https://m.malaysiakini.com/news/398998
🔥🔥
*BERANGAN ITU PERCUMA DAN TIADA GST*.
Najib mengharapkan Barisan Nasional mendapat majoriti dua pertiga di dalam PRU akan datang ini.
Ini bermakna Najib mengharapkan kemenangan sebanyak 148 kerusi Parlimen bagi Barisan Nasional di dalam PRU ke 14 ini nanti.
Mimpi memang senang , berangan lagi mudah sebenarnya , sebodoh-bodoh Pak Pandir , masih sedar dia bodoh.
Di dalam PRU ke 13 , Barisan Nasional hanya mendapat 133 kerusi Parlimen sahaja iaitu kurang sebanyak 15 kerusi sahaja untuk mendapat majoriti 2/3.
Masa PRU itu adalah waktu belum lagi berita pembohongan , penipuan dan pencurian di ketahui rakyat umum , hanya sikap segelintir YB saja menjadi isu.
Kini....segala bapak cerita sudah di ketahui umum , dan segala sikap YB yang bongkak melalui kroni dan pencacai-pencacainya semakin membuat rakyat menyampah kepada BN dan UMNO.
Belum lagi cerita YB berjanji dengan masjid tapi tidak di penuhi , belum lagi cerita rumah murah di monopoli oleh setiausaha bahagian , bendahari bahagian , belum lagi cerita projek JPS di beri kepada paknaib yang langsung tiada lesen kontraktor.
Jika di campur dengan masalah GST , harga barangan yang melambung tinggi dan beberapa isu tempatan lain , maknanya BN / UMNO boleh terjun tiruk ke longkang.
Di tambah pula dengan akan kehilangan banyak kerusi Parlimen di Sabah akibat penangkapan Dato Seri Shafei Apdal maka mimpi Najib itu akan bertukar menjadi mimpi ngeri.
Dengan semangat rakyat untuk mengadakan *RCI* untuk *SPRM* , untuk *1MDB* , dan beberapa kementerian yang lain , maka mimpi Najib akan menjadi igauan ngeri pula.
*#RCI4SPRMAFTERPRU*
*SHUKUR MOHAMAD*