nuffnang Ads

.

2017/09/10

Antara Ucapan Tun Mahathir pada tahun 2001 dalam Perhimpunan UMNO.

Tun Mahathir menyentuh sikap sebilangan orang Melayu yang begitu mudah disogok dengan wang ringgit.Bagi beliau sikap begini akan menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa .

Hari ini orang Melayu sudah dibiasakan dengan rasuah ,dengan sogokan.Mereka meyakinkan diri mereka bahawa perbuatan mereka seorang tidak akan menukar keputusan pilihan raya ,Tetapi yang berfikiran demikian bukan seorang,beratus ratus dan beribu ribu akan berfikir demikian. Dengan itu bangsa,agama dan Negara boleh dijual kepada sesiapa yang menghulurkan wang dan lain lain. Sesiapa yang menghulurkan lebih banyak akan menang..

Jelasnya demokrasi tidak menjamin kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat tetap kerajaan yang baik.Penyangak ,ulama songsang ,pengamal rasuah dan kaki maksiat juga boleh jadi pemimpin Negara. Lihatlah negara - negara yang mempunyai penyangak sebagai pemimpin ,hancur negara dibuatnya ,tetapi masih ramai yang menyokong dan tidak mudah untuk menyingkirkannya...

##Ucapan dan ingatan ini diluahkan pada tahun 2001 semasa perhimpunan Agung UMNO dan dihadiri oleh ramai pemimpin UMNO hari ini... malangnya mereka ini menjadi Pemimpin" MELAYU MUDAH LUPA"

# Apa yang berlaku hari ini terbukti terjadi,, bila cash is king menjadi panduan amalan ( menyuburkan rasuah wang dan rasuah budi) fikir kepimpinan hari ini ,dan dilihat dengan kuasa wang juga kepimpinan hari ini gelap mata ( boros) sehingga terpaksa meminta minta dari kuasa luar seperti China, dengan hutang berbiliun biliun ..Persoalannya jika negara tidak mampu membayar segala hutang yang besar itu kepada kuasa luar ( China) Apakah akan terjadi kepada nasib bangsa kita ditanah airnya sendiri ! ? nanti...?..

Jalan penyelesainnya
" KITA SEMUA BERANI MENGUBAH"  tolak mereka ini demi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia...