https://m.malaysiakini.com/news/277305
🔥🔥
**
Seminggu ini sebuk di perkatakan tentang pesta arak atau Oktoberfest.
PAS seperti biasa menggunakan isu ini demi kelangsungan politik mereka.
Para lebai PAS bersilih ganti membawa isu Oktoberfest ini , walaupun sebenarnya para lebai PAS ini telah melanggar perlembagaan negara.
*BETUL* , sebagai orang Islam kita wajib menolak perkara yang mungkar.
Itu di hukumkan keatas diri individu tersebut , yang haram tetap haram , *TIADA KOMPROMI* di dalam Islam.
*TAPI* bagi kita yang duduk , menginap di dalam negara yang majmuk ini , kita juga *WAJIB* berlaku adil kepada masyarakat *BUKAN ISLAM* yang lain.
PAS ketika bersama-sama DAP suatu masa dahulu , berapa kalikah PAS menghadiri majlis makan malam DAP yang mana minuman keras berada di depan mata di atas meja makan tersebut , *PASTINYA* banyak kali , kalau tidak mengaku , saya akan tularkan gambar tersebut.
PAS juga telah cuba menjadi hero dengan *"MENGKAMBING HITAMKAN DAP* , dalam isu Oktoberfest ini , walhal sebenarnya *MCA YANG MENGANJURKANNYA*.
Bagi pengikut PAS yang tidak tahu isu sebenar , mereka akan *MEMPERCAYAI BUTA-BUTA* kata-kata lebai PAS ini.
Sebagai umat Islam memang kita semua *TIDAK BERSETUJU* dengan penganjuran Oktoberfest ini , tapi kita terpaksa *"MERAIKAN HAK RAKYAT YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM* .
Dan bukan semua yang BUKAN ISLAM itu menyokong Oktoberfest tersebut , PAS tidak faham berkenaan itu.
Berkenaan tentang keselamatan pengunjung yang di jangkakan akan mabuk teruk kerana pesta tersebut , kita serahkan sahaja kepada pihak keselamatan yang menjaganya.
Kalau hendak di ikutkan , setiap hari ada sahaja mereka yang meminum arak ini di dalam Malaysia.
Jika kita pergi ke restoran-restoran bukan Islam , pasti di meja makan mereka juga ada botol-botol dan tin-tin arak ketika mereka makan.
Malah pesta arak ini juga berlaku setiap hari di majlis perkahwinan orang bukan Islam , dan ianya PAS tidak pula mengambil tahu atau *MENYALAK KUAT*.
Oktoberfest ini telah berlaku di dalam negara ini sudah bertahun , kenapa PAS tidak *MEMEKAK* , nampak sangat PAS hanya menggunakan isu ini demi politik.
Kami di Johor , yang mempunyai latarbelakang agama yang kuat , sudah tahu akan Oktoberfest ini sejak lama dahulu lagi , dan kami tidak mempunyai masalah dengan Oktoberfest ini , dan ini bukan bermakna kami menyokong.
PAS mungkin tidak tahu bahawa Oktoberfest atau yang mereka panggil sebagai pesta arak itu adalah sebenarnya *"PROMOSI MAKANAN JERMAN"* dan bukannya semata-mata berkenaan dengan alkohol sahaja.
Di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Khaleed Nordin , Oktoberfest di Johor ini di adakan di dalam bangunan yang terkawal dan ianya di pantau ketat sejak ianya mula di perkenalkan , jadinya apa masalah PAS.
Ketika PAS bersama-sama DAP dahulu , setiap majlis makan malam yang di hadiri oleh PAS juga ada hidangan alkohol , adakah PAS tidak mengaku bahawa *PAS JUGA PERNAH BERADA DI DALAM MAJLIS PESTA ARAK* , alahai.....bukan sahaja pesta arak PAS pernah berada di dalamnya , dalam majlis yang *MENGHIDANGKAN BABI PANGGANG JUGA PAS PERNAH HADIR*.
Kenapa waktu itu *BOLEH*❓❓❓❓❓
Kerana waktu itu *PAS SANGAT MENGHARAPKAN UNDI DARI KAUM BUKAN ISLAM.*
Sekali lagi , kami juga tidak bersetuju dan kalau boleh Oktoberfest itu tidak berlaku , tapi kerana negara ini adalah negara majmuk berbilang bangsa dan agama , dan mereka semua itu juga *TERMAKTUB DI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA* , maka kami juga akur.
Kepada PAS , janganlah bermuka-muka , anda pernah *BERYAMSENG* suatu masa dahulu , terimalah *PERBEZAAN BUDAYA DAN GAYA* di dalam negara ini.
*HENTIKANLAH PERMAINAN POLITIK ANDA*
Kepada bukan yang beragama Islam itu , ini lah masa untuk *MENOLAK PAS SECARA TOTAL* , mereka hanya memainkan isu ini demi survival politik mereka.
Kepada pengikut PAS , jangan salah anggap dengan penulisan saya ini , saya juga tidak menyokong Oktoberfest ini , tapi kita kena menghormati *HAK-HAK MEREKA YANG BUKAN BERAGAMA ISLAM JUGA DI MALAYSIA INI*.
Ada isu yang lebih besar dari isu Oktoberfest yang hanya bermusim ini , iaitu isu negara yang sedang nazak dek kerana kerakusan sipolan bin sipolan dan rejimnya.
Membuang kerajaan kleptokrasi ini adalah satu perjuangan yang juga mulia , kerana ianya berkait rapat dengan masa depan anak cucu kita di masa hadapan.
Isu alkohol ini jika PAS hendak menjadi hero , saya sarankan PAS bawak plakad setiap hari dan berdiri di hadapan kedai makan bukan beragama Islam , kerana di kedai-kedai makan bukan beragama Islam itu *SETIAP HARI ADA PESTA ARAK* ( # _bukan semua kedai makan bukan beragama Islam , hanya kedai yang mengadakan majlis tertentu_ # )
Kepada pengikut PAS , marilah bersama kami menumbangkan kerajaan kleptokrasi ini dan tinggalkanlah PARTI PAS yang cuba menyelamatkan dirinya dari menjadi bahan sejarah di muzium.
*SHUKUR MOHAMAD*