KENYATAAN MEDIA
Majlis mengangkat sumpah Tan Sri Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara pada 4 Ogos 2017 telah menjadi satu titik hitam di dalam lembaran sejarah kehakiman dan perlembagaan negara kita.
Perlantikan ini, serta perlantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebagai Presiden Mahkamah Rayuan, diteruskan oleh Dato' Sri Najib Razak walaupun menerima bantahan pelbagai pihak termasuk dari pakar perundangan tersohor, Majlis Peguam dan wakil-wakil rakyat.
Paling jelas, Perlembagaan Persekutuan negara ini dengan terang tidak membenarkan perlantikan-perlantikan ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang telah mengambil pendirian yang cukup kuat dan berprinsip menentang perlantikan-perlantikan yang melanggar Perlembagaan ini, apabila mereka menyembahkan warkah berkenaan hal ini kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2 Ogos lalu.
Ketetapan yang diluluskan Mesyuarah Agung Luar Biasa Majlis Peguam pada 3 Ogos, termasuk pengisytiharan hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Raus, membuktikan Majlis Peguam cukup prihatin terhadap perlantikan-perlantikan ini.
Perlantikan-perlantikan ini menonjolkan sikap DS Najib yang langsung tidak menghiraukan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam negara kita ini. Tindakan-tindakan DS Najib ini hanya mementingkan diri sendiri dan menunjukkan betapa terdesaknya beliau untuk terus berkuasa pada ketika Malaysia dibelenggu skandal kewangan terbesar dalam sejarah negara, yang mana DS Najib sendiri terbabit.
Tindakan terbaru ini terus menjadi bukti bahawa selagi DS Najib dan BN berkuasa, selagi itu nama baik negara dan kebajikan rakyat berada di dalam bahaya.
Marilah kita mengukuhkan iltizam dan bersatu bersama Pakatan Harapan untuk mengalahkan BN dalam membangunkan negara yang berkhidmat demi rakyat, dan bukannya demi kelompok elit kecil yang tamak haloba lagi tidak berprinsip.
Anwar Ibrahim
5 Ogos 2017
-
MEDIA STATEMENT
Swearing in of Tan Sri Raus as CJ is a black moment in Malaysia's judicial history
The swearing in of Tan Sri Md Raus Sharif as Chief Justice on the night of 4 August 2017 will be a black moment in the judicial and constitutional history of our nation.
This appointment, and a subsequent appointment of Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin as President of the Court of Appeal, is being pushed through by Najib Razak despite the protests of a wide section of society, including legal luminaries, the Bar Council and elected representatives.
Most of all, the plain reading of the provisions of the Federal Constitution, forbid these appointments.
I applaud the strong and principled stance taken against this unconstitutional appointment by Pakatan Harapan Members of Parliament who delivered their Memorandum against it to the King on 2nd August.
The resolutions passed by the Malaysian Bar at their EGM on 3rd August, including a declaration of no confidence in Tan Sri Raus, is a measure of the Bar's grave concern over these irregular appointments.
These appointments highlight Najib's continuing disregard for constitutional propriety and the rule of law in Malaysia. Najib's actions are tainted by self-interest and his desperate struggle for his own political survival in the face of the biggest financial scandal in the history of our nation, in which he has been personally implicated.
His latest actions further reveal the danger that Najib and the BN's continued rule poses for our country's reputation and the welfare of our people.
Let us take heart, and unite behind Pakatan Harapan to remove the BN from power and forge a nation that serves the people, and not a small group of greedy and unprincipled elites.
Anwar Ibrahim
5 August 2017