nuffnang Ads

.

2017/06/22

ARMADA DI ROMBAK BAGI MEMPERKASA SAYAP PPBM MENUJU PRU-14

Tahniah Armada. Rombakan dan lantikan baru Exco dialukan untuk memperkukuhkan PPBM.
Selepas ini tiada lagi yang boleh buat pc dan menyebut dirinya Exco Armada tetapi menyerang parti sendiri.

3 yg buat pc dan laporan SPRM digugurkan.

Notable inclusion is Dr Faiz Naaman , and Mahathir Mohd Rais

KENYATAAN MEDIA.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menerusi sayap ARMADA hari ini berbesar hati untuk memaklumkan kesediaan ARMADA PPBM dalam terus gagah mengorak langkah selaku tunjang parti menerajui pergerakan dengan melakukan beberapa rombakan kepimpinan tinggi ARMADA dalam menempuh PRU14 sekaligus memastikan ARMADA dapat membantu kemenangan parti pada pilihanraya akan datang.

Beberapa rombakan kecil telah dilakukan setelah mendapat kesepakatan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan ARMADA semalam dengan mengikut lunas perlembagaan parti dan membariskan muka baharu yang dikenalpasti memiliki kepakaran dari sudut jentera dan kepimpinan yang diperlukan ARMADA dalam memastikan ia kekal menjadi pilihan khususnya dalam kalangan anak muda bagi menterjemah suara golongan belia di segenap lapis masyarakat tanahair.

Berikut adalah senarai nama lantikan baharu yang membarisi kepimpinan ARMADA peringkat nasional;

1. Dr. Muhammad Faiz bin Na'aman

Beliau adalah merupakan salah seorang Ahli Majlis Tertinggi PPBM, bekas pimpinan dalam PERKASA berkelulusan MBBS. Kini merupakan Pengarah Urusan Bazarena Enterprise.

2. Mahathir bin Mohd Rais

Antara Ketua Bahagian termuda di Malaysia, mengetuai bahagian Segambut. Pengarah Urusan di Galaxyforce Security Services Sdn. Bhd. Merupakan Pegerusi Pergerakan Rakyat Tuanku.

3. Mohamad Nadzri bin Abdullah

Ketua ARMADA Bahagian Kota Raja. Seorag ahli perniagaan dan punyai kepakaran dalam bidang Audio & Visual Engineering, juga merupakan pensyarah sambilan di Yamaha Music Malaysia.

4. Mohamed Hilmi bin Che Ramli

Aktivis belia dan penggerak anak muda di Kelantan dalam sukan permotoran.

5. Mohd Nurhalis Shafiq bin Sham Suri

Seorang ahli perniagaan dan merupakan Timbalan Pengerusi NGO Suara Ummah Bersatu (SUMBER)

ARMADA PPBM yakin, menerusi beberapa lantikan baharu yang dikenal-pasti mampu memainkan peranan besar dalam pergerakan ARMADA ini akan menjadikan sayap utama PPBM ini semakin digeruni lawan serta terus gah membawa suara dan peranan anak muda dalam memacu perubahan bagi memastikan PPBM menawan Putrajaya.

Sehubungan ini juga ARMADA PPBM ingin memaklumkan, kesepakatan Majlis Pimpinan ARMADA telah mempersetujui untuk melucutkan jawatan bagi beberapa nama Exco ARMADA Nasional. Penstrukturan barisan kepimpinan sebegini adalah lumrah dalam memperkasa mana-mana organisasi, oleh itu ARMADA PPBM turut menjangkakan beberapa perubahan lagi pada masa hadapan bagi penstrukturan yang lebih fokus dan terarah bersesuaian dengan gerak kerja memastikan kemenangan PRU14.

