatkan buat kali pertamanya semua presidennya akan kalah di kawasan masing-masing.

Dengan jumlah kerusi Parlimen di Semenanjung ada 165 dan UMNO hanya menang sekitar 60 kerusi, manakala MCA, MIC dan Gerakan tidak mampu menyumbang apa-apa, inilah ketakutan sebenar Najib dalam pilihanraya akan datang ini.

Selain itu, parti Warisan Sabah pimpinan Shafie Apdal dikatakan mampu menyumbang sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen lagi berdasarkan sambutan ramai terhadap parti itu.

Di Sarawak, sikap kritikal kerajaan negeri dalam beberapa isu dengan kerajaan pusat kebelakangan ini adalah gambaran fleksibel mereka, meskipun masih bersama dalam BN.

Dengan ini, keyakinan Tun Mahathir sebelum ini bahawa Pakatan Harapan mampu mencapai kemenangan dan menumbangkan Najib,  UMNO dan BN, biar pun dalam pertandingan tiga penjuru kerana Pas memilih untuk bertanding secara sendirian, bukanlah omong kosong atau cakap-cakap tepi jalan.

Gambaran itu sebenarnya sudah sampai ke Seri Perdana dan  ke bilik tidur Najib sendiri. Sebab itu, melangkah saja dari kediamannya, apa yang menghantui Najib tiada lain selain bayangan gagah perkasa Tun Mahathir.

Hanya jika Najib dapat melembutkan hati Anwar dan  PKR untuk memihak kepadanya serta mengkucar-kacirkan Pakatan Harapan, barulah mungkin kelabu kemenangan itu mampu bertukar menjadi putih.

Tetapi pantun Anwar selepas beberapa jam dikunjungi Najib, barangkali adalah jawapan yang menyenangkan hati-hati yang

AFTER BRAGGING ABOUT ‘MATURED POLITICS’, ZAHID CHICKENS OUT OF SEEING DR MAHATHIR – AFRAID OF GETTING A PUBLIC SCOLDING FOR ‘DIRTY TRICKS’?



PUTRAJAYA – The government should have informed Pakatan Harapan (PH) of any problems dragging its registration so it could be resolved earlier on, Tun Dr Mahathir Mohamad urged today.

The Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) chairman had attempted to see Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi earlier today, but was directed to secretary-general Datuk Seri Alwi Ibrahim instead.

“We were told that why PH has not been registered with the Registrar of Societies is due to the internal issues with PPBM and DAP,

“Had they informed us earlier we would have done our part to resolve it, since we need sufficient time [as a registered entity] to prepare for the upcoming general elections,” he said outside the ministry’s main gate here.

Last week, Registrar of Societies (RoS) had labelled PPBM’s extraordinary general meeting, held November 2, 2016, as invalid, highlighting the fact that only 12 of its supreme council members turned up for said meeting.

Meanwhile, DAP had earlier this month had to re-elect its central executive committee for the third time after the RoS declared its initial election in 2012 and a subsequent re-election both invalid.

PH had submitted its application to RoS several months ago and was told to alter their logo before the application was accepted. There has been no word of the application since.

Arriving at 10.47am today, Dr Mahathir was accompanied by PPBM president Tan Sri Muhyiddin Yassin and PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail as he entered the Home Ministry complex.

Shortly after 11.30am the trio emerged, and were joined by Parti Amanah Negara president Mohamad Sabu and DAP’s Cheras MP Tan Kok Wai.

Dr Mahathir said they were told Zahid was unavailable as he had an appointment with the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir said it was not their intention to have raised any troubles to begin with.

“Whatever is required of us by the government and provided said requirements are not against the law, we will comply with,” he said.

2017/11/19

MENTERI KDN MENGELAK UTK BERJUMPA PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN.

https://www.facebook.com/pribumibersatuofficial/videos/1997436213862092/

🔥🔥

*MENGELAK UNTUK BERJUMPA NAMPAKNYA*.

Wak Zahid telah mengelak untuk berjumpa dengan *PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN* di kantornya pagi ini , walaupun dia sudah mengetahui akan di datangi oleh *PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN*.

RoS melalui pegawainya seorang *PUTERI UMNO* telah seboleh-bolehnya akan cuba mensabotaj PPBM dengan apa cara sekali pun.

Wak Zahid pula melarikan diri untuk bersama pemimpin Pakatan Harapan bagi membincangkan perkara-perkara yang berbangkit.

*BARISAN NASIONAL* sedar akan kekuatan *PPBM* di akar umbi , oleh kerana itu *UMNO* melalui agensi kerajaan yang terbabit akan terus memastikan PPBM mendapat masalah melalui berbagai helah yang di cipta.

Walau apa pun halangan dan rintangan yang *DI CIPTA* bagi *MENGGAGALKAN PPBM* , rakyat Malaysia *TIDAK AKAN PEDULI*.

Semakin galak UMNO dan Barisan Nasional cuba *MENGGAGALKAN PPBM* , semakin membuat rakyat membenci kerajaan yang di tunjangi oleh UMNO hari ini.

Rakyat Malaysia melihat perkara ini dengan minat dan tidak sabar untuk menunggu PRU di adakan.

Rakyat Malaysia akan *MENGHUKUM* kerajaan yang ada pada hari ini kerana salahlaku dan penyelewengan yang di lakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Semakin kuat tekanan *UNTUK MENGGAGALKAN PPBM* semakin kuat *SOKONGAN RAKYAT KEPADA PPBM DAN PH*.

PRU ini walau tanpa PPBM , rakyat tetap akan memastikan *PEMIMPIN UMNO DAN BARISAN NASIONAL* di hukum kerana salahlaku dan penyelewengan yang telah di buat oleh mereka.

