nuffnang Ads

.

2017/09/27

PUTRAJAYA HALANG RAKYAT MALAYSIA KE KOREA UTARA - SATU TINDAKKAN YG TIDAK BIJAK

Credit : FB Nurul Nizam


SEJARAH- Hubungan antara kedua-dua negara bermula pada 30 Jun 1973. Penghubungan ini merupakan sebahagian daripada kempen yang lebih luas oleh Korea Utara untuk meningkatkan hubungan dengan negara membangun.

Kedutaan Korea Utara telah dibuka di Kuala Lumpur pada tahun 2003 bersama-sama dengan Kedutaan Malaysia di Pyongyang. Hubungan antara kedua-dua negara bertambah baik dan pada tahun 2009, Malaysia menjadi negara pertama yang dapat melakukan perjalanan ke Korea Utara tanpa visa. Pada tahun 2013, pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un menerima ijazah doktor kehormat daripada HELP University, sebuah universiti di Malaysia.

Korea Utara mengimport minyak bertapis, getah asli dan minyak sawit dari Malaysia. Malaysia mengimport barangan besi dan keluli dari Korea Utara. Pada tahun 2017, terdapat 300 rakyat Korea Utara yang bekerja dalam industri perlombongan arang batu di negeri Sarawak.-

Dah kalau Malaysia boikot semua hubungan dgn Korea Utara termasuk  ekonomi, Adakah Amerika akan membeli minyak sawit yg dibeli oleh Korea Utara selama ini?? Sudah tentu tidak kerana Amerika ada minyak masak yg di perbuat dari soya yg menjadi pesaing minyak masak kelapa sawit di pasaran dunia.


Adakah tindakkan memboikot Korea Utara dpt memperbaiki ekonomi Malaysia dan dpt memulihkan ringgit..??