nuffnang Ads

.

2017/09/18

KENAPA KELUAR PPBM - SOKONG KLEPTOKRAT ???

credit : Ir. Ahmad TK

Mereka yang keluar adalah baik untuk PPBM dan baik untuk PH kerana mereka ingin bersama Kleptokrat dan bukannya untuk Selamatkan Malaysia dari tangan Kleptokrat. Ia adalah satu proses pengislahan perjuangan kita. Kita perlukan SAF yang ikhlas berjuang untuk Allah, untuk Ummah untuk SELAMATKAN MALAYSIA dari KLEPTOKRAT. Perjuangan PPBM adalah jihad untuk menegakkan makruf dan mencegah kemungkaran dan Selamatkan Malaysia dari Kleptokrat.

Kita WAJIB tentang KEMUNGKARAN kerana ia adalah KEMUNGKARAN TERAMAT BESAR kini yang MELANDA NEGARA MALAYSIA yang boleh menyebabkan negara BANKRAP!!! Hutang negara sudah hampir RM 1 trillion!!! 32 juta rakyat hidup sengsara !!! Anak-anak kita, anak-anak dalam kandungan ibu-ibu, anak-anak Malaysia bakal dilahirkan, menanggung hutang negara akibat tangan Kleptokrat.

Sebagai umat Islam khususnya, wajib kita tentang KLEPTOKRAT.

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ.
رواه مسلم

Siapa yang melihat kemunkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman.(Riwayat Muslim)

"It's now or never... Our love for Malaysia."

Kleptokrat adalah KEMUNGKARAN TERAMAT BESAR melanda negara. Ini adalah KEUTAMAAN JIHAD kita dalam perjuangan politik kini di Malaysia.

Janganlah kita jadi MUKMIN BISU yang melihat kemungkaran KLEPTOKRAT, bukan HANYA KITA  BERDIAM, disebaliknya menyuruh sokong UNDI parti BN Kleptokrat !!! 

Inikah ajaran dalam Al Quran? Inikah yang kita belajar dari Seerah Rasulullah??? Inikah panduan dari Kaedah Fiqh yang kita pelajari???

Sebagai sebuah parti politik muslim, apakah dåsar kita? Islam menyuruh kita melakukan AMR MAKRUF dan NAHI MUNGKAR.. bukan suruh sokong mungkar.. sokong Kleptokrat.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma`ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (Ali Imran: 104)

Masih lagi tidak jelas yang JIHAD SUDAH TERSESAT ARAH?

أفضل الجهاد كلمة حق عند سلطان جائر

“Jihad terbaik ialah berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.”

Adakah Islam mengajar kita untuk berjihad, bertaawun dengan Kleptokrat?Adakah Islam mengajar kita untuk menentang mereka yang berjihad menentang Kleptokrat?

Itukah ajaran Islam? Amanat apa pula ini?

الغاية لا تبرر وسيلة
Matlamat tidak menghalalkan cara.

Tidak mencukupi dengan hanya kita berlaung,  kita hendak Islam, menyatakan matlamat kita Islam; diisebaliknya, tindakan kita, dasar kita, cara berpolitik kita berputar belit, mempertahankan Kleptokrat / 3P (Perompak, Pencuri, Penyamun harta negara.) 

لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق.

Tiada ketaatan kepada makhlok dalam hal maksiat (keingkaran) kepada Allah.

Janganlah kita taati sesiapa di kalangan ketua kita yang menyuruh kita UNDI KLELPTOKRAT BN yang merompak harta negara.

Haruskah kita beri peluang lagi kepada Kleptokrat untuk terus memerintah selepas PRU14?

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

Seorang mukmin tidak harus dipatuk dua kali dilubang yang sama. (Bukhari/ Muslim)

Inilah pesanan Rasulullah kepada kita. Jangan diberi peluang lagi kepada Kleptokrat BN untuk merosakkan ummah dan negara.

Jom buka fikiran. Buka hati. Mohon hidayah dari Allah mencari yang HAQ dan menolak yang BATHIL. Buanglah sikap taasub.

الحكمة ضالة مؤمن فأين وجد فهو أحق به.

Hikmah itu adalah kehilangan mukmin. Dimana saja kita temui, mukmin lah yang lebih berhak perolehinya.

Nota:

Bersama TSUNAMI RAKYAT MALAYSIA kita tawan Putrajaya PRU14 ini.

Share jangan, tak share. Share jangan, tak share.

Lancarkan gelombang MEDIA SOSIAL RAKYAT !!! Jom !!!