nuffnang Ads

.

2017/11/01

HARAPAN Umum 5 Teras Banteras Najis Rasuah





KUALA LUMPUR, 31 OKT: Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan lima teras reformasi membanteras Najis Rasuah yang akan dilaksanakan selepas membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Menurut Pengerusi HARAPAN, Tun Dr Mahathir Mohamad, lima teras ini bertujuan untuk mengekang segala bentuk rasuah dalam kerajaan.

“Kita akan jadi kerajaan tahun depan, jadi ini bertujuan untuk kekang kita dari rasuah,” katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen sebentar tadi.

Antara langkah yang diberi tumpuan HARAPAN dalam lima teras ini ialah dengan meletakkan Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah Parlimen, melaksanakan reformasi sumbangan politik, reformasi ketelusan bermaklumat, pemberian tender terbuka dan menerapkan budaya anti rasuah.

Berikut adalah lima teras reformasi membanteras rasuah:

1)   Reformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Menjadikan SPRM badan bebas yang melapor dan bertanggungjawab kepada Parlimen. Memberi kuasa pendakwaan kepada SPRM dalam kes-kes rasuah;Menubuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pegawai Pencegah Rasuah untuk membolehkan SPRM membuat pilihan pegawai-pegawai dalam perkhidmatannya;Memastikan peruntukan tahunan SPRM mencukupi dan diberi autonomi menguruskan kewangan mereka;Menjamin hak pelantikan tetap bagi Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk memastikan beliau akan melaksanakan tugas dengan tegas tanpa rasa takut;Pelantikan Ketua Pesuruhjaya akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat jawatankuasa Parlimen.

2)   Reformsi sumbangan politik

Sumbangan politik hanya kepada parti-parti politik dan bukan kepada ahli politik atau individu. Setiap penyumbang terhad kepada RM200,000 setahun.Sumbangan melebihi RM10,000 mesti direkodkan.Sumbangan politik tidak boleh diberi oleh GLC, dan syarikat-syarikat yang mempunyai kontrak dengan kerajaan Persekutuan atau Negeri.Parti-parti politik akan diberikan peruntukan terus daripada kerajaan untuk membanteras pengaruh keterlaluan.Setiap parti politik wajib membuat laporan sumbangan politik terus kepada pejabat ketua audit negara kemudiannya akan melaporkan kepada parlimen.Aset yang dimiliki oleh parti-parti perlu didedah secara umum, telus dan diaudit.

3)      Reformasi meningkatkan ketelusan

Meminda akta seperti Akta Perlindungan Saksi 2009 atau Akta Pemberi Maklumat 2010 dan akta rahsia rasmi 1972 demi meningkatkan ketelusan;Menggubal akta kebebasan maklumat untuk meingkatkan ketelusan kerajaans eperti yang dlaksanakan di negeri Pakatan Harapan; Selangor dan Pulau Pinang;Semua wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan yang berpangkat Jusa C dan ke atas dan pengurusan tertinggi GLC dan ke atas diwajibkan mengishtiharkan harta kepada Parlimen.

4)      Mengamalkan tender terbuka

Memperluas pengunaan sistem e-Perolehan dan e-Bidaan dalam atau untuk semua kontrak kontrak kerajaan bagi semua kementerian dan jabatan kerajaan;Semua tender terbuka dilakukan secara atas talian dan boleh diakses umum dan mendedahkan semua perjanjian kerjasama awam-swasta (public partnership);Proses penganugerahan projek PPP harus mematuhi garis panduan pematuhan penganugerahan garis panduan kerajaan dan bukan mengikut kehendak peribadi menteri;Menteri juga perlu memberi rasonal penganugerahan kontrak tersebut.

5)      Memperkenalkan budaya anti-rasuah di kalangan masyarakat

Menggunapakai ISO 37001 sistem pengurusan anti-rasuah dalam urus-tadbir badan-badan kerajaan.Mengkaji semula struktur ganjaran bagi penjawat awam untuk membantu untuk menghindari atau mengurangkan kecenderungan terhadap aktiviti rasuah dan meningkatkan hukuman kesalahan rasuah ke atas pemberi dan penerima. 

2017/10/31

SARAWAK REPORT DEDAH KEMEWAHAN PIMPINAN PAS

Sarawak Report Dedah Kemewahan pimpinan pas

CLARE REWCASTLE BROWN pengarang Sarawak Report melalui kenyataan pembelaannya yang dikeluarkan pada 21 April 2017 mendedahkan bagaimana Ahli Parlimen PAS dan pemimpin kanan parti suci itu telah membeli kereta baru, mewah dan rumah baru. Menikah dengan isteri kedua dan ketiga, dengan perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding dengan gaji politik mereka dan apa yang mereka boleh bayar sebelum ini.

