**
Hari ini admin pergi melawat seorg sahabat yg di masukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat kerna masalah dlm perut dan telah selamat menjalani pembedahan membuang sebahagian usus beliau.. Alhamdulillah beliau dlm keadaan positif.. Moga beliau tabah dn di beri kesembuhan dgn kadar segera..
Yg menjadi persoalan skrg.. Segala ubat beliau perlu beli sendiri di farmasi luar hospital.. Ini bermakna farmasi hosiptal sudah tidak lagi menyimpan stok ubat utk pesakit yg di tahan di ward.. Admin menbayangkan bagaimana pula mereka yg hidup kais pagi makan pagi, kais petang mkn ..? Tiada duit utk membeli ubat...??
Jika hari ini bekalan ubat, pesakit perlu beli sendiri di farmasi luar hospital.. Tidak mustahil satu masa nnti sebelum masuk ward pun perlu bayar deposit.. Jika tidak ada duit.. Mati kering pesakit tak boleh masuk hospital bagi mendapatkan rawatan kerana tidak mampu menyediakan wang deposit.
Apa yg kerajaan hari ini buat kpd kekayaan hasil bumi negara.. Adakah kekayaan negera hanya di agih sesama mereka.. Tidak kpd rakyat keseluruhannya.. Sewajarnya kekayaan negara wajar di agihkan dn di nikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dlm bentuk subsidi. Bukan spt BR1M yg hanya di nikmati hanya sebahagian kecil rakyat yg berpendapatan RM3000.00 ke bawah.. Nilai BR1M jika di bahagi 365 hari ianya lebih kurang RM3.28 sehari. Sdgkan rakyat perlu membayar GST paling kurang RM5.00 sehari.. Jadi datang mana BR1M ni membantu rakyat...??
Tu belum lagi yg berpendapatan RM5.000.00 sebulan. Mereka ini tidak layak menerima BR1M. Bagi yg duduk dn berkerja di bandar² utama spt di Kuala Lumpur dn Johor Bahru.. Pendapatan RM5000 bleh di kira sebagai miskin bandar. Kerna kos sara hidup di bandar² utama sgt tinggi..
" Klau dah tak mampu duduk di bandar, balik duduk dn kerja di kampung sahaja " . Mudahnya berkata² begini.. Inikah sahajakah pemikiran dan akal yg Allah swt kurniakan kpd penguasa dan para pendukung serta penyokong penguasa.. Adakah hanya itu jalan penyelesaiannya..??
Jika mereka beranggapan ini adalah jalan penyelesaiannya.. Nescaya bandar² utama akan lumpuh. Sistem pentadbiran juga akan lumpuh kerna ramai staff bawahan bergaji bawah RM5000.00. Byak perkara dlm sistem pentadbiran di laksanakan oleh staff² bawahan.. Org² atas yg bergaji RM10k ke atas hanya tahu mengarah itu, ini, begitu dan begini..
Jika di benar UMNO/BN terus mengawal sistem selepas PRU14. Keadaan akan menjadi lebih buruk dari apa yg berlaku pada hari ini..
Usah sayangkan pemimpin anda yg bila berjanji dia mungkiri, bila berkata dia berdusta, bila di beri amanah dia khianati..
Usah sayangkan parti yg kononnya yg memerdekakan negara.. Walhal parti yg memerdekakan negara telah mati akibat khianat dari Tengku Razaliegh Hamzah.
Sayangilah negara anda, sayangilah generasi anda, sayangilah agama anda, dan akhir sekali sayangi la bangsa anda.. Ianya adalah lebih baik dari anda terus menerus memberi kepercayaan kpd mereka² yg terus menerus merosakkan sistem yg ada...
Admin
Page PPBM Sri Gading.