https://m.malaysiakini.com/news/394667
🔥🔥
**
1 . *ASJ* , tahun *1997* adalah waktu *KEGAGALAN SERIUS ASJ*. Dan *TAHUN 1997* ketika itu *MENTERI BESAR JOHOR* adalah *GHANI OTHMAN* dan *ASJ* adalah di bawah *SELIAN JOHOR CORPORATION* ataupun di kenali sebagai *JCorp*.
*1997* adalah tahun *JCorp* mengalami kerugian akibat *KEGAWATAN EKONOMI DUNIA*.
*ASJ DI SELAMATKAN* dengan bantuan Kementerian Kewangan sebanyak RM60 juta.
Kenapa hendak salahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan kegagalan *TADBIR URUS ASJ DI BAWAH PENTADBIRAN GHANI OTHMAN*❓❓❓❓
2 . *FELDA CAHAYA BARU* , ini juga satu cerita pembohongan kerana kejadian tersebut berlaku apabila *1,495* daripada *3,135 hektar* tanah keseluruhannya termasuk kawasan kediaman yang dimiliki oleh *377 peneroka* terbabit telah *digadai oleh syarikat pemaju, Cahaya Bari Development Berhad (CBDB)* kepada sebuah bank tempatan kerana hendak dibangunkan untuk tujuan komersial (projek perumahan dan perindustrian).
CBDB adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 1 September 1993 untuk melaksanakan projek pembangunan semula kawasan Felda Cahaya Baru yang dianggotai 13 ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada kalangan peneroka.
Bagi membangunan projek komersial itu, CBDB bersama Syarikat Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah menubuhkan sebuah syarikat usaha sama yang bernama Pinggir Setar (M) Sdn Bhd.
Lotus Consolidated (M) Sdn Bhd telah mendapat pinjaman sebanyak RM100 juta daripada Allied Bank (M) Bhd pada bulan September 1996 dengan mencagarkan tanah-tanah peneroka Felda Cahaya Baru.
Daripada jumlah itu, *RM75 juta telah dibayar kepada CBDB* , manakala peneroka-peneroka yang telah menyerahkan hak milik mereka kepada CBDB telah menerima *RM140,000 tiap-tiap seorang* sebagai pembayaran peringkat pertama.
Cadangan pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu telah mendapat sokongan Kerajaan Negeri Johor ketika itu di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malah Kerajaan Johor sendiri *TELAH BERSETUJU* pada dasarnya pada *7 Jun 1995* bagi tujuan pembangunan tanah Felda Cahaya Baru.
Ini menyebabkan 377 orang peneroka Felda terbabit telah menandatangani surat serah kuasa tanah milik mereka untuk tujuan pembangunan komersial itu , manakala CBDB pula telah menggunakan surat serah kuasa para peneroka itu untuk mendapatkan pinjaman bank.
Bagaimanapun, projek pembangunan komersial di Felda Cahaya Baru itu sehingga kini tidak dapat dimulakan kerana tanah-tanah itu dikategorikan dalam kelas *TANAH REZAB MELAYU*.
Kerajaan Johor pimpinan Menteri Besar *WAKTU ITU* , *Abdul Ghani Othman* , bagaimanapun *TIDAK* pula membantu peneroka-peneroka terbabit yang kini ternyata tertipu dan teranianya oleh Lembaga Pengarah CBDB yang terdiri daripada pimpinan *UMNO*.
3 . Pertukaran hari cuti dari *JUMAAT KEPADA HARI AHAD* kerana ingin menyelaraskan kegiatan warga Johor waktu itu.
4 . *PROJEK WATERFRONT CITY* yang di katakan juga di bawah pentadbiran TSMY juga adalah satu pembohongan , kerana projek itu di cetuskan ideanya oleh Tun Mahathir pada tahun *1999* , dan sekali lagi Kerajaan Johor di bawah *PENTADBIRAN GHANI OTHMAN* gagal melaksanakannya.
5 . *PERJANJIAN AIR 1961EMPAT KAWASAN YANG PERNAH DIURUSKAN PUB SINGAPURA IAITU EMPANGAN PONTIAN KECHIL, RUMAH PAM TEBRAU, LOJI AIR GUNUNG PULAI, LOJI AIR SUNGAI SKUDAI, TELAH DIKEMBALIKAN KEPADA JOHOR BERIKUTAN KONTRAK BEKALAN AIR JOHOR-SINGAPURA SELAMA 50 TAHUN TAMAT*
*Empangan Tasik Linggiu* milik Kerajaan Negeri Johor, *dikendali Public Utilities Board of Singapore / Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB)*. Singapura menanggung kos pembinaan serta semua kos operasinya . Ini adalah tambahan kepada *RM320 juta bayaran pampasan yang dibayar Singapura kepada Johor pada 1990* .
*Singapura masih terus menguruskan operasi Empangan Linggiu sehingga tahun 2061 kerana Perjanjian Air 1962 sah untuk tempoh 100 tahun.*
*Mengikut perjanjian* , PUB dibenar guna sehingga 250 juta gelen air sehari dari Sungai Johor. Sebagai balasan, Johor menerima air yang sudah dirawat sekitar 5 juta gelen dari jumlah penggunaan air harian Singapura. Rawatan air ini dilakukan di Loji Rawatan Air Sungai Johor juga diuruskan PUB mengikut perjanjian.Johor kini mengurus 43 dari 44 loji rawatan air.
Berkenaan harga air yang mahal kepada rakyat Johor , pendakwa sepatutnya *BERTANYA KEPADA RANHILL* yang menguruskan *SAJ*.
Apadaaa , semua dakwaan kepada TSMY adalah dakwaan penipuan semata-mata.
*SHUKUR MOHAMAD*