Disertakan di bawah, senarai penuh EXCO ARMADA MALAYSIA yang terkini berdasarkan keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan ARMADA;

1. Mohd Fahim bin Mohd Farid 
2. Mohd Ashraf Mustaqim bin Badrul Munir
3. Ahmad Redzuan bin Mohamed Shafi
4. Abdul Hannaan bin Khairy
5. Muhammad Syazwan bin Ahmad Zainal
6. Zainal Abidin bin Sihab
7. Amar Pared bin Mahamud
8. Muhammad Mahadi bin Mohamad
9. Mohd Muzammil bin Ismail
10. Mohamad Firdaus bin Mat Azahar
11. Muhammad Faiz bin Na'aman (Lantikan Baru)
12. Mahathir bin Mohd Rais (Lantikan Baru)
13. Mohamad Nadzri bin Abdullah (Lantikan Baru)
14. Mohamed Hilmi bin Che Ramli (Lantikan Baru)
15. Mohd Nurhalis Shafiq bin Sham Suri (Lantikan Baru)

Dengan ini, nama-nama SELAIN dari nama di atas, bukanlah mewakili suara rasmi ARMADA. Harap maklum.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Ketua ARMADA
Parti Pribumi BERSATU Malaysia (PPBM)

Habuan sehingga MYR50.000 Jika Tinggalkan BERSATU..

 

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa anggota Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditawarkan antara RM10,000 hingga RM50,000 sekiranya mereka sanggup meninggalkan parti itu.

"Mereka yang menerima RM50,000 dipaksa menandatangani dokumen yang menghendaki mereka mengundi BN.

"Janji juga dibuat sekarang bahawa mereka akan mendapat lebih banyak wang dan barangan apabila pilihan raya berlangsung," dakwa pengerusi BERSATU itu dalam satu catatan terbaru di blog.

Tun Dr. Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengasaskan BERSATU tahun lalu dengan tujuan mencabar Umno bagi mendapatkan undi orang Melayu.

2017/06/21

Kekayaan Mokhzani Mahathir Yg Menjadi Pertikaian Musuh² Politik Tun Dr. Mahathir..

Kita semua boleh mendapat secara senang latar belakang Mokhzani Anak kepada Tun Mahathir di mana selepas beliau menerima ijazah sarjana muda Jurutera Petroleum dari Amerika Syarikat, beliau bekerja beberapa tahun di Shell.

Kemudiannya beliau menceburi bidang perniagaan melalui Tongkah Holdings di mana mereka melalui kesukaran sewaktu kegawatan ekonomi pada lewat 1990-an.

Seterusnya beliau berganding dengan mendiang HL Chong dan memajukan sebuah “fabrication yard” di Lumut.

Dibina daripada kecil, selepas 10 hingga 15 tahun fabrication yard tersebut kini sebesar 300 ekar dan merupakan salah satu pusat yang terulung di negara ini untuk, memberi perkhidmatan kepada industri minyak dan gas.

Pada mulanya ia dinamakan Kencana HL, ia disenaraikan pada 2006 dengan nama Kencana Petroleum.

Selanjutnya pada 2013 ianya bergabung dengan Sapura Crest di mana nilai pada Bursa Saham pada waktu itu adalah sebanyak RM12 billion.

Untuk pengetahuan harga saham tidak ditentukan oleh Dr Mahathir ataupun Mokhzani.

Ianya dinilai oleh pasaran umum hasil daripada prestasi dan prospek syarikat tersebut.

Inilah bagaimana nilai kekayaan boleh ditingkatkan dan sekiranya seseorang berbual dengan Petronas, mereka menilai fabrication yard milik SapuraKencana di Lumut sebagai salah satu yard yang terulung di negara ini dari segi teknologi dan prestasi.

Tambahan pula, lebih daripada 60% pendapatan SapuraKencana datangnya daripada luar Negara. Maka itu soal menerima kontrak secara mudah atau “handouts” tidak relevan sama sekali.

“Google” nama Mokhzani di laman web Forbes di mana nilai kekayaan Mokhzani boleh diperoleh sejak 2007 hingga 2015.

Daripada angka yang terkini, nilai kekayaannya adalah sebanyak AS$700 juta dan angka tersebut dikumpul daripada laman-laman web syarikat awam yang disenaraikan.