Sistem demokrasi negara ini *TELAH DI LACURKAN* oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional , dan rakyat telah *MUAK dan MENYAMPAH* untuk membenarkan mereka terus memimpin negara ini.

UMNO boleh berbangga dengan jumlah ahlinya sebanyak 3 juta lebih ( termasuk yang dah meninggal dunia serta yang meninggalkan UMNO ) , cuma UMNO lupa bahawa ada 10 juta lebih lagi pengundi yang 100% akan membenamkan UMNO dan Barisan Nasional di dalam PRU akan datang ini.

Mereka boleh berterusan cuba *MENGGAGALKAN PPBM* , tapi mereka *TIDAK BOLEH MENGUBAH KEBENCIAN PENGUNDI* di dalam PRU akan datang ini.

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/11/18

MEREKA AKAN MELAKUKAN APA SAHAJA UTK MEMBUATKAN PPBM GAGAL

Intipati Taklimat Presiden PPBM:

1. Tarikh kelulusan 8 Bahagian terawal tertubuh termasuk Bahagian Pagoh ialah 24.07.2017 dan diikuti dengan bahagian-bahagian yang lain mengikut tarikh kelulusan masing-masing.

2. Tarikh Mesyuarat Agong terawal yang kena dibuat ialah pada 24.07.2018. Oleh yang demikian, kita semua belum sampai 1 tahun dan tak perlu buat Mesyuarat Agong sehingga diarahkan berbuat demikian oleh PPBM Pusat.

3. 10 Bahagian yang mendakwa terlibat membuat bantahan di ROS bukanlah bahagian yang sah.

4. Arjuna bukanlah ahli PPBM yang sah. Beliau tiada loci standi.

5. Pimpinan PPBM Pusat akan menemui ROS sekali lagi pada 30.11.2017 untuk urusan pentabiran selanjutnya.

6. Semua Ketua Bahagian yang dikatakan dituduh terlibat hendaklah membuat laporan kepada PPBM Negeri untuk diambil tindakan dan membuat penafian bahagian PPBM berkenaan terlibat.

Spt yg TSMY maklum. PPBM masih belum masa nak adakan mesy AGM dan perlu ikut ROS. Mmg lah PPBM tubuh awal Sept 2016 dan ROS pun baru lulus 24.7.17 belum cukup setahun. Ahli yg bijak pandai menyangkai dakwaan PPBM jalan tak betul. Kita semua perlu ingat musuh mana2 parti politik suka main provokasi agar parti spt PPBM bunyi mcm lemah. Tapi yg sebenarnya PPBM kini semakin kuat gerakan. Dan kita sbg ahli PPBM perlu kuatkan jati diri dan jgn mudah terpedaya statement yg dikeluarkan oleh musuh politik Umno yg cuba pecah belahkan.

22 TAHUN JADI PM, MEMANG TUN MAHATHIR PALING LEKEH DAN TAK GUNA SAMA-SEKALI...

Kata Perdana Menteri yang berdarah pahlawan Bugis, Najib Razak, walaupun Tun Mahathir Mohamad berpeluang menerajui negara selama 22 tahun, tetapi tidak pernah sekali pun dia melawat Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina yang terletak di Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

"Saya amat gembira dapat melawat Hospital Tung Shin yang ditubuhkan 136 tahun lalu dan Chinese Maternity Hospital yang sudah berusia 104 tahun.

"Saya difahamkan saya adalah Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat dua hospital ini. Ada seseorang yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun, tapi tidak pernah melawat hospital ini," kata Najib lagi.

Dalam erti kata lain, oleh kerana tidak pernah menjejakkan kaki melawat Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina tersebut, Tun Mahathir adalah pemimpin paling lekeh dan tak guna sama-sekali.

Ya...memang Tun Mahathir paling lekeh dan tak guna walaupun berkuasa selama 22 tahun.

Bukan saja dua hospital tersebut tidak pernah dilawatinya, bahkan banyak lagi perkara lain tak mampu atau tak terbuat oleh beliau.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menjadikan akaun bank peribadinya ada wang sebanyak RM2,600 juta.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu mencari seorang Pak Arab yang pemurah dan sanggup menderma banyak wang kepadanya.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu meningkatkan hutang negara sehingga mencecah hampir RM700 bilion seperti yang ada sekarang.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menubuhkan sebuah syarikat pelaburan yang dapat menjana hutang sehingga lebih RM50 bilion.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu membina MRT yang tujuannya hanya dapat dibanggai kerana dapat meningkatkan jualan sate Kajang.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu melahirkan walau seorang anak muda seperti Jho Low yang tiba-tiba menjadi bilionaire sekelip mata dan dapat berhibur sakan dengan artis-artis Hollywood.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menjadikan anak tirinya seorang penerbit separa porno Hollywood, sambil mampu membeli beberapa kondo mewah di London dan Amerika Syarikat.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu membahagiakan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dengan kerlipan emas berlian berupa rantai, cincin, gelang dan perhiasan barang kemas lainnya yang mencecah ratusan juta ringgit nilainya.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu membenarkan isterinya bebas menggunakan jet eksekutif kerajaan ke mana-mana secara sendirian.

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir tak mampu menaikkan harga minyak setiap minggu sehingga hari Rabu adalah hari yang sentiasa menjadi penantian bagi setiap rakyat Malaysia.

Ahhh....kalau mahu dihitung, memang banyak sekali ketidakmampuan Tun Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana yang membuktikan beliau adalah pemimpin paling lekeh dan tak guna sekali di Malaysia ini.

Dan untuk makluman seluruh rakyat Malaysia, kemampuan Najib dapat melakukan lawatan ke Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina adalah suatu pencapaian yang jauh lebih tinggi berbanding melahirkan idea membina Menara Kembar KLCC.