Menurut Clare, Dr Nasharudin Mat Isa ("Nasharudin") telah menjadi sekutu politik Presiden PAS yang konservatif dan seorang perunding gabungan politik antara PAS dan UMNO.

"Pada tahun 1999 Nasharudin menjadi Setiausaha Agung PAS dan pertama kali dipilih ke Parlimen, menjadi Ahli Parlimen untuk Yan sehingga kehilangan kerusi itu pada tahun 2004. Pada tahun 2005 beliau terpilih sebagai Timbalan Presiden Pas, yang bertindak sebagai timbalan kepada Hj Hadi. Beliau dipilih semula pada kedudukan itu pada 2009. Dia gagal dipilih semula pada tahun 2011, ketika ia dikalahkan oleh Mat Sabu, dari puak yang progresif dalam PAS.

"Pada Januari 2013, beliau diusir dari Majlis Syura PAS untuk mengatur dan mengambil bahagian dalam perjalanan publisiti sebelum pilihan raya oleh Najib Razak ke Gaza. Bertentangan dengan hasrat Nik Aziz, Mursyidul 'Am PAS, tetapi dengan sokongan dari Hj Hadi, dia tidak dipecat dari keanggotaan PAS, tetapi tetap sebagai pendukung berpengaruh terhadap Hj Hadi dan anggota puak ulama yang diketuai oleh Hj Hadi dan hubungan politik dengan Najib Razak."

Clare mendakwa, sejak 2014, berjuta-juta ringgit telah dibayar kepada Nasharudin oleh atau bagi pihak Najib Razak, termasuk wang yang disalurkan oleh Najib Razak dari 1MDB, yang dibayar kepada akaun bank peribadi Najib Razak oleh anak syarikat 1MDB SRC International Sdn Bhd.

Dakwaan yang sama pernah dibuat oleh Rafizi Ramli melalui satu akuan bersumpah tetapi sehingga kini entah apa sebabnya Nasharudin tidak berani saman Rafizi....

"Lebih daripada RM200 juta telah dibayar kepada Nasharudin oleh atau bagi pihak Najib Razak dari mana peristiwa PAS secara rahsia dibiayai mempromosikan puak ulama yang diketuai oleh Hj Hadi." dakwa Clare.

Rafizi telah membuat suatu akuan bersumpah bahawa
Nasharudin Mat Isa adalah orang yang menerima dana
daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.
Menurutnya lagi, jutaan ringgit yang dibelanjakan untuk acara parti PAS yang dianjurkan pada tahun 2014 dan pada tahun 2015 oleh PAS di Selangor, Kelantan, Kedah dan di tempat lain, mempromosikan puak ulama yang akan mengambil alih pada Perhimpunan Agung 2015 yang dibiayai secara rahsia oleh wang ini dari Najib Razak dan UMNO. Acara ini mempromosikan pro-ulama, kumpulan pro-UMNO dalam PAS.
Clare juga mendakwa pembayaran sebanyak RM10 juta telah dibuat untuk membiayai acara Majlis Ulama Sedunia pada Mac 2015 yang dianjurkan oleh pihak Pas di Rusila yang di dalamnya Kawasan Parlimen Terengganu.

"Dana rahsia diteruskan pada tahun 2015 dan selepas itu, termasuk untuk Perhimpunan Agung pada bulan Jun 2015 dan acara-acara seperti Himpunan Istiqamah Sampai Kemenangan pada bulan Jun 2015, Himpunan 60K / Himpunan Fastaqim pada bulan Oktober 2015, Himpunan Anak Muda Istiqamah (HAMASAH 2015), September 2015, TPPA Himpunan Bantah, Januari 2016, RUU 355 di Padang Merbok, Februari 2017 dan Persidangan Antarabangsa mengenai Kesatuan Islam, Kota Baru, Julai 2017." Ujarnya.

Menurut Clare, pemimpin tinggi PAS selain Nasharudin yang menerima bayaran rahsia yang berasal dari Najib Razak termasuk Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Baharu dan Setiausaha Agung PAS, Nik Mohamad Abduh, Pemimpin Pemuda, dan Ahmad Samsuri Mohktar, Setiausaha Politik Presiden.

" Nasharudin dan pemimpin kanan PAS turut mendapat faedah secara peribadi, menikmati dan mempamerkan kemewahan baru dari wang yang disalurkan ke parti itu oleh Najib Razak.