Kesemuanya adalah telus dan diaudit tambahan pula, RM36 juta iaitu nilai kereta yang mungkin dimiliki oleh Mokhzani adalah hanya 1.5% daripada jumlah kekayaannya.

JADUAL TINGKATAN NAFSU....

DI TINGKAT MANA KITA BERADA..??

1.AMARAH...

Kafir kpd Allah,Hasad dengki,Takabur,Riak,ujub,sumaah,Bakhil...Benci pd agama n ulamak.....Semua Sifat Tercela Bhimpun Pdnya...

2.LAWAMMAH..

Menyesali diri ketika Berbuat Dosa,Takjub pd hal2 Ghaib,Suka dipuji,Riak,Ujub,Tidak menerima Takdir Allah,Bersangka Buruk,Suka Mengkritik Dan Cinta Dunia...

3.MULHAMMAH...

Condong Kpd Kebajikan,Gemar beramal yg sunat2..Beraklak baik,Suka dipuji,suka menderma,riak,Ujub,Gemar pd Agama,Cinta Dunia,Suka Mengajak Kpd Kebaikkan....

4.MUTMAINAH.....

Tiada Keluh Kesah,Iman Yg ManTap,Beraklak Mulia,Khusyuk Ibadah,Menerima Musibah Dgn Tenang,Pemurah Dan Iklas Kpd Allah.....

5.RADHIYYAH..

REDHA Menerima MusiBah,Iklas....Banyak Bersyukur,Sabar menderita Kepayahan,Zuhud,Qanaah,Beraklak Halus lg Mulia Dan Iman yg Padu....

6.MARDHIYYAH...

IKLAS,Redha,Syukur,Beraklak Tinggi Lg Mulia,Sabar,Iman Yg Waja Lagi Padu,BERADA DALAM MURAQABAH YG BERTERUSAN KPD ALLAH....

7.KAMILAH....

Iklas,Redha,Syukur,Sabar,Semua sifat2 Terpuji terhimpun Padanya,Sempurna Makrifatnya,Suci Dirinya Zahir n Batin...IA MERUPAKAN INSAN KAMIL...MAKAM MUSYAHADAH DAN BAQA BILLAH.....

Viral Khutbah Jumaat Masjid An Nur Di Khartoum, Sudan Menyebut Nama Tun Dr. Mahathir

VIRAL WHATSUP

Solat Jumaat Di masjid An Nur Di Khartoum.. Imam dlm khutbahnya.. menyebut nama Tun M sebagai pemimpin Islam Yg berjaya bangunkan sebuah negara pertanian Kepada negara berteknologi tinggi Yg maju dan menjadi contoh negara Islam Yg cemerlang dari sudut penghayatan Islam yang sebenarnya. Dr. Mahathir telah buktikannya... bermakna Sudan pun mampu lakukannya...Sekiranya umat ingin melihat negara Madinah suatu Ketika dulu pergilah ke Malaysia...anda akan lihat Islam Yg hebat..itulah seorang pemimpin Islam yang bersama kita dlm solat jumaat hari ini... semasa menjadi pemimpin dunia.. Dr. Mahathir menjadi benteng Islam Di dunia.. kini dunia semakin lemah bila Pemimpin ini telah mengundurkan dirinya dari politik dunia.. semoga Allah SWT menjaga Dr Mahathir dgn baik.


-----------------------------------------------------


Tun buat program: 


1. berjimat cermat. Beli barang tempatan untuk giatkan ekon domestik.
2. Create jobs. Syarikat n jab kerajaan perlu tawarkan kerja pada rakyat tempatan
3. Create wealth- Maknanya cipta kekayaan secara domestik dan bawa FDI. Duit akan berpusing dln negara. Tun pun sibuk keluar negara yakinkan mrk bawa investors masuk.
*FDI dan pelaburan* berbeza dengan pinjaman yg najib buat.
4. Tun turunkan interest rate pinjaman bank dan kereta dari 12% (yg Anuar Ibrahim tetapkan) pada 4-5% sahaja. Alasan Tun simple kalau rendah interest orang ramai akan meminjam. Ini menggalakkan edaran wang dlm negara.
5. Mencapai penduduk 70 juta menjelang 2050. Bagi Tun penduduk Malaysia yg ramai (bukan bangla nepal dsn indon) akan menjana kekayaan dan industri domestik.