Maka, memang lekeh dan tak guna sekali Tun Mahathir ini. 😊😊😊

2017/11/17

SEJAK 4 TAHUN YANG LALU, MALAYSIA TERUS DI MALUKAN.

https://youtu.be/PACv2qF3CBY

🔥🔥

*MALAYSIA KU DI MATA DUNIA*.

Makcik JR , ketua cawangan UMNO , paknaib dan pemakan dedak , sama ada tahu atau *BUAT-BUAT TAK TAHU*.

Bekas perdana menteri Kenya Raila Amolo Odinga berucap di Wilson Centre, Washington, Amerika Syarikat pada 2013.

Dan video ini baru di muat naik pada 11 November 2017.

Ini bermakna NEGARA Malaysia telah di buat *LAWAK* oleh pemimpin *NEGARA LUAR* selama 4 tahun.

Selama 4 tahun ini , sudah berapa kali Malaysia *DI MALUKAN* di persada antarabangsa.

Makcik JR , ketua cawangan UMNO , paknaib dan pemakan dedak boleh terus menjadi *ALAT MENYAMPAIKAN PEMBOHONGAN DAN PENIPUAN* pemimpin UMNO *TETAPI* rakyat Malaysia bukanlah rakyat yang bodoh.

RoS pula sekarang cuba membuat lawak yang *BANGANG* apabila cuba menekan *PPBM* dengan berbagai syarat yang ketat.

RoS kena ingat bahawa *UMNO BARU* dahulu mengambil masa selama *2 TAHUN* untuk membuat *AGM* nya.

Apa sahaja alasan RoS terhadap percubaan yang sedang di lakukan , kita tetap akur.

Rakyat Malaysia *SEDANG MENILAI* dengan rapat segala tekanan yang di buat terhadap PPBM waktu ini.

Dan kepada seluruh *AHLI PPBM* , segala tekanan yang sedang di lakukan itu adalah *KERANA PPBM INI SANGAT KUAT PENGARUHNYA* kepada *PERUBAHAN MASA HADAPAN* kepimpinan negara ini.

Kita layankan sahaja segala provokasi dan tekanan yang sedang di buat oleh UMNO *MELALUI* RoS ini.

Kita pastikan semua *CALON BARISAN NASIONAL TERUTAMA UMNO* di dalam *PRU AKAN DATANG HILANG DEPOSIT PERTANDINGAN*.

Mereka boleh ketawakan kita hari ini , kerana selepas *PRU* kita akan memenjarakan mereka mengikut kesalahan yang telah mereka lakukan hari ini.

Teruskan *ISTIQOMAH dan BERSAMA-SAMA PPBM* dan *PAKATAN HARAPAN* untuk kita *MENUKAR KERAJAAN YANG ADA HARI INI*.

*_BERSATU_*
*_BERAMANAH_*
*_BERMARUAH_*

*SHUKUR MOHAMAD*

2017/11/14

SYED SADDIQ JAWAB ISU KE UK DAN PARIS BERBULAN MADU BERSAMA ANAK MB SELANGOR.

Dalam perjalanan saya ke Nottingham untuk berdialog bersama pelajar Malaysia di sana, saya dimaklumkan banyak media UMNO sedang aktif fitnah saya.

Memang ini  lumrah dunia politik. I can’t respond to all kerana tak ada TV3/Utusan atau duit berjumlah 2.6Billion untuk sampaikan mesej ni. Saya pohon bantuan rakan2 untuk kongsikan mesej ini.

FITNAH PERTAMA- “SADDIQ DI UK/FRANCE BERMADU DENGAN MIRA AZMIN, ANAK MB”

Ini perkara paling lucu pernah saya baca. Pihak UMNO pun sekadar kongsikan screeshot dari Fake account on twitter sebab takut di saman oleh saya.

Mira Azmin dah terang terang di Penang-Selangor dan tak pernah jejak kaki di UK/France bersama dengan saya.
(Refer to https://twitter.com/shamshida/status/929333825594785792 , Mira Azmin di Penang)

Biar saya bantu pemfitnah di luar sana,
Kalau ada bukti sahih saya bermadu dengan Mira Azmin di UK/France sekarang ini, saya bersumpah akan beri segala harta kepunyaan saya kepaa si pemfitnah (Harta tak banyak pun , tapi kalau nak menampung maruah diri pemfitnah, saya rasa cukup 😉)

Saya di France untuk bentangkan research work saya on “Thailand Post-Shinawat” & “The state of Political Islam in the middle east”.

Pada masa yang sama, saya di Oxford Universiti sebagai hakim jemputan untuk pertandingan debat di sini.
(https://www.facebook.com/events/1941569042788639/?ti=icl )

Saya diberikan peluang untuk menghakimi Grand Final of the prestigious Oxford IV.
Saya juga mengendalikan 2 workshop & adakan pertemuan dengan x4 Malaysian societies.

Ini bukan kali pertama saya ke UK. 4 tahun berturut turut saya ke UK untuk ke Oxford/Cambridge untuk tujuan debat/workshop/Chief Judge.

(refer to https://www.thestar.com.my/news/nation/2013/11/21/iium-debate-teams/ )

FITNAH KE-2 “Tun M/Azmin yang tampung kos Saddiq ke UK. Kroni baru”

Satu sen pun duit perbelanjaan saya tak ditampung oleh Parti/Tun/MB Azmin.

The cost is covered by myself through my researh work & all the workshops i’ve conducted in more than 25 countries.

