nuffnang Ads

.

2017/09/05

UGUTAN AMERIKA Terhadap Malaysia Berkaitan China dan Korea Utara.

🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴

*SKRIP PENIPUAN SEDANG DI OLAH OLEH PMO*

12hb September ini Najib anak Razak si Sang Kleptokrasi akan berada di Washington DC.

13hb September pula seluruh cybertrooper dedakian akan menularkan bahawa kedatangan Najib si sang kleptokarsi ke White House adalah berjaya.

Dan yang penting cybertrooper akan mula menuduh pihak pembangkang bahawa Najib si sang kleptokrasi tidak pun di tangkap dan semua perkara berkenaan 1MDB itu adalah fitnah pembangkang.

Tibi 3 suku akan memutarkan perjumpaan Donald Trump dan Najib si Sang kleptokrasi sebagai berjaya.

Maka makcik-makcik JR (jalinan rakyat) akan bertepuk sorak menyukai perjumpaan tersebut , dan esoknya makcik-makcik JR akan mengangkot beras keliling kampung menjaja cerita tibi 3 suku.

Apa yang tidak akan di beritahu kepada makcik JR oleh dedakian cybertrooper dan tibi 3 suku adalah UGUTAN AMERIKA terhadap Malaysia berkenaan dengan China dan Korea Utara.

Najib si sang kleptokrasi tidak boleh mengharapakan si Trump untuk meminta DOJ menutup kes 1MDB , kerana Trump sendiri di siasat oleh DOJ.

Apa yang dedakian cybertrooper dan makcik JR tidak tahu adalah , selepas pertemuan antara si Donald dan sang kleptokrasi itu , MALAYSIA sudah berada di dalam ugutan Amerika demi kepentingan Amerika.

Dengan negara China saja kita telah hilang berbagai khazanah negara , bayangkan pula apa yang kita akan hilang lagi apabila menjadi bahan ugutan Amerika.

*SHUKUR MOHAMAD*

🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴🔴