nuffnang Ads

.

2017/10/13

BERUBAH ATAU REBAH

🔥🔥

*BERUBAH ATAU REBAH*

Di awal penubuhan UMNO , datuk nenek , emak bapak kita adalah *ANTARA YANG TERLIBAT SAMA MENCIPTA SEJARAH*.

Menuntut kemerdekaan negara ini , datuk nenek , emak bapak kita juga berada di dalam *WAKTU PALING BERSEJARAH ITU*.

Sama ada ketika menentang Malayan Union atau menuntut kemerdekaan , *SEJARAH NEGARA INI TIDAK BOLEH DI UBAH*.

Setiap rakyat negara ini pasti *TERLIBAT* sama ada *SECARA LANGSUNG* atau *TIDAK LANGSUNG* dalam sesuatu penciptaan *SEJARAH NEGARA INI*.

*TIADA SIAPA BOLEH MENAFIKAN* atau *MENIDAKKAN* keterlibatan setiap warganegara ini di dalam penciptaan sesuatu sejarah tanah air ini.

Jika pada tahun *1946* , Melayu boleh bersatu untuk menentang *MALAYAN UNION* kerana tidak mahu negara ini , Raja-Raja dan Agama Islam di tindas serta hasil negara ini dari di *BAWA LARI* oleh *BRITISH*.

Jika di dalam tahun 1946 , datuk nenek , emak bapak kita *SUDAH BIJAK UNTUK MENOLAK UNSUR KLEPTOKRASI DARI PENJAJAH* dan memikirkan *DEMI MASA HADAPAN* generasi selepas mereka , *"IAITU KITA-KITA"* ini.

*MENUNTUT KEMERDEKAAN* pada tahun 1957 adalah permulaan menyediakan sebuah kebebasan untuk *KITA-KITA* ini dari datuk nenek , emak bapak kita.

Selama *60 tahun* negara ini di terajui oleh *UMNO* dan melalui *KEPIMPINAN* beberapa orang *PERDANA MENTERI* .

*PERDANA MENTERI PERTAMA* lahir dari *KELUARGA BANGSAWAN* berketurunan Raja iaitu *TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ* , kita akui dan iktiraf ALLAHYARHAM sebagai *BAPA KEMERDEKAAN* , tidak boleh di nafikan , tetapi di bawah kepimpinan beliau juga kita *TIDAK BOLEH NAFIKAN KITA KEHILANGAN _SINGAPURA_*.

*PERDANA MENTERI KEDUA* , *TUN RAZAK* , di waktu zaman kepimpinan beliau *SEBUAH KASINO TERBESAR ASIA TELAH DI BINA* dan juga *SEBUAH KILANG ARAK TERBESAR DI ASIA WUJUD DALAM NEGARA INI YANG MAJORITINYA BERAGAMA ISLAM*.

*PERDANA MENTERI KETIGA* , di iktiraf sebagai *BAPA PERPADUAN NEGARA* , iaitu *TUN HUSSIEN ONN* anak kepada *PENGASAS PARTI UMNO* , tiada apa yang hendak di banggakan kecuali perpaduan rakyat negara ini bertambah baik.

*PERDANA MENTERI KE EMPAT* , dari keluarga pertengahan , *DOKTOR MELAYU PERTAMA* , beliau ialah *TUN DR MAHATHIR MOHAMAD* , Perdana Menteri Pertama yang pernah di penjarakan kerana menentang UMNO.

*DI IKTIRAF SEBAGAI BAPA PEMBANGUNAN MALAYSIA* , mengubah negara ini dari negara *PERTANIAN KEPADA NEGARA INDUSTRI*.

Di zaman Tun Mahathir *UMNO TELAH MATI* , dan di zaman Tun Mahathir juga *UMNO BARU DI LAHIRKAN* , iaitu *PARTI ANUTAN REJIM KLEPTOKRASI HARI INI*.

Di zaman TUN MAHATHIR MOHAMAD , *MALAYSIA DI HORMATI DI SERATA DUNIA*.

*SATU-SATUNYA MANUSIA YANG DAPAT MENGUBAH WAKTU DAN MENYELARASKAN WAKTU DI ANTARA SEMENANJUNG DAN SABAH SARAWAK , YANG JUGA MEMAKSA SINGAPURA MENGIKUT MASA YANG DI UBAH OLEH TUN MAHATHIR KETIKA ITU*.

*PERDANA KE LIMA* , seorang yang hanya layak menjadi *IMAM* kerana peribadi beliau , beliau adalah *TUN ABDULLAH BADAWI* , di zaman Paklah kita *HILANG PENGUASAAN KEATAS PULAU BATU PUTIH* , selain dari masjid kebanggan orang Terenggani iaitu masjid kristal.

*PERDANA MENTERI KE ENAM* , di iktiraf *bapa segala masalah kepada negara ini* , iaitu *NAJIB RAZAK*.

Di zaman Najib negara berada di dalam masalah besar yang di sembunyikan oleh beliau melalui siri pembohongan yang di kerahkan melalui Menteri dan Timbalan Menteri serta Ketua-ketua bahagian UMNO (parti yang Tun Mahathir tubuhkan).

Di zaman Najib ini aset kepentingan negara bertukar tangan kepada *KOMUNIS* tanpa melalui peperangan.

Di zaman Najib ini , matawang negara ini terus merundum dan ada Timbalan Menteri yang bangga dengan nilai matawang merundum itu di luar negara , ini berlaku di Papua New Guinea apabila Timbalan menteri itu bangga $1.00K bersamaan RM1 lebih.

Itu sebab negara ini jahanam kerana ada orang seperti itu memtadbir negara ini , yang tidak tahu jika kita membeli wang negara lain dengan harga mahal bermakna wang kita adalah *KECIL NILAI*.

Di zaman Najib ini juga *RAKYAT TERUS DI BEBANKAN* dengan *KOS SARA HIDUP YANG MELAMBUNG TINGGI*.

Di zaman Najib ini juga wang songlap masuk ke akaun *PM* atau *MO1* dan *DI LINDUNGI OLEH SPRM DAN AG*.

Datuk nenek , emak bapak kita dahulu sanggup memperjuangkan hak kita hari ini , *KALI INI* kita pula *WAJIB MEMPERJUANGKAN HAK ANAK CUCU KITA UNTUK MASA HADAPAN YANG CERAH*.

Kalau dahulu , datuk nenek , emak bapak kita bersama-sama *MELAKAR SEJARAH DALAM MENGUBAH MASA HADAPAN NEGARA INI DARI PENJAJAHAN* , kini *GILIRAN KITA-KITA PULA UNTUK MELAKAR SEJARAH MENGUBAH MASA HADAPAN NEGARA INI DARI PEMIMPIN KLEPTOKARSI*.

*SHUKUR MOHAMAD*