nuffnang Ads

.

2017/09/16

MO1... ASAL BUKA MULUT SAJA.. MENIPU.

https://m.malaysiakini.com/news/395399

🔥

**

Sebelum PRU ke 13 dahulu , Najib telah berjanji bahawa kerajaan BN (Barang Naik) tidak akan menaikkan harga minyak ,WALAUPUN HARGA MINYAK DUNIA NAIK.

Itu janji Najib pada tahun 2012 , janji Najib bahawa RAKYAT DI DAHULUKAN , tapi itu dahulu selepas kemenangan kerajaan BN (Barang Naik) , Najib pusing 360° , iaitu beberapa bulan sahaja selepas kemenangan kerajaan BN (Barang Naik) , sila rujuk rakaman ini :

https://youtu.be/uSOtoaTlXnw

Kononnya sebagai rasionalisasi harga minyak tersebut.

Tapi pada tahun 2012 Najib berjanji walau pun harga minyak dunia naik , kerajaan tetap TIDAK AKAN MENAIKKAN HARGA MINYAK NEGARA INI.

Kini harga minyak bukan sahaja naik setiap tahun atau bulan , ianya naik setiap minggu.

Apabila kenaikkan mencecah paras 15 sen kerajaan akan menurunkan sedikit sebanyak 3-4 sen sebagai KONONNYA KERAJAAN BN (BARANG NAIK) PERIHATIN  dan selepas itu akan naik semula sehingga 15 ke 20 sen.

Masyarakat Cina negara ini masih lagi hendak percayakan apa sahaja janji Najib ke❓❓❓

Masyarakat Cina terlalu bodoh ke sehingga hendak percaya akan janji Najib akan membina lebih banyak lagi SJKC.❓❓❓

Masyarakat Cina Malaysia ini bukan seperti masyarakat Melayu yang mudah di tipu , beri BR1M saja boleh di bodohkan.

Kepada masyarakat Cina di luar sana , mari kita sama-sama menolak Najib Razak dan kerajaan BN (Barang Naik) demi kestabilan ekonomi kita di masa akan datang.

Barang di ingat bahawa PAKATAN HARAPAN di terajui oleh TUN DR MAHATHIR MOHAMAD yang telah menjadi PM negara ini selama 22 tahun , masyarakat Cina tidak merindui pemerintahan TUN DR MAHATHIR MOHAMAD ke ❓❓❓❓❓ , yang mana masyarakat Cina juga merasa selesa di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Jika ketua kuat membohong maka anak buah dia lagi kuatlah pembohongannya.

*SHUKUR MOHAMAD*