Itulah Tun M... pemimpin agung dunia abad 21

The chronology industri bagi Malaysia yg biasa kami kongsi dgn masy antarabangsa ketika itu ialah: Msia bertukar dari:
1. Pertanian TUN ABD RAZAK / TUN HUSSEIN
2. Microelectronics TUN DR M
3. Heavy industry TUN DR M
4. ICT - nano  gnome,-> TUN DR M / PAKLAH
5. Knowledge industry -> PAKLAH
6. DermaKleptocrazy -> NAJIBLAKIBINI

Tp najib fokus pd financial market. And that one of tge reason we fail to create wealth for the country.

Tahap korupsi dan hilangnya demokrasi di Malaysia menyebabkan rakyat marah. Tindakan kerajaan dan langkah mempergunakan kuasa sewenang2nya oleh kerajaan Malaysia mencemar persekitaran Malaysia seluruhnya. Ini perlu dihentikan.

Pilihanraya perlu bersih.
Sistem demokrasi perlu diteruskan.
Rasuah perlu dihentikan.
Malaysia perlu kembali menjadi negara yg berdaya maju seperti yg sepatutnya.

Salah satu punca kami menyokong BERSIH ialah 1MDB. Tapi itu hanya satu sebab. Ada USD700 juta sebab mengapa kita berkempen untuk MALAYSIA dan sokong rakyat MALAYSIA.

USD700 juta masuk dalam akaun PM Malaysia! Duit kepunyaan setiap lelaki dan wanita Malaysia. USD700 juta yang sepatutnya buat hospital, sekolah, jalanraya dan dibelanjakan utk memperbaiki Malaysia tapi masuk ke akaun peribadi PM. Ini hanya lah satu titik iceberg  bagi segala masalah di Malaysia.

Rasuah di Malaysia sebesar satu industri. Ia perlu dihentikan!

*** VIRAL WHATSUP INI BUKAN TULISAN ATAU KARANGAN SAYA.


2017/06/20

Dr Rozaimi Pemecah Belah Masyarakat..??

1. Saya lihat dalam masyarakat kita, ada seorang individu yang diangkat menjadi 'muhadis' di Malaysia. Nama beliau Dr Muhamad Rozaimi bin Ramle.Ada sesetengah orang mengatakan beliau memecahbelahkan masyarakat melayu kita. Saya langsung tidak suka padanya suatu ketika dahulu. Antara perkara yang menyebabkan saya tidak suka pada beliau ialah kerana beliau dikatakan:

- Terlalu mudah menghukum sesuatu hadis itu palsu
- Khianat dan tidak jujur dalam menukilkan pendapat ulamak
- Menolak hadis dhaif dalam fadhail
- Menolak Mazhab dan kafirkan mazhab syafie

2. Saya memang tidak suka pada diri beliau pada awalnya. Hal ini kerana di dalam otak saya sudah set bahaya Dr Rozaimi ini suka menghina ulamak dan mengkafirkan mazhab seperti label yang diberi oleh sesetengah pihak. Sehinggalah saya mula menonton kuliah beliau secara live, di situ pandangan saya terhadap Dr. Rozaimi mula berubah. Segala tuduhan itu sebenarnya hanya fitnah semata-mata.

3. Tuduhan pertama terhadap beliau ialah mudah menghukum sesuatu hadis itu palsu. Akan tetapi, semasa saya melihat tulisan dan kajian beliau, apabila beliau menghukum sesuatu hadis itu sebagai palsu atau dhaif, pasti beliau akan memberi nama ulamak hadis silam yang telah lama mengkritik hadis itu seperti Imam Ibn Iraq Al Kinani, Imam Zahabi Imam Ibn Hajar dan lain-lain. Mereka ini bukanlah ulamak mutasyaddid yang keras menghukum sesuatu hadis itu palsu.Tetapi mereka muktadil.