Kalau ada bukti, tunjukkan & saya akan hadiahkan 2.6billion kepada si pemfitnah ✌🏻😬

FITNAH KE-3 “Saddiq halalkan free seks, tak nak pendidikan agama”

Ni lah masalahnya bila pembaca petik satu ayat dari thread yang begitu panjang (Refer to  https://twitter.com/syedsaddiq/status/930364559361179649 )

Saya tekankan kepentingan untuk wujudkan satu sistem pendidikan seks yang lebih menyeluruh seperti yang ditekankan oleh kementerian.

Balance out prevention, awareness & assistance. 

Ini penting apabila parlimen baru baru ni membongkarkan bahawa majoriti baby dumping datang dari keluarga melayu-islam.

Kasar HIV/Aids di Malaysia among top10 of the 95% contributor in Asia Pacific. ~700bayi dibunuh kerana baby dumping. More than 4000 cases of incest related rape.
(Refer- https://twitter.com/syedsaddiq/status/929677458860777473 )

I love public policy & research. It is my passion way before i joined politics. I don’t get paid by the party/politician.

I sustain myself through my writings and research work. Through my workshops out of Malaysia.

Saya minta maaf kalau saya perlu ke luar negara untuk cari sumber pendapatan yang baru.

If UMNO-BN did not strip me of my jobs and opportunities back at home (my job as a trainer, part time lecturer, researcher), i wouldnt  need to travel this often.

Please understand, i need to pay the bills like anyone of you.

Saya lebih rela hidup sederhana tapi bermaruah & berintegriti,
dari hidup kaya tapi hina sebagai perasuah & pencuri.

Mari bersatu untuk mencipta Malaysia yang baru.

Syed Saddiq

(Photo before the Grand Final of the Oxford IV)

MAHKAMAH SINGAPURA SUDAH DEDAHKAN SIAPA PENDERMA ARAB SEBENARNYA

KITA DI MALAYSIA TAK KAN NAK TENGOK SAJA..???

Assalamualaikum
Peguam Negara, Ketua Pengarah SPRM &
Ketua Polis Negara.

Assalamualaikum Menteri2, Ketua2 Bahagian & Orang2 UMNO yg masih mempercayai najib dan mungkin di bela najib dgn menerima  dedak dan sekoi dari najib secara bulanan atau secara pukal tanpa di sedari atau separa sedar.

Assalamualaikum seluruh rakyat Malaysia yg membaca dan pencinta keadilan.

Tuan puan, saudara saudari sekelian. Penderma 2.6 Billion dalam akaun Najib terbongkar di mahkamah Singapura. Yang jadi persoalannya:

Apa Peguam Negara nak buat? Takkan masih nk pertahankan laporan dahulu sedangkan bukti baru sudah ada!!

Apa Ketua Polis Negara nak buat? Takkan masih lagi nk bagi alasan sedang nak siasat? Bila? Laporan polis pun dah ramai orang buat.

Apa Ketua Pengarah SPRM nak buat? Nak tunggu dokumen apa lg?

Setelah laporan PAC di OSA kan, Allah tetap telah memberi jalan dan peluang  bg pencacai2 penguasa2 negara melihat bukti2 yg makin banyak terdedah tetapi mereka2 ini bagaikan tetap juga tidak amanah terhadap tugas dan tanggungjawab mereka. Mereka2 ini bagaikan lebih takutkan najib dari takutkan Allah.

Siapa lagi yg boleh rakyat harapkan jika penguasa Hakim, Polis dan SPRM sendiri tk mampu menegakkan keadilan dan kebenaran lalu menjadi pengecut dan dayus tetapi melahap segala imbuhan dan gaji dari duit rakyat untuk *sara anak isteri dgn wang HARAM?* yg tidak diredhai oleh rakyat! Penguasa2 ini sebenarnya telah mengkhianati rakyat. Teruskanlah berdoa wahai rakyat Malaysia kpd Allah agar Allah memberi hidayah kepada penguasa2 yg buta hati ini agar bersikap jujur dan amanah dan merasa malu memakan gaji dari duit rakyat hasil dari ketidakjujuran mereka menjalankan tugas yg terus menyokong dan melindungi kesalahan dan kemungkaran pemimpin yg *BANGSAT!* Rasuah dan salah guna kuasa yg kecil di kejar dan di bongkar tetapi maharaja segala rasuah dan penipuan di biarkan berlalu di depan mata tanpa berbuat apa2. Beginikah pentadbiran sebuah negara yg kununnya Islam? Kerajaan sebegini kah yg layak bercakap tentang negara Islam dan Rang Undang2 Islam? Hebat sungguh nilai2 Wassatiyyah yg di terapkan oleh najib kepada penguasa2 nya, hinggakan sangat2 bersederhana dalam menguatkuasakan undang2 terhadap najib. Dalam perlembagaan undang2 mengatasi sesiapa saja, tetapi dalam kes najib , dia lh yg mengatasi dan mengawal undang2.

Sebagai rakyat biasa yg kurang ilmu agama, saya lebih rela tersungkur bermaruah dari bersikap dayus mempertahankan pemimpin zalim. Hingga hari ini saya juga sudah hilang keyakinan pada orang2 agama khususnya mufti2 yg kononnya pewaris Nabi. Hingga kini tiada seorang Mufti pun yg berani bersuara menegur pemimpin dn pengurusan negara yg telah rosak yg melakukan banyak perkara mungkar. Apa nk jadi ni? Adakah ulamak2 di Malaysia ini sudah hilang identiti dan hanya mengajar halal haram di kuliah2? Adakah fungsi ulamak sekadar memantau ayam sembelihan dari pusat sembelihan mana yg sah dn halal sedangkan rakyat yg di sembelih di biarkan? Adakah fungsi agama ulamak hanya menilai dan meneliti pusat dobi bagaimana yg halal dan haram? Mana fungsi agama dan hukum yg di katakan meliputi seluruh aspek kehidupan?  Sedar kah wahai ulamak2 semua bahawa Tuan2 hanyalah di perdayakan oleh orang2 Najib yg mencipta pelbagai propaganda suci bg memuliakan najib seolah2 tidak berdosa dan di fitnah. Adakah Tan Sri dan Dato² Mufti juga telah di kelabukan mata dek kerana sumbangan haji free dari 1MDB kpd beberapa jemaah haji? Atau pun fungsi mufti hanyalah sekadar menerima  anugerah tokoh itu dan ini kerana menurut kata dan akhirnya juga di anugerahkan *ULARMAMAK SEPANJANG ZAMAN* hinggakan anda menjadi bisu sedangkan anda sepatutnya berkata2 yg benar.

