nuffnang Ads

.

2017/11/12

DILEMA MELAYU - SIRI 489 - PENJAJAHAN BENTUK BARU

Credit: Tuan Yahaya Ismail

Jangan salah ibu mengandung kalau negara tercinta Malaysia akan jadi boneka China komunis. Fahaman komunis tidak perlu dengan senjata menentang kerajaan. Itu strategi kuno di era Mao-tze-tung, Ho Chin Mint. Sekarang Beijing jadi super power mengambil alih Russia yg bukan lagi kiblat komunis.

Cina gunakan kekuatan ekonomi, teknologi, dolar dan tenaga pakar dan buruhnya untuk menguasai negara-negara kecil yg rata2 miskin, dan para pemimpinnya super korup.
China berminat melabur dan memberi pinjaman berbilion dolar utk projek- projek mega seperti pelabuhan, lapangan terbang, jalanraya, keretapi laju, perlombongan dan berbagai industri berat.

Beijing memberi pinjaman jangka panjang kepada negara penerima dengan  faedah yg dianggap lebih tinggi dari Bank Dunia dan IMF. Projek-projek mega itu diurus sepenuhnya oleh pihak syarikat dari China juga.  Apa saja yang diperlukan untuk projek itu semua datang dari Beijing. Ini berlaku di Malaysia, Sri Langka, Zimbabwe dan berbagai negara yang menerima bantuan China.

Perlu diingat Beijing mempunyai penduduk seramai 1.3 bilion, dan terdapat 300 juta jutawan China yang ada kaitan dengan Partai Komunis China. Mereka ini menjadi pelabur di luar China atas arahan  Partai Komunis China. Mereka berminat melabur dalam projek-projek mega yg mempunyai nilai ketenteraan. Dengan memberi pinjaman berbilion dolar kepada negara-negara penerima bermakna China akan menguasai projek-projek itu berpuluh tahun.

Sekiranya negara peminjam tidak mampu membayar menurut tempoh yg dijanjikan maka  akan dilanjutkan lagi tempoh pembayarannya. Akhirnya Beijing terus bertapak dan menguasai negara peminjam yang menjadi bonekanya.

Ada cara lain lagi yang mengikat negara peminjam sampai mati. Beijing juga merasuah para pemimpin negara-negara peminjam supaya para koruptor menari menurut tali kecapi Beijing. Ini berlaku di Sri Lanka, Zimbabwe dan berbagai negara peminjam yang lain.

Sekiranya pemimpin korup itu tidak mahu menjadi talibarut Beijing lagi atau menolak permintaan China maka mereka akan guna ugutan mendedahkan si koruptor itu. Semua resit pembayaran kepada  si koruptor dipegang oleh Beijing. Ini cara Chinese triad (gangster Cina) beb.

Ingat apa yang berlaku di Hong Kong?. Bila British menyerahkan Hong Kong kepada  Beijing rakyat Hing Kong pro demokrasi protes. Beribu keluar demonstrasi membawa payung. Tapi Beijing kirim tenteranya lengkap dengan senjata menumpaskan  gerakan pro demokrasi. Para pemimpinnya ditangkap dan dipenjara. Hari ini lenyap sudah protes anti Beijing. Itu cara Beijing menumpas mereka yang menentang kuasanya.

Penjajahan bentuk baru ini paling berkesan, Tidak ada nyawa rakyat mati dalam peperangan. Tapi rakyat akan menjadi hamba Beijing selagi  para pemimpin yang super korup kekal berkuasa dan tunduk kepada kemahuan Beijing.

Ingat Beijing menguasai Tibet, halau Dalai Lama dan Tibet jadi bonekanya. Di Jiangkiang Beijing cuba menindas penduduk-penduduk Islam Augur  di situ kerana komunis anti agama. Ingat di belakang topeng opera China ada raksaksa komunisme menunggu masa untuk menjajah dan menjadikan negara peminjam abdi komunis dalam masa terdekat.

Apa yang menjadi kebimbangan DYMM Sultan Azrain Shah, Sultan Perak, mengenai penjajahan bentuk baru memang ada kebenarannya.