Spekulasi Li Chunrong ketuai PROTON semakin marak http://fw.to/un6bdNm
*WA AI TE NI YA WA AI TE NI*
Baru 5 hari menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 60 tahun pada 31hb Ogos yang lalu.
Negara ini baru sahaja merdeka jika di kira dari jumlah usianya berbanding dengan negara lain.
Semasa mula merdeka dulu , negara ini adalah sebuah negara PERTANIAN sahaja.
Kenderaan paling mahsyur waktu itu adalah basikal tua , itu pun habis tabung di pecahkan untuk membeli basikal tersebut.
Harga yang tidak mahal jika di bandingkan dengan harga hari ini , tapi kerana tahap pendapatan rakyat waktu itu rata-rata di bawah kadar kemiskinan , maka basikal adalah harta yang paling berharga waktu itu.
Negara terus kehadapan memacu kemerdekaan , pemimpin waktu itu setiap hari memikirkan bagaimana untuk memberi kesenangan kepada rakyatnya.
Dari negara PERTANIAN , Malaysia berubah menjadi negara INDUSTRI dengan berkembang pesat dan rakyat mula selesa dengan kehidupan baru.
Di waktu negara mula membangun , negara menghidupkan industri AUTOMOTIF nya sendiri.
Maka tertubuhlah PROTON memacu automotif negara ini yang di ilhamkan oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD.
Dari mengeluarkan model yang biasa-biasa sehinggalah PROTON MENGUASAI LOTUS , jenama kereta British yang terkenal.
Proton mengalami berbagai rintangan untuk terus menguasai pasaran automotif dunia , dan berjaya mengharunginya.
Semua rakyat Malaysia bangga dengan jenama PROTON walaupun ada banyak komen negatif.
Setiap isi rumah negara ini setelah negara bergerak kehadapan sekurang-kurangnya akan ada 1 kereta di halaman rumah.
Manakala basikal bukan lagi kenderaan utama , ianya lebih kepada kenderaan berekreasi di waktu senggang.
Hari ini , harta negara yang paling berharga itu akan jatuh ke tangan syarikat China.
Nasib pekerja , nasib vendor , nasib PROTON itu sendiri berada di hujung tanduk.
Merdeka dari penjajahan negara barat , perlahan-lahan negara ini di beri kepada NEGARA KOMUNIS untuk di jajah semula.
Pepatah Cina ada mengatakan :
"Datuk mencari harta , anak menjaga harta , cucu menjual harta."
Tahniah kepada kerajaan BN di bawah Najib anak Razak kerana berjaya merasionalisasikan khazanah negara ini.
*SHUKUR MOHAMAD*