"Nasharudin telah menunjukkan kekayaan barunya dengan membeli kenderaan bernilai tidak kurang daripada RM1.5 juta (termasuk BMW 525 berharga RM388,000, Mini berharga RM230,000, Toyota Vellfire berharga RM290,000, Toyota Camry, berharga RM150,000 dan Toyota Fortuner berharga RM200,000 dan hartanah termasuk rumah di Bangi, Selangor, bernilai RM3 juta, dibeli dengan wang tunai.

"Ahli Parlimen PAS dan pemimpin tinggi telah membeli kereta baru, mewah dan rumah baru dan isteri kedua dan ketiga berkahwin, membelanjakan wang yang mencukupi melebihi gaji politik mereka dan apa yang mereka boleh bayar sebelum ini.

"Dengan cara ini, Timbalan Ketua Menteri Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah telah membeli sebuah kereta mewah, termasuk Range Rover, Audi 6, Toyota Vellfire dan Toyota Attis dan membina beberapa buah rumah untuk keluarganya.

Clare melanjutkan pendedahananya terhadap beberapa pemimpin tinggi Pas yang lain; Mursyidul ‘Am Hashim Jasim memperoleh kereta Porsche Cayman. Ketua MP dan Ketua Penerangan PAS, Khairuddin Aman Razali memberikan isteri keduanya RM500,000 sebagai kereta Audi Q7 sebagai hadiah.

" Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi membeli Toyota Vellfire bernilai RM300,000. Setiausaha Majlis Syura, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh memperoleh Mercedes mewah dengan nombor plat PAS 9, bernilai kira-kira RM100,000 dan Audi mewah.

" Takiyuddin bin Hassan, Ahli Parlimen Kota Baru dan Ketua Setiausaha PAS telah membeli sebuah kereta mewah dan sebuah motosikal mewah, termasuk Volkswagen Passat berharga RM160,000 dengan plat nombor peribadi TAK 11, yang bernilai sehingga RM100,000.
"Muhammad Khalil, Pemimpin Pemuda PAS, telah memperoleh motorsikal mewah BMW. Mokhtar Senik, pengerusi Majlis Ulama PAS Pahang, telah membeli Mercedes dan Toyota mewah."

Kesian kepada ahli-ahli Pas bawahan yang bertungkus lumus berkorban tenaga dan wang ringgit untuk perjuangan parti yang kononnya memperjuangkan agama, rupa-rupanya pemimpin atasan mereka joli sakan menambah bini dan hidup serba mewah hasil dari dedak Umno.

2017/10/29

MEREKA BERGEMBIRA DI SAAT RAKYAT BERDUKA KEHILANGAN KERJA.

Credit : FB Zainal Nor

Disebalik "BAJET BAGUS 2018" yang di katakan terbaik..

Kita sekarang berada dalam musim "kemarau" dan ini buktinya. No 10 paling sentap.

1. Terbaru, Pasaraya Giant menutup 5 cawangan di seluruh Malaysia.

2. Bulan lepas, Kedai Runcit 1 Malaysia (KR1M) yg menerima bantuan kerajaan pun ditutup operasinya seluruh Malaysia.

3. Sebelum ini, syarikat antarabangsa Toys R Us diisytiharkan bankrap. Di Malaysia operasinya masih berjalan.

4. Bank tempatan, CIMB Bank menutup 23 cawangan di seluruh Malaysia sejak tahun lalu.

5. Syarikat kenderaan motosikal dari Jepun,  Suzuki Motor Corporation terpaksa menutup kilangnya di Pulau Pinang.

6. Syarikat IT dari US, Saegate Technology pun menutup kilangnya di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

7. Di negara jiran, Indonesia, rangkaian kedai 7-11 ditutup operasinya sejak Jun lalu.

8. Syarikat rokok Amerika, British American Tobacco menutup kilangnya di Petaling Jaya sejak tahun lalu.

9. Manakala syarikat rokok Jepun, Japan Tobacco International mengumumkan akan menutup kilangnya di Shah Alam hujung tahun ini.

10. Kau, pagi-pagi buka FB dan bersungut "Monday Blues". Lepas itu status macam ni pun confirm tak nak share.
.
Tambahan dari komen rakan-rakan selepas update status ini;

11. Shell IT menutup operasi IT di Cyberjaya dan dipindahkan ke India. 700 pekerja Malaysia terlibat dan di VSS

12. INTEL pun tutup beberapa building sebelum ni dan ramai pekerja yg diberhentikan secara berperingkat (VSS & VSP).

13. Kilang sabun Dinamo gabungan Felda & P&G di Kuantan, ditutup dan dipindahkan ke China. Hampir 2 tahun berlalu.

INI YANG DIKATAKAN GST KEBAIKKAN UNTUK RAKYAT DAN PELABUR LUAR?

