nuffnang Ads

.

2017/08/14

NOTING TO HIDE 2.0 : TAK MUNGKIN MAHU MENGAKU..

🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺

**

Kejadian yang berlaku semasa majlis Nothing to hide 2 semalam telah di nafikan oleh satu parti Melayu Kleptokrasi.

Penafian itu sudah di jangka dan sudah boleh di baca skrip lakonan mereka.

Tidak mengapa lah jika mereka ingin menafikan penglibatan mereka secara tidak langsung itu.

Serahkan sahaja kepada "kebijakkan" polis untuk menangani dan berlaku adil perkara tersebut.

Tapi satu perkara yang rakyat kena faham , kejadian itu telah di rancang dengan baik , apabila mereka yang ingin membuat onar itu bersiap sedia dengan "flares".

Soalan berkenaan Memali itu pula di soal oleh seorang yang belum lahir atau sekurang-kurangnya masih lagi menetek waktu kejadian Memali tersebut.

Soalan yang sudah di rancang untuk di tanya adalah soalan provokasi yang sudah di sediakan dari awal lagi.

Kita tidak pedulilah segala soalan yang di tanya kerana majlis itu memang satu majlis untuk bertanya apa sahaja persoalan.

Apa yang kita kena fahamkan di sini adalah mereka cuba membuat kucar kacir dengan harapan kerajaan akan mengaktifkan AKTA MKN.

AKTA MKN waktu ini amat berharga kepada mereka kerana sekarang banyak kes yang menjurus kepada MO1 semakin hampir terbuka.

Pemakan dedak akan memastikan negara ini akan berada di dalam kucar kacir untuk mengelakkan PRU di laksanakan.

Buat masa ini mereka masih belum berjaya untuk mengaktifkan AKTA MKN , kerana kita masih tidak melawan.

Apabila AKTA MKN di aktifkan ini bermakna segala kuasa undang-undang hanya akan berada di dalam tangan PM.

Kena di ingat AKTA MKN ini bukan lagi di bawah kuasa DYMMSPBYDPA dan juga PANGLIMA ANGKATAN TENTERA (PAT).

Penguatkuasaan AKTA MKN ini juga nanti akan membolehkan PM membuat sesuka hati dia dalam memastikan kuasa terus kekal di tangan PM dan rejimnya.

Mereka gagal dalam memastikan TUN di lukai untuk menjadikan suasana Malaysia  menjadi huru hara.

Kita tahu mereka sedang membuat beberapa lagi provokasi yang akan kita lihat nanti.

Setelah provokasi itu gagal mereka akan menafikan keterlibatan mereka dalam perancangan tersebut.

Provokasi-provokasi yang lebih ekstrim akan mereka buat demi memastikan AKTA MKN di aktifkan.

Selepas ini mereka mungkin akan membuat huru hara dalam majlis BN atau UMNO , dan akan menuduh pihak pembangkang yang mencetuskannya.

Mereka juga akan mula memainkan sentimen perkauman dengan lebih ekstrim dan lebih dahsyat.

Kita kena lebih berhati-hati dan lebih peka , setiap dari kita jangan malu-malu merakamkan apa sahaja perbuatan atau perlakuan yang berlaku di sekitar kita untuk di jadikan bahan bukti jika mereka memulakan provokasi.

Mereka akan mempergunakan remaja-remaja yang bermasalah dengan bayaran semurah RM50 untuk satu provokasi.

Kepada emak bapak yang di luar sana , sila perhatikan anak-anak anda agar tidak di gunakan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawap untuk melindungi penyamun kleptokrasi dan juak-juaknya.

Kita akan mengukir sejarah dalam negara ini jika kita memenangi PRU akan datang ini.

Kita juga akan mengubah masa hadapan negara ini demi anak cucu cicit kita agar mereka terus merdeka.

Mulai hari ini kita kena lebih menjauhkan diri kita dari terlibat dengan provokasi yang mereka cipta.

Buat masa ini kita bersimpatilah kepada keluarga remaja-remaja yang hanya di upah RM50 untuk semata-mata di reman selama 4 hari itu.

*SHUKUR MOHAMAD*