4. Tuduhan kedua terhadap Dr Rozaimi ialah beliau khianat tidak amanah dalam menukilkan pandangan ulamak.Maksud mereka ialah ada ulamak yang menghukum hadis itu sahih dan ada yang mengatakan hadis itu palsu. Ada ulamak yang menolak seseorang perawi ,dan ada ulamak yang menerima seseorang perawi. Akan tetapi kata sesetengah pihak Dr Rozaimi hanya mengemukakan pandangan yang mengatakan ia palsu sahaja.Kemudian menyembunyikan pandangan yang lain.

Ini jawapan saya terhadap kenyatan di atas. Imam Zahabi dikenali sebagai استقرأ تام. Maksudnya jika ada khilaf dalam kalangan ulamak silam dalam menentukan status seseorang perawi hadis, Imam Zahabi akan membuat kajian secara menyeluruh dan Imam Zahabi membuat keputusan dan kesimpulan terhadap kesemua pandangan perbahasan ulamak tersebut. Jadi dalam masalah ini, Dr Rozaimi mengambil pandangan Imam Zahabi. Adakah kita juga hendak mengatakan Imam Zahabi khianat juga?

5. Tuduhan ketiga terhadap Dr Rozaimi ialah beliau menolak Imam Mazhab. Ini tidak benar. Apabila kita menonton kuliah beliau, pasti beliau akan menukilkan pandangan Imam Nawawi, Imam Juwaini dan sebagainya dari kitab المجموع شرح المحذب. Adakah kalian kenal nama ulamak ini? Ini semua ulamak dalam mazhab syafie. Tetapi disebabkan kita tidak pernah mendengar nama ulamak tersebut dan kitab-kitab itu, terus kita melabel seseorang itu menolak mazhab.

6. Apa yang saya teliti di facebook ini, ramai orang mengatakan beliau memecahbelahkan masyarakat. Akan tetapi berdasarkan penelitian saya, sesetengah orang mula melakukan serangan dan tuduhan terhadap Dr Rozaimi. Kemudian Dr Rozaimi hanya menjawab tuduhan itu sahaja. Cuba bayangkan jika kita dituduh mengkafirkan seseorang serta dituduh khianat tidak amanah dalam menyampaikan ilmu, adalah kita hendak berdiam diri? Sudah tentulah tidak, kita kena bangun jelaskan kepada orang awam. Dr Rozaimi hanya bangun menjawab tohmahan kepada beliau saja.

7. Dr Rozaimi sekali pun beliau tidak pernah mengangkat diri nya sebagai muhadis ataupun pakar hadis mahupun berbangga dengan PHD seperti yang diperli oleh sesetengah pihak. Beliau sedia menerima teguran. Saya juga dulu tidak suka dengan beliau. Akan tetapi apabila mula follow dan ikut kuliahnya, saya mula berlapang dada dalam isu ini. Dr Rozaimi seorang insan, ada melakukan kesilapan dan kesalahan.Apa yang baik kita ambil,yang silap kita tinggalkan.

2017/06/19

TERUK SANGATKAH PENTADBIRAN ZAKAT DI MALAYSIA INI..??