Ada lagi nak tambah? Ahlong Jelebu.. LEMBU.!!!? 😂😂😂

#BERSATU_TOLAK_KLEPTOKRASI
#PAKATAN_HARAPAN_RAKYAT

2017/10/27

TAHNIAH ATAS PEMBENTANGAN BAJET 2018

🔥🔥

*TAHNIAH ATAS PEMBENTANGAN BAJET 2018*.

27hb Oktober 2017 , mencacat sejarah dalam pembentangan bajet di Parlimen oleh si Klepet dan rejimnya.

*PASTI* pemakan dedak , makcik JR , ketua cawangan UMNO dan paknaib bangga sampai kembang lubang hidung tahap maksimum.

Yelah dia orang kembang hidung kerana ingat itulah bajet yang paling baik ataupun *ter*baik dari Barisan Nasional.

Bajet bagi kali ini di lihat *perbelanjaan* lebih banyak dari *pembinaan* , pemakan dedak *tidak faham* bab ini.

Dan pertama kali dalam sejarah negara ini *BARISAN NASIONAL* melalui agen kelepetnya *MEMBERI PENGHARGAAN KEPADA PEMBANGKANG* , apabila meniru 3-4 perkara yang *KERAJAAN SELANGOR ( PKR ) DAN PULAU PINANG ( DAP )* telah lakukan 4-5 tahun *AWAL* dahulu.

Paling *WIN* dalam bajet semalam dan wajib di beri tepukan gemuruh adalah pemansuhan bayaran tol di beberapa kawasan seperti  Batu Tiga, Shah Alam dan Sungai Rasau di sempadan Shah Alam - Kelang, Bukit Kayu Hitam di Kedah dan Lingkaran Penyuraian Trafik Johor Bahru Timur (EDL).

Tol Batu 3 dan Sungai Rasau itu jika mengikut perjanjian konsesi *AWAL* memang akan tamat pada tahun *2018* ini.

Tapi pada tahun *2015* , Najib telah memanjangkan jangka hayat konsesi itu kepada tahun *2038*.

Manakala toll di Bukit Kayu Hitam pula adalah kelebihan kepada *RAKYAT THAILAND* .

Dan tol di EDL itu atau juga di kenali di CIQ JB adalah pemansuhan untuk 80% penggunanya *RAKYAT SINGAPURA* yang keluar masuk ke Johor Bahru.

Kalau *BERANI* kenapa Najib dan sekutu kelepetnya *TIDAK MANSUHKAN* toll *KEMPAS DAN JUGA TOLL TAMAN PERLING*.

https://m.malaysiakini.com/news/399809

Tidak kisahlah apa yang hendak di bentangkan dalam bajet semalam , kerana itu memang *KERJAAN* ( ayat ini bukan typo ) Barisan Nasional.

*MANA DATANG DUIT-DUIT* untuk melaksanakan bajet 2018 itu nanti❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓

Apa jadi pada *BAJET 2015 , 2016 dan 2017* yang lepas , mana *HOSPITAL* yang di janjikan , mana *BEKALAN AIR UNTUK SABAH dan SARAWAK* dalam bajet yang lepas-lepas , takkan nak bagi mereka *TONG BIRU* lagi❓❓❓❓❓❓❓❓

Dan bajet semalam jelas adalah bajet *GULA-GULA* , bajet *50% MEMBOHONG* dan *50% lagi adalah bajet khayalan* bajet yang pasti akan *MENYUSAHKAN RAKYAT* selepas PRU ke 14.

Bajet yang pasti akan *MEMBEBANKAN RAKYAT* selepas PRU 14 nanti.

*RAKYAT* jangan terpedaya dengan apa sahaja yang telah di bentangkan kerana *BUKTI* telah menunjukkan bahawa bajet-bajet yang lepas masih banyak lagi belum di laksanakan.

Dan yang *PASTI* selepas *PRU 14* mereka akan membuat *PENGUBAHSUAIAN BAJET* seperti yang lepas-lepas.

Akan ada *PEMOTONGAN PERUNTUKAN* kerana kerajaan *TIDAK MEMPUNYAI MODAL KEWANGAN MENCUKUPI* untuk melaksanakan.

Masa itu nanti *RAKYAT AKAN DI BEBANI* bagi menampong *PERBELANJAAN NEGARA*.

Kita ubah kerajaan yang ada ini dalam PRU akan datang.