Pernahkah orang2 besar lg berkuasa agama di pusat maupun negeri mengkaji, meneliti dan menyiasat dari mana sumber wang 1MDB yg menaja rakyat mengerjakan haji? Kata najib 1MDB untung dan dari keuntungan itu lh di sumbangkan tajaan  haji. Tetapi yg rakyat tahu 1MDB rugi. Akaun pun tak di audit lg. Hutang pula berbillion sampaikan ada yg tertangguh bayar dan tersalah bayar. Pernah kah Tan Sri dan Dato² Mufti siasat apa sebenarnya perniagaan 1MDB? Bagaimana pula dgn hutang2 1MDB pun duit rakyat yg bayar? Alahai Tan Sri dan Dato² Mufti...Ulamak  pewaris Nabi bkn sekadar buka kitab atau jadi juri mengaji. Jadi lh seperti ulamak silam yg sejati yg sanggup mati demi agamanya. Jadilah pendamai dan penyelesai masalah umat.

*Apa kah hukum mengerjakan haji dgn duit yg di curi dari orang ramai* 🕋🕋🕋

Tuan/puan pembaca sekelian.
Ramai orang dah tahu bahawa surat dari Arab yg menderma 2.6 billion adalah palsu. Di ulang sekali lg *PALSU.* Dan....satu dunia pun dah tahu tentang surat palsu derma 2.6 billion yg di gunakan konco2 najib bg memperbodohkan dan mempergunakan Peguam Negara, PDRM dan SPRM mensucikan najib dari dosa. Tahun lepas lg media Australia telah mendedahkan tentang surat pengesahan palsu yg kononnya dari Putera Arab yg sebenarnya tidak wujud dan sudah semestinya surat palsu yg di reka. Sehingga ke hari ini tidak ada seorang pun Putera Raja Abdullah yg mengaku memberi 'derma' tersebut. Nama putera yg tercatat dalam surat derma itu juga salah dan tidak terdapat dalam senarai rasmi nama anak2 Raja Abdullah. Malah bg mengesahkan segalanya, kementerian luar Arab Saudi telah mengeluarkan kenyataan rasmi yg memaklumkan bahawa mereka tidak tahu menahu tentang wang derma tersebut. Jadi kpd najib dan konco2nya jangan lh menipu rakyat lg dan jgn lah memperdayakan ahli UMNO untuk mempercayai cerita wang derma tersebut. Semua orang dah tahu duit itu duit curi.

Mari kita bercerita pasal apa yg berlaku di mahkamah Singapura baru2 ini pula.

Baru2 ini, mahkamah Singapura telah mendedahkan aliran wang tunai 1MDB di dalam kes pengubahan wang haram di Singapura. Dalam salah satu kertas pertuduhan kes, pengurus Bank Falcon di Singapura, Jens Fred Sturzenegger telah di dapati bersalah bersubahat dan meluluskan transaksi2 yg mencurigakan pemindahan wang haram yg datangnya dari 1MDB.

Tak ada sesiapa yg kenal Jens Fred Sturzenegger, berusia 42 tahun. Orang2 UMNO tambah2 lh lg tak kenal.
Beliau adalah seorang Pegawai di Falcon Private Bank Singapore dan dia telah di dakwa oleh Mahkamah Singapura dengan 16 pertuduhan.

Dari semua pertuduhan itu, 6 pertuduhan di sebut sebagai "MEMBERSIHKAN WANG HARAM". Dan 10 pertuduhan lg adalah kerana "MEMBERIKAN MAKLUMAT PALSU" dalam siasatan pemindahan wang haram 1MDB.

Dalam salah satu drpd 16 kertas pertuduhan yg di kenakan ke atas Sturzenegger, dia di tuduh gagal atau ingkar untuk melaporkan transaksi wang berjumlah USD 1.265 billion yg jelas sekali mencurigakan. Beliau juga telah menipu pihak polis  Singapura berkaitan Jho Lwo dan Eric Tan yg kemudiannya di dapati adalah orang yg sama. Mengikut kertas pertuduhan wang itu telah di masukkan ke dlm 2 buah akaun Falcon Private Bank S'pore yg tertera milik Jho Lwo dgn no akaun 8550299001 dan 8550298001 pd tarikh 21 dan 25 Mac 2013.

Hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja wang itu kemudiannya di dakwa telah di pindahkan sebanyak USD681 juta (rm2.6 billion) ke dalam akaun Ambank peribadi milik Najib Razak.

DENGAN KUASA ALLAH SWT, Satu demi satu bukti terdedah.
SIAPA ORANG2 UMNO YG BOLEH MENJELASKAN dan menyanggah hujah2 saya tentang surat dan derma tok arab dan kes mahkamah di Singapura?