*

*_(Menjawab penulisan Dr.MAZA berkenaan isu zakat)_*

Pengkajian saya berkenaan dengan zakat dan pentadbiran zakat di Malaysia sudah agak lama. Bermula dengan penulisan thesis master saya di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir pada tahun 1998 (Alhamdulillah, saya mendapat pangkat mumtaz ma’a tawsiyat bi al-tab’ untuk thesis ini). Sejak itu pengkajian saya berkenaan dengan zakat berterusan, walaupun area kajian saya telah juga merangkumi bidang lain, termasuklah usul fiqh, qawa’id fiqhiyyah, perbankan dan kewangan Islam. Saya juga menyelia thesis para pelajar Ph D. Ramai yang dah siap, dan adalagi yang belum. Sekarang ini, saya masih ada satu lagi research berkenaan dengan zakat (ERGS bersama beberapa rakan-rakan) bertajuk: “Modelling Regulation of Zakat Administration in Malaysia: A Triangulation Study” yang masih tertangguh lantaran kesibukan yang pelbagai. Hakikatnya, kepada sesiapa yang melakukan penyelidikan berkenaan dengan zakat akan melihat berlaku perubahan yang amat ketara kepada pentadbiran zakat di Malaysia, sama ada dari sudut kutipan mahupun agihan. Bahkan, kepada mereka yang mengkritik keterlaluan, termasuk juga daripada agamawan, pada haikatnya, maklumat yang mereka ada adalah maklumat yang amat outdated dan tidak dikemaskinikan.

Umpamanya:

1-Isu ketelusan pengagihan dalam pengagihan. Kononnya tiada ketelusan. Pada hakikatnya laporan kewangan kebanyakan pusat zakat / majlis agama, boleh didapati dan di dalam dimuatkan detail berkenaan dengan kutipan dan bentuk pengagihan. Perlu di ingat bahawa pengagihan zakat di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian, sama ada tamlik fardi, tamlik jama’i ataupun tamlik muassasi. Kena jelas perkara ini. Jagan main tuduh sahaja bahawa tiada ketelusan di dalam pengagihan dan kemudian memberikan persepsi yang buruk berkenaan dengan pengagihan zakat. Saya berharap para agamawan yang terlalu mengkritik dengan terlalu keras, bahkan kadang-kadang sehingga menampakkan seolah2 pusat zakat/ majlis agama menyalahgunakan duit zakat, termasuklah para mufti, bacalah laporan kewangan. Kalau tak pandai nak baca, minta tolong orang yang pandai untuk tolong bacakan. Jangan buat kritikan, sehingga orang yang tahu merasakan agamawan ini pada hakikatnya main tembak sahaja semata-mata nak cari populariti.

Saya tak nafikan, masih banyak perkara yang perlu dibaiki. Itu perkara biasa dalam kehidupan. Perubahan adalah sifat manusia, dan kita mahu semua perubahan ke arah yang lebih baik.

2-Isu cadangan agar pusat zakat / majlis agama mencari asnaf bukan hanya sekadar menunggu orang datang, seperti menubuhkan skuad asnaf dan sebagainya. Inipun bukan perkara baru. Banyak negeri dah adapun. Bahkan dalam pebagai bentuk agar kita dapat reach (sampai) kepada asnaf. Jadi ini bukanlah suatu cadangan baru. Betul, beberapa penambbaikan amatlah perlu, tetapi janganlah buat gambran seolah-olah pusat zakat / majlis agama ni hanya duduk kat office, tunggu asnaf datang aje.

3-Payah nak bagi zakat, kadangkala banyak investigasi dan soal jawab yang dibuat kepada asnaf. Agamawan yang komen sebegini, sebenarnya mungkin tak pernahpun berhadapan dengan asnaf dan segala potential tipu muslihat dalam hal ini. Perlu diingat, duit yang kita nak beri pada asnaf ni duit zakat, bukan duit kita. Kadangkala (bahkan banyak juga situasi ini), mereka yang minta duit zakat ni, tak layakpun terima zakat. Mereka hanya berlakon apabila nak terima zakat. Jadi investigasi amatlah perlu, agar kita tak beri zakat kepada orang yang tak layak. Pengalaman peribadi mengajar saya perkara ini. Saya harap sangat agar agamawan sebegini, agar faham hakikat dan realiti. Bukan hanya sekadar buat komen daripada bilik pejabat beraircond mereka semata-mata.

Penulisan Dr.Aznan Hasan
President of Associaton of Syariah Advisory Council,Security Commission