*SHUKUR MOHAMAD*

*#RCI4SPRM*
*#RCI4MoF*

2017/10/26

Belanjawaan PH 2018: Merawat Derita Rakyat

_BismillahirRahmanirRahim_

*.*

1.  AlhamdulilLah, selamat Pakatan Harapan meluncurkan Belanjawaan 2018 olih Presidennya, Dato Seri Dr Wan Azizah di Parlimen Rabu, 25hb Oktober. PM Najib bakal bentang  Bajet 2018 kerajaan BN pada 27hb, petang Jumaat.

2. Dengan mengunjurkan hasil kami sebanyak RM229.44bilion berbanding BN sebanyak RM244.48bilion, kami peruntukkan perbelanjaan mengurus sebanyak RM200.16bilion sementara BN diunjurkan berbelanja mengurus sebanyak RM227.28bilion.

3. PH memperuntukkan perbelanjaan Pembangunan sebanyak RM58.35bilion sementara BN sebanyak RM58.22 bilion. PH  mempunyai nisbah perbelajaan mengurus kepada pembangunan yang lebih baik iaitu 77:23, berbanding nisbah Umno-BN pada 80:20. Defisit Fiskal PH sebanyak 2.0% KDNK, sementara BN sebanyak 2.9% KDNK.

4 Sengaja dirancang setiap tahun sejak 1999 lagi sebegini. Kami bentang dahulu. Kalau tidak, memang tidak langsung berpeluang mendapat apa-apa liputan akhbar perdana milik BN. Meniliti respon pimpinan Umno-BN pagi ini adalah seperti sudah dijangka. Hampir nak saya kata, mereka 'terkejut beruk' (Oops) dengan perangkaan kami.

5. Untuk pengetahuan umum, disebalik muka-muka 'regular' dalam team PH termasuk penulis ini, tokoh-tokoh yang membantu terdiri dari pakar-pakar ekonomi bahkan mantan penasihat ekonomi PM pun ada. Jadi, pak-pak menteri, berpada-padalah nak kritik pun. Jangan ingat kami main congak-congak angka-angka itu. Ada asas dan penilaian pada setiap angka yang kami kemukakan.

6. Mudahnya, saya simpulkan Bajet PH sebagai "Belanjawaan Merawat Derita Rakyat". Ini agaknya yang sangat menjengkelkan Najib dan menteri-menterinya.

7. Ketika Najib mengenakan GST ke atas semua rakyat termasuk yang miskin dan golongan asnaf, PH mahu menghapuskan 'cukai songsang' ini. Ketika BN tarik balik subsidi (tepung, gula, minyak masak dan baham bakar), PH mahu melaksanakan kembali tapi, pastinya dengan  kaedah 'targetted' atau 'terarah' bukan 'borong' atau 'blanket subsidy' ke atas semua.

8. Disamping itu Bajet PH juga dirumus secara komprehensif dan menggarap aspek-aspek ekonomi yang lain termasuk sektor Perbankan dan Ekonomi Islam dan Ekonomi Revolusi Industri 4.0 supaya negara kekal berdaya-saing dalam saingan baru global.

9. Kembali kita kepada persoalan bagaimana program ekonomi Najib Razak atau 'Najibnomik', telah terbukti membebankan rakyat. Najib juga gagal menjana kerja yang mempunyai gaji atau upah yang tinggi. Bila kadar inflasi melebihi kadar faedah simpanan dalam bank, maka rakyat mengalami 'kadar negatif' dalam simpanan. Maknanya nilai duit simpanan rakyat sebenarnya menyusut dalam bank mereka. Najib tidak tahu ke akan semua hal ini? 3 faktor besar yang mencetuskan inflasi yang ganas (virulent) ini adalah a) GST, b) Penarikan Subsidi dan c) Susut Nilai Ringgit.

10. Inflasi paling buruk pada bulan Mac (5.1%) lalu dan kadar inflasi diramalkan 3.7% purata untuk tahun 2017.

11. Mengikut dapatan penyelidik, kesan cukai GST menghapuskan lebih kurang 50% perbelanjaan isi-rumah secara langsung. Bersekali dengan GST, penarikan balik subsidi barang-barang keperluan melonjakka  harga naik antara 14% sehingga 31%. Pengangguran khususnya di kalangan remaja dan graduan serta kehilangan kerja menambah derita rakyat.

12. Sebuah kajian sedikit waktu dahulu di kalangan pekerja di pasaran buruh, mendapati 9 dari 10 pekerja bermasalah menangani kos sara hidup. 47% tidak lagi mampu makan luar ditempat kerja dan hanya mampu bawa bekal dari rumah. Tahukah pihak Kementerian Perniagaan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berapa banyak perniagaan dan premis bisnes dah tutup?

