nuffnang Ads

.

2017/09/19

APA JAWATAN MAT TAIB DALAM PARTI PEMBANGKANG..?

https://m.malaysiakini.com/news/395673

🔥🔥

*APA LAGI YANG NAK DI HARAP*

Tan Sri Annuar Musa selaku Ketua Penerangan UMNO pusat adalah seorang yang kuat membohong.

Apa lagi yang hendak di harap kepada UMNO jika saban hari berterusan membohong kepada ahli-ahlinya.

UMNO sekarang hanya berbohong kepada ahlinya sahaja yang seramai 3.5juta , angka yang hampir 8 tahun tidak berubah.

UMNO sudah tidak dapat lagi berbohong dengan rakyat Malaysia yang lain , kerana rakyat sudah tahu menilai dengan waras.

Annuar Musa mengatakan semakin ramai lagi pemimpin pembangkang yang akan masuk UMNO.

SILA BUKTIKAN‼‼

Kalau semata-mata kerana Anina dan Tok Midah keluar PPBM , Annuar Musa nak ambil kira , maka ambil lah mereka , tidak menjadi kudis pun.

Annuar Musa ini sama spesis dengan Ahmad Maslan , Puad Zakarshi , Azalina Othman , Aziz Kaprawi , Rahman Dahlan , Noh Omar dan Salleh Keruak.

Yang mana masih lagi cuba membodohkan rakyat Malaysia tentang wang derma dari Putera Arab.

Yang bangga lawatan Najib ke Amerika dan tidak di tangkap.

Dengan kenyataan Annuar Musa bahawa Najib ke Amerika tidak di tangkap itu sahaja sudah menunjukkan bahawa lawatan Najib ke Amerika adalah sebagai helah.

Dan helah itu menjadi modal kepada UMNO untuk membodohkan makcik-makcik JR dan ahli UMNO yang tidak ada akal untuk berfikir.

Najib memang tidak di tangkap ketika lawatan ke Amerika kerana DoJ masih melengkapkan siasatannya.

Annuar Musa ingat undang-undang Amerika sama seperti di Malaysia , ada orang buat report terus tangkap dan kemudian baru siasat.

Saya cabar Najib ke Amerika apabila siasatan DoJ telah lengkap nanti , mungkin bulan Januari tahun hadapan , pergilah kalau ANAK JANTAN.

Persidangan UNGA yang akan di adakan bulan depan , kenapa Najib tidak hadir , malah menggantikan diri dia dengan Hanifah Aman❓❓❓

Ini kerana jika Najib hadir persidangan UNGA itu Najib akan di pulaukan oleh delegasi persidangan tersebut.

Malah mungkin rakyat Amerika akan membuat beberapa lagi parodi menghina berkaitan Najib seperti di bawah ini:

https://youtu.be/Ivtd_bfc6T0

Najib dan Annuar Musa serta beberapa lagi MKT UMNO yang memang kuat membohong hanya boleh membohong AHLI-AHLI UMNO sahaja.

Rakyat Malaysia yang selebihnya lebih bijak dari segelintir pemimpin UMNO dan keseluruhan ahli UMNO.

*SHUKUR MOHAMAD*