Untuk makluman Sturzenegger adalah pegawai bank ke lima yg telah di dapati bersalah dan di sumbatkan ke dalam penjara menuruti 4 lg rakan subahat Jho Lwo yg terdahulu di dapati bersalah dan bank pun di arahkan tutup iaitu, Yeo Jia Mei, Kelvin Ang, Yak Yew Chee dan Yvonne Seah.
Perlu di ingat bahawa ini adalah bukti2 yg di sebutkan di dalam mahkamah Singapura. Adakah mahkamah telah menfitnah Jho Lwo. Adakah mahkamah Singapura sedang berkonspirasi utk mengenakan dan menjatuhkan najib? Sudah tentu tidak kerana ke lima2 mereka telah mengaku bersalah dan menerima hukuman.

Kertas siasatan sebenarnya telah mendapati, Jho Lwo telah mengarahkan Sturzenegger utk meluluskan prmindahan wang berbillion ringgit dari beberapa akaun untuk di masukkan ke dalam akaunnya di Syarikat Tanore.
Perbualan2 telefon antara Sturzenegger dan Jho Lwo serta CEO Falcon Bank kepada Pengerusinya turut di rekodkan dan di siarkan di dalam mahkamah. Antara lain, CEO Falcon Bank iaitu Eduardo Leeman memarahi Jho Lwo kerana dokumentasi yg mereka terima utk meluluskan transaksi itu tidak masuk akal.
Sebelum ini pun ramai orang telah melihat pembongkaran awal tentang transaksi kemasukan wang ke akaun Ambank milik najib. Di dalam penyata bank, tertera nama Syarikat Tanore Finance milik Jho Lwo dan kemasukan wang yg di sebut sebelum ini iaitu pada 21hb. dan 25 Mac 2013. 

Kesemua transaksi2 ini benar2 berlaku wahai penguasa2 Peguam Negara, SPRM dan PDRM. Ia bukan fitnah wahai Mufti2 dan rakyat Malaysia. Ia adalah benar. Tetapi yg rakyat musykil adalah, kenapa tiada sebarang tindakan dan siasatan hingga kini dgn bukti2 baru yg telah di dedahkan? Tak kan Peguam Negara masih nk guna pakai laporan PAC yg dah di OSA kan. Kenapa tak buka kertas siasatan baru?  KENAPA? KENAPA? DAN KENAPA? Bila lagi hendak bertindak? Nak tunggu PRU 14 dgn harapan BN menang? Dan selepas itu di lupakan? Kalau
di Singapura mereka telah mengadili satu kes penipuan dan menghukum mereka2 yg terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram atau lebih mudah di sebut wang yg Jho Lwo dan najib curi, jadi sebagai negara yg bermaruah yg mendaulatkan undang2 sesuatu wajib di buat bg menegakkan keadilan. Kalau rakyat biasa yg mencuri setin susu di pasaraya di tangkap polis, di dakwa dan di hukum setahun penjara maka apa pulak hukuman kpd pencuri yg mencuri 2.6 billion?

Bagi menjadikan kes ini kes yg lebih rumit,
BETUL KE.... ?

2 nyawa telah hilang dan melayang demi menutup kes yg melibatkan 1MDB ini?

*Betul kah khabarnya ANTHONY KEVIN MORAIS di bunuh kerana kertas pertuduhan terhadap Najib dan beberapa orang lg berkaitan SRC????*
*Manakala Hussain Najadi, Pengasas Ambank di katakan di bunuh kerana ada kaitan dgn transaksi wang 2.6 billion di bank miliknya. Betul ke pembunuhan ini ada kaitan dgn 1MDB? Untuk jawapan ini juga maka siasatan terhadap 1MDB wajib dan perlu di segerakan. Tetapi adakah najib berani?*

ALLAH LAH YANG LEBIH MENGETAHUI. Namun saya amat yakin dan percaya bahawa kebenaran  makin kian kunjung tiba kerana ALLAH itu lebih Maha Berkuasa berbanding kuasa yg di pinjamkan kepada seorang Perdana Menteri. Ingat lh wahai rakyat Malaysia, sezalim mana sekalipun Tun M, dia sama sekali tidak pernah terlibat dalam kes yg sedahsyat, sekejam dan sekeji begini!

Orang2 UMNO dan pemakan dedak tegar mereka mungkin selamanya tidak akan percaya.  Bagi mereka semua itu adalah dusta dan fitnah belaka. Tetapi bg orang yg rasional dn mahu berfikir mereka amat benci kpd kerajaan pencuri Najib dan akan terus membangkitkan isu 1MBD kerana kes ini lh yg menjadi kunci kepada segala kesusahan dan bebanan rakyat Malaysia hari ini, yg setiap rakyatnya terkesan dn merasakan keperitan. Benarlah kata Tun M, Najib adalah *"BAPA"* kepada semua keburukan di Malaysia ini. Bapa Perompak, Perasuah, Penipu dan segala2 nya termasuklah BAPA MUNAFIK.

Bagi pengampu2, pendokong dan penjilat tapak kasut Najib, jika masih mahu mnggunakan hujah lapok utk mengatakan bahawa ini semua adalah fitnah terancang untuk menggulingkn pentadbiran khalifah Islam maka teruskanlah dgn kejahilan anda itu. Maka anda semua boleh lh menambah dalam hujah anda bahawa Mahkamah Singapura juga bersama 5 orang yg telah di jatuhkan hukuman dan merengkok dlm penjara sebagai satu lg pihak yg berkomplot mahu mengguling kn najib dan BN. Atau najib boleh saja menyaman mana2 pihak di Singapura pada Selasa depan kalau dia mahu. Silakanlah.....!!!

