Rujukkan : https://m.malaysiakini.com/news/396152
🔥🔥
**
Anak Tun Razak ini sekarang hidup di dalam halusinasi dia sendiri.
Najib nampaknya sama ada memang berhalusinasi atau sedang berada di dalam kepukauan.
Najib dalam satu majlis makan malam bersama pengamal media telah meminta pihak pengamal media untuk MENANGKIS BERITA "PALSU".
Nak juga bertanya kepada Najib , berita palsu yang bagaimana yang dia maksudkan.
Adakah kes :
1. 2.6biilion yang Najib kata adalah derma dari Putera Arab.
Cerita derma dari putera Raja Arab ini sahaja ada lebih kurang 34 siri PEMBOHONGAN.
2. Kehilangan RM4 billion wang KWAP.
Kenapa wang ini tidak di beritahu kemana perginya dan sehingga kini hanya AG sahaja menafikan tanpa ada bukti kukuh.
3. Kes 1MDB.
1MDB telah mengumumkan bahawa ia gagal membayar hutang International Petroleum Investment Corporation (IPIC) mengikut jadual yang telah dipersetujui antara kedua-dua pihak dalam penyelesaian mahkamah timbangtara pada 24 April 2017.
1MDB memberikan alasan bahawa “1MDB masih lagi menunggu dana yang sepatutnya diterima pada Julai 2017. Berikutan keperluan mendapatkan kelulusan kawal selia tambahan (‘additional regulatory approvals’), penerimaan dana itu ditangguhkan kepada Ogos, 2017.”
Menurut kenyataannya sebelum ini yang bertarikh 24 April, 1MDB berkata “these obligations will be met by 1MDB, primarily via monetization of 1MDB-owned investment fund units”.
Ini bermaksud bahawa bayaran pertama berjumlah US$602,725,000 (RM2.58 bilion) sepatutnya dibayar dengan wang penebusan pelaburan ‘unit’ 1MDB.
Adalah jelas bahawa 1MDB telah gagal menebus pelaburan ‘unit’nya sejak hujung tahun 2014 hingga hari ini walaupun pihak pengurusan utama 1MDB telah berkali-kali berjanji kepada Lembaga Pengarah 1MDB bahawa pelaburan tersebut akan ditebus.
Malangnya, kegagalan 1MDB untuk menebus ‘pelaburan’ ‘unit’ tersebut tidak lagi memeranjatkan kerana para pelabur Malaysia dan antarabangsa telah lama mengesyaki bahawa ‘pelaburan’ tersebut sama ada tidak wujud atau merupakan satu kepalsuan.
Kes saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) terkini bertarikh 15 Jun telah mendedahkan secara terperinci bahawa ‘unit-unit’ tersebut yang sebelum ini diurus oleh syarikat pelaburan di Cayman Islands merupakan pelaburan palsu untuk menyembunyikan penyelewengan wang 1MDB yang sepatutnya dilabur bersama Petrosaudi International Limited. (Mukasurat 45-51 dokumen saman DOJ)
Apatah lagi Bank BSI di Singapura yang merupakan bank pemegang amanah (“custodian bank”) pelaburan ‘unit’ tersebut telah ditarik lesen perbankannya oleh pihak berkuasa Singapura kerana memudahkan pengubahan wang haram yang berpunca daripada 1MDB. Umum tidak mengetahui siapa atau Bank mana yang sebenarnya menjadi bank pemegang amanah pelaburan tersebut kerana segala soalan berkaitan dengan ‘unit’ ini tidak dijawab di Dewan Rakyat, malah soalan-soalan berkait 1MDB ditolak Speaker Dewan Rakyat.
Apa yang jelas sekarang ialah pengesahan DOJ bahawa pelaburan ‘unit’ tersebut telah menjejaskan segala percubaan dan tindakan 1MDB dan Kementerian Kewangan untuk terus ‘menutup’ penipuan dan penyelewengan pelaburan 1MDB.
4. Kerugian Felda
Apakah kerugian Felda yang berbillion itu bukan kisah benar.
5. Kerugian FGV.
Apakah susut nilai saham FGV yang menyebabkan peneroka mengalami kerugian itu adalah berita palsu juga.
6. Kes RM42 juta di dalam akaun Najib.
Adakah money trail yang menunjukkan Najib menerima RM42 juta dari SRC itu palsu , hanya AG sahaja yang mengatakan TIADA KES sedangkan DoJ , Singapura tahu bahawa wang RM42 juta dari sumber yang haram.
7. Pembelian ladang kelapa sawit di Indonesia oleh Felda yang melebihi dari harga pasaran.
Adakah harga yang di tawarkan oleh Pt Eagle itu munasabah sehingga Felda tidak teragak-agak untuk membelinya , dan mana akaun pembelian ladang itu.
8. Singapura memenjarakan rakan subahat 1MDB.
Adakah hukuman penjara kepada rakan subahat 1MDB di Singapura itu satu berita palsu.
9. Siasatan DoJ dari sivil ke jenayah.
Adakah siasatan DoJ itu palsu apabila DoJ terus menyiasat penyelewengan 1MDB.
10. Pembelian kapalterbang yang Najib banggakan.
CEO MAS telah menafikan bahawa MAS akan membeli kapalterbang Boeing seperti yang di uar-uarkan oleh Najib.
MAS hanya akan memajak kapalterbang tersebut dari pemajak.
Siapa pemajak itu.
Berapakah nilaian pajakan
Kemana duit pajakan itu akan pergi.
Adakah sebahagian perkara di atas itu semua berita palsu , sehingga Najib meminta pengamal media untuk menangkisnya.
Adakah Najib sudah tidak lagi boleh mengharapkan Puad Zakarshi , Aziz Kaprawi , Annuar Musa , Idris Harun , Noh Omar , Azalina Othman , Ahmad Maslan , Salleh Keruak dan Rahman Dahlan untuk menangkis penipuan Najib sehingga Najib meminta pula pengamal media untuk sama menipu.
Pengamal media mempunyai etika , dan bagi pengamal media yang JUJUR , AMANAH SERTA BERIMAN sudah pasti TIDAK AKAN BERSEKONGKOL SAMA DALAM PENIPUAN.
Najib sekarang sudah terlalu lama membohong dan dia sendiri percaya kepada pembohongan yang dia lakukan sehingga Najib tidak boleh lagi membezakan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut dia sendiri sama ada BENAR atau BOHONG.
Adakah Najib sekarang berada di bawah kawalan PUKAU , sehingga begitu sekali dia MENGHINA DIRINYA tidak kira di mana pun Najib berada.
Kepada rakyat Malaysia , mari kita pastikan di dalam PRU ini nanti BN kelaut dalam.
Dan selepas PRU kita buat RCI kepada semua penyelewengan , waimah RCI untuk perkara-perkara kecil sekali pun , tugas kita selepas PRU adalah memastikan wang negara kembali dan PENJENAYAH DI HUKUM.
*SHUKUR MOHAMAD*