13. Sentimen pengguna di tahap yang rendah, khasnya golongan 'Bottom-40' (B-40) dan rendah-sederhana dalam dalam golongam 'Middle-40' (M-40)
Apabila perbelanjaan isirumah jatuh, permintaan agregat akan jatuh dan kesan berantai ke atas ekonomi adalah buruk dan melembap. Bagaimanakah akan dapat di atasi penomena ini?

14. Lalu, amat menasabah Bajet PH bermatlamatkan mengatasi derita rakyat ini dengan mengurangkan kos sara hidup dengan langkah-langkah berikut, sekaligus mengizinkan rakyat mempunyai keupayaan berbelanja termasuk dengan cara meningkatkan gaji minima ke paras RM1,500.

15. Secara lebih khusus, langkah-langkah mengurangkan kos baranga termasuk:

i. Menghapuskan cukai GST yang songsang (regresif). Disamping itu, Prof Jomo Sundaram mengecam GST yang didakwanya menjadi faktor utama melebarkan lagi kesenjangan kaya-miskin.

ii. Menghapuskan tol sekaligus menjadikan kos pengangkutan awam mampu dibiayai rakyat.

iii. Begitu juga mempastikan rumah mampu dimiliki seperti yang kami laksanakan di Selangor.

iii. Menawarkan pendidikan percuma bagi mengurang beban hutang PTPTN dan menekankan Pendidikan dan Latihan Teknikal-Vokasional supaya menigkatkan kebolehpekerjaan.

iv. Juga bayaran balik hutang PTPTN yang apabila mendapat gaji melebihi RM4000.

v. Subsidi bahan bakar yang 'targetted' terarah dan bukan 'blanket' secara 'borong' supaya kena sasaran. BRIM akan kami teruskan dengan sedikit kaedah dan syarat yang berbeza bagi memaknakan proses pemgkeupayaan rakyat teramai.

vi. Melaksanakan Gaji Minima RM1,500  seperti dilaksana di Selangor dan Pulau Pinang dengan mewujudkan mekanisme 'co-pay system' supaya sama ditanggung olih majikan dan kerajaan akan kenaikan RM500 itu utk 3 tahun.

vii. Memperkasakan Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan secara 'tripartite' bagi membela kepentingan dan kebajikan pekerja.

16. Selanjutnya, Bajet PH juga membutirkan Program Pengkeupayaan Wanita dengan menjamin hak saksama di segi 'pembayaran gaji pada kerja yang sama denga kaum lelaki, peluang kenaikan pangkat dan jawaran, cuti bersalin dalam sektor kerajaan kepada 120 hari dengan gaji penuh. Kemudahan yang secukup penjagaan anak-anak ditempat kerja di GLC, GLC dan syarikat tersenarai di Bursa Saham (PLC).

17. Bagi mempastikan golongan yang memerlukan sokongan dan dokongan kerajaan, PH telah menyediakan langkah-langkah dan program khas untuk membantu kaum Bumiputera, golongan B-40 Kaum India dan juga memperbaharui Kampung Baru Cina.

18. Pertikaian yang diutarakan olih pengkritik khasnya dari pimpinan BN adalah kemampuan kewangan PH untuk melaksanakan Belanjawaan PH ini.

19. Kami telah menjelaskan bagaimana dan dari mana sumber pendapatan dalam Bajet PH. Menghapuskan GST akan menafikan sumber RM42bilion dengan melaksanakan kembali SST kami hanya akan menjana RM16.5bilion. Maka kami akan mengalami defisit sebanyak RM25.5bilion. Isunya bagaimana ditampung?

20. Secara ringkasnya, telah dibutirkan dan tunjukkan bagaimana PH akan menampung 'lompang' atau 'defisit' RM25.5bilion itu. Mengambil kira semua cukai-cukai yang lain seperti Cukai Pendapatan Korporat (ClTA), RPGT, Duti lmpot dan Eksais dsbnya, maka kami masih kekurangan RM20bilion.

21. Berdasarkan  perhitungan semua perbelajaan Persekutuan yang tertakluk kepada ketirisan, maka 'Penjimatan' dari pembaziran, ketirisan dan rasuah, akan dapat menjana dana (termasuk memotong peruntukan Jabatan PM) sebanyak RM20 bilion. Prestasi penjimatan sebanyak 15-20%, telah kami buktikan dalam kecekapan mengurus negeri Selangor da Pulau Pinang. Kami sedar kerajaan UBN bingung memikirkan akan perkara ini kerana tidak ada dalam 'sifir' dan 'perbendaharaan' kata mereka akan 'Penjimatan' kerana sifat itu adalah amat berlawanan dengan tadbir-urus yang sarat dengan rasuah, ketirisan dan pembaziran.