Kepada Peguam Negara Apandi Ali, Ketua Pengarah SPRM Abg Dz dan Ketua Polis Negara yg baru, sesungguhnya rakyat sedang memerhatikan anda. Samada anda penjawat awam yg jujur, amanah dan berentigriti atau pensubahat kpd seorang pencuri, rakyat sedang menilaikannya.

Kepada semua pembaca2 dan sahabat fb ku, samada yg berparti atau tidak berparti, buka lg mindamu dan berfikirlah tentang kebenaran....!

Perlu juga kita sedar bahawa dgn segala bukti baru yg terbongkar di  dedahkan di Mahkamah Singapura maka kertas siasatan baru boleh di buat terhadap najib. Secara jelas kita tahu siapa sebenarnya tok arab yg menderma. Tetapi di sebabkan segala kuasa penyiasatan terletak di bawah orang2 najib yg sama2 bersubahat dgn najib dan pemakan dedak najib yg lain, maka amat susah utk siasatan di buat dan di dakwa.

FIKIRKANLAH........ADAKAH KITA MASIH INGIN MENYOKONG ORANG2 ZALIM LAGI KEJAM SEBAGAI PEMIMPIN NEGARA?

*ADAKAH KITA MASIH INGIN TERUS BERSUBAHAT DENGAN PEMIMPIN BANGSAT YANG MUNGKAR?*

Berkata2 lah yang benar wahai RAKYAT MALAYSIA.
Jika anda inginkan kpd perubahan maka kita wajib mengubahnya pada PRU 14 yg akan datang. Kita runtuhkan tembok kemungkaran dan kerosakan UMNO pada PRU14 akan datang. Kita bentuk kerajaan baru bersama PAKATAN HARAPAN. 

Terima kasih.
KAMARUZAMAN MOHD. ARSHAD.

#beraniKERANAbenar.

BANGSA YANG TIDAK TAKUT TIDAK AKAN MAJU

Bicara Tan Sri Sanusi Joned

Pagi tanggal 1 Hijrah, 1439 saya terdengar dalam satu dialog dalam TVONE di Jakarta Professor Salim Said dari Universiti Indonesia menjawab pertanyaan 'Kenapa Indonesia tidak menjadi sebuah negara yang maju?'
Jawapan kepada pertanyaan ini juga relevan bagi Malaysia.

Professor Salim dengan fasih, bersemangat dan meyakinkan mengajak para pendengar untuk melihat negara-negara yang maju di dunia ini seperti Korea Selatan, Taiwan, Singapura dan Israel.

Katanya, Korea Selatan maju kerana mereka TAKUT kepada Korea Utara; 

Taiwan maju kerana TAKUT kepada China;
Singapura maju kerana TAKUT berada di tengah lautan bangsa Melayu di nusantara; dan Israel maju kerana TAKUT kepada umat Islam Arab yang berada di sekeliling mereka. 

Indonesia, kata Professsor berkenaan TIDAK TAKUT WALAU KEPADA TUHAN sekalipun, makanya ianya tidak maju.
 
Pemimpin Melayu di Malaysia juga nampaknya tidak takut pada siapapun dalam mengerjakan kemungkaran.

Professor Salim mengajak para penonton TVONE Jakarta supaya lihat saja kepada mereka yang dihadapkan ke KPK (sama dengan MACC, atau dulunya bernama BPR, di Malaysia) yang beragama Islam dan Kristian tetapi jelas sekali mereka RASUAH kerana TIDAK TAKUT KEPADA TUHAN.

Kesimpulan yang dibuat oleh Professor ini juga RELEVAN untuk Malaysia.

Cina di Malaysia maju kerana TAKUT kepada orang Melayu yang menguasai politik dan boleh menggunakan kuasa politik untuk mengancam kuasa ekonomi mereka.

Tetapi pemimpin Melayu TIDAK TAKUT KEPADA TUHAN, TIDAK TAKUT KEPADA RAJA, TIDAK TAKUT KEPADA PENGUASA UNDANG-UNDANG, TIDAK TAKUT KEPADA TINDAKAN POLIS DAN TIDAK TAKUT KEPADA BADAN PENCEGAH RASUAH..

Melayu adalah satu BANGSA YANG BERANI kerana:

1. 9 orang raja melindungi ugama dan adat istiadat Melayu oleh itu Melayu TIDAK TAKUT jika tidak beradat, tidak beradab dan tidak beramal nilai-nilai Islam kerana sudah ada raja yang melindungi ugama Islam dan adat istiadat Melayu.

2. Kakitangan Perkhidmatan Awam, Tentera dan Polis dikuasai oleh Melayu oleh itu Melayu TIDAK TAKUT terancam keselamatan diri dan boleh bermaharajalela kerana merupakan tuan di dalam negara ini.

3. Perlembagaan Malaysia menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, oleh itu Melayu TIDAK TAKUT jika mereka tidak menguasai bahasa Melayu yang baik, dan TIDAK TAKUT tidak memahami bahasa lain kerana sudah ada bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

4. Perlembagaan Malaysia memberi hak istimewa kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera dengan (a) pemberian tanah, (b) pemberian biasiswa dan (c) pemberian lessen-lessen perniagaan. Oleh itu bangsa Melayu TIDAK TAKUT jika tanah tidak diusahakan, TIDAK TAKUT tidak lulus peperiksaan dengan cemerlang kerana biasiswa dari kerajaan, dan TIDAK TAKUT lessen dialibabakan kerana tanah, biasiswa dan lesen mudah diperolehi kerana adanya peruntukan dalam perlembagaan.

5. Pemimpin Melayu TIDAK TAKUT pada Allah sehingga mereka sanggup -

(a) pinjam wang dari bank YAHUDI dengan bayaran RIBA yang tinggi, untuk dilaburkan dalam projek yang tidak menguntungkan hanya kerana boleh hantar orang-orang pilihan mengerjakan HAJI dengan wang yang dikenakan RIBA dan memberi BRIM untuk mengabui mata rakyat.

