Rujukan : https://m.malaysiakini.com/news/396214
🔥🔥
*TUNAI JANJI❓❓❓*
Haji Hadi sedang mengigau apabila meminta ahli PAS untuk “menunaikan janji dan taat setia kepada perjuangan Islam dan keazaman untuk menyelamatkan negara tercinta ini.”
Ada sesiapa boleh kejutkan Haji Hadi dari igauan mimpi dia yang menyongsang dari perjuangan asal PAS.
Haji Hadi meminta ahli PAS tunaikan janji , bagaimana pula janji PAS kepada ahli-ahlinya ❓❓❓❓❓❓❓
Bukan ke selama 50 tahun ini PAS berjanji dengan ahli-ahlinya untuk MELAWAN UMNO.
Bukan ke selama 50 tahun ini PAS berjanji dengan ahli-ahlinya untuk menentang KEMUNGKARAN UMNO.
Bukan ke selama 50 tahun ini tujuan asal PAS adalah untuk MELIHAT KEKALAHAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL (BN).
Bukan ke selama 50 tahun ini PAS berjanji kepada ahli-ahlinya walau apa pun PAS TIDAK AKAN BEKERJASAMA DENGAN UMNO.
Haji Hadi sama seperti Najib , sentiasa BERBOHONG dan AKAN TERUS BERBOHONG kepada ahli-ahli PAS.
Haji Hadi berkata pendekatan PAS kali ini adalah ingin menentang sikap chauvanis parti tertentu.
Dan sudah pastilah apa yang Haji Hadi tujukan maksudnya ke parti DAP , parti yang telah membuatkan PAS pertama kali menang besar dalam PRU yang lepas.
Haji Hadi memejamkan mata akan sikap chauvanis MCA , iaitu sekutu BN.
MCA juga lah PENGANJUR PESTA ARAK BESAR-BESARAN yang di batalkan oleh DBKL baru-baru ini.
Haji Hadi sebenarnya jika benar ingin menentang KEMUNGKARAN sudah pasti PAS sekarang bersama PAKATAN HARAPAN , ini kerana PAKATAN HARAPAN sedang melawan kemungkaran nyata yang di buat oleh BN.
Tapi apakan daya , Haji Hadi suka menipu , maka penipuan sahaja yang boleh di lakukan kepada ahli-ahlinya.
Ahli-ahli PAS jangan pula ingat perhimpunan FASTAQIM 2.0 itu adalah hadits Nabi pula.
Fastaqim dalam bahasa Melayu bermaksud kebangkitan.
Nak bangkit apa AHLI-AHLI PAS dalam perhimpunan kali ini , bangkit dari duduk atau bangkit untuk melawan KEMUNGKARAN DAN BANGKIT BERSAMA-SAMA PAKATAN HARAPAN.
Tinggalkan PAS dan PEMIMPINNYA , ahli-ahli PAS pegang pada janji taat setia dan WASIAT ALLAHYARHAM TUAN GURU HAJI NIK AZIZ NIK MAT , bahawa TIDAK AKAN SESEKALI BERSAMA UMNO.
Itupun kalau betul sayangkan ARWAH TGNA seperti mana ARWAH TGNA hidup , kalau tak maknanya MUNAFIK lah.
BUKTIKAN KASIH SAYANG DAN TAAT SETIA AHLI PAS KEPADA ARWAH TGNA.
*SHUKUR MOHAMAD*