22. Semoga ini kali terakhir kami membentang sebagai "Belanjawaan Alternatif"dan sekaligus Budget terakhir Najib sebagai "Budget Kerajaan Persekutuan". InsyaAlLah, tidak ada pilihan buat Rakyat untuk "Merawat Derita Rakyat". Samada "PH menang atau UBN Kalah". Ya, buat PH dan Rakyat..Kekalahan Bukan Lagi Satu Pilihan!..BiiznilLah.

*DR DZULKEFLY AHMAD*
Pengarah Strategi Amanah,
Ahli JK Bajet PH 2018

2017/10/25

MEMBUNUH MARHAEN SECARA SENYAP-SENYAP.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/10/25/govt-hospitals-recycling-single-use-devices-to-save-money/

🔥🔥

*MEMBUNUH RAKYAT MISKIN SECARA SENYAP*

Bajet 2018 akan menyaksikan sekali lagi pembohongan yang berantai di buat oleh Najib dan sekutu kelepetnya.

Nyawa rakyat tidak di hargai oleh Najib dan sekutu kelepetnya.

Pada Najib dan sekutu kelepetnya rakyat hanya satu alat untuk kerajaan UMNO gunakan bagi membayar hutang negara.

Masalah kesihatan lantak sanalah , dan pandai-pandailah nak jaga sendiri.

Di akui memang banyak hospital yang *SAKIT* menerima pesakit tanpa tindakan sewajarnya.

Ada hospital , lift langsung tidak di selenggara sempurna , penghawa dingin tidak berfungsi , ubat-ubatan yang hampir semua pesakit terpaksa membeli sendiri di luar.

Kini terdengar pula cerita alatan yang sepatutnya di buang di guna semula kepada pesakit.

*BAJET 2015 :*
Sebanyak *RM23.31 BILLION* di peruntukan , termasuk membina beberapa hospital , tetapi hospitalnya tidak kelihatan , hanya papan pemberitahuan sahaja yang ada , itu pun dah di seliputi oleh lalang dan semak samun.

*BAJET 2016 :*
Sebanyak *RM23.03 BILLION* di umumkan tetapi *DI KURANGKAN* sebanyak hampir *RM1 BILLION* , dan hospital yang sepatutnya di bina dalam bajet *2015* masih *TIDAK DI BUAT*.

*BAJET 2017 :*

Peruntukan bajetnya meningkat sebanyak *RM25 BILLION* , tetapi banyak hospital mengalami masalah ubat-ubatan dan penyelengaraan yang kritikal , tidak lagi di kira hospital yang masih tidak di bina di dalam *BAJET 2015*.

*_PERSOALAN KEPADA NAJIB DAN SEKUTU KELEPETNYA_* :

MANA PERGI WANG PERUNTUKAN TERSEBUT DI BELANJAKAN❓❓❓❓❓❓❓❓❓❓

*PERUNTUKAN UNTUK JABATAN PERDANA MENTERI PULA DI LIHAT MENINGKAT DARI RM19.2 BILLION PADA TAHUN 2015 KEPADA RM20.3 PADA TAHUN 2016*.

Apa jadahnya peruntukan yang *TERLAMPAU TINGGI* kepada Jabatan Perdana Menteri.

Manakala *BAJET PERMATA PADA TAHUN 2015* adalah sebanyak *RM711 JUTA*.

PERMATA di letakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri , kenapa tidak gunakan bajet PMO itu untuk menampung Permata , kenapa ada bajet khas , dan apa perkembangan permata di Malaysia❓❓❓❓❓

Tahun ini akan *DI UMUMKAN LAGI* bajet yang hanya layak *DI UMUMKAN SAHAJA* dan wang peruntukan bajet itu entah ke mana pergi.

Dalam bajet kali ini *SEKALI LAGI BAJET UNTUK MEMBINA HOSPITAL AKAN DI UMUMKAN* seperti mana di dalam bajet-bajet yang lepas.

Bajet untuk membina hospital itu kemana , kerana setiap tahun akan ada pengumuman *MEMBINA HOSPITAL BARU* tetapi *BAYANG HOSPITAL ITU TIDAK KELIHATAN*.

Peruntukan untuk membina hospital itu berjumlah *BILLION* setiap tahun , kemanakah perginya *JUMLAH BILLION* tersebut.

Rakyat yang miskin menderita untuk mendapatkan bekalan ubat-ubatan setiap bulan walaupun peruntukan berbillion di umumkan.

