https://m.malaysiakini.com/news/401634
🔥🔥
*SATU LAGI MENTERI MERAPU MERABAN*
Ketakutan UMNO kepada *PPBM* amat terserlah sejak kebelakangan ini.
Kali ini Azalina pula bersuara mengenai PPBM dengan mengambil kira kemelut yang sedang berlaku di Johor kini.
Azalina atau mana-mana orang UMNO jangan masuk campur urusan PPBM.
Kami tahu siapa dalang di belakang kemelut yang sedang PPBM hadapi sekarang.
Masalah dalaman ini akan selesai dalam masa terdekat , kami tahu apa yang kami sedang lakukan.
Lagipun *ROS ADALAH DI BAWAH BIDANG KUASA KDN* , dan rakyat tahu permainan apa yang sedang di lakukan terhadap PPBM waktu ini.
Azalina jangan banyak cakap , kami juga tahu berapa ribu cawangan UMNO yang tidak mengikut perlembagaan UMNO ketika bermesyuarat tahunan.
Jangan sampai kami juga mengeluarkan segala kepincangan perlembagaan yang di buat oleh beribu cawangan UMNO.
Waktu itu , sudah sampai masa rakyat dan pengundi menilai *KETELUSAN ROS* dalam menangani isu tersebut.
Berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan terhadap PPBM kerana jika anda ada *ACE* , kami juga ada *ACE* yang sama dan mungkin lebih baik.
*SHUKUR MOHAMAD*