(b) menjadikan rasuah sebagai satu budaya dan amalan harian sambil mencuri dan menyalahgunakan wang negara melalui 1MDB dan syarikat-syarikat sekutunya. Tidak takut, malahan bangga, dengan gelaran sebuah negara yang amalan rasuahnya antara yang tertinggi di dunia.

(c) menjual tanah milik negara, termasuk tanah milik angkatan udara yang pernah dijadikan pusat kapalterbang berangkat untuk menyerang pengganas komunis, kepada pihak China komunis yang fahaman komunismenya bertentangan dengan Islam.

(d) memberi hak bermustautin kepada ratusan ribu orang asing, termasuk ramai dari China komunis, sehingga nanti mereka berhak menjadi rakyat yang akan mengundi dan mengancam kedudukan bangsa, ugama, bahasa, hak dan politik Melayu dan negara.

(e) menyiksa rakyat dengan GST, menghapus subsidi, menyebabkan kenaikan harga barang dan meningkatkan kos sara hidup yang menekankan penghidupan rakyat.

(f) mentadbir ekonomi negera dengan begitu buruk sehingga turun merudum nilai ringgit yang menyebabkan semua barang-barang impot menjadi terlalu mahal untuk pengguna.

PEMIMPIN MELAYU JUGA DI DAPATI TIDAK MALU

Kita berasa malu apabila pemimpin kita -

1. TIDAK MALU pinjam wang dari bank Yahudi yang dilaknat oleh Allah.

2. TIDAK MALU membayar riba yang begitu tinggi sedangkan jika pinjaman itu diurus oleh Bank Negara Malaysia atau sindiket bank-bank tempatan faerah yang dikenakan sangat rendah dan tidak ke tahap riba yang menekankan.

3. TIDAK MALU membayar komisyen kepada bank Yahudi sedangkan jika pinjaman diurus oleh Bank Negara Malaysia tidak ada komisyen yang perlu dibayar.

4. TIDAK MALU mendapat gelaran 'antara negara yang paling rasuah di dunia.'

5. TIDAK MALU di gelar pemimpin KLEPTOKRAT atau pemimpin yang menyalahgunakan kuasa dan rasuah, yang terkenal di seluruh dunia.

6. TIDAK MALU cuba memberi BRIA (Batuan Rakyat 1 Amerika) kepada Donald Trump, setelah membayar wang yang banyak kepada pelobi untuk mendapat 30 minit waktu mengadap Presiden Trump.

7. TIDAK MALU, dalam keadaan negara tidak berwang dan dibeban dengan hutang yang banyak, untuk mengambil hati Donald Trump berjanji untuk beli 25 buah kapalterbang Boeing 737 jet, 8 buah 787 Dreamliners dan 25 buah 737s untuk dibeli dalam masa yang singkat. Jumlah harganya ialah US$10 billion.

8. TIDAK MALU menjanjikan untuk melabur US$3 billion - US4 bilion wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk membantu ekonomi Amerika Syarikat dengan membiayai pembinaan prasaranya.

9. TIDAK MALU sebuah negara yang kecil ekonominya berlagak sombong untuk membantu negara yang lebih kaya darinya. Wang yang dijanjikan untuk Amerika Syarikat sebenarnya diperlukan untuk projek perumahan orang-orang miskin di Malaysia.

10. TIDAK MALU juga apabila pihak MAS menafikan akan beli kapalterbang Boeing tetapi sekadar menyewa daripada sebuah syarikat lain yang membeli kapalterbang itu. Akhirnya CEO MAS yang menjelaskan keadaan sebenar terpaksa diberhentikan.

11. TIDAK MALU juga apabila ternyata pihak KWSP tidak memutuskan untuk melabur di Amerika Syarikat tetapi sekadar meminta supaya KWSP diiktiraf sebagai syarikat yang diberi keistimewaan cukai sebagaimana yang diberi kepada tabung-tabung awam di negara-negara lain. Kata Rafizi, lain yang di suruh oleh KWSP lain yang dibuat oleh yang mengadap Trump.

12. TIDAK MALU menambah hutang lagi apabila tidak mampu membayar bunga atau pinjaman yang dijanjikan.

13. TIDAK MALU memberi wang kepada anak tiri untuk buat filem lucah di Amerika Syarikat.

14. TIDAK MALU malu ditipu oleh anak muda JhoTeik Low

15. TIDAK MALU berbohong anak raja Arab memberi hadiah sedangkan duit yang diperolehi ialah dari 1MDB melalui syarikat-syarikat anak di seluruh dunia.

MELAYU JUGA ADALAH SATU BANGSA YANG MUDAH LUPA.

Ternyata kita -

1. LUPA kepada sejarah perjuangan yang murni dengan berbagai liku yang telah kita lalui.

2. LUPA kepada betapa perlunya nilai-nilai murni untuk menjamin masa depan bangsa kita terselamat dari berbagai angkara.

3. LUPA kepada pesanan orang tua dan guru ugama kita di waktu kita di bangku sekolah.

4. LUPA bahawa kita akan disoal setelah kita meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya.

KESIMPULANNYA, APABILA PEMIMPIN MELAYU TIDAK TAKUT PADA TUHAN, TIDAK MALU PADA PERADABAN, LUPA PADA SEJARAH, MAKA AKAN PUPUSLAH BUDI DAN BAHASA YANG AKHIRNYA MENYUSAHKAN RAKYAT DAN MEMBANGSATKAN NEGARA. INILAH SEBABNYA KITA PERLUKAN PERUBAHAN.