Pemakan dedak , makcik JR , paknaib dan ketua cawangan UMNO mana peduli masalah rakyat miskin , asalkan poket mereka berisi RM10-RM50 mempertahankan pembohongan ini.

Pasti di dalam bajet 2018 ini peruntukan hospital *DI UMUMKAN TINGGI* tapi awal tahun hadapan *AKAN DI KURANGKAN* seperti tahun-tahun sebelumnya.

Bajet kesihatan bagi tahun 2018 adalah *SATU LAGI BAJET PEMBOHONGAN OLEH NAJIB DAN JUAK KELEPETNYA*.

*#RCI4SPRM*
*#RCI4KKM*
*#RCI4PERMATA*

*SHUKUR MOHAMAD*

MANA PERGI KEKAYAAN NEGARA, MANA MENGHILANG SUBSIDI KAMI

**

Hari ini admin pergi melawat seorg sahabat yg di masukkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat kerna masalah dlm perut dan telah selamat menjalani pembedahan membuang sebahagian usus beliau.. Alhamdulillah beliau dlm keadaan positif.. Moga beliau tabah dn di beri kesembuhan dgn kadar segera..

Yg menjadi persoalan skrg.. Segala ubat beliau perlu beli sendiri di farmasi luar hospital.. Ini bermakna farmasi hosiptal sudah tidak lagi menyimpan stok ubat utk pesakit yg di tahan di ward.. Admin menbayangkan bagaimana pula mereka yg hidup kais pagi makan pagi, kais petang mkn ..? Tiada duit utk membeli ubat...??

Jika hari ini bekalan ubat, pesakit perlu beli sendiri di farmasi luar hospital.. Tidak mustahil satu masa nnti sebelum masuk ward pun perlu bayar deposit.. Jika tidak ada duit.. Mati kering pesakit tak boleh masuk hospital bagi mendapatkan rawatan kerana tidak mampu menyediakan wang deposit.

Apa yg kerajaan hari ini buat kpd kekayaan hasil bumi negara.. Adakah kekayaan negera hanya di agih sesama mereka.. Tidak kpd rakyat keseluruhannya.. Sewajarnya kekayaan negara wajar di agihkan dn di nikmati oleh seluruh rakyat Malaysia dlm bentuk subsidi. Bukan spt BR1M yg hanya di nikmati hanya sebahagian kecil rakyat yg berpendapatan RM3000.00 ke bawah.. Nilai BR1M jika di bahagi 365 hari ianya lebih kurang RM3.28 sehari. Sdgkan rakyat perlu membayar GST paling kurang RM5.00 sehari.. Jadi datang mana BR1M ni membantu rakyat...??

Tu belum lagi yg berpendapatan RM5.000.00 sebulan. Mereka ini tidak layak menerima BR1M. Bagi yg duduk dn berkerja di bandar² utama spt di Kuala Lumpur dn Johor Bahru.. Pendapatan RM5000 bleh di kira sebagai miskin bandar. Kerna kos sara hidup di bandar² utama sgt tinggi..

" Klau dah tak mampu duduk di bandar, balik duduk dn kerja di kampung sahaja " . Mudahnya berkata² begini.. Inikah sahajakah pemikiran dan akal yg Allah swt kurniakan kpd penguasa dan para pendukung serta penyokong penguasa.. Adakah hanya itu jalan penyelesaiannya..??

Jika mereka beranggapan ini adalah jalan penyelesaiannya.. Nescaya bandar² utama akan lumpuh.  Sistem pentadbiran juga akan lumpuh kerna ramai staff bawahan bergaji bawah RM5000.00. Byak perkara dlm sistem pentadbiran di laksanakan oleh staff² bawahan.. Org² atas yg bergaji RM10k ke atas hanya tahu mengarah itu, ini, begitu dan begini..

Jika di benar UMNO/BN terus mengawal sistem selepas PRU14. Keadaan akan menjadi lebih buruk dari apa yg berlaku pada hari ini..

Usah sayangkan pemimpin anda yg bila berjanji dia mungkiri, bila berkata dia berdusta, bila di beri amanah dia khianati..

Usah sayangkan parti  yg kononnya yg memerdekakan negara.. Walhal parti yg memerdekakan negara telah mati akibat khianat dari Tengku Razaliegh Hamzah.

Sayangilah negara anda, sayangilah generasi anda, sayangilah agama anda, dan akhir sekali sayangi la bangsa anda.. Ianya adalah lebih baik dari anda terus menerus memberi kepercayaan kpd mereka² yg terus menerus merosakkan sistem yg ada...

Admin
Page PPBM Sri Gading.