nuffnang Ads

.

2017/11/05

KEPALA BAPAK KAU - NAJIB RAZAK

https://m.malaysiakini.com/news/400802

🔥🔥

*MENTALITI BOLEH DI PERTIKAIKAN*.

Perkataan menghina terbaru dari Najib kepada Tun Dr Mahathir Mohamad telah keluar lagi.

Kali ini di hadapan kaum Cina ketika Berucap di mesyuarat agung tahunan MCA di Kuala Lumpur.

Najib ini telah banyak kali berbohong di hadapan rakyat Malaysia , kali ini beliau berbohong mengatakan tentang menggadaikan negara ini.

Tapi biasalah , kita bukan tidak pernah dengar pembohongan Najib , contohnya tentang wang *RM2.6BILLION* yang masuk dalam akaun dia :

https://youtu.be/CZ6DPPmt7xg

Kita tidak hairan akan sifat *KURANG AJAR* Najib dalam menangani masalah peribadi dia sendiri , kerana bukan pertama kali Najib kurang ajar.

Dan bukan pertama kali juga Najib itu menipu , banyak kali sudah , cuma penipuan Najib di lindungi oleh Menteri , Timbalan Menteri , Makcik JR , Ketua Cawangan UMNO , Paknaib dan Cybertrooper berbayar.

Kali ini Najib berucap di hadapan wakil kaum Cina dengan memaki Tun Dr Mahathir Mohamad.

Yang rata-rata kaum Cina tahu dan pernah merasakan kesenangan ekonomi di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad berbanding dengan zaman Najib.

Najib jangan ingat dengan tepukan gemuruh yang di beri bermakna terdapat sokongan padu.

Semua orang sekarang hanya menunggu PRU di adakan untuk menterjemahkan perasaan terpendam selama ini.

Semakin banyak makian dan hamunan yang di hamburkan oleh Najib dan kuncu-kuncunya , semakin rakyat tidak sabar ingin menghadapi PRU akan datang ini.

Biadap dan mental retak ini sangat sinonim dengan rejim Najib.

*KEPALA BAPAK KAU*

*SHUKUR MOHAMAD*